Anda di halaman 1dari 6

Refleksi

Bersyukur kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu
kerana dengan izin-Nya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya
menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus
perguruan bagi semester 6 ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG)
pada 9 Julai 2013 setelah terpaksa menghadapi beberapa kekangan untuk
melaksanakan tugasan ini.
Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak informasi
baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara
proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat
sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru.
Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengisi borang guru cemerlang dalam talian.

Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran
kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar (
akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh
jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak
sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada
pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut.

Menjadi guru cemerlang bukan mudah. Memang saya mempunyai citi-cita
untuk menjadi guru cemerlang. Namun, sedangkan portfolio kerja kursus di IPG pun
masih tidak dapat siapkan, inikan pula untuk mendokumentasi kajian tindakan dan
segala hasil kerja guru. Namun, tidak salah kita mencuba untuk menggapai impian
untuk menjadi guru cemerlang. Muhasabah diri perlu untuk mengubah diri kita
sendiri. Walaupun jatuh kali ketujuh sekalipun, kita perlu bangkit untuk kali kelapan.
Segala kerja dan portfolio yang dilakukan di IPG sebenarnya latihan untuk kita
menjadi guru cemerlang secara tidak langsung.

Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua
guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan En Nazri bin Hassan. Semua
guru pelatih kelihatan malu malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab
dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan
soalan. Masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips
dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini.

Kelemahan lain yang dilihat adalah terdapat segelintir guru pelatih yang
datang lambat sebelum melawat Sekolah Kebangsaan Permatang, Pulau Pinang.
Kelewatan yang dialami sedikit sebanyak telah melambatkan perjalanan program
kami pada hari tersebut. Namun begitu, pada masa akan datang semua guru pelatih
perlu menepati masa kerana ini sedikit sebanyak memberi persepsi negatif kepada
bakal guru yang tidak prihatin dengan ketepatan masa mereka.

Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan
perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing masing
asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun
begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas
sedar akan keadaan tersebut.

Seterusnya ialag Bengkel Guru Cemerlang yang telah diadakan pada 26
September 2013. Bengkel ini telah disampaikan oleh En Roslan Saadon, Pensyarah
Cemerlang DG48. Pada bengkel ini juga banyak input yang telah disampaikan.
Memang perlu banyak pengorbanan dan perubahan dalam diri untuk menjadi guru
cemerlang. Pengorbanan yang mana perlu berubah 360 untuk menjadi guru
cemerlang.

Namuan sedikit kelemahan semasa bengkel dijalankan, antaranya ialah
kurang tumpuan semasa bengkel dijalankan. Hal ini demikan kerana bengkel
diadakan dengan audiens yang ramai. Jadi mereka tidak memberi tumpuan
sepenuhnya.

Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya
meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga
memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum
mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan
seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya
memahami sesuatu perkara yang diajar.