Anda di halaman 1dari 41

Isi Kandungan

Senarai Kandungan Muka


Surat
Soalan Tugasan
Borang Kolaborasi
Penghargaan
1.0 Pengenalan
2.0 Definisi Kesenian
3.0 Definisi Budaya Dan Kebudayaan
4.0 Sejarah Kesenian Kepelbagaian Budaya
4.1 Islam
4.1.1 Konsep Seni Islam
4.1.2 Karya-Karya Seni Islam
4.2 Alam Melayu
4.2.1 Konsep Seni Malaysia
4.2.2 Karya-Karya Seni Alam Melayu
4.3 Barat
4.3.1 Konsep Seni Barat
4.3.2 Karya-Karya Seni Barat
4.4 China
4.4.1 Konsep Seni Cina
4.4.2 Karya-Karya Seni Cina
4.5 India
4.5.1 Konsep Seni India
4.5.2 Karya-Karya Seni India
4.6 Jepun
4.6.1 Konsep Seni Jepun
4.6.2 Karya-Karya Seni Jepun
5.0 Membanding Beza Kesenian Pelbagai Budaya
5.1 Perbandingan Konsep Antara Kesenian Pelbagai Budaya
5.2 Perbandingan Nilai Antara Kesenian Pelbagai Budaya
6.0 Rumusan
Refleksi
Bibliografi
Lampiran




















Penghargaan
Bersyukur kerana saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)
Pendidikan Seni Visual I ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Razali bin Sulong
kerana telah memberi bimbingan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus
ini sehingga ke peringkat yang terbaik. Sesungguhnya perhatian dan komitmen
beliau amat saya hargai. Ketekunan beliau memberikan panduan membolehkan
saya memenuhi aspek yang dikehendaki dalam soalan dengan menyeluruh.
Selain itu, saya juga amat menghargai rakan-rakan kuliah saya atas
kesudian mereka dalam perkongsian maklumat dan memberikan kerjasama
semasa saya meminjam buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan
serta tunjuk ajar mereka tersebut sehingga saya dapat menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Akhir sekali, saya berharap agar hasil tugasan saya ini dapat memenuhi
kriteria yang terkandung dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Pendidikan
Seni Visual I yang ditetapkan.















1.0 Pengenalan
Dalam sejarah seni, masa menyatakan tentang bermulanya sesuatu stail atau
gayaan seni yang berlaku sehingga berakhirnya penggunaan stail tersebut atau
apabila timbulnya stail yang baru. Pancaran budaya dapat dilihat dengan jelas
pada hasil kesenian seperti seni lukis, seni bina, seni ukir, seni kaligrafi serta
pelbagai seni pertukangan kraf. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri
bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara sendiri.
Seni ini wujud disebabkan adanya keperluan hidup manusia seperti
keinginan untuk berkomunikasi dan sebagai alat pekerjaan harian, adat istiadat,
upacara tertentu dan rekreasi. Masyarakat zaman batu dan purba menggunakan
hasil seni sebagai penghubung mereka dengan semangat dan roh serta untuk
menceritakan peristiwa seperti pemburuan, kehidupan dan pengembaraan.
Setiap hasil seni merupakan objek berfungsi dalam kehidupan harian yang
dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaa, pekerjaan, bahan keperluan,
kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar.
Walaubagaimanapun, mempelajari sejarah seni itu perlu supaya kita
dapat mempelajari proses pembentukan budaya, bangsa dan kehidupan.
Pernyataan sejarah seni dikaitkan dengan stail atau gaya.











2.0 Definisi Kesenian
Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud kemahiran,
cara atau kaedah (skill, way or method). Namun secara lahiriah, manusia
dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk
hasil tangan mereka. Kesenian meliputi bidang-bidang seni seperti
kesusasteraan, seni musik, seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater.
Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan,
muzik, dan sebagainya) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada
sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan
dengan seni, keindahan (kehalusan).
Menurut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning of Art, seni
merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Nilai-
nilai indah, tidak cantik adalah bidang yang yang termasuk dalam seni dan nilai
keindahan dalam kehidupan manusia yang kadang-kadang lebih berpengaruh
dalam bidang logik.
Kesenian adalah bagian dari budaya dan merupakan sarana yang
digunakan untuk mengekspresikan rasa keindahan dari dalam jiwa manusia.
Selain mengekspresikan rasa keindahan dari dalam jiwa manusia, kesenian juga
mempunyai fungsi lain. Misalnya, mitos berfungsi menentukan norma untuk
perilaku yang teratur serta meneruskan adat dan nilai-nilai kebudayaan. Secara
umum, kesenian dapat mempererat ikatan solidaritas suatu masyarakat.








3.0 Definisi Budaya dan Kebudayaan
Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh
sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya
terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat
istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa,
sebagaimana juga budaya, merupakan bagian yang tidak dapat terpisahkan dari
diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan
secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang
yang berbudaya dan menyesuaikan perbedaan-perbedaannya, membuktikan
bahawa budaya itu dipelajari.
Budaya adalah suatu pola hidup yang menyeluruh. Budaya pula bersifat
kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku
komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan
sosial manusia.
Beberapa alasan mengapa orang mengalami kesulitan ketika
berkomunikasi dengan orang dari budaya lain terlihat dalam definisi budaya.
Budaya adalah suatu perangkat rumit nilai-nilai yang dipolarisasikan oleh suatu
citra yang mengandung pandangan atas keistimewaannya sendiri. Citra yang
memaksa itu mengambil bentuk-bentuk berbeda dalam berbagai budaya seperti
individualisme kasar di Amerika, keselarasan individu dengan alam di Jepun
dan kepatuhan kolektif di China. Citra budaya yang brsifat memaksa tersebut
membekali anggota-anggotanya dengan pedoman mengenai perilaku yang layak
dan menetapkan dunia makna dan nilai logik yang dapat dipinjam anggota-
anggotanya yang paling bersahaja untuk memperoleh rasa bermartabat dan
pertalian dengan hidup mereka.
Dengan demikian, budayalah yang menyediakan suatu kerangka yang
koheren untuk mengorganisasikan aktiviti seseorang dan memungkinkannya
meramalkan perilaku orang lain.
Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Melville J.
Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahwa segala sesuatu
yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh
masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism.
Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun
dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai
superorganic. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandung keseluruhan
pengertian nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan
struktur-struktur sosial, agama, dan lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan
intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat.
Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat
seseorang sebagai anggota masyarakat. Menurut Selo Soemardjan dan
Soelaiman Soemardi, kebudayaan adalah sarana hasil karya, rasa, dan cipta
masyarakat.
Dari berbagai definisi tersebut, dapat diperoleh pengertian mengenai
kebudayaan adalah sesuatu yang akan memengaruhi tingkat pengetahuan dan
meliputi sistem ide atau gagasan yang terdapat dalam pikiran manusia, sehingga
dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak. Sedangkan
perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia
sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang
bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi
sosial, religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu
manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat.









4.0 Sejarah Kesenian Kepelbagaian Budaya
Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk
seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai
contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18.
Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep
keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan,
lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407),
sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti
produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni
logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.
Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni
tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi
lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah
bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti
masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu
seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman
motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip
agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap
agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.
Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna,
teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah
pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi
perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah
Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun
manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.
4.1 Islam
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia
tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama.
Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada
semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan,
nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan
keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu
adalah seni.
Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar
dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan
bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan
konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.
Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan,
Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan
rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
4.1.1 Konsep Seni Islam
Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun
keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan
fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni
mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi
kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni
itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu
bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah
ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang
yang benar-benar baik dan beradab.
Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah
konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah s.w.t. Motif berseni haruslah
bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa
seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana
kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang
dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya
manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan
alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan
penciptaanNya.
Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping
memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan
dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu, seni
dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk
manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid
yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah s.w.t
maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan
beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.
4.1.2 Karya-Karya Seni Islam
a) Seni Bina Islam
Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan ialah seni bina
masjid. Hal ini kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai ciri
terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah
s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda
lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama
menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin.
Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang
digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan
pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan
sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid
kemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif
dan ornamentif berdasarkan latar belakang budaya persekitaran umat Islam.
Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding
dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-
kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama
pembangunan fizikal dan kebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalam
seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan
damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan
perhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti
dan inovasi, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang
bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan reka
bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid
di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di
Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek (masjid
uatama) dan 19 masjid kecil.
Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat
dilhat khususnya dari asek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang
terkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat berwuduk,
menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkara-
perkara merupakan karektiristik seni bina masjid yang memperlihatkan
keunikannya yang tersendiri berbanding dengan seni bina yang lain. Selain itu,
seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk bulat yang merupakan
bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan
seolah-olah ia tidak berkesedahan.






Gambar 1: Masjid AlHaram, Makkah
Kabah adalah bangunan suci Muslimin yang terletak di kota Makkah di
dalam Masjidil Haram. Ia merupakan bangunan yang dijadikan patokan arah
kiblat atau arah solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, merupakan
bangunan yang wajib dikunjungi atau diziarahi pada saat musim haji dan
umrah.Kaabah atau baitullah telah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya
Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah s.w.t..
Nilai : Nilai Keimanan
Nilai keimanan ialah akidah lengkap yang menjadi asas motivasi untuk
menggerakkan seseorang muslim ke arah pelbagai hidup bagi menghadapi
cabaran hidup. Aspek keimanan begitu ketara dalam perjuangan Rasulullah saw
dan para pengikutnya. Penerimaan amalan di sisi Allah adalah bertitik tolak dari
nilai keimanan yang ikhlas yang berpaksi di dalam hati.
b) Seni Ukiran Islam
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang
kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga
menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya
pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada
perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari
segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan
dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.
Ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan
Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga
contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi
besi perang.

Gambar 2: Seni Ukiran Kayu Islam
Nilai : Nilai Kerja/Usaha
Nilai pekerjaan mendapat kedudukan yang istimewa iaitu pekerjaan yang
sedia memberi ruang keselesaan kepada kehidupan, mampu memenuhi
tuntutannya dan sentiasa melakukan tindakbalas yang bermanfaat.

4.2 Alam Melayu
Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak
turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat
Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif
bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat
Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.
Seni mulai diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup.
4.2.1 Konsep Seni Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum. Jadi,
konsep seni di Malaysia tidak dihadkan dan banyak dipengaruhi oleh gaya-gaya
lain seperti China, Islam dan Barat. Peka terhadap nilai estetik yang terdapat
pada sesuatu karya dan menghargainya amat dipentingkan. Ini adalah kerana
setiap hasil karya telah menggambarkan proses pembentukan budaya, bangsa
dan kehidupannya. Daripada fakta-fakta sejarah kita akan dapat mengetahui
asal-usul permulaan sesuatu aktiviti mahupun ragam serta adat dan amalan
sesuatu masyarakat.
4.2.2 Karya-Karya Seni Alam Melayu
a) Seni Tembikar Melayu
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang Melayu yang
menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Di Perak, terdapat empat
tempat yang berasingan di mana sebahagian penduduknya melakukan
perusahaan tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian, utara Perak : di
Sayong, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan di Pulau Tiga sebelah selatannya.
Usaha untuk menghidupkan kraf tangan tembikar ini telah dijalankan oleh PKKM
di Enggor, berhampiran dengan Jambatan Iskandar.

Kegunaan tembikar pada zaman dahulu digunakan sebagai kegunaan
harian dan secara keseluruhannya berbentuk periuk, belanga dan kukusan
merupakan yang paling awal dicipta. Manakala, di Sarawak dan Sabah pula
tembikar digunakan untuk upacara pengebumian. Dari segi bentuknya pula tidak
jauh berbeza, persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan dibuat melalui
teknik pembakaran pada suhu rendah dengan permukaan yang berwarna coklat,
hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimanapun tembikar berbeza kerana ia
dihasilkan mengikut teknik-teknik tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan
latar belakang si pembuat.







Gambar 3: Labu Sayong, Malaysia
Nilai : Nilai Ahklak
Sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan
manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna mengikut budaya
masing-masing.

b) Seni Anyaman Melayu
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh
dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan
dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian
contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk
mengalas tempat duduk.






Gambar 4: Seni Anyaman (Tikar)
Nilai : Nilai Kerja/Usaha
Nilai pekerjaan mendapat kedudukan yang istimewa iaitu pekerjaan yang
sedia memberi ruang keselesaan kepada kehidupan, mampu memenuhi
tuntutannya dan sentiasa melakukan tindakbalas yang bermanfaat.

4.3 Barat
Eropah pada zaman pertengahan awal atau dikenali juga sebagai zaman gelap
(500-1000M) merupakan satu era yang tidak menampakkan perkembangan
tamadun kerana masa itu Eropah mengalami zaman kucar kacir dan
pencerobohan. Pada zaman tersebut, hidup tanpa pelajaran, sistem kerajaan
yang tidak teratur, kebuntuan ekonomi dan tiada sistem perbandaran.
Pada zaman Pertengahan Lanjutan (1000-1500M) masyarakat Eropah
mula bangkit dari zaman kegelapan. Mereka mula menyedari kepincangan
mereka dari pelbagai aspek. Pada zaman ini mula berlaku pembaharuan dalam
bidang kesenian. Wujud satu seni baru iaitu Gothic dan Romanesque. Gereja
dan istana dibina berdasarkan bentuk ini. Corak Gothic ini banyak terdapat di
England, Jerman dan Itali dan Rom.
Perkembangan kesenian di Eropah menampakkan kemajuannya pada
zaman Renaissance. Pada zaman inilah timbul minat dan kecenderungan baru
untuk memulihkan semula bidang kesenian dan ilmu pengetahuan tamadun
purba Yunani dan Rom. Pada zaman ini, orang Eropah mula menghasilkan
kesenian baru.
4.3.1 Konsep Seni Barat
Konsep kesenian menurut tamadun Barat, hanya menekankan nilai-nilai estetika
yang tinggi yang mampu memberi kepuasan, kegembiraan dan keselesaan
kepada naluri manusia sahaja.
4.3.2 Karya-Karya Seni Barat
a) Seni Bina Dan Seni Ukiran Barat
Pada kurun ke-13 Perancis telah menampakkan perkembangan dalam bidang
seni bina apabila bangunan-bangunan yang besar-besar yang dibina pada kurun
ke-11 telah digantikan dengan pembinaan dewan yang indah dan hebat. Begitu
juga dengan penghasilan lukisan kaca dan ukiran serambi yang rumit. Gereja
yang besar-besar juga dibina seperti di Chartres, Bourges, Rheims dan Amiens.
Penghasilan karya oleh golongan humanis pada zaman Renaissance
telah berjaya memulihkan semula kesenian Yunani dan Rom. Seni bina pada
zaman pertengahan lebih mementingkan ciri-ciri agama dan kerohanian. Pelukis-
pelukis pada awal kurun ke-15 mula melukis dan mengukir mengikut pemikiran
mereka secara bebas. Hasil-hasil lukisan mereka adalah berbentuk benda-benda
hidup. Tumpuan mereka adalah kepada bentuk badan manusia.
Pada zaman Renaissance, bandar Florence menjadi pusat seni bina yang
pertama. Pakar seni bina yang pertama di Florence ialah Fillipo Brunelleschi.
Beliau berjaya membina bangunan yang mempunyai ciri-ciri zaman Renaissance
yang pertama di Rom. Brunelleschi dianggap sebagai pengasas pembinaan
bangunan zaman Renaissance. Bangunan tersebut dikenali sebagai Innocent
Hospital. Pengukir-pengukir Florence yang mengikut jejak langkah beliau ialah
Lorenzo Ghiberti dan Donatello. Pada kurun ke-16 Rom telah muncul sebagai
pusat kesenian dan pembinaan.






Gambar 5: Milan Cathedral (Duomo) In Lambardy, Milan, Italy
Milan Cathedral merupakan gereja katedral Gothic yang kedua terbesar
di dunia yang mampu menampung sehingga 40.000 Katolik jemaah. Gereja ini
terletak di dataran utama Milan. Milan Cathedral merupakan salah satu
bangunan yang paling terkenal di Eropah. Jadi, ia telah menjadi sebuah destinasi
pelancongan yang terkenal di Eropah. Para pelancong boleh melihat keindahan
reka bentuk seni bina kompleks dan sangat
mengagumkan. Bangunan gereja Katolik yang
berdedikasi untuk Santa Maria Gambiran
mempunyai reka bentuk dalaman dan bentuk
bangunan yang sangat cantik apabila dilihat








Gambar 6: The David, Michelangelo Di Lodovico Buonarroti
David adalah sebuah patung adi karya pada abad Renaisans yang dibuat
antara tahun 1501 sampai tahun 1504 oleh seniman Italia, Michelangelo. Patung
ini terbuat dari marmer dan memiliki tinggi 5.17 meter (17 kaki). Patung David
adalah simbol dari Kota Firenze dan merupakan karya Michelangelo yang paling
terkenal yang kemudian dipajang di Piazza della Signoria. Karya ini dimaksudkan
sebagai simbol kekuatan Republik atas ancaman dari faksi-faksi yang bertikai di
daerah Romawi.
Nilai : Nilai Keindahan
Nilai keindahan dari segi reka bentuk seni bina kompleks yang sangat
mengagumkan serta seni arca yang telah menonjolkan lengkung tubuh badan
manusia yang sempurna.

b) Seni Lukis Barat
Dalam bidang seni lukis, muncul pelukis-pelukis terkenal seperti Leonardo da
Vinci (1452-1519) dengan lukisannya yang sangat terkenal iaitu Mona Lisa.
Beliau juga menghasilkan lukisan lain yang juga terkenal seperti The Madona
And The Child, St. John dan Madona and The St. Anne. Di samping melukis
potret, beliau juga banyak menghasilkan lukisan pemandangan atau keindahan
alam.







Gambar 7: Mona Lisa The Louvre, Paris
Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci
abad ke-15. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona
Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa.
Lukisan ini dilukis selama 4 tahun tetapi tidak pernah disiapkan selepas itu.
Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke
arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya
juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza. Akan tetapi, antara
misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita
itu sebenarnya.
Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua
mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri
seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang
digunakan bermaksud Madam Lisa.
Nilai : Nilai Kasih Sayang
Nilai kasih sayang telah digambarkan pada muka Lisa Ghererdini yang
ayu dan senyuman yang manis.
4.4 China
China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti
Chin. Semasa Dinasti Chou lagi, beberapa buah negeri di bahagian utara negeri
China telah membina tembok-tembok yang panjang untuk mempertahankan
negeri China daripada serangan musuh. Maharaja Shih Huang Ti telah
mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi satu tembok
besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah. Pembinaannya adalah
dalam jangka masa antara tahun 228 SM sehingga 210 SM. Tembok Besar
China yang panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan
satu daripada 7 keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-
pengawa di samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara
ditempatkan sepasukan tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat
dilihat melalui pembinaan istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk
pagoda.
4.4.1 Konsep Seni Cina
Pemikir-pemikir Cina mempercayai bahawa perkara-perkara yang berlaku atau
wujud di dalam alam ini akibat dari interaksi antara dua kuasa yang berlawanan
iaitu Yin & Yang.Yin mewakili perempuan, keadaan pasif, sejuk, gelap, basah,
lembut dan lain-lain. Yang pula mewakili lelaki, aktif, panas, cerah, kering, keras
dan lain-lain. Yin & Yang merupakan dua kuasa yang saling bertindak di dalam
alam semesta ini. Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin adalah
bumi.
4.4.2 Karya-Karya Seni Cina
a) Seni Lukis Dakwat Cina
Seni Lukisan China adalah antara seni artistik yang tertua dalam penghasilan
seni. Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk
seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang
dianggap penting dalam kesenian tersebut. Ini jelas kerana seorang seniman
Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan penghasilan sesebuah hasil seni catan
dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta. Menurut fahaman ini,
manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan
spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya satu cara bagi
mengharmonikan diri dengan proses alam semesta.
Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi
atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan
gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang
terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya. Kebolehan untuk
menghasilkan imej-imej yang mempunyai imbangan, gerakan dan bentuk-
bentuk yang betul boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi atau tulisan
huruf Cina.







Gambar 8: Arnab, Chong Chen Chuan
Arnab tidak kelihatan sepertinya. Itulah intipati lukisan dakwat Cina,
padanan bentuk dan warna yang sempurna tidak menjadi. Tujuannya adalah
untuk memaparkan apa yang tidak kelihatan, merakam jiwa subjek seperti yang
dibayangkan oleh artis.
Nilai : Nilai Kemanusiaan
Nilai kemanusiaan digambarkan melalui mesej tersirat pelukis yang telah
memaparkan apa yang tidak kelihatan, merakam jiwa subjek tersebut dan ingin
mengharmonikan diri dengan proses alam semesta.

b) Seni Tembikar China
Semasa zaman neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya
tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah Hat. Sejak daripada itu orang
Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada
zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah
satu ciptaan yang dihasil oleh orang Cina yang popular. Oleh kerana kecantikan
dan kehalusan tembikar buatan Cina ini maka orang Barat memanggil barang
keluaran Cina seperti tembikar sebagai 'China'.
Seni tembikar ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kepada
Tamadun China. la juga menarik minat banyak penduduk luar dari pengaruh
China mengkagumi Tamadun China. Oleh kerana itu kesan pengaruh Tamadun
China dapat dijumpai di beberapa kawasan perdagangan Asia Tenggara. Namun
demikian, dalam bidang kesenian, Tamadun China bukan sahaja dikagumi
dengan keindahan tembikarnya tetapi mutu ketinggian dan keagungan juga
dikagumi dalam bidang-bidang lain.






Gambar 9: Tembikar Biru-Putih, Jingdezhen
Pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, iaitu abad ke-13 hingga abad
ke-19, teknik membuat tembikar di China telah mencapai zaman
kecemerlangannya. Jumlah dan mutu hasil tembikar pada zaman ini mencapai
kemuncaknya. Bandar Jingdezhen di provinsi Jiangxi, selatan China digelar
sebagai "Kota Tembikar". Bandar ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi
dalam industri pengeluaran tembikar pada masa itu. Sehingga kini, Jingdezhen
masih tetap mengeluarkan barang tembikar bermutu tinggi yang berharga.
Nilai : Nilai Keindahan
Tembikar biru yang licin, warna glis yang halus dan rata, ketelitian dan
keindahan corak yang digambarkan serta mementingkan kesempurnaan dalam
setiap penghasilan.
4.5 India
Hubungan antara India dan seni memiliki sejarah panjang. Sejarah seni di
bangsa dimulai dengan lukisan-lukisan pra-sejarah batu, yang tanggal hingga
bisa dilihat di beberapa gua di beberapa daerah di negeri ini. Perencanaan maju
kota Harappa dan Mohenjodaro dari adalah contoh lain pola pikir kreatif di India
kuno. Patung kreatif waktu itu, seperti gadis penari dari Mohenjodaro,
menggambarkan betapa kreatif masyarakat waktu itu adalah. Dari sana akan
mendapatkan gagasan tentang arsitektur India kuno superior dikembangkan.
Penggunaan bentuk simbolik dalam karya-karya seni dimulai dalam
bentuk segel Harappan. Kecenderungan ini diikuti dengan sebuah period sejarah
seni yang luar biasa dari India yang masih ada di negara itu dalam bentuk
arsitektur candi dan batu-potong gua-gua, yang dapat dilihat pada Badami,
Elephanta, Aihole, Ellora, Salsette, Aurangabad dan Mahabalipuram.
Jadi, seni India kuno adalah sebagai elegan seperti kita, orang-orang
modern, memperlakukan seni kontemporer. Karya seni dari zaman dahulu
memiliki suatu kekuatan luar biasa yang membuat mereka masih kelas terpisah
dan di antara semua karya seni kuno bangsa India tetap berada di posisi puncak
dalam hal popularitas.
4.5.1 Konsep Seni India
Hinduisme adalah salah satu agama tertua di dunia, dan memiliki lebih dari 900
juta pengikut di seluruh dunia. Meskipun sebagian besar umat Hindu tinggal di
India, ada juga sejumlah pengikut Hindu dengan jumlah yang cukup banyak di
Nepal, Bangladesh dan negara kita, Indonesia.
Bangunan Hindu di India dimulai hampir 2000 tahun yang lalu dan
menandai transisi Hindu dari agama Veda. Arsitektur kuil Hindu telah
berkembang dan terdiri dari berbagai macam gaya. Kuil-kuil Hindu biasanya
didedikasikan untuk salah satu Dewa Hindu utama dan mengandung Murti (citra
suci) dari Dewa. Walaupun tidak wajib bagi seorang Hindu untuk mengunjungi
sebuah kuil Hindu secara teratur, kuil-kuil tetap memainkan peran penting dalam
masyarakat dan budaya Hindu.

4.5.2 Karya-Karya Seni India
a) Seni Bina Dan Arca India
Gaya seni bina India berakar pada sejarah, budaya dan agamanya. Gaya seni
bina India berkembang dengan masa dan mengasimilasikan banyak pengaruh
yang datang disebabkan syarahan global India dengan rantau-rantau lain di
dunia melalui masa silam tua milenianya. Kaedah gaya seni bina diamalkan di
India adalah suatu sebab pemeriksaan dan implementasi tradisi bangunan dan
interaksi budaya di luar.
Walaupun tua, tradisi Timur ini telah menginkoporasikan nilai-nilai moden
dengan India menjadi sebuah negara moden. Pembaharuan ekonomi 1991
menyokong melanjutkan gaya seni bina India dengan negara ini menjadi lebih
berintegrasi dengan ekonomi dunia. Vastu Shastra tradisional menjadi
berpengaruh pada gaya seni bina India sewaktu era sezaman.
Bagi masyarakat India, seni bina dan seni arca banyak dipamerkan
melalui kuil-kuil Hindu. Lazimnya senibina masyarakat india bewarna-warni dan
mempunyai unsur-unsur dewa-dewi kepercayaan agama hindu. Seni bina dan
seni arca yang dipaparkan adalah secara terperinci menggabungkan ukiran
halus, hiasan emas, motif lukisan tangan dan jubin yang cantik.












Gambar 10: Borobudur, India
Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro ,
Kabupaten Magelang, Yogyakarya, Jawa Tengah, Indonesia. Luasnya 2500 km
persegi. Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen
Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 masehi oleh
pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.

Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha
kerana ketika itu seluruh pulau mistik Jawa didiami penganut Buddha. Setiap
tahun, sambutan Hari Wesak telah disambut di sini pada bulan Mei. Pembinaan
semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal dalam kalangan
penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati
hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi
Buddha. Tetapi Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil Buddha
di India atau di China.

Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu lava
gunung berapi. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana
penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava
gunung berapi sangat subur,

Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat .
Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang- lubang.
Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72
patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang
berlubang-lubang. Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung
Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat
perjalanan pemujaan terpenting bagi penganut Buddha di Indonesia dan dunia.
Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping
arca pada dinding dan hiasa.




















Gambar 11: Arca Dinding Borobudur

Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan
dan 504 stupa loceng. Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan -ketulan
baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi
mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah. Semua arca ini di susun dari kiri ke
kanan dan hendaklah dilihat dari kiri ke kanan, mengikut jarum jam atau
mapradaksina dalam bahasa bahasa Jawa kuno. Cerita-cerita ini berdasarkan
kitab Ramayana dan Jataka. Arca ini bermula dari kiri pintu gerbang dan berakhir
di kanan pintu gerbang.

Candi ini menghadap ke timur, walaupun pandangan sisi kelihatan sama
sahaja. Secara keseluruhan arca yang terdapat di dinding Borobudur
menggambarkan hukum karma . Semua arca bukanlah cerita bersiri kerana
setiap pigura boleh berdiri sendiri sebagai satu cerita sebab akibat. Ada
gambaran hukuman yang akan direrima jika membuat dosa dan mendapat
balasan baik jika membuat kebajikan. Rangkaian cerita Buddha ini berakhir
dengan tingkat tertinggi iaitu menuju kesempurnaan.

Nilai : Nilai Keimanan
Satu stupa dikatakan mewakili satu makam untuk Lord Buddha. Setiap
kuil merupakan rumah dewa. Selain itu, Borobudur juga merupakan sebuah kuil
kerana ada ritual berbentuk 'perjalanan haji'. Ini telah menunjukkan penganut
Hindu menyembah Tuhan mereka serta nilai murni seperti kepercayaan kepada
Tuhan mereka.
Nilai : Nilai kemanusiaan
Nilai ini dapat dilihat dengan jelas pada arca dinding Borobudur. Arca-arca
ini diukir dengan bentuk figura dan menceritakan pelbagai aktiviti manusia serta
diwujud sebagai satu pengajaran bagi generasi baru.

b) Seni Lukis India
Dari zaman Mesolithikum ditemukan lukisan lukisan yang dibuat pada dinding
gua seperti lukisan goa di Sulawesi Selatan dan Pantai Selatan Irian Jaya.
Tujuan lukisan untuk keperluan magis dan ritual, seperti adegang perburuan
binatang lambang nenek moyang dan cap jari. Kemudian pada zaman
Neolithikum dan Megalithikum, lukisan diterapkan pada bangunan bangunan
dan benda benda kerajinan sebagai hiasan ornamentik (motif geometris atau
motif perlambang).








Gambar 12: Lukisan Dinding Buddha
Lukisan yang terdapat di dalamnya bervariasi dari ketenangan seorang
Buddha hingga kehidupannya yang aktif dan penuh keramaian, kadang-kadang
memperlihatkan bentuk tubuh wanita yang lebih terkenal di kesenian patung
India dari pada lukisan. Lukisan terakhir berasal dari abad VIII, setelah
kemerosotan Buddha di India menyebabkan tempat indah terpencil ini semakin
diabaikan dan selanjutnya terlupakan sepenuhnya.
Nilai : Nilai Ahklak
Sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan
seorang Buddha dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna.

4.6 Jepun
Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan semula
jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu
dikenali sebagai suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari
aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Masyarakat Jepun amat
menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan
atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya
mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat
kepulauan.
Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun
ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan. Misalnya, keindahan alam
semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada
dewa kepada kepulauan Jepun. Hal ini demikian kerana secara legendanya,
masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu
bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu
sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon
(Nippon) dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu
matahari terbit.
Kesenian Jepun merangkumi semua jenis gaya dan medium kesenian,
termasuklah puisi, seni ukir dari kayu dan sebagainya, lukisan dakwat pada
sutera dan kertas, manga dan kartun, dan berbagai-bagai lagi hasil seni lain. Ia
juga mempunyai sejarah yang sangat panjang, bermula dari penempatan awal
manusia ke kepulauan Jepun, lebih kurang 10 abad sebelum Masihi hingga ke
hari ini. Kesenian Jepun juga banyak dipengaruhi oleh budaya luar seperti
kebudayaan Cina, kebudayaan Korea dan sebagainya.
4.6.1 Konsep Seni Jepun
Shinto secara harfiah bermakna "jalan / jalur dewa". Dalam konsep keagamaan
telah diperkenalkan pula konsep Shinto Negara. Shinto negara adalah berasal
daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba Jepun. Agama Shinto
melibatkan penyembahan kami (dewa), roh alam, atau sekadar kehadiran
spiritual. Sebagian kami berasal dari daerah setempat dan biasa dianggap
sebagai roh yang mewakili daerah tersebut, namun kami lainnya mewakili
benda-benda dan proses alami utama, misalnya Amaterasu, sang dewi matahari.
Dalam konsep Shintoisme purba, shinto di bahagikan kepada empat
bahagian, iaitu Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto), Shinto tempat-tempat suci
(Jinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minzoku
Shinto).
4.6.2 Karya-Karya Seni Jepun
a) Seni Catan Jepun
Seni catan Jepun dipengaruhi oleh kesusasteraan Cina dan unsur unsur
agama. Seni catan tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan
warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya.







Gambar 13: Kentoshi, Kenzo Tanii
Seorang artis tanggapan empat abad ketujuh Jepun Kentoshi-sen
(China-pelayaran kapal-kapal) di Timur Laut China. Empat buah kapal biasanya
ditolak bersama-sama bagi China supaya mereka boleh membantu satu sama
lain pada persimpangan berbahaya. Walau bagaimanapun, hampir satu pertiga
daripada mereka yang berangkat tidak pernah kembali.

Nilai : Nilai kemanusiaan
Manusia merupakan sejenis haiwan yang akan berniat untuk membantu
antara satu sama lain apabila mereka berada dalam kesusahan. Ini ialah prinsip
yang tidak akan berubah.

b) Seni Bina Jepun
Reka bentuk seni bina tradisional Jepun merupakan salah satu reka bentuk stail
seni bina yang telah dilupai kerana dominasi stail dan sistem binaan seni bina
moden. Seni bina Jepun mempunyai reka bentuk seni bina yang unik kerana ia
adalah binaan yang menggunakan 'sistem balak. Seni pembinaan rumah Jepun
bermula pada zaman Jormon manakala seni bina kuil merupakan seni bina
paling tua dan masih dikekalkan kini.
Bagi masyarakat Jepun, kayu merupakan sumber utama seni bina Jepun.
Hal ini mungkin berkaitan dengan orang Jepun yang cintai kepada alam dan juga
ada kaitan rapat dengan agama Shinto. Pada zaman Jomon, antara 8000
sebelum Masihi hingga 300 sebelum Masihi, orang Jepun memiliki gaya hidup
yang asli, penggunaan peralatan batu dan tempat kediaman tersendiri. Contoh
Ise (keramat Shinto). Seni bina Jepun selalunya menggunakan kayu tanpa cat
dan penggunaan tatami untuk lantai rumah. Pada zaman Nara, perkembangan
seni bina Jepun banyak dipengaruhi melalui agama Buddha.







Gambar 14: Kinkaku-ji Di Kyoto, Jepun
Kinkaku-ji atau secara rasmi Rokuon-ji adalah kuil Buddha Zen di Kyoto,
Jepun. Ini adalah salah satu pembangunan yang merupakan Budaya Kitayama
tempoh Muromachi.
Asli Kinkaku-ji dibina pada 1397 untuk berkhidmat sebagai vila bersara
bagi Shogun Ashikaga Yoshimitsu, sebagai sebahagian daripada kekayaannya
kemudian dikenali sebagai Kitayama. Beliau bertujuan untuk menampung luaran
dengan emas, tetapi hanya berjaya kot sampai tingkat ketiga dengan daun emas
sebelum beliau hembus nafasnya. Ini adalah putranya, shogun Ashikaga
Yoshimochi, yang dikonversi menjadi bangunan kuil Zen dari sekolah Rinzai.
Nilai : Nilai Keimanan
Kinkakuji adalah sangat berharga kerana ia adalah perumahan
peninggalan Shariden, Buddha.
















5.0 Perbandingan Antara Kesenian Pelbagai Budaya
5.1 Perbandingan Konsep Antara Kesenian Pelbagai Budaya

Bil
Konsep

Budaya


Ketuhanan


Kemanusiaan


Alam


Pendidikan


Warisan
1
Islam









2
Alam Melayu








3
Barat
4
China








5
India








6
Jepun









Jadual 1: Perbandingan Konsep Antara Kesenian Pelbagai Budaya
Jadual 1 menunjukkan perbandingan konsep antara kesenian pelbagai budaya.
Menurut jadual 1, Islam telah mengamalkan konsep ketuhanan, alam dan
pendidikan. Budaya Alam Melayu dan budaya Barat telah mengamalkan konsep
terhadap kesenian yang sama iaitu konsep kemanusiaan, alam dan warisan.
Bagi budaya China pula telah terdiri dari konsep yang paling banyak iaitu konsep
ketuhahan, kemanusiaan, alam dan warisan. Konsep ketuhanan, kemanusiaan
dan warisan turut diamalkan oleh budaya India dan budaya Jepun.



5.2 Perbandingan Nilai Antara Kesenian Pelbagai Budaya



Bil

Nilai

Budaya


Keimanan


Akhlak


Kerja/
Usaha


Keindahan


Kasih
Sayang


Kemanusiaan

1

Islam












2
Alam
Melayu










3

Barat












4

China







5

India











6

Jepun











Jadual 2: Perbandingan Nilai Antara Kesenian Pelbagai Budaya
Jadual 2 menunjukkan perbandingan nilai antara kesenian pelbagai budaya.
Menurut jadual 2, Islam telah mengamalkan nilai keimanan dan nilai kerja/usaha.
Budaya Alam Melayu iaitu Negara Malaysia telah mengamalkan nilai akhlak dan
nilai kerja/usaha. Budaya Barat pula lebih menitikberat nilai keindahan dan nilai
kasih sayang terhadap kesenian. Kesenian budaya China lebih kepada nilai
akhlak dan nilai kemanusiaan manakala budaya India telah mengamalkan nilai
keimanan, nilai akhlak dan juga nilai kemanusiaan. Nilai keimanan dan nilai
kemanusiaan telah budaya Jepun amalkan.
6.0 Rumusan
Kesenian mengacu pada nilai keindahan iaitu estetika yang berasal dari ekspresi
hasrat manusia akan keindahan yang dinikmati dengan mata ataupun telinga.
Sebagai mahluk yang mempunyai cita rasa tinggi, manusia menghasilkan
berbagai corak kesenian mulai dari yang sederhana hingga perwujudan kesenian
yang kompleks.
Menggunakan rasa estetika dalam memberi persepsi, memahami,
menanggapi, merefleksi, menganalisis dan menilai karya seni rupa antara
pelbagai budaya dan luar negara sesuai dengan konteks sosial budaya
masyarakat.
Seni itu indah, tanpa seni tiadalah budaya dan tanpa budaya tiadalah
warisan. Jadi, melalui Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Pendidikan Seni
Visual I ini, saya telah lebih memahami konsep dan pentingnya seni budaya,
menampilkan sikap apresiasi terhadap seni budaya dan juga mengekspresikan
kreativitas melalui seni budaya.












Refleksi
Penerimaan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Pendidikan Seni
Visual I ini telah diserahkan oleh pensyarah yang bertindak sebagai fasilitator
utama iaitu Encik Razali bin Sulong dan perlu dihantar pada 29 Februari 2012.
Perasaan risau lebih bermaharajalela dalam hati saya kerana saya sangat
khuatir tidak dapat menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan.
Namun, sedaya upaya saya singkirkan perasaan tersebut kerana saya sedar
bahawa adalah merupakan tanggunjawab saya sebagai seorang guru pelatih
untuk menyiapkan tugasan ini sebaik yang mungkin.
Antara masalah utama saya adalah dari segi perancangan masa yang
tidak begitu efisien. Hal ini demikian kerana penyerahan tugasan ini bertindih
dengan kerja kursus yang lain, saya semakin sukar untuk membuat perancangan
masa dengan baik. Kadangkala, saya berada dalam keadaan yang terlalu sibuk
sehinggakan saya tidak dapat membuat pilihan untuk mengutamakan tugasan
yang lebih penting.
Di samping itu, saya juga turut berhadapan dengan banyak cabaran dan
rintangan serta dugaan yang perlu saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini.
Pertama sekali, setelah mendapat tugasan ini, saya telah melayari laman-laman
web yang berkaitan dengan tugasan yang telah diberi ini. Tetapi, status
rangkaian kemudahan internet yang kadangkalanya bermasalah sedikit
sebanyak telah menyukarkan saya untuk mencari maklumat mengenai tugasan
ini.
Saya juga telah berkunjung ke pusat sumber IPG Kampus Rajang
bertujuan untuk mencari sumber-sumber rujukan yang berkaitan dengan tugasan
yang diberi ini. Saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang lain semasa
mencari buku-buku rujukan yang berkaitan di perpustakaan kerana kumpulan
kami memerlukan sumber rujukan yang sama untuk tugasan ini. Oleh yang
demikian saya mencari inisiatif lain iaitu dengan bertukar-tukar maklumat dengan
rakan-rakan yang lain bagi memastikan maklumat yang saya perolehi dan benar-
benar cukup untuk menyiapkan tugasan ini.
Menerusi tugasan ini, pelbagai kesedaran telah timbul dalam diri saya.
Antaranya, untuk menjadi seorang guru yang berkesan, saya seharusnya
sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dan masalah yang mendatang
terutama dalam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan. Segala halangan
dan kekangan yang timbul seharusnya tidak dijadikan sebagai satu penghalang
dalam menjalankan tugasan dengan baik dan menghasilkan sesuatu yang
berkualiti. Malah, semua itu haruslah dianggap sebagai satu cabaran yang akan
memotivasikan lagi diri untuk melakukan yang terbaik.


















Bibliografi
Buku Rujukan
Kathleen Chee (2004). Fokus e-masteri SPM Pendidikan Seni Visual. Johor
Bahru: Penerbit Pelangi Sdn. Bhd.
Zailani Yaacob, Azimah A. Samah (2005). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4&5. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hamdzun Haron, Jaffri bin Hanafi (2007). HBAE 4103 Pendidikan Seni Visual 1.
Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
Munah Musa, Dr. Fauzi Sedon (2008). HBAE4203 Pendidikan Seni Visual
Peringkat Tinggi. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.
Laman Web
http://alfnar23.wordpress.com/seni/seni-kuno-india/ (dipetik pada tarikh 25
Februari 2012 )
http://bobezani.tripod.com/budaya.htm (dipetik pada tarikh 7 Februari 2012 )
http://carapedia.com/pengertian_definisi_kesenian_menurut_para_ahli_info491.h
tml (dipetik pada tarikh 9 Februari 2012 )
http://duniabaca.com/definisi-budaya-pengertian-kebudayaan.html (dipetik pada
tarikh 7 Februari 2012 )
http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=178848&page=2 (dipetik pada
tarikh 10 Februari 2012 )
http://fastnote.wordpress.com/kesenian-islam-barat/ (dipetik pada tarikh 13
Februari 2012 )
http://members.virtualtourist.com/m/a4580/1b91ac/ (dipetik pada tarikh 17
Februari 2012 )
http://www.anneahira.com/definisi-kesenian.htm (dipetik pada tarikh 9 Februari
2012 )
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=kesenian+konsep+china&source=w
eb&cd=9&ved=0CGwQFjAI&url=http%3A%2F%2Fwww.oocities.org%2Fazmanc
ab2020%2Fttema8.doc&ei=j6JMT--
kFoi3iQfJm6lb&usg=AFQjCNGEYTjIVSrma4q91OEC3SctXP5kAQ (dipetik pada
tarikh 21 Februari 2012 )
http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php (dipetik pada
tarikh 13 Februari 2012 )
http://www.scribd.com/doc/26990001/Definisi-Seni-Dan-Konsep-Kesenian-
Melayu-New (dipetik pada tarikh 15 Februari 2012 )
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-
berdaulat/konsep-budaya-dan-masyarakat-melayu-2/ (dipetik pada tarikh 15
Februari 2012 )

Anda mungkin juga menyukai