Anda di halaman 1dari 5

PPISMP PSV 09 SEMESTER 3

NAMA : NUR SYAZWANI BINTI SANUSI


NAZIFA BINTI MOHD HANIPAH
BAHASA MELAYU 1
CIK NOR AZIAN BINTI ABDUL GHANI
Penggunaan Fonem Vokal
SAJAK
PENGGUNAAN FONEM VOKAL
PUISI
Kita Ini tetamu Senja
Karya Abdullah Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat!
ANALISIS
Sajak Tetamu Senja Karya Abdullah Samad Said
Huruf Fonem Awal Jumlah Tengah Jumlah Akhir Jumlah
a /a/ atau 1 datang, hanya,
tetamu,
kembalilah,
kepada, tangan,
dada, nanti,
bawa, pahala,
pada, jalan,
bakti, usahlah,
derhaka,
manusia, darjat,
pangkat, larat,
darat, harus,
rasa, satu,
jasad, bakti,
padat
26 kita, hanya,
senja, bila,
kepada,
dada, bawa,
dosa,
pahala,
mesra, lupa,
segera, puja,
punya,
hingga,
pada, rasa,
manusia
18
e // - - sebagai, tetamu,
senja, detik,
kembalilah,
kepada, kenal,
mesra, derhaka,
tempat, segera,
sesat, mesti,
lekas, sedar,
penuh, tegas,
sembah,
seluruh, belas,
berkat
21 ke 1
/e/ - - tekad,
merempat,
2 - -
i /i/ ini,
insan,
insaf,
ingat
4 kita, bila, lihat,
kiblat, biar,
hingga, biru,
terbiar
8 ini, nanti,
bakti, mesti,
detik
5
o /o/ - - kosong, dosa,
roh
3 - -
u /u/ usahlah 1 cukup, pulang,
Tuhan, lupa,
pula, manusia,
puja, punya,
kuning, tugas,
seluruh,
11 tetamu, biru,
satu, penuh`
4

KESIMPULAN
Hasil dapatan analisis tersebut, puisi Tetamu Senja hasil karya Sasterawan
Negara Abdullah Samad Said menunjukkan penggunaan fonem vokal /a/ dalam tengah
suku kata merangkumi 25 peratus daripada keseluruhan penggunaan fonem vokal
dalam suku kata, iaitu sebanyak 26 perkataan. Sebagai contoh ialah perkataan tetamu
dan derhaka. Manakala penggunaan suku kata yang paling minimum iaitu hanya
merangkumi satu peratus ialah satu. Penggunaan suku kata tersebut ialah suku kata
awalan fonem vokal /a/, suku kata akhiran fonem vokal //, dan suku kata awalan fonem
vokal /u/. Contoh perkataan bagi setiap suku kata tersebut ialah atau, ke dan
usahlah.
Penggunaan kesemua enam fonem vokal di tengah suku kata diguna dengan
lengkap dalam sajak ini. Penggunaan fonem vokal /a/ pada tengah suku kata adalah
sebanyak 26 perkataan, fonem vokal // pula ialah 21 perkataan, fonem vokal /e/
sebanyak 2 perkataan, fonem vokal /i/ sebanyak 8 perkataan, fonem vokal /o/ sebanyak
3 perkataan manakala fonem vokal /u/ sebanyak 11 perkataan. Contoh perkataan bagi
setiap penggunaan vokal fonem di tengah suku kata ialah datang, senja, tekad, bila,
kosong dan pulang.
Penggunaan fonem vokal lain yang terdapat dalam sajak ini ialah fonem vokal /a/
pada akhiran suku kata sebanyak 18 perkataan berserta contohnya ialah perkataan
bila dan senja. Seterusnya ialah fonem vokal /i/ pada awalan suku kata sebanyak
empat perkataan. Sebagai contohnya ialah perkataan insan dan insaf. Sejurusnya
pula penggunaan fonam vokal /i/ pada akhiran suku kata adalah sebanyak lima
perkataan. Contohnya ialah perkataan ini dan bakti. Terakhir sekali ialah fonem vokal
/u/ pada akhiran suku kata sebanyak empat perkataan. Contoh perkataan bagi fonem
vokal tersebut ialah tetamu dan penuh. Fonem vokal // pada awalan suku kata,
fonem vokal /e/ pada awalan dan akhiran suku kata dan fonem vokal /o/ pada awalan
dan akhiran suku kata adalah tidak digunakan dalam sajak ini.
Kesimpulannya, beliau banyak menggunakan fonem vokal /a/ , /i/ dan /u/ dalam
setiap jenis suku kata. Ini adalah kerana beliau menulis puisi kesusasteraan Melayu
moden yang bertemakan ketuhanan dan memerlukan laras bahasa yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai