Anda di halaman 1dari 1

Merokok Memudaratkan Kesihatan

Tabiat merokok dapat menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya


seperti, penyakit jantung, kanser paru-paru, dan strok. Namun begitu,
masih banyak orang yang tidak mengendahkan perkara ini. Mereka
memandang ringan akan bahaya merokok.
Langkah menangani gejala merokok dalam kalangan generasi muda
harus bermula di rumah. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak. Jangan sesekali merokok di hadapan
mereka. Hal ini demikian kerana setiap tindakan ibu bapa akan menjadi
ikutan kepada anak-anak. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi.
Pihak sekolah perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam
menangani gejala merokok juga. Misalnya, pihak sekolah perlu
memperketatkan peraturan sedia ada. Murid-murid yang merokok di dalam
kawasan sekolah perlu dikenakan tindakan yang lebih keras. Dengan itu,
mereka akan berasa serik untuk mengulangi perbuatan yang sama.
Seterusnya, kerajaan perlu memainkan peranan yang serius dalam
usaha menangani gejala merokok. Pihak kerajaan perlu memperbanyak
kempen antirokok. Kempen seperti Tak Nak Merokok dan Hari Tanpa
Rokok perlu diadakan secara berterusan. Kerajaan perlu mengurangkan
jumlah eksport dan import tembakau juga. Langkah ini menyukarkan
syarikat pengeluar untuk menghasilkan rokok.
Tabiat merokok hanya membazirkan wang ringgit dan menjejaskan
kesihatan. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk menangani
gejala merokok dalam kalangan generasi muda.