Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi


ruang dan kesempatan berharga ini. Syabas diucapkan kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja
kerana mampu merealisasikan satu dokumen mengenai Sejarah Sekolah ini. Ucapan terima
kasih dan tahniah yang tidak terhingga atas usaha dan komitmen yang diberikan kepada
semua ahli yang terlibat dalam menyiapkan dokumen Sejarah Sekolah ini sebagaimana yang
dikehendaki oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod
atau bukti-bukti yang kukuh. Bagaimanapun dokumen Sejarah Sekolah Kebangsaan Alor
Lintah yang dibuat ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Ini adalah kerana sebahagian daripada
dokumen bersejarah sekolah ini telah hilang atau musnah akibat banjir. Bagaimanapun,
adalah diharapkan penulisan ini akan dapat memenuhi beberapa objektif , di antaranya;

(a) Mengetahui asal usul dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku disekolah ini pada
masa lampau
(b) Mengetahui nama tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan kepada
pembangunan dan kemajuan sekolah ini
(c) Menanam sikap dan semangat patriotik di kalangan para pelajar khususnya
(d) Menanam sikap minat dan perasaan ingin tahu dikalangan pelajar
(e) Menjadikan tokoh-tokoh dan peristiwa yang telah berlaku itu sebagai pembakar
semangat kepada pelajar untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya, semoga penulisan ini akan menjadi bahan
rujukan serta dimanafaatkan sepenuhnya oleh generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

Haji Azmi Bin Haji Yaakob
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Alor Lintah
20 April 2014.
KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

Beri Nilai