Anda di halaman 1dari 3

SMK TAMAN RIA JAYA,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN



KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2014



1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman, maka
Persatuan Bahasa Tamil, SMK Taman Ria Jaya telah bercadang untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara aktiviti tahunan, ia juga merupakan satu
program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada pelajar-pelajar khususnya ahli-ahli persatuan yang belum pernah ke ibu kota
negara kita. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran
yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 RASIONAL

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar
khususnya ahli-ahli Persatuan Bahasa Tamil. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk
menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini pada masa akan datang. Selain itu, lawatan seperti ini
merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi
kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar - pelajar
membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
Dapat membuka minda pelajar-pelajar dengan suasana dan pengalaman yang baru.
Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
dengan dunia luar dan masyarakat.
Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif.





4.0 DESTINASI

Kuala Lumpur

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 28 - 29 Mei 2014
Hari : Rabu - Khamis
Masa : 28.5.2014 6.00 pagi Bertolak dari SMK Taman Ria Jaya
29.5.2014 8.30 malam Tiba di SMK Taman Ria Jaya

5.1 TENTATIF LAWATAN

Hari pertama
6.00 am Bertolak dari SMK Taman Ria Jaya
11.00 am Tiba di Kuala Lumpur
12.00 pm Makan tengah hari
1.00 pm Check in di hotel
2.00 pm Lawatan ke sekitar Kuala Lumpur
3.00 pm Beriadah di I-city
6.00 pm Balik ke hotel

Hari kedua
7.00 am Sarapan pagi di hotel dan check out
8.00 am Lawatan di sekitar Kuala Lumpur
3.00 pm Bertolak dari Kuala Lumpur
8.30 pm Tiba di SMK Taman Ria Jaya


6.0 KUMPULAN SASARAN

Lawatan ini disasarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Persatuan Bahasa Tamil,
SMK Taman Ria Jaya.


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PENDAPATAN JUM BIL PERBELANJAAN JUM
1. Peruntukan Sekolah 1200.00 1 Pengangkutan bas
40 x RM30.00
1200.00

Jumlah 1200.00 Jumlah 1200.00

8.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada
pelajar-pelajar SMK Taman Ria Jaya. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan
pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan
pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga
lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.



Disediakan oleh; Disemak oleh;



(PREMANANTHINI A/P DHEMUDU) (PN. SOFIAH BT ISHAK)
Guru Penasihat, PK Kokurikulum
Persatuan Bahasa Tamil SMK Taman Ria Jaya
SMK Taman Ria Jaya 08000 Sungai Petani
08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman
Kedah Darul Aman




Diluluskan oleh,



(PN. ROHANI BT. MAT)
Pengetua
SMK Taman Ria Jaya
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.