Anda di halaman 1dari 7

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke

tujuh. Pada
waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa
zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,
perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang
pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya,
menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan
bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan
Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman
kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh mana
bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran
hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah yang dijalankan
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu .

Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasayang
ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam
mendukung ilmu dan pemikiran bangsa.

Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh
bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini.


Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan kegemilangan
sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan
pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa,
tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai
cabaran dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun
supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan
mengalami kepupusannya. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini
tinggal 600 bahasa sahaja.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara
yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara
sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini
akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun.
Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar
pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya.

Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat.
Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang
teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha
penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi
maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara.

Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah
membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu
yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan
menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta
pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan
tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa
hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai
bahasa pembinaan tamadun bangsa.

Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat
keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu
Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu
terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari
peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.

Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi;
elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan
melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara
yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu
rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja,
kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam.

Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh prinsip
sama rata. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Oleh
yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi dimansuhkan. Perlembagaan
telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan
mengenai kewarganegaraan, adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, hatta
ketika darurat. Selain peruntukan mengenai pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai
pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal
yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana.
(Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) )

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan tidak menjelaskan maksud bahasa kebangsaan . Kamus Dewan
mendefinisikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang diterima oleh ramai penduduk
dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain. Bahasa
rasmi pula ialah bahasa pentadbiran kerajaan. Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam
konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai yang berkaitan dengan negara secara
keseluruhan atau sesuatu yang dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara.

Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan,
ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun alat-
alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga penggunaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di
sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di
negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun
1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman
Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta
Pelajaran 1961. Antaranya menyebut,

-Akta Pelajaran 1961-

Berdasarkan proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini termasuklah
memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar pendidikan bagi
menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama.

Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem
pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media
pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi
pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi dengan Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, Bahasa Kebangsaan hendaklah
menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan.

Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Melayu.
Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila Perdana
Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris bagi
subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia (Awang Sariyan,2002). Ia
dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa Inggeris
dikalangan pelajar.

Malah pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan. Seharusnya ia perlu
menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1), 11(1), dan 11(2) Akta pendidikan 1996
(Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini.
Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa
Kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima
maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi
Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Mengapa bahasa Melayu dirasakan
sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah wujudnya
kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi penghalang? Pengkaji
seterusnya mengkaji tentang ciri-ciri bahasa Melayu, untuk mengenal pasti dan menjelaskan
bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana ilmu.

Ciri-ciri Bahasa ilmu
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih
singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.
Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa
Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang
tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968)
membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk
maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu,
sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan
dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa
ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa.

Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah, Awang Sariyan (1996: 259-261)
menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johannes
(kongres, 1978). Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut:

Tingkat bahasa rasmi, bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang
mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak
terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan.

Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau hujah
mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas.
Tulisan juga mestilah bersifat objektif., iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. Oleh itu kata
atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya tidak sesuai digunakan. Sebaliknya
ungkapan seperti berdasarkan analisis data, berdasarkan kajian, dan seumpamanya
digunakan.

Ragam Pasif, Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis, ragam pasif boleh digunakan. Ini
disebabkan dalam struktur pasif, penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya subjek
pelaku.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral, iaitu ragam
pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya: Data yang digunakan dalam kajian inidan
sebagainya.

Istilah Khusus, laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang
tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu pemilihan kata amat dititikberatkan dalam
tulisan ilmiah.

Wacana Pemaparan, dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan, iaitu
pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana
pemaparan mendapat tempat yang utama. Jenis-jenis yang lain digunakan sebagai pelengkap.

Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan dan
emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat malang, amat mendukacitakan, sayangnya,
malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah.

Kata Membazir, dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Oleh
itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi dan
menjelaskan makna. Tulisan ilmiah tidak memerlukan hiasan .


Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta, dan
sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian menggunakan bahasa
sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi.

Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa
Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah mencapai
tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang
kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan
tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.


Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains
dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip
mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan
menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu.

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-
ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil
terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak
dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran
bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan
tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan
buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru.

Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta
ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan.
Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya
tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang
berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.
Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang,
untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah.
Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa
undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.

Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu
disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan
perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak
untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29)

Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan
bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa
asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi.
Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga
dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta
kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan
juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku
dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku
ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana
mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya
menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.

Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu,
tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana
ilmu.


Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9
November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan
bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula
pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai
bahasa negara dan bagi mengangkasakan tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran
bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi
mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah
semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah
dan diberi pengiktirafan serta mendapat markah bonus dalam penilaian kenaikan pangkat ini
akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat
bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP
dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai
penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya.

Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini
akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu.
Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh
terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan
kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya
menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.
Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan
bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya
iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan
mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan
British.

Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan
pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf
bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar
Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan negara.

Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat dalam
bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan
yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.

Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu perubahan
dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang proaktif, sektor
swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan penguatkuasa undang-undang,
tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin
dengan bahasa Melayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah.
Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan
iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangan
kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberi kuasa
penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan dan penterjemahan
karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu, dan
penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu.


Rujukan

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional,
Hlm 70-71.

Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13.

Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa, hlm 14-19.

Abdul Aziz Bari (2006). Menangani Masalah, Bahasa Kebangsaan Melalui Pemahaman
Perlembagaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 6-9.

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa, hlm 26-29.

Anda mungkin juga menyukai