Anda di halaman 1dari 16

1

TAJUK 3
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
& Falsafah Pendidikan Guru
2
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara
3
Pembentukan FPK
Faktor-faktor yang dipertimbangkan:
1. Faktor agama Agama Islam faktor penting
pertimbangan asas penggubalan FPK. mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
2. Faktor sosial Kesejahteraan negara bergantung kepada
amalan toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati.
melahirkan rakyat Malaysia memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
3. Faktor politik Digubal berdasarkan ideologi negara
melalui laporan-laporan pendidikan, rancangan Malaysia
dan Rukun Negara. Pengaruh politik berperanan penting
dalam menentukan dasar pendidikan negara.
4
Pembentukan FPK
Faktor ekonomi - Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai
kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan
ekonomi dengan mempertingkatkan daya pengeluaran.
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk
memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.

Faktor individu: Potensi individu dapat diperkembangkan
melalui proses pendidikan meliputi aspek JERI.
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk menwujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Faktor sejagat: Penggubalan FPK tidak terpisah daripada
pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

5
PERANAN FPK
Memberi hala tuju dan panduan kepada segala usaha
yang diikhtiarkan untuk meningkatkan lagi mutu
pendidikan negara kita.

Menjadi dasar bagi menentukan matlamat-matlamat
pendidikan di negara kita.

Bertindak sebagai dasar bagi menentukan jenis kurikulum, isi
kandungan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dapat mengawal apa sahaja penyelewengan sama ada dari
segi dasar pelajaran mahupun jenis-jenis aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan itu.


6
PERANAN FPK
Dapat mengelakkan segala kesulitan yang mungkin
timbul ketika sesuatu kurikulum atau komponen-
komponenya dilaksanakan.

Menerangkan dengan jelas kepada para pendidik atau
orang awam tentang sesetengah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran itu perlu dan ada pula yang tidak perlu.

Bertindak sebagai rangka rujukan kepada tokoh-tokoh
pendidikan, sama ada tempatan atau seberang laut,
ketika hendak memahami system pendidikan di negara
kita.

Berperanan sebagai pertimbangan asas ketika hendak
merancang perubahan atau pembaharuan dalam bidang
pendidikan.

7
ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN.
a) Unsur-unsur FPK.
1. Pendidikan suatu usaha berterusan.
2. Memperkembang potensi individu.
3. Memperkembang potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
4. Insan yang seimbang dan harmonis
5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan.
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
10.Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri.
11.Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan ke arah
kemakmuran Negara.
8
FALSAFAH PENDIDIKAN
GURU (FPG)
Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
9
PEMBENTUKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
a)Matlamat :
Menghasilkan guru yang berkualiti
pribadi, professional, sosial dan
amalan tingkah laku; menguasai
ilmu, kemahiran dan amalan nilai-
nilai keguruan, serta berupaya
mencapai kecemerlangan
pendidikan untuk memenuhi
tuntutan Wasasan Pendidikan abad
21.
10
Model Konseptual
Pendidikan Guru
Merangkumi akauntabiliti guru di bawah 3 dimensi
utama:

1. Ketuhanan: peningkatan ilmu, penghayatan dan
amalan individu berteraskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada agama.

2. Kemasyarakatan: penekanan peranan guru sebagai
pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

3. Kendiri: penekanan pembinaan daya kefahaman
dan petriotisme, pemupukan budaya ilmu serta
pembentukan sahsiah diri yang murni dan
berpekerti mulia.


11
Model Konseptual
Pendidikan Guru
Meliputi tiga aspek asas iaitu:

1. Pengetahuan: berkaitan perkembangan dan
kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

2. Kemahiran ikhtisas: mahir menggunakan bahan-
bahan untuk tingkatkan kualiti P&P.

3. Nilai: merujuk kepada amalan nilai-nilai murni,
perlakuan penyayang, bepekerti mulia, berdaya tahan,
petriotik, inovatif dan kreatif, dan patuh kepada etika
keguruan.


12
ANALISIS
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
a)Ciri-ciri kualiti yang ingin dibentuk:
1. Berpekerti mulia.
2. Berpandangan progresif dan saintifik.
3. Bersedia menjunjung aspirasi negara.
4. Menyanjung warisan kebudayaan negara.
5. Menjalin perkembangan individu.
6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu.
7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik.
8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif.
9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.
13
IMPLIKASI FPK DAN FPG TERHADAP
SISTEM PENDIDIKAN.
A) Implikasi FPK terhadap sistem
pendidikan.

1. Implikasi terhadap tradisi / budaya.

2. Implikasi terhadap reformasi
pendidikan.

3. Implikasi terhadap masa depan.

14
IMPLIKASI FPK DAN FPG TERHADAP
SISTEM PENDIDIKAN.
B) Implikasi FPK terhadap pendidik
Perubahan sikap peribadi pendidika
sendiri dengan pandangan dan visi
positif terhadap tugasnya utk
merealisasikan tujuan dan cita FPK
Mengubah strategi dan teknik
pengajaran yan gsesuai utk
melahirakan insan yg JERI

15

IMPLIKASI FPG
Peranan guru sebagai pendidik.

Melengkapkan diri dengan pengetahuan am
dan pengetahuan dalam mata pelajaran, serta
pengetahuan iktisas keguruan.

Mengamalkan P&P selaras dengan hasrat
FPG, khasnya mengembangkan individu,
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, pogresif dan berdisiplin.

Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai
murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar
selaras dengan tuntutaN FPG.


16


IMPLIKASI FPG
Menyempurnakan tanggungjawab dan
akauntabiliti sebagai insan guru yang
sentiasa mencari ilmu dan
mengamalkannya.

Menggunakan ilmu dan kemahiran
mendidik serta nilai keguruan untuk
merangsang perkembangan pelajar.