Anda di halaman 1dari 1

Pada era globalisasi ini banyak perubahan telah berlaku di negara ini.

Perubahan ini boleh didefinisikan sebagai perubahan daripada


segi infrastruktur mahupun kotak pemikiran rakyat yang berubah daripada kelas ke tiga kepada kelas pertama.Banyak idea-idea baru
disumbangkan untuk memejukan negara ini.Namun begitu,perubahan ini juga telah menyebabkan peningkatan gejala-gejala sosial
dalam kalangan pelajar.Hal ini demikian,semakin maju sesebuah negara peningkatan gejala sosial juga turut meningkat sehingga
menimbulkan keresahan setiap lapisan masyarakat.

Dalam pada itu,implikasi utama daripada keadaan ini menyebabkan para pelajar akan bertindak lebih berani seperti mengugut
dan membuli rakan sebaya mereka.Hal ini demikian kerana sekiranya permintaan mereka tidak dituruti oleh mangsa,mereka akan
melakukan ugutan sehingga boleh mengancam nyawa mangsa tersebut.Dari aspek yang lain pula situasi ini akan menyebabkan
mangsa berasa takut dan hilang keyakinan diri apabila diperlakukan seperti itu.Tambahan pula,fenomena ini bakal mendatangkan
kesan yang buruk kepada sesebuah sekolah itu sekiranya gejala gengsterisme menjadi kes polis dan sekali gus nama sekolah tersebut
turut tercemar bak kata pepatah nila setitik,rosak susu sebelangga.

Selain itu,akibat berlakunya gejala ini peningkatan gejala ponteng sekolah juga turut meningkat.Perkara ini sedemikian kerana
kebanyakan pelajar yang terlibat dengan gengsterisme merupakan pelajar yang turut mempunyai masalah ponteng sekolah.Keadaan
ini juga disebabkan apabila mereka mendapat habuan daripada mangsa,mereka akan menggunakan wang tersebut dengan melepak di
tempat beli-belah,pusat-pusat hiburan dan sebagainya.Fenomena ini turut menjadi lebih buruk lagi apabila terdapat segelintir daripada
pelajar terbabit menggunakan wang tersebut untuk membeli dadah atau rokok daripada sumber-sumber yang tidak
diketahui.Seperkara lagi,pihak yang tidak bertanggungjawab ini turut mengambil kesempatan dengan mempengaruhi pelajar yang
masih bawah umur untuk membeli najis dadah atas kepentingan masing-masing.Sikap ini diumpamakan seperi anjing beroleh
bangkai.Oleh yang demikian,dapatlah dikatakan bahawa gejala gengstrisme ini mendatangkan impak yang besar kepada diri seseorang
pelajar itu.

Di samping itu,natijah daripada keadaan ini menyebabkan negara kita kekurangan pemimpin pelapis negara yang berwibawa
untuk memacu negara ini pada masa akan datang.Fenomena ini juga menyebabkan pelajar yang bermasalah ini akan dipandang hina
oleh masyarakat dan tidak diberi kepercayaan untuk memerintah negara yang sudah mencapai kemerdekaan setengah abad
ini.Akibatnya ialah pelajar ini akan disisih oleh masyarakat dan sukar untuk memperolehi pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan
hidup.Impak yang lain pula mereka akan mengambil jalan mudah untuk memperolehi wang dengan melakukan pekerjaan haram
seperti mencuri,pecah rumah dan sebagainya.Justeru,masalah gengsterisme ini perlulah dianggap serius agar gejala ini tidak
berterusan.

Sebagai intihahnya,bagi membendung gejala ini,pelbagai pihak haruslah memberikan komitmen yang sewajarnya.Pihak berwajib
tidak boleh melaksanakan tugas seperi melepaskan batuk ditangga manakala golongan sasaran pula perlu melakukan anjakan
paradigma agar segala inisiatif yang diambil tidak seperti anjing menyalak bukit.Hubungan pelbagai pihak seharusnya seperti aur
dengan tebing dan membuang sikap pilih kasih sekiranya masalah ini mahu diatasi dengan serius.

In the entire life cycle of a human being, the teenage stage is the fun, memorable and sometimes the wild part. In this
stage the teenagers experiment everything without caring about the consequences. For most people the life prior to the
teenage stage is the most exciting part because there are no worries, everything is fun. When the teenage life begins,
most of their behaviors change while adapting various habits. They follow good and bad behaviors as a result of
influences from their parents, friends, teachers and the society they live in. these behaviors and social norms combined
with enthusiastic nature makes teenagers do various things. The result of their activities gives them the basic knowledge
of the real world.