Anda di halaman 1dari 6

UTMCSI.

GERANV5










GARIS PANDUAN
SKIM GERAN INOVASI
MAHASISWA







PUSAT INOVASI MAHASISWA
CENTRE FOR STUDENT INNOVATION (UTM CSI)
S01, KOLEJ TUANKU CANSELOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NO.TEL. : 07-5536344/6352/6353
NO. FAKS : 07-5536355
E-MEL: utmcsi@utm.my
UTMCSI.GERANV5






Senarai Kandungan

Mukasurat


1.0 Falsafah Skim Geran Inovasi Mahasiswa
2.0 Definisi Skim Geran Inovasi Mahasiswa
3.0 Tujuan Skim Geran Inovasi Mahasiswa
4.0 Bidang Projek
5.0 Kategori Geran
6.0 Syarat-syarat Permohonan
7.0 Peraturan Permohonan
8.0 Kriteria Dan Proses Permohonan
9.0 Pemantauan
10.0 Hasil Projek
11.0 Hak Harta Intelek
12.0 Hasil Pengkomersialan























UTMCSI.GERANV5
1.0 Falsafah Skim Geran Inovasi Mahasiswa

Sebagai sebuah universiti yang beraspirasi untuk menjadi universiti terkemuka yang
berteraskan inovasi dan kreativiti, Universiti Teknologi Malaysia telah mewujudkan
ekosistem inovasi secara terancang. Di peringkat mahasiswa, pelbagai program telah
diperkenalkan bagi mendedahkan mereka kepada budaya inovasi. Sebuah dana khusus
telah diwujudkan melalui Skim Geran Inovasi Mahasiswa bagi menggalakkan projek
asas untuk penjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap penciptaan teknologi,
peningkatan tahap intelektual dan penyuburan budaya inovasi yang dinamik selaras
dengan aspirasi universiti.

2.0 Definisi Skim Geran Inovasi Mahasiswa

Skim Geran Inovasi Mahasiswa merupakan projek yang berteraskan kemahiran
penyelesaian masalah melalui penciptaan teknologi dan kaedah baru atau memberikan
nilai tambah atau pembaharuan kepada teknologi dan cara konvensional.

3.0 Tujuan Skim Geran Inovasi Mahasiswa

Geran ini bertujuan untuk menggalakkan penjanaan idea yang membawa kepada
penemuan dan penciptaan teknologi serta kaedah yang inovatif dalam kalangan
mahasiswa.

4.0 Bidang Projek

Pembiayaan Geran Inovasi Mahasiswa meliputi bidang-bidang keutamaan yang dapat
menyokong agenda strategik inovasi universiti dan negara. Bidang-bidang yang
dikenalpasti adalah:-
i) Teknikal - (Sains, Kejuruteraan, Teknologi, Senibina)
ii) Bukan Teknikal - (Pengurusan, Sains sosial)

5.0 Kategori Geran

Terdapat tiga kategori geran yang ditawarkan kepada mahasiswa iaitu:-
i) Geran jangka pendek (Primigenius Grant)
ii) Geran cuti semester (Ncouragement Grant)
iii) Geran jangka panjang (Xploratory Grant)







UTMCSI.GERANV5

6.0 Syarat-syarat Permohonan

Geran ini terbuka kepada semua mahasiswa pra-siswazah Universiti Teknologi Malaysia
dengan syarat-syarat berikut:-

6.1 Setiap pemohon dan ahli hanya dibenarkan terlibat dalam SATU projek inovasi
sahaja dalam satu-satu masa tertentu. Walau bagaimanapun mahasiswa
dibenarkan terlibat di dalam dua (2) projek dalam satu-satu masa jika pada masa
yang sama mahasiswa dianugerahkan geran daripada pertandingan anjuran UTM
CSI.
6.2 Bilangan ahli dalam setiap projek:
Geran jangka panjang: tidak melebihi 5 mahasiswa & minimum 2 mahasiswa
Geran jangka pendek: tidak melebihi 5 mahasiswa
Geran cuti semester: tidak melebihi 2 mahasiswa
6.3 Tempoh maksimum setiap projek adalah:
Geran jangka panjang: 10 bulan
Geran jangka pendek: 6 bulan
Geran cuti semester: 1 bulan
Walau bagaimanapun, mahasiswa boleh memohon tempoh perlanjutan
sekiranya perlu dan ini tertakluk kepada kelulusan pihak UTM CSI.
6.4 Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi:
Geran jangka panjang: RM5000
Geran jangka pendek: RM500
Geran cuti semester: RM2000
6.5 Peruntukan Geran Inovasi Mahasiswa adalah meliputi perkara berikut:
6.5.1 Geran jangka panjang dan Geran jangka pendek
Hanya dibenarkan untuk perbelanjaan bahan dan peralatan projek
termasuk kos pengujianan serta profesional servis. Sekiranya
perbelanjaan logistik diperlukan, mahasiswa perlu memberi justifikasi
dan mendapatkan kebenaran daripada UTM CSI.
6.5.2 Geran cuti semester
Perbelanjaan bagi geran ini adalah mengikut peratusan di bawah:
55%: Bahan dan peralatan projek merangkumi kos pengujianan
serta profesional servis.
45%: Kemudahan logistik merangkumi pengangkutan, kos sara
hidup dan penginapan semasa cuti semester sahaja.
6.6 Semua aktiviti pembangunan projek DIGALAKKAN dilaksanakan di Pusat Inovasi
Mahasiswa (UTM CSI).
6.7 Semua hasil projek yang telah siap MESTI dipamerkan di Pusat Inovasi
Mahasiswa (UTM CSI).
6.8 Semua hasil projek adalah menjadi HAK MILIK UTM.
6.9 Sebarang aktiviti yang dilakukan di luar Pusat Inovasi Mahasiswa perlu
dimaklumkan kepada UTM CSI.
UTMCSI.GERANV5


7.0 Peraturan Permohonan

7.1 Permohonan untuk Skim Geran Inovasi Mahasiswa perlu menggunakan Borang
UTMCSI-GA (Borang Permohonan Skim Geran Inovasi Mahasiswa).
7.2 Permohonan untuk Skim Geran Inovasi Mahasiswa dibuka kepada projek yang
menepati bidang (perenggan 4) dan syarat (perenggan 5) di atas.
7.3 Semua permohonan akan dinilai dan diperakukan oleh jawatankuasa panel
penilai yang dilantik oleh Pusat Inovasi Mahasiswa (UTM CSI).

8.0 Kriteria dan Proses Penilaian Permohonan

8.1 Geran yang dipohon mestilah berteraskan projek pembangunan PRODUK
inovasi.
8.2 Projek yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan
peningkatan nilai dan kualiti kehidupan adalah menjadi keutamaan
penganugerahan geran.
8.3 Projek yang melibatkan kos pada tahap minima, memenuhi aspek kelestarian
dan berpotensi untuk menyumbang kepada agenda inovasi universiti akan diberi
keutamaan.
8.4 Tarikh tutup menghantar borang permohonan adalah pada hari Jumaat minggu
ke-empat setiap bulan.
8.5 Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas
tarikh tutup permohonan.

9.0 Pemantauan

9.1 Laporan kemajuan projek perlu diserahkan kepada UTM CSI pada pertengahan
tempoh geran yang telah diluluskan dengan mengisi borang laporan UTMCSI-PR
(Borang Laporan Kemajuan).
9.2 Bagi geran jangka panjang, pembentangan kemajuan projek perlu dilakukan
pada pertengahan tempoh geran yang telah diluluskan.
9.3 Semua projek yang diluluskan di bawah Skim Geran Inovasi Mahasiswa akan
dipantau dari aspek (i) prestasi projek (ii) kewangan.


10.0 Hasil Projek

10.1 Setiap penerima geran perlu menghantar laporan akhir dua minggu selepas
tamat tempoh geran. Laporan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

Abstrak
UTMCSI.GERANV5
Pendahuluan dan latarbelakang projek
Kaedah dan perlaksanaan
Manual penggunaan
Perbelanjaan
Kekangan
Cadangan penambahbaikan
Kesimpulan/rumusan
Senarai rujukan
Lampiran: foto (jpg format), gant chart, technical drawing, poster
perbentangan

10.2 Produk akhir perlu diserahkan kepada UTM CSI bersama dengan laporan akhir
(hardcopy dan softcopy) dan melengkapkan borang UTMCSI-FS (Borang Laporan
Akhir).

11.0 Hak Harta Intelek

Hasil Geran Inovasi Mahasiswa menjadi hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

12.0 Hasil Pengkomersilan

12.1 Hasil pengkomersilan produk daripada projek yang dibiayai oleh Geran Inovasi
Mahasiswa akan dikongsi bersama mengikut pecahan pembiayaan geran dan
sumbangan dalam bentuk lain bagi projek tersebut mengikut polisi Universiti
Teknologi Malaysia.
12.2 Perincian hak milik pengkomersilan hendaklah dipersetujui dalam klausa
kontrak mengikut polisi pengkomersilan Universiti Teknologi Malaysia.

13.0 Terma dan Syarat

Segala terma dan syarat adalah tertakluk kepada pindaan oleh UTM CSI dari masa ke
semasa. UTM CSI berhak meminda terma dan syarat tanpa sebarang notis.


Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh diajukan kepada:


PUSAT INOVASI MAHASISWA
CENTRE FOR STUDENT INNOVATION (UTM CSI)
S01, KOLEJ TUANKU CANSELOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NO.TEL. : 07-5536344/6352/6353
NO. FAKS : 07-5536355
E-MEL: utmcsi@utm.my
Website: www.utm.my/csi

Anda mungkin juga menyukai