Anda di halaman 1dari 5

Analisa Semasa & Analisis :

Amerika Tidak Akan Menyerang Iran !!


Oleh Mohd Samsuddin bin Harun
www.tenteradajjal.blogspot.com

Ketika Isu Nuklear semakin sejuk dan Russia dengan tekun membantu Iran membikin
senjata itu. Media-media barat diluar sana mula memperlihatkan isu-isu yang jarang
kedengaran di Malaysia malah tidak menjadi perhatian sama sekali kepada para
penganalisis politik Timur Tengah di Malaysia.

Sebelum ini, kebanyakkan para penganalisis begitu bersemangat untuk merealisasikan


teori mereka, kononnya - Serangan Amerika Terhadap Iran akan berlaku. Kata-kata
sebegini tidak menghairankan saya kerana isu ini sangat popular di Barat bahkan dalam
tulisan mereka dengan memetik kata-kata para jeneral Amerika sendiri berapi-api
memperkatakan tentang hal itu bahkan menurut pengalisis dan para jeneral barat
sendiri sudah menetapkan beberapa tarikh yang sesuai untuk serangan itu. sesiapa
yang membaca tulisan mereka pasti terpesona dan mempercayai tarikh berkenaan. Apa
yang pasti beberapa tarikh serangan itu kini hanya menjadi jenaka sahaja dan berlalu
dengan pembohongan yang nyata.

Benarkah Iran akan diserang? Saya pernah memberi komen dan cuba meng-emailkan
kepada RTM dalam diskusi mereka. namun pandangan saya ternyata berlainan dengan
umum yang begitu bersemangat untuk melihat kehebatan Iran berhadapan dengan
Amerika dalam perang yang bakal berlaku.

Dengan faktor yang berlainan antara Iran dan Iraq, Iran tidak mungkin menghadapi
serangan kecualilah bumi Iraq dan negara-negara Arab sudah kekeringan simpanan
minyak mereka dan keadaan pada ketika itu semestinya dan hanyalah Iran sahaja yang
menyimpan bahan api itu. Itulah faktor terbesar stelah satu persatu hikayat bohong
WMD Iraq didedahkan oleh pihak Amerika sendiri.

Berbalik kepada sejarah, tidak pernah berlaku mana-mana kuasa Syiah akan berperang
dengan Yahudi Kristian untuk membela dan menstabilkan negara Sunnah yang lain.
Salahuddin al-Ayyubi telah merasai perbuatan cela Syiah Fatimiah yang bersekongkol
dengan kuasa Kristian dalam siri peperangan Salib. Daulah Uthmaniyyah di Turki begitu
lama berperang dengan Syiah Safawiyyah Imamiyyah di utara Iran yang berpusat di
Tabriz ketika itu. Safawiyyah sedia bekerjasama dengan Kristian demi berhadapan
dengan negara musuh tradisi - Sunnah Uthmaniyyah pada masa lampau. Lihatlah
pengkhianatan pemimpin Syiah di benua India terhadap negara muslim sunnah di
benua itu ketika itu dengan bekerjasama dengan Inggeris.

Kes Afghanistan dan Iraq sepatutnya menjadi bahan amat berguna kepada para
pengkaji dalam mengkaji hubungan antara Iran dan Amerika. Malah lebih mendalam

1
lagi ialah hubungan dengan Iran dengan Israel. Kini pengakuan demi pengakuan mula
timbul dalam media mengungkap rahsia disebalik permusuhan sebenar antara Iran dan
Amerika/Yahudi.

Bermula satu isu yang menjadi kontroversi sehingga kini di Kongres, Iran-Contra -
penjualan senjata Amerika kepada Iran melalui tangan Israel semasa perang Iran-Iraq
dahulu, sangat menghairankan tiada seorang pun penganalisis politik mengulas isu
yang begitu panas di Amerika yang melibatkan hampir separuh daripada pegawai-
pegawai Bush hari ini (termasuk Roberts Gates - SU Negara Amerika terkini). Ia tidak
menghairankan kerana ketika itu Saddam merupakan sekutu utama kepada Amerika
manakala Iran perlu ditonjolkan sebagai musuh utama Amerika yang sewajarnya tidak
pernah berhubungan dengan Amerika. Kejayaan media menonjolkan Khomeini dan Iran
sebagai musuh utama langsung menutupi kes “Iran Contra” (Penjualan Senjata Amerika
kepada Iran) dan “October Surprise” yang dirangka oleh Ronald Reagan dan Bush Tua
bersama pegawai-pegawai Khomeini yang diketuai oleh Presiden Bani Sadr di negara
Perancis tempat Khomeini dibuang bagi mengurung tebusan lebih 50 tebusan
diplomatik Amerika dalam tempoh yang lama di Teheran untuk kempen Ronald Reagan
bagi menewaskan Jimmy Carter dalam pilihanraya Presiden.

Sumbangan Iran ternyata berkesan dan besar sekali kepada Presiden Amerika atas
alasan itu Iran yang bertahun-tahun menjadi paksi kejahatan dan musuh pertama
Amerika sehingga hari ini tidak pernah menerima sebiji bom palsu pun daripada
Amerika. Sebaliknya kejahatan Saddam terhadap Iran dalam perang teluk dahulu
menjadi alasan terkuat bagi Amerika menabalkan kuasa Syiah di Iraq pada 20 April
2003 sehingga hari ini dengan bantuan Iran.

Fakta yang dikemukakan bukanlah omong-omong yang kosong atau ciptaan. Bekas
Naib Presiden kepada Presiden Iran Hujjatullah Mohamad Khatami yang bernama Mohd
Ali al-Abtahi berkata : "Jika tidak kerana Iran Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh ke
tangan Amerika".

Pada 2 Februari 2008, Duta U.S ke PBB yang juga bekas Duta U.S ke Iraq yang sangat
popular Zalmay Khalilzad -merupakan salah seorang pencatur serangan terhadap Iraq
mengakui sumbangan Iran kepada kejatuhan Afghanistan dan Baghdad melalui
kerjasama antara Iran dan Amerika, malah beliau sendiri merupakan juru runding
antara kedua-dua kerajaan itu.

Kita telah diperdayakan oleh media-media barat kononnya Iran menolong dan
melindungi pejuang Taleban dan Al-Qaeda. Tetapi hakikat ini dijelaskan dengan
terperinci oleh pegawai-pegawai NATO di Afghanistan bahawa Iran tidak pernah
membantu pejuang Taleban. . Saya jelaskan dengan tegas kebencian Iran terhadap
Taleban berpunca kerana Taleban Afghanistan merupakan pejuang Sunnah sejati
pegangan aqidahnya dan pegangan itu sangat dibenci oleh Iran yang menganut agama
Syiah. Sebahagian manusia di luar sana pasti mengatakan fakta ini cuba mengapi-

2
apikan permusuhan Sunni-Syiah. Itu berdasarkan kedangkalan semata-mata dan tidak
mahu berpijak pada bumi yang nyata. Bahkan atas dasar itu Iran memusuhi gerakan al-
Qaeda dan sanggup bekerjasama menyerahkan pejuang-pejuang kumpulan itu kepada
Amerika demi konsep bersama memerangi keganasan – “War on Terrorisme”.

Sebagai melengkapkan bukti, dalam pertemuan antara Presiden Afghanistan Hamid


Karzai dan Manucher Mottaki, Menteri Luar Iran, Presiden Afghan menjelaskan secara
terbuka perbuatan Iran bersama Amerika untuk melenyapkan Afghanistan.
kemudiannya Mottaki mengesahkannya dengan terperinci. Satu keadaan agak pelik Iran
bermusuhan dengan Amerika tetapi bekerjasama rapat dengan tali barut Amerika
Hamid Karzai di Afghanistan dan Nuri al-Maliki di Iraq, termasuk juga dengan kerajaan
India bagi kerjasama Nuklear. Perjanjian Bonn atau Bonn Conference telah merekodkan
dengan baik kemesraan Amerika dan Iran untuk melenyapkan Taleban Afghanistan.

Di Iraq kerjasama antara Iran dan Amerika tidak menjadi rahsia kepada penganalisis
Barat. Bekas Menteri Luar Britain, Jack Straw merupakan penghubung antara
Britain/U.S bagi memujuk Hashemi Rafsanjani sebelum serangan 2003. Amerika
merupakan penyambung nyawa kepada parti-parti Syiah seperti SCIRI dan Parti Da'wa
Islamiyyah begitu juga Kurdis sekular yang nazak semasa Saddam berkuasa . Pemimpin
SCIRI, Mohamad Baqir al-Hakim dan saudaranya Abd. Aziz al-Hakim berada dalam
buangan di Iran. merekan ditaja oleh Amerika melalui Ahmad Chalabi, Syiah tali barut
Amerika di London yang sentiasa berulang alik ke Iran.

Hari ini majoriti yang berada diatas tampuk pemerintahan Iraq ialah Syiah. Majoriti
tenteranya adalah Syiah. Sunnah telah dihalau beratus ribu setiap bulan menurut angka
yang dikeluarkan oleh PBB. Pembersihan etnik yang didalangi oleh kumpulan militia
maut Syiah dan Tentera Mehdi pasti mensasarkan penduduk Sunnah. media
menghebohkan pertembungan antara tentera Mehdi dan tentera penceroboh tetapi
yang peliknya yang terbunuh ialah puluhan ribu penduduk Sunnah. Itulah cerita
sebenar di Fallujah yang terkenal satu masa dahulu. Dunia melupakan Fallujah itu
sebenarnya kawasan ulama'-ulama terbilang ahli Sunnah. Hakikatnya, memang benar
tentera Mehdi bertembung dengan tentera penjajah tetapi disusuli dengan
campurtangan kerajaan Syiah yang mana pengikut-pengikut Muqtada Sadr merupakan
antara kelompok terbesar dalam kerajaan Iraq. Perdamaian menyusuli pertempuran
antara mereka tetapi Ahli Sunnah menjadi mangsa yang hakiki. Pengakuan pegawai
kerajaan Iraq hari ini bahawa majoriti terbesar dalam penjara Iraq hari ini ialah Ahli
Sunnah.

Pokok persoalan ialah kemana pergi Syria yang dimomokkan sebagai paksi kejahatan
bersama Korea Utara dan Iran? Kemana pergi yang menyatakan Syria adalah mangsa
selepas Iraq? Benarkah Iran adalah mangsa seterusnya setelah Syria lenyap tanpa
berita? penulis yang sentiasa mengikuti permainan media dan pencatur-pencatur antara
Iran dan Amerika merasa isu ini sangat lucu bila mana Iran mempersendakan resolusi
PBB satu persatu berkaitan isu nuklear sementara pihak Amerika pula meneruskan

3
lakonan Charlie Chaplin dengan kata-kata. Iran akan diajar secukupnya, serangan ke
atas Iran tidak dapat dielakkan, malah Amerika bersedia menyerang Iran. Peristiwa ini
ditutup dengan penahanan 15 mariner Britain di Shatt al-Arab. Penulis melayari akhbar
Iran bahawa pelayar Britain yang sebelumnya sudah beberapa kali ditahan sebelum itu
tetapi dilepaskan setelah berunding tetapi kali ini kenapa menjadi isu? Tidak berapa
lama setelah dipulangkan askar marinnya, Britain pula memujuk Amerika supaya jangan
menyerang Iran. Permainan ini cukup hebat memperbodohkan seluruh dunia.
Hakikatnya Britain lah negara yang mempelawa Iran melanggar Saddam bagi membalas
dendam perang lapan tahun dengan Iraq.

Hari ini keadaan kucar-kacir di Iraq yang mana tentera Amerika dan kerajaan Syiah Iraq
terpaksa berhadapan dengan serangan sengit pejuang Sunnah dari kelompok mujahidin
Daulah Islamiah Iraq yang bergabung dengan Al-Qaeda di Iraq telah membuka mata
semua pihak betapa Iran dan Syria itu bukan musuh sebenar bagi Amerika. Mereka
telah bertemu banyak kali bagi mendapatkan sokongan Iran dan Syria membela
kerajaan Syiah Iraq diatas faktor keselamatan Iraq dan kebebasan rakyat Iraq dari
serangan pengganas. Serangan yang bertalu-talu dari kumpulan al-Qaeda telah banyak
merugikan Amerika. Bagi mempertahankan kerajaan sedia ada Amerika berharap Iran
dan Syria menyokong tentera kerajaan dan Syiah untuk berhadapan dengan pejuang
Sunnah yang berasal dari muslim sunnah Iraq, Sudan, Ikhwan Syria, jordan, Mesir dan
Libya yang berjuang di pihak barisan al-Qaeda di Iraq. Iran diperlukan bagi mengekang
percubaan Muqtada Sadr yang kononnya ingin memerintah Iraq bagi menggantikan
Nuri al-Maliki yang akan merombakkan sistem demokrasi di Iraq dan mengakibatkan
kerugian Amerika untuk membolot telaga-telaga minyak. Hakikatnya Muqtada Sadr ini
sebagai pelakon tambahan kepada proksi Iran ditampilkan bagi menggambarkan
kepada dunia kononya Muqtada Sadr yang sangat rapat kepada Iran kononya berseteru
dengan tentera penceroboh. Muqtada Sadr dan ulama’-ulama’ Syiah Iraq yang lain
disokong oleh Amerika sebenarnya tidak pernah bermusuh antara satu sama lain.

Kerjasama dengan Iran pasti menjadi keutamaan Amerika. Ia adalah jawapan utama
Bush apabila disoal oleh media dan ucapan-ucapan beliau di kongres. katanya,
Diplomasi adalah pilihan utama kita dalam berhadapan dengan Iran. Kata-kata ini telah
lama dikumandangkan sejak isu nuklear tercetus disebalik kata-kata para jeneral
perang yang ingin melaksanakan perang terhadap Iran. Terbaru, laporan akhbar
Independent 13/4/2008, Robert Gates berkata – “tidak mungkin kami akan menyerang
Iran”. Akhbar yang sama bertarikh yang sama telah mendedahkan betapa kerjasama
antara kedua-dua negara secara rahsia telah berlaku di banyak tempat. .

Adalah menjadi perkara sangat pelik disebalik isu nuklear yang sangat besar nilai
kesannnya kepada dunia dan keutamaannya kepada masyarakat dunia, kedua-dua
negara sanggup ketepikannya demi keselamatan di Iraq.

Dari satu keadaan, kita timbulkan persoalan tidakkah ia memberi peluang kepada Iran
menyiapkan dengan segera senjata nuklearnya sebelum Amerika menyerangnya atau

4
bahasa kampungnya mengapakah bodohnya Amerika nak tunggu nuklear siap baru nak
serang Iran bukankah mereka tidak ketahui yang membina senjata Iran itu ialah Russia
dan China yang berfahaman komunis dan merupakan musuh tradisi mereka zaman
berzaman. Penulis ada jawapan lain kebenarannya ialah ucapan Bush, Khalilzad dan
Roberts Gates bahawa - Amerika tidak akan menyerang Iraq dan akan utamakan
diplomasi ketika berhadapan dengan Iran.

Justeru senjata nuklear Iran itu untuk siapa? Khalilzad berkata Amerika bersedia
bekerjasama dengan Iran jika berlaku negara-negara Arab memulaukan Iran dalam isu
berkaitan Iraq . Apakah senjata itu untuk negara-negara Arab ? Apakah penguasaan
Syiah di Lubnan hari ini yang sedang bergolak menandakan titik mula penguasaan
Amerika bersama Iran di Timur Tengah ? Wallahu A'lam !