Anda di halaman 1dari 5

MANHAJ AHLI SALAF PENYATU UMAT ISLAM

Oleh Mohd Samsuddin bin Harun


www.tenteradajjal.blogspot.com

"Satu kekecohan yang berlaku dikalangan umat islam Malaysia hari ini ialah konflik antara istilah
'wahhabiyyah' dan golongan yang berfahaman tradisonal (konservatif). Pertikaian antara
golongan ini semakin sengit hingga membawa tuduh-menuduh di kalangan orang awam hasil
rasa tidak puas hati masing-masing.

Pada asasnya kedua golongan ini sebenarnya tidak berbeza dari segi aqidah islamiah. Ramai
tidak sedar bahawa pertikaian mereka berputar dari sudut manhaj (cara/metod) sahaja. Saya
merasa hairan mengapa tidak ada usaha-usaha untuk mendekatkan antara dua golongan ini
bagi mengatasi perbezaan yang timbul dengan kembali merujuk kepada al-Quran dan al-Hadith
(manhaj salaf).

Mengapa istilah "wahhabiyyah (pengikut wahhabi)" tidak dijelaskan secara jelas dan tidak dikaji
dengan lebih mendalam sedangkan Muhammad bin Abdul Wahhab itu tidak pernah dianggap
sesat oleh malah dipuji sebagai tokoh dakwah dan tokoh islah oleh dua tokoh terkemuka islam
masa kini, Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah al-Zuhaili.

Di Malaysia kita hari ini kebanyakkan golongan yang berpengetahuan agama (ulama) khususnya
dari aliran tradisonal (konservatif) sangat menyanjungi pandangan, pemikiran dan karya-karya
Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah al-Zuhaili, namun mereka tidak pernah melihat
pandangan kedua tokoh itu terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab. Dalam kes Muhammad
bin Abdul Wahhab ini mereka (golongan konservatif) lebih senang meminjam kata-kata Barat
dan penulis-penulis yang tidak bertanggungjawab yang memusuhi pembaharuan yang dibawa
oleh tokoh dari Arab Saudi itu mengajak manusia kembali kepada ajaran islam sebenar dengan
tapisan metod al-Quran & al-Sunnah (manhaj ahli salaf). Tuduhan-tuduhan buruk yang jelas
berputik dari niat yang jahat musuh-musuh islam terhadap Sheikh Muhammad bin Abd.
Wahhab itu sepatutnya dinilai kembali. Kita sepatutnya meninggalkan prasangka buruk dengan
suluhan ilmu pengetahuan yang jelas dan sepatutnya lah kita lebih adil dalam menilai dan
mengkaji mereka yang sealiran aqidah dengan kita. Justeru mendekati mereka lebih berguna
daripada mengambil langkah dengan terus berperang dengan mereka.

Saya merasakan usaha untuk mendekatkan (TAQRIB) kedua golongan ini lebih berfaedah
berbanding usaha sebahagian umat islam mendekatkan diri mereka dengan Syiah Imamiyyah
(SYIAH) yang nyata jelas kekufuran dan kesesatan mereka. Perlu diingat di Iran, Iraq dan Lubnan
(kalangan Hizbullah) hari ini "al-wahhabiyyah" dan tradisional konservatif Sunnah merupakan
musuh nombor satu yang dilabelkan sebagai "al-Nasibi". Syiah tetap menganggap Sunni
sebagai sesat, kafir, najis, halal darah dan hartanya, masijid-masjid Sunni wajib diruntuhkan
bahkan Syiah tidak boleh berkahwin dengan Sunni. Sebahagian umat islam di Malaysia pula
menganggap Syiah itu saudara tetapi fatwa-fatwa ulama' Syiah khususnya di Iran dan Iraq hari

1
ini tidak melambangkan Sunni itu sebagai saudara mereka. Usaha TAQRIB itu tidak lebih
sebahagian dari TAQIYYAH (sikap berpura-pura) mereka. Jangan lah kita terpedaya dengan
TAQIYYAH itu kerana TAQIYYAH itu merupakan 9/10 dari agama mereka. Sebab itu kita
perhatikan mereka begitu bersedia untuk bertaqrib yang mana sangat jelas akan
menguntungkan kumpulan mereka.

SUMBANGAN

Saya melihat golongan yang kita katakan sebagai ’al-wahhabiyyah’ di Malaysia (aliran Dr Mohd
Asri Zainul Abidin) dan kelompok penggiat pengajian hadits-hadits Nabi s.a.w yang pimpin oleh
Maulana Muhammad Asri bin Yusoff dari Kubang Kerian, Kelantan paling terkehadapan
menjelaskan kekufuran dan kesesatan SYIAH Imamiyyah serta bahaya SYIAH kepada masyarakat
islam di Malaysia. Dalam hal ini sumbangan mereka ternyata bukan sedikit dalam ketika
sebahagian besar dari kelompok tradisonal masih terkapai-kapai menilai agama Syiah
Imamiyyah yang mereka anggap sebahagian dari umat islam.

Saya melihat golongan tradisonal seolah-olah tidak pernah membaca dan seolah-olah tidak
memahami riwayat-riwayat dusta yang terang-terang menyatakan bahawa golongan Syiah tidak
sama dengan Sunnah dari sudut aqidah. Tanpa mengkaji secara lebih mendalam akhirnya
masalah pokok (aqidah) tidak dapat diselami dengan cermat dan menyebabkan mereka
terpedaya dengan TAQIYYAH Syiah Iraniyyah, Syiah Imamiyyah Hizbullah, Syiah Alawiyyah Syria
dan Syiah Imamiyah Iraq yang telah menghina umat islam melalui ulama’ muda radikal mereka,
Muqtada al-Sadr yang menyembelih Saddam Hussein pada hari Aidi Adha sebagai simbol
korban.

IRAQ SEBAGAI CONTOH.

Kita menyalahkan Amerika yang mengorbankan Saddam, namun kita tidak pernah membaca
hubungan Iran – Amerika dalam menjatukan Taliban Kabul dan Baghdad sepertimana yang
diakui sendiri oleh Muhammad al-Abtahi, Naib Speaker Parlimen Iran semasa Presiden
Mohamad al-Khatami dalam satu seminar bertajuk : Teluk – Cabaran & Masa Depan di sebuah
negara Teluk. Dan kita seolah-olah jahil siapakah yang dinaungi oleh Amerika dalam ’zon
selamat’ yang diwujudkan oleh Amerika semasa serangan pertama terhadap Iraq tahun 1991.
Bukankah golongan Syiah dan sekular Kurdis ? Benar merekalah yang dilindungi oleh Amerika
sebenarnya.

Dan hasil kerjasama Syiah dan Sekular Kurdis yang menyokong Iran dengan Amerika itulah telah
menumbangkan Iraq 20 Mac 2003. Iraq ditumbangkan atas nama kezaliman Saddam namun
yang tersiratnya ialah pembelaan Amerika untuk Syiah. Sekarang, bukankah Syiah yang
menguasai kerajaan Iraq yang ditaja oleh U.S hari ini? Justeru benarkah Amerika saja yang
bersalah dan membunuh Saddam atau sebenarnya kerajaan Syiah Iraq yang dinasihati oleh
Sayyid Ali Sistani dan Abd. Aziz al-Hakim yang bekerjasama dengan Ayatullah George Bush yang
membunuh Saddam? Pelbagai jawapan boleh diberi, namun apa pun dalam kita menyalahkan

2
Amerika, Muqtada al-Sadr telah pun melaksanakan dendamnya terhadap Saddam awal Januari
lalu. Maka berpestalah rakyat Syiah Iraq dengan tarian bogel setelah bertahun-tahun mengusir
lebih 100,000 Arab Sunnah dari Iraq dan kini Arab Sunnah hanya menunggu untuk dicincang
oleh tentera Mehdi pimpinan Muqtada al-Sadr, tentera Filaq Badr pimpinan Abd. Aziz al-Hakim
dari kelompok aliran Majlis Tertinggi Revolusi Islam (bayangan dan ditaja oleh Revolusi Islam
Iran, Abd Aziz sendiri bernaung di Iran semasa Saddam memerintah), kerajaan Syiah Iraq yang
dipimpin oleh Nuri al-Maliki dari parti Da’wa (pemimpin yang merencana beberapa komplot
cubaan membunuh Saddam semasa Saddam memerintah yang mengakibatkan berlakunya
peristiwa pembunuhan di Dujail). Turut sama yang akan membantu usaha pembersihan etnik ini
ialah kumpulan militan ganas Syiah Abu Der’a. Mereka semua akan dinasihatkan oleh Ayatullah
Sayyid Ali Sistani yang pernah dicalonkan untuk Nobel Keamanan oleh Badan Kristian Barat.
Seronoknya untuk kita ketahui ialah Sistani dilahirkan di Mashad, Iran tempat bertapaknya dasar
agama Syiah Imamiyah. Keakraban Sistani dengan Iran boleh dilihar pelbagai nama
Perpustakaan dirasmikan oleh Sistani di Iran boleh dilihat dalam laman www. sistani.org.

Di Iraq hari ini tidak timbul sengketa al-wahhabiyyah atau tradisonal Sunnah kerana mereka
adalah serupa dengan nama – Arab Sunnah yang mana perjuangan mereka dibantu oleh rakyat
Mesir, rakyat Saudi, Sudan dan rakyat Arab Sunnah Syria. Mereka berhadapan satu pakatan
musuh yang padu, kumpulan-kumpulan Syiah yang dibantu dengan tentera bersekutu Barat
yang diketuai oleh U.S dan Britain. Syiah telah memfatwakan boleh membunuh selain Syiah,
boleh dirampas harta benda serta boleh merobohkan masjid-masjid dan rumah-rumah Arab
Sunnah yang mereka gelarkan ”al-Nasibi” atau ”al-Wahhabiyyah”.

Dalam cubaan Arab Sunnah berunding dan gesaan Yusuf al-Qaradawi supaya Syiah-Sunnah
bersatu, Ayatullah Ali Sistani kelahiran Iran yang menjadi tempat rujuk Syiah di Najaf pula telah
memfatwakan haram berkahwin dengan Sunnah kerana menurutnya berlainan agama. Justeru
hakikatnya parang saudara Iraq sebenarnya ialah perang Agama antara Syiah – Sunnah yang
nyata. Arab Sunnah yang digelar oleh Syiah sebagai ”al-wahhabiyyah” dalam keadaan amat
dhaif dan menunggu masa dihapuskan etniknya oleh Syiah dengan bantuan Zionist Amerika.
Ketika ini tiada satu pun ketua negara Arab Sunnah boleh diharapkan kerana fahaman sekular
mereka dan kepentingan hawa nafsu masing-masing. Cuma beberapa ulama Sunnah sahaja
yang berani menyatakan sokongan terbuka seperti Sheikh Ibn Jibrin dan beberapa ulama’ Saudi
yang lain termasuk Sheikh yusuf al-Qaradawi.

HARAKAHDAILY.NET DAN ‘SEMANGAT SYIAH’

Ruangan Luar Negara laman harakahdaily.net selepas konflik Israel-Hizbullah tidak lagi
menonjolkan keadaan di Iraq secara serius seolah-olah ada sesuatu ”gangguan”. Satu buku
terbitan harakahdaily yang berjudul Hizbullah Menebus Maruah Umat dalam pendahuluannya
ketika ghairah menyokong Syiah Imamiyyah Hizbullah sebagai pejuang islam dengan
memperlecehkan al-wahhabiyyah dan menyatakan konflik Sunnah-Syiah sebagai lapuk dek
zaman.

3
Bagi saya penulis pendahuluan itu yang patut ditelan zaman kerana tidak berpijak dialam realiti
disebabkan terpengaruh dengan Syiah Hizbullah. Namun selepas sahaja perang Setiausaha
Agung Hizbullah yang dikagumi itu, Hasan Nasrallah sudah pun menyatakan tiada lagi perang
terhadap Israel. Malah Israel pula baru sahaja mengaku kekuatan Hizbullah. Bagaikan seolah-
olah satu permainan wujud dibelakang perang berkenaan yang telah mengorbankan ratusan
ribuan manusia tidak berdosa.

Bolehlah dikatakan pada hari ini rakyat Palestin tidak boleh lagi mengharapkan Hizbullah kerana
Hizbullah telah kembali dari perang dengan usaha mengembangkan sayapnya di Lubnan untuk
menggoncangkan Fuad Siniora yang kebetulannya berfahaman Sunni. Saya tidaklah cuba
meramal, biasanya pertempuran Syiah – Sunnah pasti lebih dahsyat kerana ia disadurkan alasan
dari kitab-kitab agama Syiah yang jelas jahat dan memusuhi Islam serta Sunnah. Ambillah Iraq
sebagai bukti terkuat.

Tidak hairanlah saya katakan ada unsur Syiah dalam perjuangan harakahdaily dan tidak
menghairankan kelompok ini telah menetapkan akan menjadikan Hizbullah sebagai sumber
inspirasi perjuangan mereka ( Kata Naib Presiden PAS ini pernah diterbitkan dalam akhbar
harakah semasa Perang Israel - Lubnan). Saya tidak menuduh PAS kerana boleh jadi bukan
semua dalam PAS menyintai Syiah, sebagai contohnya pandangan Dato’ Harun Taib mengenai
Hizbullah & Syiah di Iran & Iraq.

ISU NUKLEAR

Sebagai mengaburi mata dunia isu nuklear Iran ditonjolkan sebagai pergaduhan sengit
Amerika-Iran yang menyangkan kesungguhan Iran mencabar satu persatu resolusi PBB dan
mencabar Amerika dan Barat dalam masa yang sama Ayatullah Bush dan Setiausaha Pertahanan
baru Amerika Robert Gates berkali-kali pula menafikan serangan terhadap Iran akan berlaku.

Berbeza sekali layanan Bush terhadap Saddam dahulu berkali-kali layanan mesra diberikan Iraq
kepada PBB dengan mematuhi resolusi PBB (menghapuskan peluru berpandu al-Samoud) tetapi
berkali-kali pula Ayatullah Bush, Ayatullah Blair, Donald Rumsfield dan Ari Fleischer menyatakan
semestinya Iraq/Saddam akan diserang. Dengan demikian Syiahlah yang paling untung hasil
berkat kerjasama dengan Amerika menumbangkan Sunnah di Iraq. Sebagai balasannya minyak
Iraq adalah hadiah Syiah dan sekular Kurdish untuk Amerika. Nasib Sunnah Iraq dipandang sepi
kecuali simpati dari kelompok al-Qaeda dan doa jauh-jauh dari penduduk islam seluruh dunia.

MANHAJ AHLI SALAF

Di Malaysia, kita sibuk melayan Iran untuk ber-TAQRIB dengan Iran yang sah sia-sia, dalam masa
yang sama kita memakai senjata Iran untuk memusuhi mereka yang se-Aqidah dengan kita yang
kita gelarkan ’al-wahhabiyyah’ (sebenarnya bukan gelaran yang betul untuk dirujukkan kepada
pengikut Sheikh Muhammad bin Abd. Wahhab - sepatutnya al-Muhammdiyyah). Persoalan al-
wahhabiyyah atau tidak, bukanlah penting kerana istilah itu tidak perlu wujud sebenaranya. Di

4
Malaysia pula kajian tentang ilmu mustalah hadith baru sangat hangatnya walaupun ilmu itu
sudah lama bertapak di negara ini. Oleh kerana itu perselisihan yang timbul diharapkan difahami
dari konteks ilmiah bukan tuduh-menuduh antara satu sama lain dengan prasangka jahil.

Marilah kita bersatu di atas nama manhaj ahli salaf dengan melontarkan segala kedunguan dan
prasangka buruk di kalangan kita. Ikutilah metod perpaduan yang dianjurkan oleh Rasulullah
s.a.w demi kemaslahatan ummah. Saya tidak suka menyeru kita pro kepada mana-mana belah
pihak memandangkan islam telah menetapkan manhaj ahli salaf cara yang terbaik untuk kita.
Siapa yang mengambil selain dari islam maka dia tidak akan diterima selamanya dan terdiri dari
kalangan orang yang rugi.

http://tenteradajjal.blogspot.com/2008/09/manhaj-ahli-salaf-penyatu-umat-islam.html