Anda di halaman 1dari 2

Orang Bukan Islam Tidak Dibenarkan Di Mekah

Soalan:

Mengapa orang Bukan Islam tidak dibenarkan di Bandar Suci Mekah dan Madinah?

Jawapan:

Memang benar, mengikut undang-undang, orang bukan Islam tidak dibenarkan di Bandar
suci Mekah dan Madinah. Fakta berikut akan menjelaskan kemungkinan di sebalik
larangan tersebut.

1. Semua rakyat tidak dibenarkan di kawasan kantonmen (kem tentera)

Saya adalah rakyat India. Sungguhpun begitu, saya tidak dibenarkan memasuki
beberapa kawasan larangan seperti di kantonmen. Di setiap Negara terdapat beberapa
kawasan di mana rakyat biasa Negara tersebut tidak dibenarkan masuk. Hanya rakyat
yang berdaftar dengan militari ataupun yang mempunyai kaitan dengan pertahanan
Negara tersebut dibenarkan memasuki kawasan kantonmen. Begitu juga dengan Islam,
agama sejagat untuk seluruh dunia dan semua umat manusia. Kawasan istimewa Islam
adalah dua Bandar suci iaitu Mekah dan Madinah. Di dua Bandar suci ini, hanya
penganut Islam dan mereka yang terlibat dalam mempertahankan Islam iaitu orang Islam
sahaja dibenarkan. Adalah tidak munasabah untuk rakyat biasa membantah larangan
memasuki kawasan kantonmen. Begitu juga, tidak wajar orang bukan Islam memasuki
Mekah dan Madinah.

2. Visa untuk memasuki Mekah dan Madinah

a) Apabila seseorang membuat perjalanan je Negara asing, dia perlu terlebih dahulu
memohon visa, iaitu kebenaran memasuki Negara tersebut. Setiap Negara
mempunyai peraturan, undang-undang dan keperluan tersendiri dalam
mengeluarkan visa. Visa hanya dikeluarkan sekiranya criteria mereka dipenuhi.

b) Salah satu Negara yang tegas dalam mengeluarkan visa adalah Amerika Syarikat,
Terutama apabila mengeluarkan visa kepada rakyat daripada Negara ketiga.
Mereka mempunyai pelbagai syarat dan keperluan yang perlu dipenuhi sebelum
mengeluarkan visa.

c) Semasa saya lawat Singapura, tercatat pada borang imigresen hukuman mati untuk
Pengedar dadah. Jika saya ingin melawat Singapura, saya perlu mematuhi undang-
undang yang ditetapkan. Saya tidak boleh berkata bahawa hukuman mati adalah
hukuman yang kejam. Saya hanya akan dibenarkan masuk ke Negara tersebut jika
saya bersetuju dengan keperluan dan syarat mereka.

d) Visa – Syarat utama yang diperlukan bagi sesiapa untuk memasuki Mekah dan

La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.” .Madinah adalah dengan mengucap. dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. “Tiada Tuhan melainkan Allah. yang bermaksud.