Anda di halaman 1dari 3

Soalan Bab 3 (Ting 4) : Isi Rumah Sebagai Pengguna

Soalan Bab 2 (Ting 5) : Struktur Ekonomi Malaysia

1. a) Jadual di bawah ini menunjukkan permintaan terhadap suatu barang.

Harga (RM) Kuantiti Barang X Yang Diminta (unit)

6 10

4 30

2 50

i. Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan barang tersebut. (Gunakan skala 2cm:RM2 pada
paksi harga dan 2cm:10 unit pada paksi kuantiti) (4 markah)
ii. Terangkan pembentukan keluk permintaan tersebut. (3 markah)

b) Maklumat yang berikut merujuk kepada jenis barang di pasaran.

Beras Gula

Kamus Elektronik Buku Cerita

i. Tentukan jenis keanjalan harga permintaan bagi barang tersebut. (2 markah)

ii. Bezakan antara jenis keanjalan harga permintaan tersebut. (4 markah)

c) i. Dengan menggunakan gambarajah keluk permintaan, terangkan hubungan antara harga dengan kuantiti
diminta (8 markah)
ii. Terangkan empat faktor yang mempengaruhi permintaan (7 markah)

2. a) Jadual di bawah ini menunjukkan darjah keanjalannya dengan tiga jenis barang, W, X dan Y

Jenis Barangan Barang W Barang X Barang Y


Darjah keanjalan 2.5 0.2 1.0

i. Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan harga permintaan. (1 markah)


ii. Terangkan strategi yang boleh diambil oleh seorang pengusaha untuk meningkatkan hasil jualan bagi
ketiga-tiga barang itu. (9 markah)
iii. Jelaskan empat penentu permintaan. (8 markah)

b) Rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan individu D1D1 dan D2D2 bagi barang X.

Harga (RM) D2
30 D1

18

D2 D1

0 Kuantiti (unit)

25 30 75
i. Hitung pekali keanjalan harga permintaan bagi keluk permintaan D1D1 dan D2D2. (4 markah)
ii. Tafsirkan keanjalan harga permintaan itu. (4 markah)

3. a) Rajah di bawah ini menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mengikut sektor bagi tahun
1960 dan tahun 2000.

Keluaran Dalam Negara Kasar Keluaran Dalam Negara Kasar


Mengikut Sektor, 1960 Mengikut Sektor, 2000

Sektor Utama 18% Sektor Utama


41% 44% Sektor Kedua Sektor Kedua
Sektor Ketiga 46% Sektor Ketiga
36%
15%

Terangkan tiga faktor yang menyebabkan perubahan struktur ekonomi Malaysia? (8 markah)

b) Terangkan tiga jenis pinjaman kerajaan daripada sumber dalam negeri. (9 markah)

c) Bolehkah ekonomi Malaysia bergantung kepada sektor utama untuk meningkatkan ekonomi negara?
Berikan alasan untuk menyokong pendapat anda. (8 markah)

4. a) Jadual di bawah ini menunjukkan tarif terhadap kereta import.

Sumber X Sumber Y

Sijil Pelaburan Pinjaman Projek

Bil Perbendaharaan Kredit Pembekal

Surat Jaminan Kerajaan Pinjaman Pasaran

i. Nyatakan sumber pinjaman X dan Y. (2 markah)


ii. Mengapakah kerajaan membuat pinjaman dari sumber X dan Y? (6 markah)

b) i. Nyata dan terangkan empat jenis cukai tidak langsung. (8 markah)

c) Jadual di bawah menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan bagi tahun 2008.

Perbelanjaan Jumlah (RM Juta)

Pencen dan ganjaran 8412

Emolumen 36176

Keselamatan 17211

Bayaran khidmat hutang 13101

Perkhidmatan sosial 51834

Perkhidmatan ekonomi 11178


Bekalan dan perkhidmatan 25483

Pentadbiran awam 11572

Perbelanjaan lain 11435

Jumlah 186402

i. Jelaskan maksud perbelanjaan mengurus. (1 markah)


ii. Hitung perbelanjaan mengurus (5 markah)
iii. Bezakan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan (4 markah)

Anda mungkin juga menyukai