Anda di halaman 1dari 16

PENDAHULUAN

Kepimpinan adalah melibatkan keupayaan seseorang pentadbir atau pengurus (di setiap
peringkat pengurusan) untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan menggunakan setiap
sumber organisasi(manusia, benda dan perkara) supaya saling berperanan atau masing-masing
berfungsi ke arah pencapaian objektif yang telah ditentukan. Kepimpinan juga melibatkan usaha
meransang pekerja bawahan untuk berperanan supaya matlamat dapat dicapai, menentukan visi
dan hala tuju organisasi dipatuhi dan menjadi penghubung atau juru bicara organisasi.

Justeru itu, kepimpinan yang berkualiti oleh seorang pemimpin dapat mempengaruhi orang
bawahannya ke arah gerak kerja yang cemerlang. Maka contoh pemimpin yang berwibawa dan
patut dicontohi hanya ada pada pimpinan Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Seperti mana
yang kita sedia maklum Rasulullah s.a.w merupakan seorang pemimpin yang berakhlak mulia
dan diiktiraf sebagai ketua yang berintegriti. Baginda s.a.w sentiasa bersikap adil terhadap segala
urusan pentadbirannya tidak kira di dalam hal ehwal negara, agama, dan keluarga sekalipun. Jadi
contoh teladan melalui kepimpinan Rasulullah s.a.w amat perlu kita ikuti sebagai bimbingan ke
arah menjadi pemimpin yang adil.

Tidak kira apa jua bidang yang akan dipimpin oleh seorang yang dilantik menjadi pimpinan,
maka pemimpin itu perlulah memikul tanggungjawab yang berat untuk membela nasib orang
bawahan mereka dan memimpin ke arah jalan diredhai Allah. Penekanan di dalam aspek
pendidikan, maka guru-guru yang mengajar murid-murid di sekolah dianggap sebagai
pemimpin tatkala sesi pengajaran bermula di dalam kelas. Kepimpinan di dalam bidang
pendidikan tidak tertumpu hanya di dalam kelas sahaja, namun keperibadian seorang pemimpin
khususnya guru-guru di sekolah juga turut dinilai sejauh mana wujudnya toleransi dan integriti
mereka di hadapan anak murid. Melalui penulisan ini, maka penulis akan mengambil sebanyak
mungkin sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w yang boleh kita terapkan di dalam pengurusan bidang
pendidikan.


KONSEP KEPIMPINAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Kepimpinan menurut bahasa seperti yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan ialah berasal
daripada akar kata pimpin. Perkataan pemimpin adalah beerti orang yang memimpin,
membimbing, menuntun, mengepalai, dan melatih. Manakala pimpinan ialah perihal memimpin.

Di dalam penulisan ini terdapat beberapa definisi telah dinyatakan berkenaan dengan konsep
kepimpinan menurut Islam iaitu antaranya:

Definisi Kepimpinan dalam Islam menurut Dr. Siddiq Fadzil ialah kepimpinan bukan hanya
mempengaruhi orang, tetapi ia merupakan pemandu umat dalam melaksanakan amanah Allah
(devine trust) iaitu berkaitan dengan memelihara agama dan menguruskan dunia dengan adil.
Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab dan amanah, dan ia bukannya suatu
kebanggaan.

Definisi kepimpinan dalam Islam menurut Dr. Ahmad Redzwan bin Muhammad Yunus
merangkumi makna yang luas termasuklah kepimpinan sesama manusia daripada peringkat yang
tertinggi sebagai ketua negara kepada kepimpinan yang terendah iaitu mengetuai kerja-kerja
yang berpendapatan rendah. Selain daripada itu, menurut beliau lagi menyatakan bahawa
kepimpinan dalam Islam juga merangkumi kepimpinan terhadap diri sendiri sebagai hamba
Allah dengan mengarah diri ke arah kebaikan, menunaikan amanah kepada Pencipta, manusia,
dan alam sekitar. (Ahmad Redzwan Muhammad Yunus, 2000)

Terdapat juga definisi lain berkenaan kepimpinan menurut perspektif Islam iaitu meliputi bidang
ilmu pengetahuan, peribadatan, keperibadian yang baik, ketokohan dan kepimpinan melalui
teladan.

Islam amat menitikberatkan tentang aspek kepimpinan sehinggakan Rasulullah s.a.w
menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam sekumpulan yang kecil
sepertimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud:

Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai
ketua

KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W YANG PERLU DICONTOHI
Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang
mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan
ke arah mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak
cabaran dan ujian yang akan dihadapi.
Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalam
sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

Mafhumnya: Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta
bertanggungjawab kepada orang-orang yang berasa di bawah jagaannya. Seorang ketua Negara
bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang
isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang
anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang
hamba atau yang bekerja dengan majikan, setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab
kepada apa yang dipimpin.

Bagi membicarakan soal kepimpinan sudah pasti akan hanya merujuk kepada kepimpinan
Rasulullah S.A.W sebagai teladan dan contoh yang terbaik sebagai firman Allah S.W.T dalam
Surah Al-Ahzab ayat 21:


"Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang
baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) allah dan (balasan baik) hari
akhirat,serta ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah".

Berdasarkan teladan gaya kepimpinan Rasulullah S.A.W,terdapat perkaitan yang kuat antara
kepimpinan yang beramanah dengan keimanan kepada Allah s.w.t,menghayati sunah rasulullah
s.a.w dan berakhlak mulia. Penghayatan kepada prinsip-prinsip tersebut mampu mendekatkan
pemimpin dengan orang yang dipimpinnya dan mengadakan hubungan yang harmoni di semua
peringkat. Gaya kepimpinan yang sebegini akan menyebabkan semua pihak menghormati dan
menyanjungi pemimpin berkenaan. Pada prinsipnya,rakyat amat menghormati dan mengagumi
ketinggian sikap bertangggungjawab pemimpin dalam melaksanakan tugasnya.Rasulullah S.A.W
sendiri telah membentuk dan mewariskan model kepimpinannya kepada para sahabat dan umat
islam seterusnya.

Kita melihat hasil kepimpinan rasulullah S.A.W telah diterjemahkan dalam kepimpinan Khalifah
Umar Al-Khatab.Khalifah umar adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi rakyat kerana
tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat jelata.Di dalam suatu peristiwa ketika beliau
sedang meronda disekeliling kota pada waktu malam untuk meninjau kehidupan rakyatnya,
beliau terdengar tangisan kanak-kanak yang sedang kelaparan, sedangkan ibunya tidak
mempunyai apa-apa untuk dimasak.Ibu tersebut terpaksa berpura-pura memasak dengan
memasukkan beberapa ketul batu kedalam periuk supaya anak itu akan berhenti menangis.
Melihat suasana yang menyayat hati itu, maka khalifah umar al-khatab telah membawa beberapa
guni gandum dan memasak sendiri untuk ibu dan anak yang kelaparan tadi. Perbuatan khalifah
umar mendapat pujian dari wanita tersebut tanpa mengetahui bahawa orang yang menolongnya
tadi adalah pemimpin besar Islam yang disegani ketika itu.Kita yakin sikap bertanggungjawab
pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh khalifah umar al-khatab sudah pasti
dihormati,disanjungi dan disayangi oleh rakyat.

Iktibar yang boleh diambil melalui kepimpinan Rasulullah s.a.w yang telah diterapkan di dalam
kepimpinan sahabat baginda yakni Khalifah Umar Al-Khatab dalam menjalankan kepimpinan
dalam pengurusan pendidikan ialah sifat bertanggungjawab terhadap orang bawahan perlu wujud
pada diri setiap pemimpin yang dilantik. Hal ini perlu kerana melalui sifat tanggungjawab ini
akan mewujudkan mahabbah dan kerjasama di antara pemimpin dan orang bawahannya.
Contohnya seorang Pengetua sekolah perlulah bertanggungjawab mengambil tahu hal-hal guru
dan kakitangan pejabat sekolah. Begitu juga bagi seorang guru perlulah bertanggungjawab
mendidik pelajar dengan rasa tanggungjawab serta tanpa keluh kesah. Seorang murid yang
menuntut ilmu daripada guru juga perlu bertanggungjawab atas harapan ibu bapa dan guru
mereka supaya bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu.

Rasulullah SAW juga merupakan pemimpin yang memenuhi fitrah manusia sejagat melalui sifat-
sifat mulia seperti amanah, siddiq (benar), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (cerdik).
Menurut perjalanan sirah hidup Rasulullah s.a.w, sebelum dari kerasulannya pemimpin Quraish
pernah memberi gelaran al-Amin kerana ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti baginda
dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran al-Amin ini telah
membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraish kepada
Rasulullah. Walau bagaimanapun cabaran yang dihadapi oleh baginda juga cukup hebat.
Misalnya Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish, pernah menawarkan jawatan Raja,
perempuan cantik, dan harta kekayaan supaya Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan
Islam. Namun, berdasarkan kekuatan integriti dan maruah kepimpinan Islam, maka Rasulullah
SAW menolak semua tawaran itu. Sikap teladan yang ditunjukkan oleh baginda s.a.w amat perlu
diikuti oleh setiap pemimpin yang menjalankan tugasnya.

Di dalam menerapkan teladan sikap kepimpinan Rasulullah s.a.w, maka sikap jujur serta amanah
di dalam memimpin amat diperlukan bagi sesetiap pemimpin agar pimpinannya mencapai
kejayaan. Demikian juga pengurusan bidang pendidikan, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru,
serta pelajar-pelajar perlulah menanam sikap amanah di dalam gerak kerja mereka. Contohnya
Pengetua sekolah perlu amanah di dalam menjalankan pentadbiran pimpinannya terhadap semua
kakitangan kerani yang berkhidmat di sekolah dan semua kakitangan pejabat sekolah juga perlu
jujur menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan bersistematik. Selain itu juga, guru-guru
yang mendidik anak murid perlu amanah dengan masa agar tidak selalu lewat memasuki kelas.
Begitu juga bagi pelajar hendaklah jujur terhadap guru ketika mana sesi pembelajaran diadakan.

Seorang pemimpin yang berwibawa juga mengambil berat hal ehwal orang bawahannya. Hal ini
dapat dibuktikan melalui kepimpinan Rasulullah SAW yang mengasihi umatnya, sehinggakan di
waktu sakaratulmaut pun baginda masih terkenang mengenai nasib umatnya di dunia ini dengan
keluhan yang berat. Berulang kali baginda menyebut umatku! umatku! umatku!. Malahan apa
yang tidak terjangkau oleh fikiran kita juga segala integriti kepimpinan Rasulullah SAW
membawa rahmat sehingga terselamatnya umat Islam dari azab Allah SWT sebagaimana sabda
baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili)
pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab
lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka.

Di dalam pendidikan negara, sikap ambil berat seorang guru terhadap pelajar-pelajarnya juga
dapat meningkatkan disiplin pelajar-pelajar. Selain itu juga, perasaan muhibbah di antara guru-
guru dan pelajar-pelajar akan timbul melalui sikap ambil berat dan kasih sayang yang diterapkan
dalam pimpinan. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-anak dalam Islam
mengulas kaedah pimpinan didikan berkesan kepada kanak-kanak adalah bercirikan lemah
lembut, penuh belas kasihan dan berperingkat.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ajarkan mereka dan jangan mengkasari mereka, sesungguhnya guru itu lebih baik daripada
seorang pengeras." (Riwayat al-Haris, at-Thayalisi dan al-Baihaqi)


Kaedah berperingkat dalam memulihkan disiplin anak adalah disarankan. Ia harus dimulakan
dengan menunjukkan kesalahan melalui bimbingan, lemah lembut, memberi amaran sehingga
peringkat merotan yang berpatutan. (Dr Rohayah Husain dan Dr Habsah Hassan, 29 Februari
2008 )

Imam Al-Ghazali pernah berpesan mengenai kepimpinan guru terhadap muridnya yang perlu
dititik beratkan iaitu:

1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
2. Memandu muridnya ke jalan yang diredhai syara'
3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan
menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang
dikata.

Kepimpinan yang berkesan dalam pendidikan sekolah mencerminkan suasana kepimpinan yang
cemerlang. Ini ditegaskan Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 124:



Maksudnya:

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan
dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman:
Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi
Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari
keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi)
janjiKu ini tidak akan didapati.

Apa yang jelas, terdapat dua perkara asas dalam ayat tadi. Pertama, kepimpinan bukan sekadar
perjanjian antara pemimpin dengan orang bawahan, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian
antara pemimpin dengan Allah SWT. Kedua, kepimpinan hendaklah mementingkan keadilan
dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.

Sikap-sikap pemimpin yang perlu diterapkan di dalam pimpinan khususnya di dalam bidang
pendidikan berdasarkan contoh kepimpinan Rasulullah s.a.w ialah:

Megwujudkankan pimpinan yang diredhai Allah

Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada sunnah
Rasulullah s.a.w, di antara ayat-ayat perintah Allah:

Maksudnya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru
kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang
beruntung" (A1-Imran 104).
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan
perintah , yang zahirnya menunjukkan wajib, perkataan "mereka itulah orang yang beruntung"
menunjukkan Fardhunya tugas tersebut yang merupakan fardhu kifayah iaitu bilamana
sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.

Maksudnya:
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi
penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang
mungkar. Mendirikan sembahyang ..." (Al-Taubah: 71)

Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan diri mereka
untuk menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Bermakna seseorang yang lari dari
tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan. Hal ini jelas melalui sabda
Rasulullah s.a.w:

"Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari
yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut " (maksud
hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.)
Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang
tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.

Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar

Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara'
meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin. Perkara
yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak
dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Amar makruf nahi mungkar adalah bagian dari dakwah Islam. Baik-buruknya masyarakat salah
satunya bergantung pada dilaksanakan atau tidaknya amar makruf nahi mungkar. Imam al-
Ghazali pernah berkata:

Sesungguhnya kegiatan amar makruf nahi mungkar adalah usaha yang paling agung dalam
agama. Kerana kegiatan inilah Allah mengutus para nabi seluruhnya. Seandainya umat Islam
meremehkan amar makruf nahi mungkar, tidak mahu memahami dan mengamalkannya, tentu
akan berhenti keNabian ini; kesesatan akan tersebar luas, kebodohan akan menjadi hal yang
lumrah, kerusakan akan merajalela, pelanggaran akan semakin meluas, negeri-negeri akan
hancur, dan manusia akan binasa. (Al-Ghazali, Ihy Ulm ad-Dn, jil 2: 306).


Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa
"yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang
wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan
menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya
merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam
mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan
dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan
tindakan.


Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal soleh

Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan
itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam
bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan
yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya
bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah
ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah
dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia
berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara
seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah
memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak
tercapai matlamatnya.

Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan
mungkar. Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-
mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut
hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu
samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan
kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan
kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam
keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang
dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan
yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang
mungkar menimbulkan yang munkar.


Contoh Allah berfirman:
Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyu'
dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang
tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga
kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka
sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu
mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang
dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah
orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,'
(surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)

Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya
meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-
pemimpin yang berkaitan. Tanpa wujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau
sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan
kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan
Islam dalam satu- satu pimpinan.

Seluruh pemimpin di pelbagai peringkat perlu mempunyai ciri-ciri antaranya:

1. Berpegang teguh dengan dasar hidup dan dasar perjuangan yang benar.
Dalam konteks umat islam,pemimpin islam mestilah mereka yang berpegang teguh dengan
akidah dan perjuangan islam sebenar.Mereka bukan pengikut fahaman asabiah jahiliah atau
fahaman islam liberal atau fahaman islam yang lain.Allah subhanahu wataala berfirman dalam
surah al-zuhruf ayat 43:



"Dengan yang demikian,berpegang teguhlah engkau kepada al-quran yang telah diwahyukan
kepadamu,kerana sesungguhnya engkau berada diatas jalan yang lurus".


2.Penghayatan budaya ilmu.

Syarat ini amat perlu dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar sebagai pemimpin.Segala
tindak-tanduk dan corak kepimpinan mestilah bersandarkan ilmu lebih-lebih lagi dalam suasana
cabaran globalisasi hari ini.Firman allah dalam az-zumar ayat 9:



"Katakanlah :" Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak
mengetahui?."Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".

3.Mengikut syariat dan akhlak islam.

Pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan islam dan boleh terus memegang amanah
kepimpinan selagi ia mengikut perintah allah.Semasa mengendalikan urusannya ia mesti patuh
kepada adab-adab islam khususnya ketika berurusan dengan rakyatnya.Firman allah subhanahu
wataala dalam surah al-ahzab ayat 36:


"Dan tidaklah wajar bagi lelaki dan perempuan mukmin apabila allah dan rasulnya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah wajar mereka) mempunyai hak memilih ketetapan
sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum allah dan rasulnya
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".

4.Keterbukaan dan menerima pandangan yang baik.

'As-samahah' iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan,bersedia
mendengar,menerima pandangan,berbincang,menerima teguran dan mengamal pentadbiran
dengan cara ia memiliki keyakinan diri,kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-
pandangan-pandangan dan saranan orang lain.Firman allah dalam surah az-zumar ayat 18:




"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih
dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama),mereka itulah orang-orang
yang diberi hadiah petunjukkan oleh allah dan mereka itulah orang-orang yang diberi hadiah
petunjuk oleh allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna".


5. Pemimpin yang sentiasa bermuhasabah.

Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang sangat kerap membuat penilaian terhadap tugas
dan tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil
usahanya.Tujuan penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki
dan untuk melihat kejayaan-kejayaan yang boleh dipertingkatkan.Saidina umar r.a berkata:
"muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dihisab".

6. Pemimpin yang sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri.

Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang perhatian terhadap kepentingan rakyat
umum.Dalam melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga
dengan kepentingan umum.Firman allah dalam surah al-hasyr ayat 9:



"Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka
sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.Dan (ingatlah),sesiapa
yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,maka
merekalah orang-orang yang berjaya".

Anda mungkin juga menyukai