Anda di halaman 1dari 2

Ringkasan Bahagian Pertama

Pada zaman Rasulullah SAW, Rasulullah SAW tidak membenarkan para sahabat menulis hadis. Namun
anugerah dari Allah SWT kepada daya ingatan dan hafalan yang hebat kepada bangsa Arab telah
menyebabkan para sahabat mampu mengingati segala ucapan, perbuatan dan tingkah laku Rasulullah
SAW. Setiap majlis bersama Nabi merupakan majlis ilmu, baginda melimpahkan kepada sahabat
pelbagai macam petunjuk. Tidak ketinggalan juga sumbangan Ummahatul Mukminin dalam
perkembangan hadis. Mereka mempunyai keutamaan yang besar dalam mengembangkan sunnah-
sunnah nabi kerana merekalah orang yang paling hampir dan dekat dengan Rasulullah SAW.

Pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, keadaan politik amat bergolak kerana Rasulullah SAW wafat tanpa
meninggalkan sebarang wasiat tentang siapakah yang akan menjadi khalifah. Hampir-hampir berlaku
pergaduhan antara golongan Muhajirin dan Anshar. Asas iman yang kukuh berteraskan tauhid kepada
Allah ajaran Nabi Muhammad SAW menyebabkan pertikaian antara mereka dapat diredakan. Pada
zaman khalifah ar-rasyidin banyak masalah timbul dan terkadang tiada dapat diputuskan melalui al-
Quran, justeru mereka mencari penyelesaiannya dengan berpandukan ungkapan-ungkapan kata-kata
hikmah dari Rasulullah SAW. Para sahabat sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadis kerana takut
hadis-hadis yang dikeluarkan oleh mereka akan mengelirukan orang ramai.

Pada zaman pasca selepas berakhirnya zaman khulafa ar-rasyidin iaitu hingga akhir abad pertama hijrah,
banyak kabilah yang menimbulkan penentangan dan pembangkangan terhadap agama. Perkembangan
hadis palsu juga amat berleluasa pada zaman ini. Para tabiin (mereka yang sempat hidup sezaman
dengan sahabat Rasulullah SAW) berusaha mengumpul dan meriwayatkan hadis untuk menentang
pengembangan hadis palsu. Pada zaman ini wujud lembaga hadis di pelbagai kota Islam bertujuan untuk
menilai dan mengukur kesahihan hadis antaranya di kota Madinah, Mekah, Kufah, Bashrah, Syam dan
Mesir. Lawatan para sahabat kerap kali dilakukan kerana untuk menyemak hadis yang dikumpul.
Keadaan ini berterusan hinggalah kematian sahabat yang terakhir, Amir bin Wailah pada tahun 110 H.
Maka muncul era baru yang dinamakan era tabi' tabiin

Pada abad ke-2 hijrah, barulah usaha-usaha pengumpulan hadis dilakukan. Ianya dicetuskan oleh
khalifah Umar Abdul Aziz pada zaman pemerintahannya ketika beliau menulis surat kepada gabenor
yang menjadi haki di kota Mekah dengan katanya "Perhatikanlah hadis-hadis Rasulullah SAW lalu
tulislah, kerana sesungguhnya aku takut akan hilang ilmu dan lenyaplah para ulama'". Pada zaman ini
muncullah kitab-kitab seperti al-Muwaththa' karangan Imam Malik, al-Musnad karangan asy-Syafie dan
al-Atsar oleh Asy-Syaibani. Timbul juga ilmu-ilmu syarah kepada hadis seperti terhasilnya kitab Kasyfatul
Mughaththa fil Syarbil Muwaththa karangan Jalaluddin As-Sayuti, at-Tamhid dan al-Istidzkar karangan al-
Hafid Ibnu Abdul Barr dan kitab At Taliqul Mumajjad 'ala Muwaththa' al Imam Muhammad karangan al-
Hindi.

Perkembangan hadis dalam abad ketiga (masih era tabi' tabiin) terlalu mencabar kalau meneliti
kandungan buku ini. Pada zaman ini wujudnya golongan Muktazilah. Golongan ini mempengaruhi
khalifah untuk bertindak keras ke atas golongan ahli hadis. Bukan setakat itu sahaja, golongan ahli hadis
dicerca dengan dituduh mereka sebagai bodoh dan dungu. Penderaan psikologi yang dilakukan ke atas
mereka meninggalkan kesan yang amat derita. Pada masa yang sama muncul pula golongan yang giat
membuat hadis palsu dan sampai ke tahap begitu fanatik ketika membuatnya. Alhamdulillah pada ketika
umat manusia berada dalam kekeliruan tentang hadis Allah mengutuskan beberapa tokoh hadis
terulung (Imam Ahmad dan Ibnu Qutaibah)) bersama dengan "kutub al-hadith al-sittah" (Imam Bukhari,
Muslim,an-Nasa-iy, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu
Majah). Muncullah kitab-kitab unggul dalam ilmu hadis seperti Musnad Ahmad, Sahih Bukhari, Sahih
Muslim, Sunan an-Nasa-iy, Kitab dari Abu Daud, Jamiut Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah)

Ringkasan Bahagian kedua
Bahagian kedua membincangkan tokoh-tokoh hadis dari zaman Rasulullah SAW hinggalah pada abad
keempat hijrah. Antara tokoh yang dibincangkan ialah
1. Pada zaman Rasulullah SAW seperti Abu Hurairah r.a, Abu Said al Khudri r.a, Jabir ibn Abdullah r.a,
Anas bin Malik r.a, Aisyah Ummul Mukminin r.a, Abdullah bin Abbas r.a, Abdullah ibn Umar r.a, Abdullah
ibn Amr ibn Ash dan Abdullah bin Mas'ud.
2. Pada zaman tabiin terlalu banyak tokoh-tokoh periwayat hadis muncul di serata kota Islam kerana
sifat para sahabat yang sangat suka mengembara. Antara yang masyhur ialah Ibnu Syihab Az Zuhri,
Ikrimah Maula Ibnu Abbas, Umar Ibnu Abdul Aziz, Ka'bul Ahbar, Wahab ibn Munabbin, Said Ibnul
Musayyab, Urwah bin Zubair dan Alqamah.
3. Pada akhir perbincangan dalam bahagian kedua ini, penulis membicarakan tokoh-tokoh seperti Imam
Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Sebagai penutup, haruslah kita bangga menjadi umat Islam kerana sesungguhnya perkembangan ilmu
hadis tiada yang seumpamanya dalam lain-lain tamadun yang pernah lahir di dunia ini. Perjuangan
tokoh-tokoh hadis di zaman silam menyebabkan kita mampu merasakan kenikmatan dan keindahan
percakapan, perbuatan dan tingkah laku Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Dan jangan lupa
dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berdekatan anda....

Anda mungkin juga menyukai