Anda di halaman 1dari 6

Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)

MAKSUD
Rangkap 1
Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika
dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.

Rangkap 2
Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti
dia akan ditertawakan.

Rangkap 3
Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah
hilang

Rangkap 4
Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar
berkemampuan.

Rangkap 5
Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih
kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

TEMA
Si
ndiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.

PERSOALAN
1 Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga.
2 Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
3 Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.
4 Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa .
5 Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.

BENTUK
1 Terdiri daripada 5 rangkap.
2 Setiap rangkap terdiri daripada 4 baris.
3 Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan)
kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan)
4 Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
Apa guna berkain batik (9 suku kata)
Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata)
5 Rima akhir abab kecuali rangkap kedua, abac
6 Pantun ini adalah puisi terikat.



GAYA BAHASA
1 Asonansi - Kalau tidak memakai capal pengulangan vokal a
2 Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu pengulangan konsonan m
3 Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal
4 Personikasi
Ikan kering lagi ketawa
Mendengar tupai membaca kitab
5 Unsur alam
(a) Haiwan ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu
(b) Tumbuhan rotan,saga

NILAI
1 Bertanggungjawab
Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan
baik.
2 Kegigihan
Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.
3 Rasional
Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.

PENGAJARAN
1 Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar
kehidupan lebih harmoni.
2 Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang
rendah.
3 Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak
mendatangkan masalah kepada orang lain.

LATIHAN
1 Berikan dua persoalan yang dikemukakan dalam Pantun Empat Kerat
(Jenaka dan Sindiran).
2 Nyatakan tiga pengajaran berdasarkan Pantun Empat Kerat (Jenaka dan
Sindiran).








Syair Definisi Orang Berakal

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
1)
Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

2)
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jikalau ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

Syair definisi orang berakal
TEMA:
Keperibadian atau Ciri-ciri orang yang bijaksana.
PERSOALAN:
1. Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera.
2. Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan
keruntuhan akhlak.
3. Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat
supaya tidak mendapat malu.
4. Menjauhi sifat tamak yang buruk.
5. Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan.
6. Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang.
7. Jika banyak berfikir dan belajar , maka sukar diperdaya orang.



MAKSUD:
RANGKAP MAKSUD
1 Orang berakal dianggap mulia dan alim oleh
masyarakat. Pengikut turut dipandang mulia dan
mendapat kebahagiaan
2 Orang berakal mencari keadilan dan membela orang
yang teraniaya.
3 Orang berakal berpandangan jauh. Mereka teliti
dalam memilih kawan dan setia kepada sahabat-
sahabat mereka. Orang berakal tidak akan berkawan
dengan orang jahat.
4 Orang berakal sentiasa mengikut undang-undang dan
hukum-hukum agama. Mereka tidak tamak kerana
mereka tahu matlamat akhir mereka ialah kehidupan
kekal di akhirat.
5 Orang berakal tidak akan menjadi sombong walaupun
mereka dikasihi oleh orang atasan/ orang
besar. Mereka boleh bersahabat dengan sesiapa
sahaja dan tidak bersikap mengada-ada.
6. Orang berakal akan sentiasa beringat-ingat sewaktu
mereka dikasihi orang atasan. Mereka tidak akan
membuang saudara-mara dan sahabat handai mereka.
7. Orang berakal tidak akan bosan mengejar
ilmu. Mereka tidak akan berhenti belajar kerana ilmu
tidak ada hujung atau penamatnya.



Nilai Kepatuhan/
ketaqwaan
Kegigihan
Rasional
Merendah diri
Keikhlasan

Gaya
ba
hasa
Bahasa
klasik
Tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu
Sinkope Ibanya tahu dunia tak kekal
Bahasa
Arab
Makrifat, anbia, aulia, fazihat, tawakal
Asonansi Menjadi kepala bela bermacam vokal e
Aliterasi Menjauhkan tamak hendak tawakal
konsonan k
Anafora Tiadalah ia melanja-lanja, tiadalah
menyombong pada bekerja