Anda di halaman 1dari 18

PENSYARAH: USTAZ SUHAIMI BIN RAMLI

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ARINA BINTI RAZALI
NURUL HAMIZAH BINTI SAHARUDDIN
NURUL FATINI BINTI AHMAD AFPANDI
PENDIDIKAN ISLAM
GPI1083
FIQH MUNAKAHAT
Keperibadian lelaki muslim
Kerjaya yang sesuai bagi lelaki muslim
Ciri-ciri lelaki soleh seperti yang
dimaksudkan oleh al-Quran dan al-
Hadis

Sentiasa taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul-
Nya.
Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
Mati syahid adalah cita-cita hidup yang
tertinggi.
Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran
daripada Allah S.W.T.
Ikhlas dalam beramal.
Kampung akhirat menjadi tujuan utama
hidupnya.
Sangat takut kepada ujian Allah dan
ancamannya.
Selalu memohon ampun atas segala
dosa-dosanya.
Zuhud dengan dunia tetapi tidak
meninggalkannya.
Solat malam menjadi kebiasaannya.
Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan
tidak mengeluh kecuali kepada Allah
semata-mata.

Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan
lapang mahupun sempit.
Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin
dan ukhuwah antara mereka.
Sangat kuat ammar maaruf dan nahi
mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan,
dan mencegah perbuatan mungkar.
Sangat kuat memegang amanah, janji dan
rahsia.
Seorang yang pemaaf, berlapang dada dalam
menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling
mengingatkan antara satu sama lain & tawaduk
kepada Allah S.W.T.
Memberikan kasih sayang kepada keluarga.
Ciri-ciri lelaki yang soleh yang
akan membahagiakan
kehidupan rumahtangga
Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana
Allah S.W.T.
Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-
baiknya.
Menjaga hati dan perasaan isteri.
Sentiasa bertimbang rasa dan tidak menuntut
sesuatu diluar kemampuan isteri.
Bersabar dan menghindarkan diri dari memukul
isteri dengan pukulan yang memudaratkan.
Tidak mencaci isteri dihadapan orang lain dan
tidak memuji wanita lain dihadapannya.
Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan
hati yang terbuka, yakin pasti ada hikmahnya
disebalik ciptaan semua ciptaan Allah S.W.T.
Memberi nafkah kepada isteri dan anaknya.
Menyediakan keperluan dan tempat tinggal untuk
anak dan isterinya.
Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan
anaknya sesuai dengan syariat Islam.
Menjaga ketenteraman dan keselamatan isteri dan
anak-anaknya.
Memberi kasih sayang dan rela berkorban apa saja
demi kepentingan dan kebahagiaan bersama.

Kerjaya yang sesuai bagi lelaki
muslim.
Apa itu kerjaya?
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi
keempat) :
Perjalanan atau kemajuan seseorang dalam
sesuatu lapangan kehidupan.
Profesion atau pekerjaan yang dipilih
sebagai cara mencari nafkah.
Kerjaya
Fardhu Ain
Wajib untuk semua
Contoh : Mendalami ilmu
fiqh, tasawwuf, aqidah.
Fardhu kifayah
Wajib untuk sebahagian
manakala yang
sebahagian lagi tidak
perlu buat.
Contohnya, profesion
guru, doktor, jurutera.
Tujuan bekerja
1.Tuntutan di dalam Islam.
2. Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah
3. Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka
bumi.
Ayat al-Quran mengenai tuntutan
bekerja
Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud; Kemudian
setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu
di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-
masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta
ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap
keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan
akhirat).
Kerja di kategori sebagai ibadah
Apabila bekerja untuk keperluan diri. Sabda Rasulullah yang
bermaksud; Jika seseorang di antara kamu pada tengahari
mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat
bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta
maka yang demikian adlah lebih baik baginya dari meminta-
minta kepada orang lain samada diberi atau tidak kerana
tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di
bawah, mulailah daripada yang terdekat.
2. Bekerja untuk keperluan keluarga. Rasulullah saw bersabda
bermaksud; Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada
orang mukmin yang bekerja
3. Bekerja untuk keperluan masyarakat. Tidak semua manusia
mempunyai kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu
kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu
kifayah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud
Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak
mengetahui.
4. Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah. Pekerjaan yang
kita lakukan mempunyai hubung kait yang rapat dengan unsur
kehidupan manusia di dunia selain memelihara segala nikmat
Allah yang dikurniakan di muka bumi ini.
CIRI-CIRI KERJA DIANGGAP IBADAH
1.Niat kerana Allah. 2. Berteraskan iman dan
taqwa. 3. Tidak meninggalkan yang wajib. 4.
Mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat.
KERJA DIANGGAP IBADAH APABILA:
Pekerjaan itu adalah perbuatan yang harus atau
boleh dikerjakan menurut syarak. Pekerjaan yang
disertakan dengan niat dan diredhai Allah. Pekerjaan
yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan
bersungguh-sungguh. Pekerjaan berasaskan prinsip
syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab.
Menghasilkan kerja yang berkualiti.
Matlamat kerja dalam Islam
- tujuan asal manusia berada di bumi ialah untuk
beribadah kepada Allah s.w.t.
- untuk beribadah manusia mestilah meneruskan
hidupnya dengan kehidupan yang selesa
- untuk hidup dengan selesa manusia mestilah
mempunyai makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal,
kenderaan dan sebagainya.
- semua itu manusia dapat memperolehinya dengan cara
bekerja- pekerjaan dapat menyempurnaankan lagi
pengibadatan manusia kepada Allah s.w.t.
- dapat bayar zakat, bersedeqah, beri hadiah, derma,
wakaf, beri pinjam, pergi Mekah dan sebagainya.
- Islam melarang pekerjaan yang dilakukan semata-mata
untuk pekerjaan itu atau mengumpulkan kekayaan
semata-mata.
Dalam masyarakat tradisi yang terikat dengan
pertanian, jenis-jenis pekerjaan yang dibahagikan
kepada lelaki. Pekerjaan seperti memburu,
menggembala, bertukang kayu atau besi,
membuat rumah, alat-alat upacara dan
sebagainya yang dianggap memerlukan kekuatan
akan dirujuk kepada lelaki.

Anda mungkin juga menyukai