Anda di halaman 1dari 18

Esei….

Iklim n cuaca.. huraikan aktiviti manusia yang beri kesan kepada cuaca setempat… bagaimana iklim melampau beri
kesan terhadap kehidupan manusia .

Struktur….

Iklim Bandar… mksud rantaian makanan ganggu ekosistem… jelaskan biotic dan abiotik,banjir kilat n langkah-
langkah mengatasinya …gas rumah hijau. Proses kitar hidrologi. Luluhawa dalaman… sistem pembesar 4
lipatan….malaya union. Fungsi durbar…factor penubuhan malaysia1963…. Sebabi indon tentang pembentukan
Malaysia…

Iklim dan cuaca

Secara mudah, cuaca adalah satu pergabungan kejadian di atmosfera dan Iklim pula adalah cuaca yang
dialami sepanjang satu jangkamasa di sesuatu lokasi.

Tidak ada suatu batas pemisah tepat antara apa yang dikatakan iklim dan apa yang dikatakan Cuaca. Ia
bergantung kepada kegunaan. Umpamanya, fenomena El Nino adalah satu fenomena cuaca untuk
segolongan pemerhati, tetapi untuk segolongan yang lain, ia suatu ciri perubahan iklim.

Bila konsep iklim sebagai satu purata sistem cuaca dikemukakan pada akhir kurun ke–19, jangkamasa 30
tahun merupakan satu jangkamasa yang munasabah. Tetapi, dengan adanya perolehan arah aliran cuaca
bagi satu jangkauan masa yang panjang meliputi rekod-rekod suhu, hujan dan sebagainya, keupayaan
mendapatkan takrifan yang menyeluruh untuk “iklim” menjadi lebih sukar kerana dalam jangkamasa 30
tahun tersebut, purata suhu, taburan hujan dan sebagainya boleh berubah, dan dalam satu jangkamasa
singkat, perolehan statistik kurang stabil.

Untuk sesuatu lokasi geografi, iklim tidak berubah semasa hayat seseorang insan. Dalam jangkamasa
geologi (jutaan tahun), iklim boleh berubah untuk sesuatu lokasi.

PENGARUH IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Purata suhu tahunan I suhu musim panas I suhu musim dingin mempengaruhi aktiviti spt:

Petanian - i.e. suhu 27° C sesuai untuk tanaman padi / getah / kelapa sawit; suhu 18° C pada musim
panas sesuai untuk gandum + Ickasi.
Perikanan - suhu 27° (menyebabkan air suam - sesuai untuk pertumbuhan plankton iaitu makanan
ikan + lokasi.
Pemburuan binatang - suhu musim dingin bawah 0° Cmenyebabkan bulu binatang tebal; keadaan
bersaji memudahkan binatang dijerat + cth binatang.
Pelancongan - suhu 27° menarik pelancong negara-negara berikilm sejuk menikinati 'sun bath'
mempengaruhi pertumbuhan batu karang + lokasi.
Pembalakan - Iklim 'hawa sederhana menghasikan Hutan Pokok Tirus(konifer) dan menyediakan
pokok pain, balsam fir, hemlok; salji yang menutup bumi pada muslim dingin memudahkan kayu
digolekkan ke sungai / Iklim Monsun Tropika menghaslikan Hutan Monsun Tropika dan
menyediakan pokok jati / Iklim khatulistiwa menghasilkan Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan
pokok cengal, meranti dan keruing + lokasi,

Jumlah hujan tahunan (?mm) menggalakkan aktiviti.

Pertanian - Hujan 2030 mm setahun sesuai untuk tanaman padi,getah / kelapa sawit + lokasi.
hujan > 3000 mm setahun sesuai untuk jut; hujan 750 mm setahun sesuai untuk gandum + lokasi.
Hujan lebat 2030 mm setahun menyediakan air yang cukup untuk menjana KHE - penting untuk
perindustrian + lokasi.

Angin tempatan Musim Panas mempengaruhi.

Angin Monsun Barat Daya membawa hujan lebat (2030 mm) sesuai untuk padi,kelapa sawit,getah +
lokasi.
Angin Cinuk di Timur B. Rocky mencairkan salji dan memecahkan fros menyebabkan tanah menjadi
gembur - Sesuai untuk pertumbuhan rumput yang penting untuk penternakan lembu sesuai untuk
penanaman gandum.
Pertembungan 'arus panas dan arus sejuk menyebabkan air laut suam dan sesuai untuk pertumbuhan
plankton (makanan ikan) dan ini menggalakkan aictiviti perikanan + nama aruss.
Musim panas yang panjang (90 - 120 hari) sesuai untuk tanaman gandum musim bunga, tanaman
pasar,penternakan, perikanan + lokasi.

PENGARUH MANUSIA TERHADAP IKLIM.

Kenaikan suhu oleh sebab aktiviti:

Hujan / Hujan Asid / Jerebu:

Perindustrian. - kilang mengluarkan asap, karbon monoksida, gas beracun menyebabkan kesan rumah
hijau; penggunaan CFC dalam racun arosol dan alat hawa dingin menyebabkan penipisan lapisan
ozon = kenaikan suhu + cth.
Pengangkutan - pembakaran bahan api dari fosil spt petrol oleh kenderaan menyebabkan kesan rumah
hijau := peningkatan suhu +lokasi.
Pembalakan - penebangan hutan menyebabkan tanah terdedah kepada pancaran matahari dari hilang
silara; kurang proses fotosintesis menyebabkan udara tidak seimbang kandungan udara (karbon
dioksida, oksigen, proses sejat peluhan terganggu - rnenyebabkan kenaikan suhu. Pembalakan
berterusan menyebabkan karbon dioksida bertambah - penipisan lapisan ozon + lokasi.
Urbanisasi / pertanian - pada awal pembukaan, pokok ditebang rnenyebabkan tanah terdedab kepada
pancaran matahari / tanpa pelindungan; bangunan batu, jalan raya dan cermin di kawasan urbanisasi /
bandar menyebabkan penipisan lapisan ozon, cahaya ultra ungu terus ke permukaan bumi = suhu
meningkat.
Angin kencang - pada awal pembukaan urbanisasi / pertanian, pokok ditebang menyebabkan kawasan
jadi lapang = angin kencang / ribut + ccntoh.
Perindustrian kilang membebaskan sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara dan bertindak dengan
wap air lalu berkumpul dalam awan. Apabila hujan air yang diturunkan mernpunyai nilai pH yang
tinggi = hujan asid.
Pembangunan / urbanisasi menyebabkan debu dan habuk terampai = keadnan berjerebu + cth.
Pembalakan yang berleluaas rnenyebabkan sejat peluhan terganggu dan rnenyebabkan udara kering
dan ini rnengakibatkan hujan berkurangan.

Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kesan Rumah Hijau

Merupakan satu lapisan gas beracun yang terdiri daripada karon dioksida, karbon monoksida, sulfur
dioksida dan hidrokarbon yang menghalang pembalikan haba ke atmosfera suhu meningkat.
Aktiviti perindustrian / pengangkutan - pelepasan gas spt karbon dioksida, karbon monoksida yang
terhasil daripada pembakaran bahan api fosil + cth.
Pembalakan yang berterusan rneningkatkan kandungan karbon dioksida.
Pembakaran / kebakaran hutan yang menghasilkan kabon dioksida.
Pertanian pindah yang menyebabkan kemusnahan / kebakaran hutan.
Urbanisasi yang menghasilkan banyak karbon dioksida / habuk + cth.

Faktor-Faktor yang Menyebabkan Hujan Asid dan Kesannya:

SEBAB:

Sulfur dioksida dan nitrogen oksida dalam atmosfera bertindak balas dengan wap air dan
menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan dan. apabila terpelowap
hujan akan turun sebagai hujan asid.
Pelepasan gas sulfur dioksida daripada kilang + cth.
Pembakaran bahan api dan fosil spt oleh kenderaan yang menghasilkan nitrogen oksida.
Penggunaan baja dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.

KESAN:

Penyakit kepada manusia. - sakit dada / batuk, tulang, buah pinggang


Air sungai, laut berasid membunuh hidupan akutik spt. ikan + cth.
bintatang yang bergantung kepada ikan akan mati + cth.
Ikan bahaya kepada manusia kerana kandungan raksa yang tinggi.
Kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid.
Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah -rnengurangkan kesuburan tanih.
Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada
manusia apabila diminum.
Mempercepatkan hakisan bangunan spt cat bangunan.
Merosakkan cat kereta.
Mempercepatkan kadar hakisan/ pengkaratan barangan besi.

Sebab-Sebab Penipisan Lapisan Ozon

Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis / berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai
ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat.
Penggunaan bahan CFC dalam pembuatan pendingin hawa, penyembur aresol.
Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.
Pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen dioksida.
ujian senjata nuklear.
Peperangan yang menggunakan bahan letupan + cth.
Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera.
Pembalakan yang beterusan rnenyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara.

Kesan Penipisan Lapisan Ozon:

Bertambahnya sinaran ultra ungu ke perrnukaan bumi - meningkatkan suhu bumi.


Penyakit spt katarak mata, kanser kulit.
Mengurangkan proses fotosentesis tumbuhan - karbon dioksida bertambah.
Memusnahkan sel mikro organisma / bakteria pada tumbuhan dan binatang menyebabkan tumbuhan /
binatang mati.
Memusnahkan habitat rantaian makanan binatang apabila hutan musnah.
Berkurangnya hasil pengeluaran tanaman kerana penyakit dan pokok mati.
Membunuh sistem pelalian manusia dan binatang.
Peningkatan suhu rnenyebabkan pencairan ais / glesier - menyebabkan peningkata.n aras laut, isi padu
air laut bertambah, kawasan rendah ditenggelarmi air / banjir + lokasi.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PERUBAHAN IKLIM

menghapuskan penggunaan CFC dalam penyembur aresol dan alat pendingin hawa untuk
elakkan lapisan lapisan ozon yang menyebabkan kenaikan suhu diganti dengan helium.
Menapis asap dari kilang dengan menggunakan alat penapis asap untuk elakkan Kesan Rumah
Hijau yang menyebabkan kenaikan suhu /hujan Asid.
Pertanian / Urbanisasi - dialankan secara terkawal spt plastik / tanaman penutup bumi untuk
elakkan peningkatan suhu /jerebu.
Pengangkutan - kenderaan yang mengeluarkan asap dan gas beracun yang menyebabkan kesan
Rumah hijau atau kenaikan suhu di atasi dengan:
menggunakan petrol tanpa plumbum / gas asli.
kurangkan penggunaan bahan api dan fosil.
kenderaan berkuasa elektrik untuk elakkan kesan rumah hijau.
Kurangkan pembalakan untuk elakkan suhu meningkat / angin kencang; penghutanan semula
kawasan pembalakan.
Hapuskan ujian / penggunaan senjata nuklear / kapal supersonik untuk eIakkan penipisan
lapisan ozon yang meningkatkan suhu.
Perlaksanaan undang-undang spt Mutu Kawalan Alam Sekitar,
Kesedaran kepada masyarakat spt pendidikan alam sekitar di sekolah.
Persidangan antarabangsa spt Persidangan Bumi Rio (untuk atasi Kesan Rumah hijau dan
Persidangan Viena (untuk atasi penipisan lapisan ozon).
Kurangkan penyelidikan di Antartika.
TEMA : SISTEM EKOLOGI

Konsep Ekosistem
Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan lain dan alam sekitarnya

Komponen biotik
Komponen yang terdiri daripada organisma hidup yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan
pengurai.

Komponen abiotik
Terdiri daripada benda bukan hidup yant termasuk pelbagai jenis gas, air dan galian.

Kitar nutrien
Kitar nutrien ialah aliran yang berterusan unsur dan bahan kimia seperti oksigen, karbon , nitrogen dan
air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.

Rantaian makanan
Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis
sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala.

Pengeluar
Tumbuhan yang merupakan autotrof yang boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.

Pengguna
Kumpulan heterotrof iaitu organisma hidup yang bergantung kepada pengeluar atau organisma lain
untuk mendapat tenaga/makanan.

Pengguna primer
Pengguna pertama yang memakan pengeluar untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna sekunder
Pengguna kedua yang memakan pengguna pertama untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna tertier
Pengguna ketiga yang memakan pengguna kedua untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengurai
Organisma yang menguraikan tumbuhan/organisma yang reput/mati dan mengembalikan nutrien
kepada tanah.
Piramid Ekologi
(piramid tenaga)
Satu hierarki yang menggambarkan hubungan rangkaian makanan antara satu aras trofik dengan aras
trofik yang lain dalam sesuatu ekosistem. Selain menunjukkan jumlah organisma dalam setiap aras
trofik, piramid ekologi penting dalam menjelaskan pengaliran tenaga daripada pengeluar, penggunaan
tenaga tersebut , simpanan dan kehilangan tenaga.

FUNGSI EKOSISTEM
a) aliran tenaga
Hubungan dan interaksi antara organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga berlaku
apabila proses makan dimakan berlaku. Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan.
b) kitaran nutrein
Sesebuah ekosistem menyediakan tapak untuk melengkapkan kitaran nurien melalui interaksi antara
komponen biotik dan abiotik. Kitaran ini boleh berlaku di dalam sesebuah ekosistem (intra-ekosistem)
dan di antara beberapa ekosistem.( inter-ekosistem)

KEPENTINGAN EKOLOGI KEPADA MANUSIA


a)Pembalakan
Ekosistem hutan membekalkan pelbagai jenis pokok balak yang boleh menggalakkan pembalakan.
(ekosistem daratan)
b) Hasil hutan
Ekosistem daratan terutamanya hutan-hutan boleh menggalakkan pengumpulan hasil hutan seperti
rotan hutan .
c) Perubatan
Ekosistem daratan seperti di hutan ada herba-herba seperti tongkat ali dan kacip fatima yang ada nilai
perubatan. Di ekosistem lautan pula terdapat gamat dan spirulina yang ada nilai perubatan.
d) Pelancongan/ Ekopelancongan
Keunikan dan kepelbagaian biologi di ekosistem daratan dan ekosistem lautan penting untuk sektor
pelancongan dan rekreasi.
e) perikanan/ akuakultur
Ekosistem lautan boleh dibangunkan untuk perikanan dengan hasil-hasil marin yang banyak. Disamping
boleh dibangunkan untuk akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar di kawasan kukup.

GANGGUAN MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM


a) pertanian
Aktiviti pertanian seperti pembajaan dan penyemburan racun serangga akan mengganggu kandungan
asid atau alkali dan nutrien tanah. Ini akan mengganggu keseimbangan dalam sesuatu ekosistem.

b) penyahutanan
Aktiviti penyahutanan seperti pembalakan, pembukaan tanah untuk pertanian, urbanisasi akan
mengganggu sesuatu ekosistem kerana habitat organisma hidup musnah dan penyesuaian semula perlu
dibuat oleh organisma.

c) perlombongan
Perlombongan pasir misalnya akan menngganggu keseimbangan pantai yang seterusnya akan memberi
kesan kepada habitat marin di tepi pantai dan dalam lautan.

) pelancongan
Pencemaran yang dilakukan oleh pelancong semasa melancong seperti membuang sampah merata-
rata,membuat ungun api akan mengganggu habitat dan kehidupan organisma dalam sesuatu ekosistem.

e) Industri
Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai atau tasik akan mencemarkan air dan seterusnya mengganggu
hidupan akuatik. Pembebasan asap-asap yang bertoksik seperti sulfur dioksida dan nitogen dioksdia
boleh menyebabkan hujan asid yang seterusnya mengganggu ekosisitem hutan.

GANGGUAN ALAM SEKITAR TERHADAP EKOSISTEM


a) letusan gunung berapi
Gas dan lava yang dibebaskan semasa letusan gunung berapi akan memusnahkan habitat dan
mengganggu ekosistem.

b) taufan
Keadaan cuaca yang luar biasa seperti ribut taufan boleh mengganggu keseimbangan ekosistem kerana
boleh memusnahkan habitat dan organisma dalam ekosistem.

c) gerakan jisim
Proses pergerakan jisim seperti gelongsoran tanah boleh menimbuskan habitat dan mengganggu
ekosistem.

d) banjir
Kejadian banjir akan menenggelamkan habitat dan organisma dalam sesuatu ekosistem. Ini akan
mengganggu keseimbangan sesuatu ekosistem.

e) kemarau/ kebakaran semulajadi


Kejadian kemarau seperti semasa kejadian el-nino di Indonesia telah menyebabkan banyak kebakaran
semulajadi di hutan. Kebakaran ini telah memusnahkan pelbagai organisma dan mengganggu
keseimbangan ekosistem.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN EKOSISTEM/ALAM SEKITAR


a) langkah perundangan
Menguatkuasakan akta alam sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar misalnya untuk mengawal
pencemaran udara dan air .
b) kempen
Mengadakan lebih banyak kempen kesedaran untuk menyeru orang ramai bersama menjaga alam
sekitar misalnya melalui kempen cintailah sungai kita, kempen berkongsi kereta.

c) pendidikan
Mendidik generasi muda untuk menjaga kualiti alam sekitar melalui matapelajaran seperti sivik, geogafi,
pendidikan moral.Di samping itu , adakan aktiviti-aktiviti ” go green” melalui persatuan atau kelab alam
sekitar yang melibatkan murid dengan ekosistem secara langsung.

d) hutan simpan/ taman negara


Mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk melindungi hutan dan hidupan liar dalam sesuatu
ekosistem contohnya Taman Negara Endau- Rompin.

e) pengurusan/ pengawalaseliaan
Memantapkan lagi pengurusan dan pengawalseliaan terhadap hidupan liar. Misalnya
Perlindungan orang utan di hutan Sepilok Sandakan, Sabah. Projek penetasan dan pemeliharaan penyu
belimbing di Rantau Abang, Terengganu.

Thursday, January 29, 2009

CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya,

Menyediakan Sistem Perparitan;

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan.
Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.
Projek Pendalaman Sungai;

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan
sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses
pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan
mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai
bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan:

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah
terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat
dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh
dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan
perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan
kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan
kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan
dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia:

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke
sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya
aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak
dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan
hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga
harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

Kesan rumah tanaman

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di
dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini
tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Isi kandungan

[sorok]

 1 Proses kesan rumah hijau


 2 Kesan rumah hijau global
 3 Punca kesan rumah hijau
 4 Kaedah mengurangkan kesan

[sunting] Proses kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon
monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat,
molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan
proses pembebasan haba.

[sunting] Kesan rumah hijau global

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera
bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan
pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami
kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di
kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

[sunting] Punca kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan
rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon.
Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah
hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada
kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang
membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

[sunting] Kaedah mengurangkan kesan

Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau
manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam,
pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_rumah_tanaman"

Kategori: Atmosfera | Perubahan iklim


Konsep kitaran hidrologi

Kitaran hidrologi adalah sangat penting bagi membekalakn air pada unsure yang terdapat pada bumi.
Konsep hadrologi boleh dijelaskan berdasarkan rajah yang terdapat di bawah bersama beberapa konsep
yang diberikan berdasarkan sumber buku dan runukan web.

Kitaran hidrologi adalah seluruhnya kitaran air menghuraikan kewujudan dan pergerakan air di
permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan
sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah bertindak
berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah
tempat tanpa hidupan jika tiadanya.
(http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html)

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang
menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara.
Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan
menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan
mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar
dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai
kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang
tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan
jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi
sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai
kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian
daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam
sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan
dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula
diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi
tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan
mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk
jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali
semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan tamat dan juga bermula.

Kitaran hidrologi mengambil alih ' hydrophere' yang mana ia adalah kawasan yang mengandungi semua
air diudara dan di permukaan bumi. Kitaran itu adalah gerakan air melalui 'hydrophere'. Oleh itu
keseluruhan proses ini adalah mudah. Ia dibahagikan dalam lima bahagian Pemeluwapan, Penyusupan,
Air Larian, Penyejatan dan Mendakan
Kitaran bermula dengan proses pemeluwapan apabila wap air terpeluwap ke udara untuk membentuk
awan. Pemeluwapan berlaku apabila terdapat perubahan suhu di udara dan bumi. Air berubah keadaan
apabila suhu turun naik (tidak stabil). Jadi apabila udara cukup sejuk, wap air terpeluwap ke atas zarah di
dalam udara untuk membentuk awan. Proses ini boleh dilihat pada tumbuhan sewaktu titik embun pada
waktu pagi.

Apabila awan terbentuk, angin menggerakkan ia merentasi glob dan menyelerakkan wap air tersebut.
Apabila pada suatu masa awan tidak dapat menampung lembapan, maka terjadilah hujan, salji, hujan
batu dan lain-lain.
Tiga proses seterusnya:-Penyusupan, air larian dan penyejatan berlaku serentak. Penyusupan berlaku
apabila lembapan meresap ke dalam tanah. Ia bergantung kepada kebolehtelapan permukaan tanah.
Kebolehtelapan adalah ukuran bagaimana mudahnya sesuatu mengalir melalui sesuatu bahan. Lebih
banyak kebolehtelapan, maka lebih banyak lembapan menyerap kedalam tanah. Jika pemendakan
berlaku lebuh pantas daripada kebolehtelapan menyusup ke dalam tanah, ia menjadi air larian. Sisa air
larian di permukaan akan mengalir ke alur, sungai dan biasanya ke tasik atau laut. Penyusupan air bawah
tanah bergerak serentak dan ia mengalir ke sungai seterusnya ke kawasan air yang lebih luas.

Apabila kedua-dua proses ini berlaku, dengan tenaga daripada matahari maka kitaran tersebut
menyebabkan berlakunya penyejatan. Penyejatan ialah proses pertukaran cecair air kepada bentuk wap.
Cahaya matahari akan meningkatkan suhu cecair air di lautan dan tasik. Apabila cecair tersebut panas,
molekul-molekul akan dilepaskan ke udara. Udara panas naik ke atmosfera dan bertukar kepada wap
mengakibatkan berlakunya pemeluwapan.
Memandangkan air yang diminum oleh manusia adalah dalam jumlah yang kecil, maka bekalan air dapat
digunakan untuk jangka masa yang panjang. Kitaran hidrologi ini terus berlaku untuk menggerakkan dan
mengekalkan persekitaran sentiasa bersih. Di jangka 100 million billion galen setahun dikitar melalui
proses ini. Tanpa proses ini, adalah mustahil untuk hidup di muka bumi ini. Kita memerlukan proses ini
supaya kehidupan dapat berfungsi. Tanpa air, kehidupan adalah mustahil di bumi.
(http://www.did.sarawak.gov.my/bm/bm-hydroen/resource/cycle.htm)
Hidrologi boleh didefinasikan sebagai satu sains tanah. Hidrologi merangkumi kejadian, penyebaran,
pergerakan dan ciri-ciri pada dunia ini dan perhubungannya dengan alam sekeliling. Bidang yang berkait
rapat dengan hidrologi adalah geologi, kajian iklim, kajian cuaca dan kajian sains laut. (Viessman et al,
1977).

Komponen-komponen asas dalam kitaran hidrologi adalah curahan, sejatan, sejatpeluhan, penyusupan,
aliran permukaan, aliran sungai dan aliran dalam tanah. Pergerakan air melalui pelbagai fasa dalam
kitaran hidrologi adalah tidak menentu dari segi masa dan luangan (Bedient, 1988).

Pergerakan berkitar air dari laut ke atmosfera dan kemudiannya sebagai curahan ke atas bumi, di mana
air berkumpul di dalam sungai atau tasik dan mengalir semula ke laut, ini dikenali sebagai kitaran
hidrologi. Apa yang dapat ditunjukkan dalam kitaran hidrologi adalah air wujud dalam tiga keadaan yang
berlainan iaitu pepejal, cecair dan gas.

Konsep kitaran hidrologi ini adalah merupakan satu konsep yang ringkas tetapi terdapat beberapa
proses perlu difahami. Hubungan hujan air larian boleh ditunjukkan dengan jelas menggunakan kitaran
hidrologi seperti dalam Rajah 2.1.
Air laut akan tersejat di bawah pancaran matahari dan awan yang mengandungi wap air bergerak
melintasi aras bumi. Salji, hujan batu dan hujan terpelowap adalah merupakan curahan dalam bentuk
embun di atas aras bumi. Salji adalah air simpanan sementara. Hujan yang turun ke permukaan bumi
mungkin dipintas oleh tunbuh-tumbuhan dan menyejat kembali ke atmosfera. Selebihnya akan
menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bumi. Sebahagian daripada baki air yang tinggal di
permukaan bumi akan menyejat kembali dalam bentuk wap dan ada yang mengalir ke dalam sungai dan
sebahagiannya pula akan mengalir sebagai air larian permukaan

Kitaran air berlaku apabila air digunakan secara berulang-ulang di dalam kitaran yang tidak ada
kesudahannya. Jumlah air di dalam kitaran sentias berada pada kadar yang sama. Ada air yang disimpan
di laut, udara dan tanah. Kemudian, terdapat juga yang akan dipindahkan mengikut kitaran.
(Key Geography, Foundations, 1991)

LULUHAWA
Pengertian luluhawa:
Luluhawa ialah proses penyepaian , pereputan dan pemecahan batuan kepada kumin-kumin yang
lebih keil di laopisan kerak bumi. Mengikut Polynox, luluhawa merupakan satu kumpulan proses
yang melibatkan tindakbalas di antara mineral dalam batuan dengan unsur-unsur iklim seperti
suhu( bahangan haba ), air hujan, fros, angin, tekanan udara dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan
dan haiwan juga turut memainkan peranan terhadap keberkesanan proses-proses luluhawa.
Proses luluhawa ini berlaku secara insitu iaitu ia melibatkan tidak melibatkan pemindahan atau
pengangkutan terhadap hasilan yang terluluhawa.
Sebenarnya proses luluhawa boleh dianggap sebagai satu proses persediaan batuan yang kecil
untuk agen-agen geomorfologi seperti air mengalir, tiupan angin, pergerakan glasier dan ombak
untuk melakukan proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Begitu juga pergerakan jisim
lebih mudah berlaku hasil daripada proses luluhawa yang lampau. Oleh itu antara proses-proses
luluhawa dan proses-proses geomorfologi yang lain adalah saling bergantungan.
Keberkesanan agen-agen geomorfologi ini dipengaruhi oleh kadar luluhawa. Sebaliknya
keupayaan proses luluhawa juga dipengaruhi oleh agen-agen geomorfologi tersebut. Ahli
gemorfologi telah mengklasifikasikan proses-proses luluhawa kepada jenis luluhawa fizikal atau
mekanika dan luhawa kimia dan biotik.

LULUHAWA FIZIKAL / MEKANIKA


Iaitu satu proses pemecahan batuan besar kepada serpihan-serpihan kecil atau kumin-kumin kecil
secara insitu dengan bantuan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan, fros dan sebagainya. Proses-
proses luluhawa zikal hanya melibatkan pemecahan yang mengubah sifat bentuk fizikal batuan
sahaja tanpa mengubah sebarang isi kandungan kimia batuan.
Proses-proses luluhawa fizikal / mekanika
1. Proses Pengembangan dan pengecutan - julat suhu harian yang besar
Lazimnya berlaku di kawasan gurun panas mengalami iklim panas dan kering kerana ketiadaan
awan dan liputan bumi. Cahaya matahari yang panas terik sampai ke permukaan bumi pada
waktu siang hari dan menyebabkan suhu mencapai sehingga melebihi 35 darjah C dengan
mudah. Kadang kala suhu boleh mencapai lebih daripada 45 darjah C.
Keadaan pemanasan yang demikian berupaya menyebabkan batuan mengalami pengembangan.
Sebaliknya pada waktu malam suhu cepat jatuh sehingga lebih daripada 10 darjah C. Kehilangan
haba yang cepat dan perbezaan suhu yang besar ini menyebabkan batuan mengalami pengecutan.
Proses kembang kecut yang berlaku berulang kali ini dapat menyebabkan batuan mengalami
ketegangan. Proses ini berlaku hanya pada lapisan luar batuan kerana batuan bukan merupakan
pengalir haba yang baik. Keadan yang berlanjutan ini menyebabkan batuan mengalami rekahan
dan retakan. Rekahan dan retakan bertambah besar kerana sering dipengaruhi oleh embun dan
hujan yang berkala. Akhirnya batuan akan mengalami pemecahan dan jenis atau bentuk
pemecahan bergantung kepada ciri-ciri semulajadi batuan itu sendiri. Antaranya seperti
pengelupasan, pecehan bongkah dan relaian bijian..
1.1.Pengelupasan.
Iaitu pemecahan berlaku pada lapisan demi lapisan batuan. Ia bermula daripada lapisan luar dan
diikuti oleh lapisan kedua atau dalamnya. Lapisan yang terdedah lebih mudah mengalami
pemanasan oleh haba daripada cahaya matahari akan mengalami proses pengembangan pada
waktu siang berbanding dengan lapisan dalamnya.
Sebaliknya pada waktu malam lapisan luar cepat sejuk dan seterusnya mengecut. Lapisan dalam
pula mulai panas dan turut mengembang. Oleh itu wujud kadar ketegangan dan tekanan antara
lapisan luar dengan lapisan dalam.
Akhirnya bahagian luar batuan akan teroisah daripada jisim batuan yang besar laslu jatuh ke
bawah mengikut lapisan demi lapisan. Contoh kejadian ini berlaku di di North Dome dan Basket
Dome di Taman Negara Yosemite, California, Amerikia Syarikat.
1..2. Pemecahan bongkah ( serpihan bersegi )
Batuan yang mempunyai rekahan-rekahan pada satah yang nyata apabila mengalami proses
kembang kecut yang berulang kali akan menyebabkan rekahan membesar. Mengikut faktor masa
rekahan akan bertambah besar dan dapat memecahkan batuan menjdi bongkah-bongkah kecil. Ini
terjadi pada batu kapuor dan batu kuartza yang berhablur di mana rekahan-rekahannya dalam
keadaan yang selari. Sekirannya batuan mempunyai struktur yang tidak sekata seperti batuan
homogen ( sejenis ) ia akan terurai dalam bentuk serpihan yang bersudut tajam dan bersegi-segi.
1.3. Relaian bijian( penyepaian granular )
Iaitu pemecahan batuan dalam bentuk bijian demi bijian berlaku pada jenis batuan heterogen di
mana sesuatu batuan induk mempunyai pelbagaian jenis mineral yang berlainan. Batuan granit
misalnya mempunyai kandungan mineral yang berbagai seperti kuarza, felspar dan mika.
Kesemua mineral ini mempunyai kadar kembang kecut yang berlainan.
Umumnya mineral yang berwarna gelap berupaya mengembang lebih cepat dan banyak
berbanding dengan mineral berwarna cerah. Kadar pengembangan dan pengecutan yang berbeza
di antara mineral akan mewujudkan ketegangan sehingga butiran-butiran kecil terurai dari jisim
batuan asal.

2. Penghabluran Garam
Proses ini giat di kawasan Gurun panas.Kadar sejatan yang tinggi menyebabkan air di bawah
tanah tertarik ke permukaan oleh proses kapillari ( tarikan rerambut) lalu tersejat di permukaan.
Ketika sejatan berlaku, butir-butir galian yang telah bergerak bersama-sama air bawah tanah ke
atas akan tertinggal di lapisan berhampiran dengan permukaan batuan. Perlonggokan butir-butir
galian ini akan menghasilkan hablur-hablur garam halus. Hablur garam yang tersekat di dalam
rekahan / retakan batuan akan membesar lalu memberi tekanan terhadap struktur batuan. Jika
proses ini berlaku terhadap batu pasir, penghabluran garam dalam rongga batu pasir
menyebabkan butir-butir pasir akan terurai dari batu pasir. Proses penghabluran garam terhadap
tebing tinggi di kawasan gurun boleh menghasilkan bentuk bumi seperti nic, gua cetek dan
lubang batu pasir.

3. Tindakan Fros ( Beku cair air )


Berlaku dengan berkesan di kawasan-kawasan tanah tinggi pergunungan yang bersalji dan
kawasan beriklim sederhana sejuk. Batuan di lereng-lereng atau puncak pergunungan yang
mempunyai rekahan, retakan atau sendi-sendi akan menakung air hujan semasa musim panas.
Pada musim sejuk apabila suhu jatuh ke takat beku iaitu 0 darjah C, air yang bertakung akan
membeku. Proses pembekuan air ini akan menambahkan isipadu air pada kadar asalnya
sebanyak 10%. Pembekuan ais ini menghasilkan tekanan sejumlah 2100 lb setiap inci persegi
terhadap dinding-dinding rekahan, retakan atau sendi-sendi batuan. Oleh itu sejuk beku dan
pencairan ais yang berulangkali mengkiut musim akan menyebabkan garis-garis kelemahan pada
dinding-dinding rekahan tadi menjadi semakin besar dan akhirnya hancur lalu runtuh dalam
bentuk bongkah atau serpihan bersegi-segi. Longgkokan serpihan batu jatuh di kaki bukit atau
gunung membentuk kun talus / kipas talus. Kesan tindakan fros banyak kedapatan di Banjaran
Andes, Amerika Selatan, Banjaran Rockies, Amerika Utara dan Banjaran Himalaya di Asia.

4. Proses Pembasahan dan Pengeringan.


Proses ini amat penting di kawasan yang mengalami iklim yang mempunyai musim-musim
kemarau dan hujan yang yang nyata. Contohnya beriklim Monsun Tropika kering atau Savana.
Kerpasan yang berlebihan pada musim lembab akan menyebabkan batuan mengembang.
Sebaliknya batuan yang sama akan mengalami proses pengeringan lalu mengucup kerana suhu
yang tinggi pada musim kemarau. Proses ini yang berulang kali mewujudkan ketegangan
terhadap struktur batuan yang akan menyebabkan lapisan luar batuan merekah dan seterusnya
tercerai dari jisim induknya. Contohnya, batu syil yang mengandungi banyak tanah liat akan
pecah menjadi serpihan.

5. Perlepasan Tekanan / Proses penyusutan beban )


Batuan yang terdapat dalam tanah di bawah permukaan bumi akan mengalami proses ini apabila
didedahkan. Aktiviti manusia seperti tarahan bukit untuk tujuan pembangunan terpaksa
memindahkan beratus-ratus ribu tan metrik tanah di permukaannya.
Proses ini akan melepaskan atau mengurangkan tekanan beban terhadap batuan di bawahnya
yang telah wujud beratus-ratus ribu tahun dan tiba-tiba dibebaskan. Perubahan yang mendadak
ini akan menyebabkan batuan mengalami tegengan lalu mengembang sehingga pecah dalam
bentuk batuan kepingan. Proses ini berlaku di mana-mana permukaan bumi yang mempunyai
aktiviti manusia yang berkesan.
Kawasan gurun panas, hakisan angin yang berkesan boleh mendedahkan batuan bawahnya ke
permukaan dan menyebabkan batuan ini mengalami proses pemecahan melalui perlepasan
beban. Di kawasan yang mengalami gelinciran, pendedahan batuan di bawahnya hasil
pergerakan tanah atau batuan di kerak bumi secara menegak juga menyebabkan batuan
mengalami pelepasan tekanan dan memecah.

LULUHAWA KIMIA

Luluhawa kimia ialah satu proses pereputan atau penguraian atau penghancuran batuan besar
kepada kumin-kumin halus secara insitu dengan bantuan unsur-unsur iklim seperti suhu,hujan
dan sebagainya. Proses-proses luluhawa kimia melibatkan pereputan batuan yang bukan sahaja
mengubah rupa bentuk fizikal batuan bahkan melibatkan perubahan isi kandungan kimia batuan.

Proses-proses Luluhawa Kimia

1. Larutan.
Proses ini berlaku ke atas mineral-mineral atau batuan yang mudah larut seperti garam batu, batu
kapur dan dolomit. Apabila air hujan yang turun menyentuh batu garam ia akan mudah
dilarutkan. Air hujan berasid karbonit lemah yang terjadi daripada air hujan yang bercampur
dengan gas karbon dioksida akan melarutkan permukaan batuan seperti batu kapur dan dolomit.
Pelarutan adalah peringkat pertama dalam luluhawa kimia. Proses ini menyebabkan galian
terlarut dan wujud dalam bentuk ion-ion supaya tindak balas kimia selanjutnya dapat berlaku
dengan berkesan. Kadar pelarutan bergantung kepada isipadu air hujan yang diterima dan
komposisi batuan dan mobiliti unsur-unsur berkenaan. Contohnya kumpulan bahan kimia seperti
kalsium, natrium, kalium dan magnesium adalh mudah dilarutkan jika dibandingkan dengan
silika. Manakala silika adalah lebih mobil daripada oksida besi dan aluminium.
Proses pelarutan menyingkirkan galian-galian yang mudah larut dan meninggalkan sisa-sisa
pepejal seperti besi dan aluminium di dalam tanah dan ia menggalakkan pembentukan tanah
laterit yang kaya dengan besi dan aluminium oksida. Proses pelarutan ini juga menghasilkan
lubang-lubang di dalam tanah atau batuan. Contohnya seperti honey-comb yang terdapat pada
batuan Cheung-Chong, Hong Kong dan di Taman Negara Bako di Sarawak.

2. Pengkarbonan
Pengaruh air hujan yang turun apabila bercampur dengan gas karbon dioksida dalam udara akan
menghasilkan asid karbonik yang lemah ( H2 O + CO2 + H2 CO2) Asid Karbonik ini mudah
bertindak balas dengan batu kapur secara kimia lalu mewujudkan kalsium bikarbonat ( CaCO3 +
H2 CO3 = Ca( HCO3)2 atau kapur mati. Bahan yang terhasil ini adalah dalam bentuk cairan.
Proses pengkarbonan bersama-sama dengan proses larutan sangat berkesan di kawasan batu
kapur. Kedua-dua proses luluhawa kimia ini dapat menghasilkan pelbagai bentuk pandang darat
karst. Rekahan-rejahan diperbesarkan menjadi grike, sistem gua dengan bentuk stalaktit dan
stalagmit terjadi di kawasan batu kapur, di cerun curam. Pengkarbonan menghasilkan kelaran
yang dalam.

3. Pengoksidaan
Proses ini merujuk kepada segala perubahan akibat tindak balas kimia melalui tindakan oksigen
dari udara atau air dengan mineral-mineral dalam batuan terutama unsur-unsur besi. Besi yang
teroksida menjadi besi oksida. Besi oksida merupakan besi berkarat dan ia berlaku dengan
perubahan warna dari kebiruan kepada merah, perang atau kekuningan. Proses pengoksidaan ini
dapat melemahkan struktur batuan sehingga penguraian batuan berlaku.
Batuan yang mengandungi besi mudah mengalami pengoksidaan. Batuan seperti besi
sulfida(pirit), Magnetit ( ferus oksida ), mika dan hornblend(feromagnresium silikat) adalah
antara yang mudah mengamali pengoksidaan. Contoh pengoksidaan olivin menghasilkan
magnesium hidroksida, ferous oksida dan asid silikit.

4. Hidrolisis ( Urair)
Hidrolisis adalah proses tindka balas air dengan batuan. Proses ini berlaku apabila batuan
menyerap air dan mengalami tindak balas kimia. Tindak balas kimia ini sangat kompleks tetapi
boleh melemahkan batuan untuk menghasilkan regolit tanah. Tindak balas kimia berlaku apabila
ion hidrogen ( H+) dan ion (OH-) dari air bertindak dengan ion positif dan negetif batuan.
Batuan granit mengandungi mineral kuarza, mika dan felspar. Felspar dan mika akan direputkan
oleh proses hidrolis dan bertukar menjadi tanah liat putih atau kaolin yang lembut. Apabila
bahagian tanah liat ini terhakis ia akan mendedahkan bahagian dalam yang diluluhawakan
sehingga seluruh struktur batuan granit terluluh dan terurai. Mineral kuarza dalam batuan granit
yang sukar direputkan akan tertinggal sebagai batu tongkol atau butiran pasir.

5. Hidratan
Merupakan satu proses penambahan molekul air kepada sebatian galian. Pertambahan air
menghasilkan tegangan dalam dtruktur batuan dan akhirnya menyebabkan batuan terurai.
Contohnya, kalsium sulfat yang bertindak dengan air berupaya menyerapnya lalu membentuk
suatu bahan yang baru seperti gypsum. Contoh yang lain seperti hematit campur air
menghasilkan limonit.

LULUHAWA BIOTIK

Luluhawa jenis ini hanya merujuk kepada pemecahan batuan melalui tindakan tumbuh-tumbuhan
dan haiwan. Tindaskan luluhawa biotik boleh berlaku secara mekanika atau juga secara kimia.

Tindakan tumbesaran akar


Proses ini berlaku di mana-mana bahagian dunia yang terdapat banyak pokok seperti kawasan
hutan. Akar-akar pokok yang menjalar di dalam tanah boleh juga masuk di celah-celah rekahan
atau retakan batuan. Hujung akar dalam proses pembesaran sentiasa mengeluarkan asid organik
yang boleh melemahkan struktur batuan. Selanjutnya pembesaran akar-akar pokok ini akan
menghasilkan tekanan yang kuat dalam rekahan dan retakan batuan lalu dapat membesar dan
melebarkan rekahan / retakan secara menyelutuh. Mengikut jangka masa tertentu seluruh batuan
boleh pecah dan terurai. Tindakan akar ini juga dapat membentuk air atau cecair tanah lain
seperti karbonik atau asid organik masuk melalui struktur batuan yang sudah longgar. Akhirnya
air / cecair boleh bertindak balas secara kimia terhadap batuan di dalam tanah dan seterusnya
mereput.
Tumbuh-tumbuhan yang menggugurkan daun, ranting, dahan dan batangnya yang mati
menghasilkan bahan organik dan akan diuruaikan membentuk asid humik. Tindak balas asid
humik ke atas batuan menyebabkan luluhawa kimia berlaku dengan kadar yang cepat. Tumbuh-
tumbuhan juga boleh melindungi permukaan tanah dan batuan daripada pancaran matahari yang
terik dan ini mengekalkan kelembapan tanah. Litupan bumi yang tebal juga menggalakkan
proses infiltrasi air ke dalam tanah. Keadaan ini menggalakkan luluhawa kimia kerana luluhawa
kimia / luluhawa dalaman yang memerlukan air untuk bertindak balas dengan batuan di dalam
tanah.

2. Tindakan Bakteria
Di dalam tanah memang terdapat pelbagai jenis bakteria. Pembiakan bakteria ini sangat
dipengaruhi oleh suhu tanah yang tinggi. Bakteria ini bergantung kepada tumbuh-tumbuhan atau
haiwan yang sedang reput. Kesan tindakan bakteria ini menghasilkan asid organik atau asid
humik. Asid ini apabila bercampur dengan air hujan boleh meresap ke dalam tanah dan berupaya
bertindak balas secara kimia terhadap batuan induk sebagai luluhawa dalaman. Tindakan ini
boleh mengurai dan mereputkan batuan.

Tindakan Haiwan
Hidupan seperti binatang iaitu arnab, burung, tikus dan cacing tanah boleh menggali lubang serta
melemahkan struktur batuan. Pelbagai cecair aktif seperti air hujan, asid karbonik dan asid
organik kini dapat mengalir dengan mudah melalui lubang-lubang ini dan mula bertindak balas
secara kimia terhadap batuan induk. Buangan haiwan seperti air kencing, najis boleh juga
menggalakkan proses-proses luluhawa kimia terhadap batuan.

Anda mungkin juga menyukai