Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Dalam geografi penduduk, istilah pertumbuhan penduduk digunakan dalam erti kata yang
seluas-luasnya untuk meliputi bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu
kawasan tertentu, tidak kira sama ada perubahan itu negatif atau positif. Kadar
pertumbuhan penduduk dunia yang cepat hanya berlaku dalam pertengahan abad ke-17.
Sungguhpun data pertumbuhan penduduk tidak diperoleh, dianggar kadar pertumbuhan
penduduk dunia bertambah dua kali ganda diantara tahun 1650 dengan 1850, berganda
lagi dalam tahun 1920, dan sejak itu penduduk terus meningkat. Menjelang tahun 1970,
kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2 peratus setahun. Pertumbuhan tahunan
penduduk dunia hari ini dianggarkan melebihi 90 juta dan sekiranya kadar ini berterusan,
penduduk dunia akan bertambahn enam kali gan da dalam jangka masa 100 tahun.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk.

a. Faktot biologi.
Dari segi biologi pula boleh di bahagikan kepada tiga faktor iaitu
(i) Faktor hayat
Pemerhati mendapati negara-negara miskin yang sering mengalami
kekurangan makanan mencatatkan kadar kelahiran yang paling tinggi.
Sebaliknya, di negara-negara maju yang rata-rata penduduknya seba mampu
dan mempiuyai tahap kesihatan yang baik, mencatatkan kadar kelahiran yang
rendah. Negara-negara dunia ketiga yang miskin mencatatkan kadar kelahiran
yang rendah. Negara-negara ketiga yang miskin mencatatkan kelahiran yang
yang jauh lebih tinggi seterusnya menyebabkan peningkatan penduduk yang
tinggi. Peingkatan penduduk di negara-negara maju sebaliknya menurun.

(ii) Faktor Demografi

Struktur umur menentukan nisbah penduduk dalam kumpulan umur


pembiakan dan seterusnya mempengaruhi kadar kelahiran. Kadar fertility
yang tinggi di kalangan penduduk muda jauh lebih tinggi berbanding
penduduk tua. Kadar fertiliti yang tinggi menyebabkan kadar kelahiran turut
tinggi dan ini akan menyebabkan pertumbuhan penduduk tinggi di negara-
negara sedang membangun. Di negara maju, nisbah penduduk mudanya
kurang berbanding penduduk tua. Penduduk tua semakin meningkat,
sedangkan kadar kelahiran semakin menurun.

(iii) Faktor Sosial


Pasangan yang berkahwin pada umur muda berkemungkinan mempunyai
bilangan anak lebih ramai berbanding pasangan yang berkahwin lewat.
Terdapat perkaitan yang rapat antara umur seseorang perempuan semasa
berkahwin dengan tahap fertilitinya. Seorang perempuan yang berkahwin
pada umur 20 tahun atau lebih mempunyai purata bilangan anak seramai 5.3
orang, iaitu kurang 1.8 orang anak berbanding perempuanyang berkahwin pada
umur kurang daripada 20 tahun.

Di negara-negara Asia pula, sejak kebelakangan ini, arah aliran kesuburan


kaum Melayu dan lain –lain Bumiputera meningkat. Ini disebabkan oleh
pasangan yang berkahwin lewat masih mengekalkan saiz keluarga yang besar.
Faktor lain ialah berkurangnya amalan perancangan keluarga dikalangan
pasangan Melayu dan lain-lain Bumiputera. Kesuburan yang berkurang
dikalangan kaum China dan India antaranya disebabkan oleh kelewatan umur
perkahwinan kali pertama dan pertambahan penggunaan alat mencegah
kehamilan. Arah aliran kesuburan bagi kaum China dan India menunjukkan
keinginan untuk mempunyai saiz keluarga yang kecil daripada masa lalu.
Kesuburan di kalangan semua kaum di Sabah dan Sarawak juga didapati
berkurangan walaupun paras kesuburan suku kaum lain lebih tinggi paras
daripada paras kesuburan kaum Melayu dan lain-lain Bumiputera di
Semenanjung Malaysia. Secara purata, suku-suku kaum di Sabah mempunyai
enam orang anak, manakala di Sarawak, lima orang.
b. Faktor Ekonomi
Keupayaan sesuatu kawasan sama ada mampu atau tidak untuk menampung
ramai penduduk. Selain daripada dipengaruhi oleh faktor alam sekitar
fizikalnya, juga ditentukan oleh ada tidaknya potensi ekonomi dan corak
aktiviti di satu-satu kawasan. Pada umumnya, semakin kompleks sesuatu
masyarakat ,semakin tinggi tamadunnya, semakin tinggi daya pengeluaran
ekonominya lantas semakin ramai penduduk yang mampu ditampungnya.
Pengurusan ekonomiyag baik dan tinggi di satu-satu kawasan secara tidak
langsung akan menyebabkan penghijrahan penduduk dari satu kawasan yang
mundur ke kawasan yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi.
Mempunyai peluang pekerjaan yang banyak serta aktiviti sosial yang baik
adalah faktor berkembangnya pertumbuhan pada sesuatu kawasan. Oleh itu
adalah wajar untukmempengaruhi taburan penduduk berdasarkan tingkat
kemajuan ekonomi sesuatu masyatrakat atau kawasan.

c. Faktor Teknologi.

Penggunaan teknologi yang tinggi bagi sesuatu kawasan mempengaruhi


kepadatan pertumbuhan penduduk. Dengan penggunaan teknologi yang
tinggi dan baik secara tidak langsung memberi keselesaan kepada masyarakat
serta dapat menampung kepadatan penduduk kawasan tersebut. Faktor
teknologi yang baik adalah sesuatu kawasan tersebut dapat memenuhi
permintaan masyarakatnya seperti kehidupan yang selesa., keselamatan ysang
terjamin, pemakanan yang berkualiti serta aktiviti harian yang dapat
membentuk sesuautu masyarakat yang harmoni. Pendudukjuga akan lebih
optimum merujuk kepada keseimbangan yang dicapai di antara jumlah
penduduk dengan cirri-ciri teknogi moden yang dapat menguruskan sumber-
sumber pengeluaran negara.

Justeru, penduduk optimum dicapai apabila pertambahan penduduk diringi


oleh pertambahan ekslotasi sumber-sumber pengeluaran dengan secukupnya
yang seterusnya dapat meningkatkan perkapita penduduk negara tersebut.
Penduduk optimum memperlihatkan cirri-ciri seperti tingkat
pendapatan,pendidikan dan teknologi tinggi, struktur pendudk yang seimbang
dan tiadanya pengangguran. Penduduk optimum berubah-ubah mengikut
perubahan teknologi dan teknik-teknik moden yang digunakan. Dengan
kemajuan teknologi moden, pengeluaran hasil pendapatan ditinggikan dengan
taraf hidup semakin menigkat. Ini mungkin meninggikan siz penduduk
optimum.

Anda mungkin juga menyukai