Anda di halaman 1dari 2

UJIAN LOMPAT MENEGAK

(SARGENT JUMP TEST)




PROSEDUR :

1. Subjek berdiri sisi di tepi dinding tanpa
memakai kasut.


2. Subjek mencelup jari tangan dominan
ke dalam tepung.


3. Luruskan tangan yang telah mencelup
tepung dan membuat tandaan pertama
pada dinding dengan posisi kedua belah
kaki mencecah lantai dan rapat.


4. Bengkokkan lutut dan melompat tegak
setinggi yang boleh dengan membuat
tandaan kedua dengan jari pada papan
Sargent Jump.

5. Bacaan diambil dari tandaan pertama ke
tandaan kedua. Perbezaan bacaan kedua
kedua penanda adalah bacaan jarak
lompatan menegak subjek.


6. Subjek diberi dua percubaan.


7. Bacaan dicatat pada paras mata penguji.


8. Penguji hendaklah berdiri di atas
bangku.