Tujuan : Memastikan semua aset ICT hendaklah diberi perlindungan yang bersesuaian oleh pemilik atau pemegang amanah masing-masing.
1.1 Penerimaan dan Agihan Peralatan ICT
1. Semua bekalan aset ICT yang baru diterima perlu diperiksa terlebih dahulu oleh PTM/JTK bagi mengesahkan spesifikasi perkakasan terbabit. 2. Maklumat aset hendaklah direkodkan dalam borang daftar harta modal dan inventori dan sentiasa dikemaskini oleh pihak stor atau pihak yang telah diturunkan kuasa; 3. Semua aset ICT hanya boleh dikendalikan oleh pengguna yang dibenarkan sahaja; 4. Bagi aset yang didaftarkan kepada pengguna yang akan bersara atau berpindah, aset tersebut hendaklah dikembalikan kepada pihak stor / Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) / Juruteknik Komputer (JTK) selewat-lewatnya seminggu dari tarikh persaraan / perpindahan. 5. Penentuan agihan peralatan ICT adalah melalui keputusan Mesyuarat JPICT IPG KBL.
1.2 Pinjaman peralatan ICT
1. Peminjaman peralatan ICT hanya boleh dilakukan oleh kakitangan Institut sahaja menggunakan Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan ICT (BPPA-20) dan Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori (Kew.pa-6). 2. Kelulusan pinjaman peralatan ICT adalah tertakluk kepada kelulusan Pengarah atau pegawai yang diturunkan kuasa. 3. Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 1 hari sebelum peminjaman. 4. Peminjaman peralatan adalah tertakluk di bawah Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset atau peraturan berkaitan bagi membawa keluar peralatan; 5. Peminjam adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi dan mengawal peralatan sepanjang tempoh peminjaman; 6. Pihak stor / PTM / JTK perlu memastikan aktiviti peminjaman dan pemulangan peralatan ICT direkodkan; dan 7. Semua peralatan yang dipulangkan perlu disemak untuk memastikan kondisi peralatan agar dalam keadaan baik dan lengkap.
1.3 Penyelenggaraan dan pelupusan peralatan
1. Bagi jabatan/unit yang ingin membuat laporan kerosakan komputer atau peralatan ICT, perlu mengisi Borang Laporan Kerosakan/ Penyenggaraan (LAM-PT09-03) dan Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-9) untuk tindakan selanjutnya oleh JTK. 2. PTM/JTK/Wakilnya perlu memastikan perkakasan hanya diselenggarakan oleh kakitangan atau pihak yang dibenarkan sahaja dan mengisi Daftar Penyenggaraan Harta Modal (KEW.PA-14) dan Borang Borang Peralatan Dibaiki di Luar Institut (LAM-PT09-04); 3. PTM/JTK/Wakilnya perlu memeriksa dan menguji semua perkakasan sebelum dan selepas proses penyelenggaraan;dan 4. Bagi peralatan untuk dilupuskan, pengguna perlu memastikan kandungan khususnya maklumat rahsia rasmi terlebih dahulu sama ada melalui shredding, grinding, degauzing atau pembakaran sebelum pelupusan; dan 5. Garis panduan pelupusan adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
2.0 Penggunaan Rangkaian dan Sistem-Sistem Aplikasi IPGKBL
1. Semua peralatan rangkaian adalah di bawah pengendalian Unit ICT. 2. Sebarang perubahan lokasi peralatan ICT perlu dimaklumkan kepada Unit ICT. 3. Sebarang penyambungan rangkaian tambahan perlu merujuk kepada Unit ICT untuk tindakan selanjutnya. 4. Semua pengguna yang menggunakan komputer/notebook peribadi wajib dilengkapi dengan perisian antivirus sebelum memasuki rangkaian Institut. 5. Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar (Wifi) hanya boleh diakses oleh pengguna yang mempunyai ID dan Katalaluan yang diberikan oleh Unit ICT. 6. Sebarang kerosakan atau gangguan harus dilaporkan ke Unit ICT dengan segera. 7. Jangan membuat konfigurasi TCP/IP sendiri dengan alamat yang tetap kerana ia akan menganggu sistem rangkaian. Jika menghadapi masalah mencapai rangkaian sila rujuk kepada En. Mahadhir untuk mendapat bantuan. 8. Semua staf dan pelajar perlu bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan masing-masing untuk memastikannya akaunnya tidak disalahguna oleh pihak yang lain. 9. Pastikan anda daftar keluar (logout) dari sistem-sistem aplikasi yang memerlukan ID pengguna dan kata laluan selepas menggunakannya atau sebelum meninggalkan komputer. 10. Jangan login and kemudian membenarkan pelajar membantu mengisikan maklumat ke dalam sistem-sistem aplikasi seperti Sistem Praktikum dan sebagainya. 11. Kemudahan online seperti Sistem Perkongsian Fail mesti digunakan dengan penuh bertanggungjawab dan untuk tujuan berkaitan dengan kerja rasmi sahaja. Jangan menggunakannya untuk berkongsi fail lagu, perisian dan sebagainya yang mungkin boleh melanggar isu-isu hak cipta. 12. Segala posting ke forum online atau blog juga perlu dilakukan dengan bertanggungjawab. Elak daripada perbincangan yang kurang sesuai seperti menghina, mengkritik dan sebagainya.
3.0 Pencegahan Malicious Code 3.1 Jangan menggunakan utility seperti online scanner yang tidak diketahui kebolehpercayaannya. Terdapat banyak utiliti online yang percuma tetapi sebenarnya menipu dengan memberikan sedikit perkhidmatan percuma tetapi secara tersembunyi menyelitkan malicious code ke dalam komputer anda.
3.2 Pemasangan Perisian Anti-Malicious Code Semua mesin, sama ada server, peranti mudah alih (contoh: komputer riba), atau komputer meja hendaklah dipasang dengan anti- malicious code.Anti-malicious code hendaklah dipasang walaupun mesin itu tidak boleh digunakan untuk mengakses e-mel kerana malicious code boleh terus berada dalam fail tanpa dikesan.
Anti-malicious code pada komputer pengguna hendaklah dikonfigurasikan untuk: memuat turun fail definisi malicious code terkini dari server setiap hari; beroperasi setiap masa, di belakang tabir, automatik, auto- protect atau seumpamanya; mengaktifkan imbasan ingatan, master records dan boot records, serta fail sistem semasa memulakan mesin; dan mengimbas semua fail Malicious codes boleh wujud dalam semua jenis fail dan tidak memadai dengan hanya mengimbas program boleh laksana (executable programmes).
3.2 Konfigurasi Lain Jangan biarkan apa-apa scripting host dijalankan pada mesin yang tidak memerlukannya. Kebanyakan malicious code ditulis berasaskan scripting host. Malicious code tidak boleh beroperasi sekiranya apabila scripting host tidak diaktifkan. Mengaktifkan Perlindungan Virus Makro. Nyahaktif paparan tetingkap previu (preview pane view) dalam program emel. Beberapa malicious code boleh dimulakan menerusi paparan previu walaupun mesej itu tidak dibuka. Jangan aktifkan JavaScript untuk e-mel. Jangan benarkan lampiran dibuka secara automatik dalam program e-mel. Program e-mel perlu dikonfigurasi untuk memaparkan mesej dalam bentuk teks biasa sahaja. E-mel berformat HTML dikesan mengandungi beberapa kelemahan. 3.3 Kawalan Integriti Data Jangan benarkan pengguna memasang perisian mesej segera (instant messaging), sembang, dan perisian setara (peer-to-peer software). Jangan benarkan pemasangan perisian percuma (freeware), perisian kongsi (shareware) atau perisian tanpa kebenaran (unauthorised software). Imbas semua program perisian atau fail tampalan (patches) sebelum dipasang. Imbas semua media storan boleh alih sebelum diguna. Semak Program Tamat dan Huni Tetap (Terminate and Stay Resident Programmes-TSRs) dan Program Huni Ingatan (Memory Resident Programmes - MRPs) yang dimuatkan secara automatik sama ada terdapat tanda-tanda diubah atau mempunyai malicious code.
3.4 Pengurusan pembangunan Memasukkan klausa tanggungan di dalam mana-mana kontrak yang telah ditawarkan kepada pembekal perisian. Klausa ini bertujuan untuk tuntutan baik pulih sekiranya perisian tersebut mengandungi program berbahaya; Mengadakan program dan prosedur jaminan kualiti ke atas semua perisian yang dibangunkan; dan Ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam produk perlu digunakan, termasuk menghalang pengguna biasa daripada membuat perubahan dalam program.
4.0 Pengendalian Pelawat 1. Kehadiran pelawat di makmal komputer dan bilik server hendaklah direkodkan di dalam buku log. Rekod hendaklah mengandungi nama, tarikh, masa dan tujuan memasuki tempat tersebut. 2. Kehadiran pelawat di makmal komputer dan bilik server hendaklah diiringi oleh kakitangan yang dibenarkan. Pelawat hanya dibenarkan masuk untuk tujuan tertentu. Jika perlu, pelawat hendaklah diberi taklimat tentang keselamatan kawasan tersebut dan prosedur kecemasan. 3. Aktiviti yang dilakukan di dalam bilik server dan makmal komputer hendaklah diawasi atas sebab-sebab keselamatan bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini. 5.0 Peraturan Penggunaan Peralatan Siaran Bagi Tujuan P&P 1. Ketua kelas harus memastikan kabel-kabel VGA dan audio digulung dengan kemas setelah kelas tamat pada setiap hari. 2. Alat kawalan jauh bagi LCD di Bilik Kuliah A & B boleh dipinjam dari Pejabat Makmal Sains sebelum kelas bermula dan dihantar balik sebaik sahaja kelas tamat pada setiap hari. 3. Pastikan LCD, Speaker, Kipas Angin dan Penghawa Dingin kecuali UPS dipadam bagi mengamalkan sikap berjimat-cermat setelah kelas tamat. 4. Bagi kelas yang ada UPS, sila pastikan UPS sentiasa On bagi memastikan bekalan kuasa sentiasa ada sekiranya berlaku bekalan elektrik terputus. 5. Pastikan skrin projektor ditarik dengan cermat bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemalangan dalam kelas. 6. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan kepada peralatan LCD dan skrin projektor, sila lapor dengan segera kepada En. Mahadhir (019-4845801), En. Ajep (019-8668327) atau Pn. Liza (013-8118420). 7. Ketua Kelas dipohon memastikan pensyarah menandatangani buku log selepas kelas tamat bagi memudahkan penyiasatan sekiranya berlaku kehilangan. 8. Berikut adalah peralatan siaran yang dibekalkan dalam kelas untuk tujuan P&P.
UPS Kabel Audio Kabel VGA
LCD Projektor AV Control Box
6.0 Peraturan Makmal Komputer 1. Masuk hanya dengan kebenaran. 2. Jaga kebersihan makmal. 3. Dilarang bawa masuk makanan atau minuman. 4. Guna komputer mengikut prosedur yang betul. 5. Susun semua peralatan dan kerusi dengan teratur sebelum keluar dari makmal. 6. Dilarang mengubah sebarang konfigurasi komputer. 7. Dilarang mengubah, memadam atau menyalin fail bukan milik anda dari komputer dalam makmal. 8. Dilarang install sebarang perisian ke dalam komputer. 9. Dilarang mengakses laman web yang tidak sopan atau main online games. 10. Dilarang menggunakan utiliti seperti "bit-torrent" untuk memuat-turun bahan. 11. Sebarang kehilangan atau kerosakan, sila lapor kepada pensyarah / menghubungi Pn. Liza Kay (013-8118420) / En. Mahadhir (019- 4845801) / En. Ajep (019-8668327) dengan segera.