Anda di halaman 1dari 16

2011

PENGHARGAAN

Salam sejahtera,

Bersyukurlah kerana tugasan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan jutaan terima kasih kepada En. Ismail B. Mohd.Noh, selaku Pensyarah
Pembimbing saya. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, dorongan,
galakan, kesabaran dan nasihat sepanjang kerja kursus ini dijalankan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-
pensyarah yang mengajar bahasa melayu dan pensyarah-pensyarah lain dari Institusi
Perguruan Ipoh (IPIP) yang sudi memberi ilmu pengetahuan dan sokongan untuk
menjayakan tugasan ini.

Selain itu, tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan
kawan-kawan saya yang membantu dan memberikan kerjasama erat demi
menjayakan kerja kursus ini. Saya mendoakan agar kalian berjaya dalam pelajaran
dan kehidupan.

Penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa
memberi sokongan dan dorongan kepada saya serta semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini dengan sepenuhnya.

Sekian, terima kasih !


2011




ISI KANDUNGAN

BIL.
PERKARA




1 PENGHARGAAN



2 ISI KANDUNGAN



3 BIBILOGRAFI















2011



Di alaf baru ini, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia
masih lagi tidak diberi status yang sewajarnya seperti pengikktirafan yang telah dibuat
di Negara-negara barat dan Megara-negara Asia lain.

Di Amerika, badan badan professional seperti Akademi Pediatriks, Persatuan
Perubatan Amerika, Persatuan Pendidikan Nasional, Persatuan Kebangsaan Guru-
guru Besar Sekolah Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan,Pendidikan
Jasmani,Rekreasi dan Tarian (AAHPERD) telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres
Amerika (1987) yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta
agensi-agensi pendidikan tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani
harian yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah rendah. Adakah perkara
seperti ini berlaku di Negara Malaysia yang kita cintai ini?

Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya member penekanan
kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang
kurang mahir dalam aktiviti sukan.

Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak tentang senaman dan
pembangunannya serta pengekalan pelaziman senaman seumur hidup. Ini
diselaraskan dengan pendapat Barrow (1971) yang meletak Pendidikan Jasmani
dalam konteks pengalaman pendidikan keseluruhan (the total education experience)
yang menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan
proses pendidikan keseluruhan dan berkaitan dengan hal dalam keseluruhan
kehidupan seseorang.

3


1.0 Sejarah

2011



Pada Zaman Era Kolonial(sebelum penjajahan Inggeris) iaitu sebelum
kemerdekaan Pendidikan Jasmani tidak diajar di Sekolah-sekolah Tanah Melayu.
Malahan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan dan permainan
tradisional untuk mengisi masa lapang dengan seronok.

Latihan kesukanan diajar secara tidak formal kepada kanak-kanak kerana
kebanyakan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing.

Pada Era Penjajahan (Era colonial Inggeris Lama) pula permainan-permainan
seperti bola sepak, hoki, ragbi dan sebagainya diperkenalkan oleh Penjajah dan
peniaga.

Latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi
pesawah dan sebelum pelajaran dimulakan, murid-murid digalakan untuk berkebun
dan bersenam.1890 murid perempuan mula membelajari acara olahraga dan murid
lelaki diajar latih tubi.

Pada tahun 1913 maktab Perguruan Matang, Perak ditubuhkan untuk
membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan menggalakan mereka
memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.

Tahun 1930 usaha rancangan Pendidkan Jasmani untuk sekolah-sekolah
dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal dan sukatan pelajaran telah
disemak pada tahun 1940-an.


4


Pada Era Kolonial (Pemerintahan British) Pendidikan Jasmani diajar sebagai
satu matapelajaran dalam sekolah. 1946-1948 sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani
dirombak oleh Maktab Perguruan Sultan Idris untuk mengadakan sukatan yang formal
2011



untuk sekolah rendah dan menengah.Tahun1950 Pendidikan Jasmani diwajibkan di
semua sekolah.

Selepas merdeka pula, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan MSSM.
Pendidikan Jasmani menjadi pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan
menengah.

Sukatan pelajaran dikaji semula dan wujudnya sukatan bagi pelajar lelaki dan
wanita pada tahun 1966. Selepas itu, ia disemak semula pada tahun 1971 dan
dikeluarkan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun
1977 pula Universiti Malaya memasukkan Pendidikan Jasmani dalam kursus Diploma
Pendidikan.










5



3.0 DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI
2011




Menurut sumber, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat
dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor serta pembangunan
dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum yang memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal,.

Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani
memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal. Matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan social dalam pendidikan
jasmani dalam pengajaran di sekolah.

Definisi pendidikan kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau
menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap
dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.Menurut
sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan sekolah rendah adalah membantu murid
menjadi peka terhadap kesihatn diri dan cerdas dari segi mental.

Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-
kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop
pengalaman pembelajaran yang rapid an berturutan. Beliau menegaskan bahawa
pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan
kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan
untuk menjadi aktif, dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal.

6
Dalam perkataan lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk
membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhanya yang mengambil kira as
apek-aspek afektif, kognitif, dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini adalah selari

dengan pendapan Dauer (1995) yang berpendapat bahawa Pendidikan
2011



adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang member
sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak
melalui pengalaman-pengalman pergerakan.

Pendapat ini selaras dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan Sains, London
Capel,200) bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang
bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan
kefahamannserta untuk menggalakkan kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun focus
tersebut adalah ke atas kanak-kanak dan pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke
atas aktiviti fizikal.

Selain itu :

Williams (1964)

Menurut beliau Pendidikan Jasmani merupakan suatu kegiatan yang
memberikan pendidikan melalui aktiviti fizikal.

Barrow (1971 & 1983)

Beliau mengklasifikasikan Pendidikan Jasmani sebagai Pengalaman
Pendidikan yang menyeluruh iaitu beliau mengatakan bahawa kegiatan jasmani ini
behubung kait dengan hal-hal yang berlaku dalam kehidupan (seumur hidup)
seseorang individu.



7



Baley & Field (1976)

2011



Pandanganya berkata bahawa Pendidikan Jasmani adalah satu proses
pengubahsuaian dan pembelajaran daripada bahan organic, neuromaskular,
intelektual, social, emosional, dan estetik. Selain itu, beliau juga meyarankan bahawa
Pendidikan Jasmani diwujudkan melalui aktiviti fizikal yang tertentu dan agak rancak.
Freeman (1977, 1992)

Pendidikan Jasmani merangkumi pembangunan fizikal dan mental serta
menumpu kepada tiga domain pendidikan iaitu psikomator, kognitif, dan afektif.

Lumpkin (1990)

Menurut beliau seseorang itu dapat mempelajari Pendidikan Jasmani dengan
mengunakan kemahiran-kemahiran fizikal, mental, dan sosial. Selain itu, tahap
kecergasan yang tinggi sesorang indidvidu itu juga memainkan peranan penting bagi
mempelajari dan memahami Pendidikan Jasmani.

Dauer (1995)

Menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada
pendidikan yang menyeluruh kerana ia memberi perkembangan dan pembangunan
keseluruhan kepada kanak-kanak melalui pengalaman-pengalaman pergerakan yang
amnya dilakukan oleh murid-murid itu sendiri.
Cholik Mutohir(1992)
Cholik memberitahu bahawa pendididkan jasmani adalah satu proses
pendidikan seseorang sebagai perorangan atau anggota masyarakat yang dilakukan
secara sadar sistematik melalui pelbagai kegiatan jasmani untuk memperoleh
8
pertumbuhan jasmani,kesihatan jasmani dan kesegaran jasmani,kemampuan
dan keterampilan kecerdasan dan perkembangan watak serta keperibadian yang
harmonis dalam rangka pembentukan manusia Indonesia berkualitas berdasarkan
pancasila
8
2011





4.0 DEFINISI KESIHATAN

Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial
dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja.

Kesihatan adalah kualiti hidup yg melibatkan sosial, emosi, mental, spritual dan
kecergasan biologikal individu hasil drp adaptasi individu terhadap persekitaran.
(Dubos R.,1968)

Kesihatan secara menyeluruh adalah kesihatan fizikal, kesihatan sosial,
kesihatan mental, kesihatan emosi, kesihatan persekitaran dan kesihatan rohani.

Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang
dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang kondusif untuk kesihatan
(Green, 1980) .

Pendidikan kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yg menyediakan
dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial, memperkembangkan
pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan. (Marx & Wooley, 1998).

Pendididkan kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan
membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi
maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkahlaku. (Anspaugh & Enzell,
1995).
9


5.0 MATLAMAT

2011



Matlamat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah di negara
kita,adalah bertujuan membantu pelajar menjadi cergas dan berdisiplin melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM), objektif utama dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
adalah mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor. Selain itu menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan satu mata pelajaran yang
penting dalam pendidikan di Malaysia, terutamanya di sekolah rendah.Antara
kepentingannya adalah kecergasan fizikal dengan membina dan mengekalkan tahap
kesihatan fizikal yang sesuai denagn minat serta keperluan.

Selain itu, kemahiran motor yang diuruskan untuk bahagian anggota dan
membina kemahiran motor dengan cekap yang sesuai digunakan. Selain
itu,kecekapan dalam mengurus badan melalui aktiviti senaman dan aktiviti fizikal
sebagai rutin kehidupan berterusan sebagai penjagaan postur dan koordinasi.

Pendidikan Jasmani bermatlamatkan untuk menepati Falsafah Pendidikan
Negara. Selain itu, Pendidikan Jasmani Juga dapat menyihatkan badan kanak-kanak.
Ia juga membantu murid untuk meningkatkan pengetahunhan dalam bidang sukan dan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap sukan dan kesihatan, serta juga mengajar
untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.



10

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Dengan membelajarai
matapeljaran ini, murid akan meguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, dan
2011



inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada muird mengambil bahagian
secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal.

Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini, termasuk membuat
kategori, menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat ramalan,
mencipta metafora, dan mencipta definisi. Selain itu, tujuan Pendidikan Jasmani
adalah mendidik murid membuat keputusan yang bijak dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.

Sekiranya kita mengimbas kembali sejarah Pendidikan Jasmani, Pada Zaman
Era Kolonial(sebelum penjajahan Inggeris) iaitu sebelum kemerdekaan Pendidikan
Jasmani tidak diajar di Sekolah-sekolah Tanah Melayu. Malahan murid-murid
melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk mengisi
masa lapang dengan seronok. Latihan kesukanan diajar secara tidak formal kepada
kanak-kanak kerana kebanyakan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-
masing.



Pada Era Penjajahan (Era colonial Inggeris Lama) pula permainan-permainan
seperti bola sepak, hoki, ragbi dan sebagainya diperkenalkan oleh Penjajah dan
peniaga. Latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi
pesawah dan sebelum pelajaran dimulakan, murid-murid digalakan untuk berkebun
dan bersenam.1890 murid perempuan mula membelajari acara olahraga dan murid
lelaki diajar latih tubi.


11
Pada tahun 1913 maktab Perguruan Matang, Perak ditubuhkan untuk
membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan menggalakan mereka
memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. Tahun 1930 usaha rancangan Pendidkan
Jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan
Fizikal dan sukatan pelajaran telah disemak pada tahun 1940-an.
2011





Pada Era Kolonial (Pemerintahan British) Pendidikan Jasmani diajar sebagai
satu matapelajaran dalam sekolah. 1946-1948 sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani
dirombak oleh Maktab Perguruan Sultan Idris untuk mengadakan sukatan yang formal
untuk sekolah rendah dan menengah.Tahun1950 Pendidikan Jasmani diwajibkan di
semua sekolah.

Selepas merdeka pula, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan MSSM.
Pendidikan Jasmani menjadi pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan
menengah.Sukatan pelajaran dikaji semula dan wujudnya sukatan bagi pelajar lelaki
dan wanita pada tahun 1966.

Selepas itu, ia disemak semula pada tahun 1971 dan dikeluarkan dalam
dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun 1977 pula Universiti
Malaya memasukkan Pendidikan Jasmani dalam kursus Diploma Pendidikan.


Namun Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Malaysia masih lagi tidak diberi
status yang sewajarnya seperti pengiktirafan di negara-negara barat dan negara-

negara Asia yang lain. Menurut Barrow(1971), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
dalam konteks, pengalaman pendidikan seluruhan (the total educational experience)
dan menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan
proses pendidikan seluruhan dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

12
Taraf pengajaran Pendidkan Jasmani dan Kesihatan di negara kita terutamanya
di sekolah rendah tidak diberi perhatian sepenuhnya seperti di negara-negara barat. Di
Amerika, badan-badan professional telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres Amerika
(1987) yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta agensi-
agensi pendidikan tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani harian
2011



yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah rendah. Tetapi, kaedah ini tidak
dijalankan sepenuhnya dalam pengajaran Pendidkan Jasmani di sekolah rendah.


Selain itu, Pendidikan Jasmani merupakan satu kaedah permainan yang dapat
diaplikasikan di luar sekolah juga,iaitu selepas waktu sekolah. Namun, sebagai guru,
kita tidak meletakkan kewajipan yang mendalam untuk melakukan aktiviti permainan
untuk murid-murid.Jika kita membandingkan dengan pengajaran pendidikan jasmani di
negara-negara Barat, kanak-kanak atau murid-murid diberi masa yang secukupnya
untuk bermain dan aktiviti riadah.

Mereka juga diberi kebebasan yang secukupnya semasa pendidikan jasmani.
Tetapi adakah perkara yang sama berlaku di system pendidkan jasmani di negara
kita? Bagi saya, tidak. Kita selalu memberi keutamaan kepada pembelajaran sehingga
mencapai kejayaan yang optimum,tetapi dari sehi pembelajaran pendidikan jasmani,
kita masih ditahap yang merungsingkan.









13



6.0 OBJEKTIF

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal
dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara
2011



utama . Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh
diamalkan dalam kehidupan seharian

Murid boleh :

1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor;

2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;

3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;

4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal;

5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan

6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan mempertingkatkan, pengetahuan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran;

7. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
berkaitan dengan kesihatan;

8.membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman;

14
9.menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan

10 .berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
keseluruhan.

2011



11. Memahami proses pertumbuhan dan perkembangan diri dari segi fizikal, mental
,emosi, sosial dan rohani.

12. menguasai kemahiran asas pergerakan mengikut kemampuan diri.

13. menjaga kesihatan asas diri, keluarga dan orang lain.

14. melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi secara aktif, riang dan selamat.

15. menjadi peka terhadap keperluan diri dan orang lain.

15













14




2011



Bibilografi


1. Dewan Bahasa & Pustaka

2. Artikel satu Malaysia,Utusan Malaysia

3. Internet- Gagasan Satu Malaysia

Anda mungkin juga menyukai