Anda di halaman 1dari 5

Aku tinggalkan bikini demi Islam

Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar
seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar.
Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat
popular untuk mencari kehidupan glamour.

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh
gadis-gadis Barat. Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya
tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian
orang lain padaku.

Aku berolah raga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah
perumahan mewah di pinggir laut. Aku menjadi pengunjung setia pantai yang
“suka mempamerkan tubuh” serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh
bergaya dan ada kelas.

Tahun demi tahun berlalu, kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan
kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan daya tarik
kewanitaanku. Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen terkini.
Sesungguhnya aku telah ‘menjadi tawanan’ kepada kehendakku sendiri.

Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang
makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku
mengambil arak dan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar
kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu
terisi dengan pelbagai aktiviti.

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat pelali sahaja, yang
mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar
berkesan.
Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan
berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya
pengisytiharan negatif mengenai “Perang Salib Baru”, aku terpanggil untuk mula
memerhati satu ajaran bernama Islam.

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang
berbaju seperti “khemah”, tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas.

Sebagai aktivis pembebasan wanita dan seorang yang mahukan dunia yang
lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang
telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pilih bulu.

Setelah itu, aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang
ketika itu, salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.

Sekarang kegiatan harianku sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan


secara “berpilih”, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan
dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang dicipta Allah
adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa hanya perlu
keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dan
ciptaan.

Bertemu al-Quran

Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran
yang suci. Baru tadi aku tertarik pada gaya dan pendekatan al-Quran. Kemudian
minatku tambah mendalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk,
kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan ciptaanNya.
Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan
untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah
kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk
kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan
keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai muslim
yang bermanfaat.

Bahagia dengan Hijab

Aku membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya
pakaian muslimah. Dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang
sama, yang mana beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar
pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.

Walaupun masyarakat, wajah dan gedung-gedung semuanya tetap sama, ada


satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya, aku berasa
suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu.

Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-
benar merasa bebas. Sangat menyenangkan, kadang-kadang sedikit lucu
melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan
masaku untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk
penampilanku. Akhirnya aku bebas.

Dari semua tempat itu, aku menemui Islam tepat di pusat dari tempat yang
disebut orang sebagai “pusat skandal di bumi”, yang membuatkan semua itu
menjadikannya penuh cinta dan istimewa.

Walaupun bahagia dengan hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai niqab
(purdah/cadar) kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya. Aku
bertanya suamiku yang juga muslim, yang menikah denganku setelah aku
menjadi muslimah, apakah aku boleh mengenakan niqab atau cukup dengan
hijabku sekarang yang sudah kukenakan?

Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab adalah satu
kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri dari penutup
kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang
yang longgar. Ia disebut abaya(jubah) yang menutupi tubuh dari leher hingga
kaki.

Memakai purdah

Satu setengah tahun berlalu, aku memberitahu suamiku bahawa aku mahu
memakai purdah. Alasanku kali ini ialah aku merasa lebih “menyenangkan” Allah
Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam diri bila
berpakaian lebih tertutup.

Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli “isdaal”, sejenis gaun


hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang menutup
seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

Cabaran Hijab dan Niqab

Tidak lama kemudian, media mula menyiarkan berita tentang ahli politik,
pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia (HAM) palsu
yang berkali-kali mengkritik pedas tentang hijab, apatah lagi niqab. Bagi orang
lain ia kelihatan sangat kejam terhadap wanita. Juga dianggap gangguan dalam
pergaulan dan baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara
itu sebagai “tanda-tanda kemunduran”.

Aku melihat kenyataan itu sangat munafik . Beberapa pemerintah dan kumpulan
pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak wanita, sedangkan
pemerintah beberapa negara lain memaksa penggunaan peraturan berpakaian
tertentu bagi wanita.

Meskipun begitu “Pejuang Kebebasan” memandang dari posisi lain ketika wanita
kehilangan hak-haknya untuk berkerja dan belajar hanya kerana memilih
menggunakan haknya mengenakan hijab atau niqab.

Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan


hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah
dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia,
Morocco dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis,
Belanda dan Inggeris.

Memperjuangkan Hak Wanita


Ketika ini, aku masih seorang aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis
muslimah, yang menyeru para muslimah untuk mengambil tanggungjawab
mereka memberi sokongan setakat mampu kepada suami agar menjadi muslim
yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi muslim yang jujur dan
bertanggungjawab, sehingga mungkin akan menjadi cahaya kepada
kemanusiaan.

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang


tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku
berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan niqan atau hijab
demi menyenangkan Yang Maha Mencipta, apapun yang kita pilih.

Penting juga berkongsi pengalaman memakai niqab atau hijab kepada kawan
wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa
perlunya mengenakan niqab atau hijab bagi kita dan rasional kita, sehingga
dengan penuh cinta kita memeluknya.

Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan niqab adalah muallaf


Barat. Sebahagian dari mereka belum menikah. Yang lain mengenakan niqab
tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.

Apa yang kita perlu fahami ialah mengenakan purdah adalah pilihan peribadi
dan tidak seorang pun boleh menyerah atas pilihan peribadinya sendiri.

Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya “berpakaian minima
sehingga tanpa pakaian langsung” secara virtual dalam setiap bentuk
komunikasi di manapun di dunia ini.

Sebagai seorang bekas non-muslim, aku menuntut hak-hak wanita untuk sama-
sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan
kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah
terjadi padaku.

Dulu Bikini, Sekarang Niqabi

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan


aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal.

Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di


Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai
dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesame
manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu merupakan alasanku
untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak
mungkin dicabut untuk memakainya. (Allahuakbar!-ummuabbas)

Hari ini, niqab adalah symbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa
dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar
dapat bersama Penciptanya.

Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai hijab, aku
boleh berkata: Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah
sesuatu yang merugikan dirimu sendiri…

Kepada “penguasa peradaban” yang rasuah dan sentiasa di dalam keadaan rugi,
juga kepada para aktivis palsu, aku mahu berkata: Teruskanlah……..

Sara Bokker
USA