Anda di halaman 1dari 1

MUKA14 MINGGUANMALAYSIA AHAD10 JULAI 2011

OlehNORILADAUD
TERDAPAT ramai usahawan
Bumiputera yang sememangnya mahu
mengembangkan perniagaan dengan
cara menambah nilai kepada produk
keluaran mereka menerusi pe ningkatan
teknologi yang diguna pakai supaya
dapat mengekalkan daya saing di
pasaran terbuka hari ini.
Hasrat mereka berbuat demikian
kadangkala terjejas berikutan hambatan
dalam mendapatkan
bantuan kewangan
serta tidak mengetahui
cara untuk menda-
patkan khidmat nasihat
pakar teknologi dalam
bidang-bidang ter tentu.
Sebagai usaha untuk
membantu usahawan
Bumiputera mening-
katkan kapasiti dan
kemampuan sedia ada
kepada taraf kecil sed-
erhana (PKS) dan besar
mengikut kelas masing-
masing, Majlis Amanah
Rakyat (MARA) telah
menyediakan Program
Pembangunan Teknousahawan yang
dilaksanakan melalui kerjasama Rakan
Pintar Teknologi bersama agensi-agensi
penyedia teknologi yang mempunyai
kepakaran berasaskan penyelidikan dan
teknologi strategik.
Program ini bertujuan untuk mening-
kat dan mengukuhkan kedudukan
teknousahawan sebagai peneraju atau
pemain industri yang mampu menjadi
penyumbang utama kepada Keluaran
Domestik Kasar (GDP) Negara oleh PKS
Bumiputera.
Beberapa dasar dan polisi kerajaan
yang dijadikan asas dalam pelaksanaaan
program ini termasuk Pelan Induk
Perindustrian Negara (PIP), Dasar Sains
dan Teknologi Kebangsaan II, Model
Bar u Ekonomi ( MBE) , Pel an
Transformasi Ekonomi (ETP) dan
Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA).
Pemilihan Rakan Pintar Teknologi
dalam program ini adalah berasaskan
kepakaran dan pengalaman mereka
dalam bidang-bidang tertentu dan ber-
matlamat untuk menghasilkan kepel-
bagaian produk dan perkhidmatan yang
berteraskan teknologi gunaan; penye-
lidikan dan pembangunan serta proto-
taip yang boleh dikomersialkan; mem-
punyai nilai pasaran yang tinggi; mewu-
judkan peluang pekerjaan berkompe-
ten; menjadikan perniagaan yang
mampu diwarisi generasi seterusnya
dan sentiasa relevan serta mampu
meng adaptasi bidang bakal muncul.
Sehubungan itu, Pengarah Bahagian
Pembangunan Usahawan MARA,
Fuziah Ahmad berkata, pihaknya mahu
golongan usahawan Bumiputera mem-
punyai kesedaran yang tinggi serta
memahami tentang keberkesanan dan
impak program itu dalam usaha mela-
hi r kan l ebi h r amai usahawan
Bumiputera kelas mene ngah.
Walaupun bajet yang terhad, MARA
akan berusaha meneroka bidang-bidang
baru yang mempunyai potensi selaras
dengan Bidang Utama Ekonomi Negara
(NKEA),katanya baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau menambah,
walaupun program ini diwu-
judkan untuk membantu
g o l o ng a n u s a h a wa n
Bumiputera, namun masih
ramai yang tidak mengeta-
hui agensi kerajaan yang
sesuai untuk membantu
mereka membangunkan
produk dan menda patkan
pakar perundingan teknikal.
Fuziah mengharapkan
dengan kemun culan heba-
han ini akan dapat memberi
maklumat yang lebih jelas
kepada usahawan yang terli-
bat seterusnya merebut pel-
uang yang disediakan.
Program pembangunan
teknousahawan diklasifikasikan kepada
dua konsep iaitu Program Sarjana Tekno
Keu sa hawanan (PSTK) dan Program
Pening katan Teknologi Strategik
(PPTS).
Program Sarjana Tekno Keusa-
hawanan (PSTK) dilaksanakan melalui
usaha sama di antara MARA dengan
institusi pendidikan tinggi awam dan
swasta seperti Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Universiti Utara
Malaysia (UUM) dan Management And
Science University (MSU). Mereka mem-
bekalkan input kepada peserta melalui
pendekatan akademik, penyediaan
prasarana pembelajaran, pendedahan
amali melalui konsep teaching facto-
ry dan penglibatan industri melalui
konsep mentoring. Tempoh penga-
jian bagi peserta di universiti-universiti
ini adalah selama dua tahun atau empat
semester dan peserta yang lulus serta
memenuhi syarat akan dianugerahkan
Ijazah Sarjana Teknousahawan.
Program Peningkatan Teknologi
Strategik (PPTS) pula dilaksanakan
melalui usaha sama di antara MARA
dengan agensi dan badan kerajaan,
penyedia teknologi atau sektor swasta
yang mempunyai kepakaran berasaskan
teknologi dan penyelidikan yang strate-
gik seperti Sirim Berhad (SIRIM) Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI), Universiti Putra
Malaysia (UPM), Healing Chambers of
Asia Sdn. BHd.(HCOA), Perbadanan
Bioteknologi Melaka dan Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM).
Usaha sama ini memberi penekanan
kepada pewujudan dan pembangunan
teknousahawan melalui bimbingan
teknologi berbentuk praktikal dan teori,
perundingan teknikal, reka bentuk dan
pembangunan produk, kemudahan dan
sokongan penyelidikan, ruang inkuba-
tor teknologi, sangkutan (attachment),
rundingcara perniagaan, promosi dan
pemasaran serta latihan keusahawa-
nan.
Bidang keutamaan program ini ialah
1) bioteknologi yang terbahagi kepada
pemakanan, perubatan alternatif dan
konservasi alam sekitar 2) agro-teknolo-
gi 3) pengeluaran berteknologi tinggi
yang terbahagi kepada fabrikasi logam;
kejuruteraan marin, pembuatan produk
berasaskan kulit dan ukiran kayu 4)
komunikasi, kandungan dan infrasruk-
tur (CCI) yang dibahagikan kepada mul-
timedia, animasi dan kandungan kreatif
5) teknologi hijau 6) teknologi nano dan
fotonik (light emission) dan lain-lain
bidang strategik baru dan bakal
muncul.
Pel aksanaan Program Tekno-
usahawan bermula daripada peringkat
pembudayaan melalui seminar-seminar
kesedaran kepada kumpulan sasar iaitu
pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS), Institut Pendidikan
MARA (IPMa) dan usahawan sedia ada
yang berminat dalam mengaplikasikan
penggunaan teknologi untuk mening-
katkan taraf perniagaan mereka.
Bagi Program Sarj ana Tekno
Keusahawanan (PSTK), fasa pembangu-
nan usahawan bermula dari Idea
Generation dan Proof of Idea (POI)
melalui pendekatan pembangunan
kompetensi, generik, keusahawanan
dan akademik. Manakala Program
Peningkatan Teknologi Strategik (PPTS)
akan bermula dari Proof of Concept
(POC) dan penyelidikan dan pembangu-
nan (R&D) sehingga peningkatan dan
penambahbaikan produk/perkhidma-
tan sedia ada.
Program ini telah dijalankan sejak
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8)
dan sehingga Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) telah berjaya
menghasilkan impak yang tinggi mela-
lui 83% daripada peserta program men-
jalankan perniagaan di samping telah
meningkatkan jumlah pendapatan usa-
hawan sedia ada melalui pengenalan
teknologi tinggi mencecah sehingga
RM30 juta setahun.
Ekosistem program ini terus berkem-
bang dengan pewujudan program baru
yang mendokong MBE dan NKEA yang
diperkenalkan kerajaan di bawah teras
1Malaysia.
Program Teknousahawan MARA
FUZIAH AHMAD
Perbadanan Bioteknologi
Melaka kembangkan
teknologi makanan
Kerjasama dengan
Akademi Teknologi
Kulit, Yogyakarta
PERBADANAN Bioteknologi Melaka (PBM) menjadi antara
rakan pintar teknologi dalam Program Teknousahawan
MARA yang akan membantu usahawan memahami kepen-
tingan keperluan ujian kimia dan teknologi makanan.
Ujian-ujian tersebut perlu dilakukan bagi memenuhi Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang
digariskan oleh kerajaan untuk pasaran tempatan dan sete-
rusnya ke pasaran global.
Usahawan yang dipilih digalakkan membawa sampel
produk makanan yang mereka keluarkan untuk dilakukan
ujian kimia semasa berlangsungnya seminar dan latihan
amali.
Sesi seminar pula diadakan adalah bagi memberi pendeda-
han dan kesedaran kepada golongan pengusaha produk-
produk makanan khusus tentang kepentingan ujian yang
perlu dilakukan ke atas produk keluaran mereka.
Program ini disediakan adalah untuk membantu usaha-
wan yang telah mempunyai produk bagi mendapatkan
pengesahan ujian kimia ke atas produk makanan mereka.
Usahawan akan dibimbing oleh pegawai-pegawai penyeli-
dik terlatih PBM bagi menjalankan ujian ke atas sampel
produk mereka sekali gus memberi peluang kepada usahawan
secara berterusan untuk mendapatkan perkhidmatan meng-
gunakan makmal ujian kimia di PBM.
Melalui program ini, ia dapat menjamin peningkatan mutu
pengeluaran dan keselamatan penggunaan jangka hayat
se suatu produk makanan serta dapat memberi maklumat had
penggunaan bahan kimia yang dibenarkan.
PROGRAM Master Craftmen merupakan satu lagi usaha
MARA untuk meningkatkan tahap kompetensi dan kema-
hiran teknousahawan Bumiputera dalam pengeluaran
produk kreatif berteraskan teknologi terkini dan seterusnya
menghasilkan rangkaian produk berkualiti tinggi yang
mampu menembusi pasaran domestik dan global.
Keperluan ini adalah selaras dengan saranan Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd.
Shafie Apdal pada awal tahun 2011 yang menyatakan
Program Master Craftmen adalah sebahagian daripada
pe nerokaan bidang baru di bawah Program Teknousahawan
MARA.
Memandangkan MARA tidak mempunyai kepakaran
dalam teknologi kulit dan kurangnya pusat latihan khusus
bidang tersebut dalam negara, untuk julung kalinya MARA
telah mengambil inisiatif melalui usaha sama dengan
Akademi Teknologi Kulit (ATK), Yogyakarta, Indonesia bagi
melaksanakan program ini.
Seramai 20 peserta akan dikenal pasti untuk me nyertai
program ini. Calon-calon yang akan dipilih adalah terdiri
daripada usahawan yang menjalankan perniagaan berasas-
kan kulit serta bakal usahawan daripada lulusan akademik
tertiari dalam bidang senireka dan senihalus fabrik, tem-
bikar serta kulit.
Dalam pada itu, keutamaan juga diberikan kepada usaha-
wan yang mempunyai prototaip produk kulit yang memer-
lukan peningkatan teknologi, divesifikasi jenis produk dan
berpotensi untuk pasaran eksport.
ATK dipilih sebagai agensi latihan kerana kredibilitinya
dalam bidang teknologi kulit di samping reputasinya mela-
hirkan Ahli Madya dalam bidang berkaitan sejak penubu-
hannya pada tahun 1958.
Berdasarkan rekod alumni ATK, Kerajaan Malaysia juga
pernah menghantar kakitangan dari Perbadanan Kraftangan
Malaysia untuk mengikuti latihan seumpama ini di akademi
tersebut.
MULA berjinak-jinak dalam bidang
kecantikan dengan merawat muka
dan badan rakan-rakannya sewaktu
masa lapang. Kini Datin Norsiah
Mahadi bukan sahaja berjaya men-
erajui Spa Norz Beauty House
sebagai pengarah urusan malah
kepakarannya turut mendapat
pengiktirafan daripada kerajaan.
Dengan bantuan modal sebanyak
RM10,000 daripada suaminya,
Datuk Mohd. Zaihan Mohd. Zain,
Norsiah memberanikan diri mem-
buka salun kecantikan di Medan
MARA, Kuala Lumpur pada 1999
secara bersendi ri an sel epas
menamatkan perkhidmatannya
selama 15 tahun di Majlis Amanah
Rakyat (MARA).
Berikutan sambutan yang meng-
galakkan daripada pelanggannya
dalam tempoh setahun, Norsiah
seterusnya menyewa seunit lagi
kedai di premis yang sama tetapi
dengan dibantu oleh dua pekerja
yang dilatihnya berdasarkan
pe ngalaman dan ilmu yang ditimba-
nya dari pusat kecantikan Mustika
Ratu, Dewi Ayu serta Mode Circle.
Setelah tujuh tahun berkecim-
pung dalam bidang tersebut de ngan
membuktikan kebolehan tinggi
serta diyakini berkemampuan
untuk pergi jauh dalam perniagaan,
Norsiah telah dipilih oleh MARA
sebagai salah seorang peserta pro-
gram teknousahawan di SIRIM.
Ketika saya mengikuti kursus di
SIRIM selama enam bulan pada
2006, agensi tersebut telah menca-
dangkan agar saya menghasilkan
produk kecantikan berasaskan
nanas kerana asas ini telah terbukti
berkesan di Hawaii.
Melalui penyelidikan dan kema-
juan ke atas nanas, beberapa
produk kecantikan dengan jenama
Kasih Anana telah dihasilkan
untuk kegunaan di Spa Norz Beauty
House dan turut digunakan oleh
para pelajar yang mengikuti kursus
rawatan kecantikan Norz Beauty
House Sdn. Bhd. (pusat latihan
kecantikan milik beliau) yang
menawarkan sijil serta diploma
kemahiran katanya ketika ditemui
di pejabatnya baru-baru ini.
Ibu kepada empat anak lelaki itu
berkata, sijil serta diploma yang
dikeluarkan pihaknya mendapat
pengiktirafan daripada Jabatan
Pembangunan Kemahiran Malaysia
di bawah Kementerian Sumber
Manusia.
Produk
Produk Kasih Anana telah
memperoleh trademark pada
2009 dan sehingga kini produk
tersebut turut digunakan oleh pela-
jar-pelajar yang menuntut dalam
bidang kecantikan di GIATMARA,
Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) dan Kolej Komuniti di selu-
ruh negara.
Merupakan penerima Anugerah
Usahawan MARA peringkat Wilayah
Persekutuan 2006, di bawah kate-
gori Anugerah Usahawan Berjaya
Sektor Perkhidmatan, beliau telah
berjaya melatih seramai 350 pelajar
sejak tahun 2002. Manakala sera-
mai 120 usahawan telah dilatih
melalui program mentor-mentee
anjuran MARA.
Kepakarannya dalam bidang
kecantikan telah melayakkannya
dilantik sebagai pemudah cara
latihan keusahawanan MARA,
panel pengusul bengkel pemur-
niaan kursus kesihatan spa dan
sal un kencanti kan, pegawai
pengesahan luaran (PPL) dalam
bidang kemahiran tahap empat
ba g i Pe mba nt u Pe ng ur us
Estetika, Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK). Di samping itu,
beliau diiktiraf sebagai pakar
dalam bidang kecantikan, latihan
jurukecantikan dan pengeluaran
kosmeti k ol eh JPK di bawah
Kementerian Sumber Manusia
pada 2008.
Norsiah pakar industri kecantikan negara
lMinyakurut, minyakaromauntukurutan, scrub badan, cucianbadan, syampu
badan, losyenbadan, pemuliharaankulit, sabun, tonersusudanpembersihan,
scrub mukadantopengmuka.
lRawatankecantikandi SpaNorzBeautyHousetermasukbertungku, urutandalam
pantang, mengenakanparampadaanggota, bengkung, mandianaurakasihselepas
bersalinatauhendakberkahwindanmandi di malambulanpurnama.
Produk kecantikan Kasih Anana
NORSIAH (kanan) menunjukkancara merawat muka kepada pelajarnya
di pusat latihan Norz Beauty House.
TIADA jalan singkat untuk berjaya dalam
kehidupan melainkan dengan usaha gigih
dan mempunyai wawasan yang berse suaian
dengan kemampuan diri.
Bagi seorang jurutera, Kamaruzaman
Jahidin, 45, yang menimba pengalaman
be kerja di dua syarikat Jepun telah
meyakinkannya untuk membuka syarikat
Aspati Sdn. Bhd. pada 1999 bersama rakan
kongsinya Hishamuddin Mohd. Amin.
Memandangkan ketika itu penggunaan
komputer merupakan satu fenomena
baru di kalangan rakyat Malaysia,
Kamaruzaman telah mengambil peluang
itu untuk menghasilkan cakera padat (CD)
interaktif e-pembelajaran bagi kegunaan
pelajar di sekolah-sekolah dan pengguna
komputer baru.
Dalam tempoh lima tahun, projek itu
telah menghasilkan jualan sebanyak satu
juta CD di sekitar Semenanjung, Sabah,
Sarawak dan Brunei.
Menurut Kamaruzaman, apabila menda-
pati pasaran CD e-learning sudah kurang
mendapat sambutan, dia mula mengubah
haluan untuk melanjutkan pengajiannya di
peringkat Sarjana Keusahawanan IT (SKIT)
di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di
Skudai, Johor dari tahun 2006 hingga 2008.
Sebagai pengarah eksekutif di syarikat
tersebut, dia yang berasal dari Johor Bahru
itu sentiasa mencari idea terbaru dalam
bidang teknologi, justeru merasakan latar
belakangnya sebagai jurutera dan pernah
menghasilkan perisian e-learning amat
se suai untuk membuat kajian dan mencipta
sesuatu untuk dikomersialkan.
Kamaruzaman yang melanjutkan penga-
jiannya itu di bawah program Pembangunan
Teknousahawan Bumiputera MARA de ngan
kerjasama UTM, telah berjaya menghasilk-
an tesisnya bertajuk Pengiklanan digital
dan muncul sebagai pelajar terbaik di kala-
ngan 19 pelajar lain.
Dengan tesis tersebut, Kamaruzaman
yang memperoleh Ijazah Kejuruteraan
Elektrik dari California State University,
Amerika Syarikat itu seterusnya telah
mencipta kiosk yang mengiklankan
produk syarikat-syarikat secara digital
dan diletakkan di hotel bertaraf empat
dan lima bintang sekitar Lembah Klang.
Setakat ini orang ramai boleh meng-
akses 165 syarikat dan produk mereka di
ki osk i t u dengan mel ayari www.
medtradenet.com.my dan kepada yang
ingin menyertainya dikenakan bayaran
RM4,990 setahun termasuk khidmat
mencipta rekabentuk, montaj, risalah dan
galeri.
Pada tahun ini kami bercadang untuk
meletakkan sebanyak tujuh kiosk yang
setiap satu berharga RM50,000 di sekitar
Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala
Lumpur (KLIA), Sepang, katanya ketika
ditemui di pejabatnya di Shah Alam baru-
baru ini.
Kamaruzaman berkata, pihaknya ber-
harap akan bekerjasama dengan MARA
untuk mendapatkan syarikat-syarikat yang
hendak menjadi agen pemasaran dan khid-
mat mencari iklan. Setakat ini dia mempu-
nyai 22 agen di Lembah Klang .
Penceburan Kama ruzaman dalam bidang
teknologi maklumat (IT) tidak berhenti
setakat itu kerana
dia bersama empat
rakan kongsi telah
menu buhkan syari-
k a t T r i p l e Q
Innovati on Sdn.
Bhd. untuk meng-
hasilkan 26 episod
filem animasi Perak
Boy yang dijangka
mendapat sambutan
hangat apabila disiarkan di saluran
RTM tidak lama lagi.
Kamaruzaman
menunjukkan
gambar kiosk
pengiklanan digital
ciptaannya.
Aplikasi teknologi
bangunkan produk usahawan
Norsiah pakar industri kecantikan negara
TEKNOLOGI marin dan perkapalan antara bidang yang bakal diterokai
Program Teknousahawan MARA.
Untukketeranganlanjutsilahubungi:

Pengarah
Pembangunan Usahawan MARA
Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609Kuala Lumpur
Tel : 03-2694 8078
Faks : 03-2698 9520
Kolaborasi strategik MARA-UTM lahirkan usahawan ICT