Anda di halaman 1dari 167

Cinta Monyet | Angelily95

ASIANFANFICS.COM





CINTA MONYET
Oleh: Angelily95 | Genre: Romantik komedi & Angst | Graphic: LovelyIna


Cinta Monyet | Angelily95
Prologue


Aku impikan masa depan yang cerah secerah cahaya mentol berkualiti tinggi. Oh, mungkin
aku patut ubah fikiran sekarang!

" Aaah ahjussi! Kita orang tak buat apa-apa pun. Sumpah! " Aku cuba melepaskan tanganku
daripada cengkaman ayah tiriku namun gagal. Raut wajah ayah tiriku sangat bengis.
Baekhyun yang terduduk di tanah akibat penangan penumbuk ayah tiriku itu aku pandang
dengan penuh rasa bersalah. Baekhyun memegang tepi bibirnya yang berdarah. Aku tahu
dia sedang memaki hamun ayah tiriku di dalam hatinya.

" Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Kau ikut aku masuk sekarang! " Tanganku ditarik
dengan kasar. Aku tak tahu apa alasan orang tua ini berkelakuan sebegini. Ya, memang salah
aku sebab aku keluar dengan Baekhyun waktu tengah malam macam ini tapi kami bukannya
ada buat apa-apa. Kami baru saja balik daripada gathering kelas sempena meraikan
berakhirnya ujian SAT pada petang tadi.

" Ahjussi! Lepaslah! Kesian Baekhyun- "

Hampir berdesing telinga aku apabila lima jarinya melekap pada pipiku. Pipiku mula terasa
pijar.

" Yah! Dah tua buat cara tua " Baekhyun bangkit sambil menyapu punggung seluarnya
dengan muka selamba. Ayah tiriku dipandang dengan pandangan kosong.

" Kau nak tunjuk samseng? Kau tak puas hati lagi ke yang kau dah rosakkan anak dara aku
hah? " Tengking ayah tiriku. Urat-urat kelihatan pada lehernya.

" Tsk tsk tsk. Ahjussi, anak dara ahjussi? "

Cinta Monyet | Angelily95

" Baekhyun-ah, dah la- "

" Kalau saya dah rosakkan dia, nak panggil anak dara buat apa lagi? " Sinis! Itu yang aku
boleh komen tentang senyuman Baekhyun ketika itu.

" Baekhyun! "

" Kalau ahjussi rasa dia ni dah tak boleh berjasa dalam hidup ahjussi, bagi je la kat
saya. Once broken considered sold right? "

Wajah ayah tiriku tegang. Aku dapat rasakan kemarahannya. Tiba-tiba, tubuhku ditolak
kasar oleh ayah tiriku ke arah Baekhyun. Tubuhku berlaga dengan tubuh Baekhyun dan dia
sempat menyambut tubuhku daripada jatuh.

" Berambus! Kau ikut jantan ni. Jangan harap kau boleh jumpa omma kau lagi lepas ni.
Berambus! " Pintu dihempas kasar dan bunyi kunci kedengaran. Berambus?

" Ahjussi! " Pintu aku ketuk sekuat hati.

" Ahjussi! Tolong bukak pintu ni! Yoobi nak pergi mana? Ni rumah Yoobi jugak. Omma!! "
Dadaku terasa sesak. Ke mana harus aku pergi jika bukan rumah ini?

" Omma! Tolong Yoobi. " Tanganku yang sakit kerana tidak berhenti mengetuk pintu itu
tidak aku pedulikan.

" Dah la wei. Bising "

Aku menjegilkan mata ke arah Baekhyun. Aku yakin mataku ketika itu merah dan berair.

Cinta Monyet | Angelily95

" Ni semua salah kau! " Aku tumbuk dadanya sekuat hati dan tidak dapat tidak, air mata
yang aku tahan mengalir juga. Dia hanya membiarkan.

Kerana keletihan, aku terduduk lalu menekup mukaku dengan kedua tapak tangan.

" Ikut aku. "

" Tak nak. Aku nak masuk dalam rumah ni. Aku- "

" Kau nak masuk lepas tu kau nak kena tikam bertubi-tubi dengan parang? "

Aku pandang dia dengan penuh hairan.

" Wae? Bukan hobi ayah tiri kau berlakon cerita thriller dengan kau ke? "

" Kau balik la Baekhyun " ujarku lemah. Aku tiada mood untuk melayan perangainya yang
tidak sensitif itu.

" Kau? Nak tidur tepi jalan? "

" Dah kau nak aku pergi mana?! " Bentakku.

" Ikut aku "

" Kenapa aku kena ikut kau pulak? "


Cinta Monyet | Angelily95
" Bukan ahjussi bagi kau dekat aku ke? "

" Kurang ajar! " Aku baling kasut ke arah mukanya and strike!

" Yah! " Dia menyapu muka dan bajunya yang terkena pasir dengan tangan.

" Puas hati aku " sisa air mata aku kesat dengan lengan baju.

" Yoobi-ah, jom " dia hulurkan tangan ke arahku. Aku mengedipkan mata beberapa kali,
tidak percaya. Mimpikah atau realiti?

" Nak pergi mana? " Tanyaku lalu menyambut huluran tangannya. Aku kembali
menyarungkan kasutku.

" Berambus. "

" Mwo? "

" Bukan ahjussi suruh berambus ke tadi? " Dia tergelak kecil. Hatiku terasa hangat apabila
mendengar tawanya. Bukankah aku sepatutnya bersedih kerana dihalau dari rumah?

" Babo " kataku lalu menunjal kepalanya.

Dia kawan aku tapi aku menyampah dengan perangai dia. Dia selalu kutuk aku tapi dia selalu
ada bila aku keseorangan. Dia pelik, macam baik tapi banyaknya mengarut.

" Kalau lepas ni kau kena kahwin dengan aku, kau jangan terkejut tau " Baekhyun tersengih
sambil mengeratkan pegangan tangan pada tanganku.

Cinta Monyet | Angelily95

Kahwin? Dengan Baekhyun?



Cinta Monyet | Angelily95
Bab 1


Ssshhh.. diam kata Baekhyun apabila kami tiba di depan rumahnya. Keadaan rumahnya
yang gelap membuatkan aku berdebar-debar. Tangannya masih melekap di tanganku,
kemas. Sejujurnya aku belum pernah berkunjung ke rumahnya kerana dia tidak pernah
mempelawaku. Aku langsung tidak mengenali ahli keluarganya, yang aku tahu hanyalah dia
mempunyai seorang abang.

Pintu rumah itu dibuka perlahan oleh Baekhyun supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi.

Jom masuk bisik Baekhyun lalu menarik tanganku lembut. Aku hanya membuntuti
langkahnya seperti orang dungu. Ruang tamunya yang gelap gelita membuatkan aku tidak
nampak apa-apa. Kami memasuki rumahnya dengan berhati-hati supaya tidak diketahui
oleh ahli keluarga Baekhyun yang barangkali sedang tidur.

Tiba-tiba ruang tamu itu cerah apabila seseorang menghidupkan suis lampu. Siapakah?

Byun Baekhyun! Aku lihat Baekhyun di sebelahku menelan liur. N-Neh?

Kau buat apa malam-malam ni? Siapa perempuan ni? serius nada lelaki itu. Baekhyun
memandang ke arahku dengan muka gelabah. Ni- Ni calon isteri aku hyung!

Mwo?! aku terkejut dengan kata-kata Baekhyun. Aku yakin ada skru di urat sarafnya
yang longgar pada malam ini. Abang Baekhyun ketawa.

Yah! Kau jangan nak bergurau boleh tak? Kalau betul calon isteri kau, tak adanya dia
terkejut bila kau cakap dia calon isteri kau abang Baekhyun memeluk tubuhnya lalu
bersandar di dinding. Aku lihat Baekhyun telan liur sekali lagi.


Cinta Monyet | Angelily95
Betul hyung! Aku- dia berfikir sejenak. Aku masih lagi tercengang di sebelahnya.

Tiba-tiba Baekhyun melutut di depan aku. Apakah?

Sebenarnya hyung, impian aku adalah untuk propose dia dalam rumah ini waktu tengah-
tengah malam macam ni Baekhyun berdehem beberapa kali.

Jangan buat gila.

Jangan buat gila, Baekhyun!

Lee Yoobi-ssi.. senyuman palsunya dipamerkan.

Sudikah kau menjadi Byun Yoobi? dia menatap wajah aku dengan isyarat yang berbunyi
setuju-atau-kita-mati-lepas-ni.

Mwo?! itu yang ingin aku katakan tetapi tidak. Itu bukan suara aku! Pantas aku menoleh.

Om-ma Omma?

Setuju! laungku tiba-tiba.

Apa semua ni? Siapa ni? Hyun-i? Bom-i? wanita itu memandang tajam kearah Baekhyun.

Dia calon isteri Hyun, omma ujar Baekbom, abang Baekhyun.


Cinta Monyet | Angelily95
Mwoh? Isteri? Yah Hyun-ah, kau pulangkan balik anak orang ni! tegas ibu Baekhyun. Ibu
Baekhyun menghampiri aku lalu mengusap rambutku. Aku terkaku seperti dinding ketika itu.

Janganlah ikutkan sangat perangai Si Hyun ni. Dia terlebih makan ubat cacing masa kecik-
kecik dulu. Balik dulu ye

Omma! Sampai hati omma melukakan hati satu-satunya anak omma! Baekhyun mula
berdrama, aku kenal benar dengan intonasi suaranya ketika itu. Baekbom pura-pura batuk.

Okay. Maybe bukan satu-satunya anak omma tapi- dia dapat membaca mesej daripada
batukan Baekbom yang ibarat terkena radang paru-paru itu.

Dia suka Hyun jadi Hyun bawaklah dia balik. Dia sampai kena halau dari rumah sebab nak
ikut Hyun

Kemengarutan apakah ini, Byun Baekhyun?

Betul ke apa Hyun cakap tu? tumpuan ibunya dan Baekbom terarah kepada aku ketika
itu. Baekhyun memberi isyarat mata yang berbunyi ya-atau-kau-tidur-tengah-jalan. Aku
menggigit bibir kerana gelabah.


" Berambus! Kau ikut jantan ni. Jangan harap kau boleh jumpa omma kau lagi lepas ni.
Berambus! "


BETUL! Alamak, terlebih excited pula.


Cinta Monyet | Angelily95
Kan Hyun dah cakap Baekhyun tersengih. Ingatkan aku untuk hantuk kepada dia pada
dinding malam ini.

Macam ni la, agasshi-

Yoobi. Baekhyun memperkenalkan namaku. Aku ibarat orang bisu yang tidak berupaya
untuk berkata-kata.

Yoobi tidur sini dulu malam ni. Pagi esok kita bincang sekali dengan appa putus Baekbom.

Woah, Baekbom! So cool! Baekhyun tersenyum comel sambil menayangkan kedua ibu
jarinya ke arah Baekbom, tanda dia berpuas hati dengan keputusan Baekbom untuk
membenarkan aku bermalam di situ.

Hyung! Baekbom menjegilkan mata ke arah Baekhyun yang memanggil nama tanpa
menyertakan hyung . Baekhyun tersengih.

Bom, kunci pintu arah ibu Baekhyun.

Tapi omma, Hyun yang-

Kunci! tegas ibunya.

Woah, Seung Mi! So cool! Sekali lagi, Baekhyun tersenyum comel lalu menayangkan
kedua-dua ibu jarinya sambil menggoyangkan bahu tetapi ke arah ibunya pula.

Omma! Giliran ibunya pula yang menjegilkan mata apabila Baekhyun memanggil dirinya
dengan nama. Aku ingin tahu atas alasan apa ibunya tidak membuangnya ke dalam loji
ketika dia masih kecil. Annoying!

Cinta Monyet | Angelily95
Baekhyun segera menarik aku untuk naik ke biliknya sebelum dia diserang oleh ibunya.
Sebaik sahaja kami memasuki biliknya dan dia menutup pintu bilik..

Kau qwertyuiop asdfgghjjkl zxxcnvbnm hah? Kau ingat aku ni efbnjioplkhaga ke? Kurang
asam punya mnbvcxz asdrgtyhe jwueyrt ! Wgajdyri jdtbfv skdyehfjd ! Kalaupoiujnmh
frdghsyenrb lkiwrsgsd tak apa la jugak. Benci aku. Benci! aku mengeluh geram. Hatiku
sedikit lega kerana dapat melepaskan geram.

Itu je kau nak cakap?

Belum. Biar aku ambil nafas dulu aku menarik nafas dalam-dalam.

Kau memang dhyuregewu dsjhfwhbf asdbewhvrwev kan? Suka-suka hati kau
je sauetwrqhjf wkehw fwjhgw. Apa? Krhweyrfg fjdhsab dkfureh shjdgwfv dkjhwerh? Aku
kehabisan kata-kata. Muka Baekhyun langsung tidak beriak, berbeza dengan Baekhyun yang
berlagak comel di depan Baekbom dan ibunya sebentar tadi.

Dah habis? tanya Baekhyun sambil berpeluk tubuh. Aku angguk.

First of all, bahasa bangla darjah berapa yang kau guna?


Aku merengus kasar.

Secondly, kalau kau rasa muka kau comel bila merengus macam tu, oh please have a look
at that mirror Baekhyun menunjukkan ke arah meja soleknya.

Kau anggap kahwin tu macam main-main kan? Aku kena halau pun kau suka. Manusia jenis
apa kau ni?

Cinta Monyet | Angelily95

Pasal tu.. sorry la kalau cara aku propose tu tak romantic tapi aku memang tak berniat
untuk berromantic dengan kau pun

Kau memang tak faham bahasa kan? Lain yang aku cakap, lain yang kau jawab

Habis tu? Aku tanya bahasa bangla darjah berapa kau tak nak jawab. Bila aku tak faham
nak marah-marah pulak. Esok aku pergi bookstore , aku beli buku teks bahasa bangla lepas
tu aku akan faham semua yang kau cakap

Baekhyun! Kau kan-

Gedebush! Gedebush! Gedebush!

Maaf, itu bukan bunyi aku membelasah Baekhyun. Oh, aku sangat berharap aku boleh
membelasah Baekhyun dengan setiap anggota yang aku ada tetapi tidak. Itu adalah bunyi
pintu diketuk dari luar.

Siapa? tanyaku. Baekhyun segera membukakan pintu. Kepala Baekbom terjengul
daripada celah pintu.

Yah Hyun-ah. Kau korek telinga tak hari ni? tanya Baekbom. Soalan apakah ini?

Aww~ Baekbom! So caring! seperti biasa, kedua-dua ibu jarinya akan ditayangkan sambil
menggoyangkan bahu.

Hyung! jerit Baekbom. Baekhyun hanya ketawa.

Yah babo yah! Hyung cakap dia.. Baekbom menuding jari telunjuk ke arahku.

Cinta Monyet | Angelily95

..boleh bermalam kat sini, bukannya bermalam dengan KAU!

Yeh? Bukan lebih kurang ke tu? Baekhyun berpura-pura dungu. Sabarlah wahai kaki, aku
tahu kau dah lama mengidam nak singgah muka Baekhyun. Sabar.

Yoobi-ah , ikut oppa. Oppa akan tunjukkan bilik tetamu ajak Baekbom.

Oppa? Euw Baekbom! So greasy! aku berharap sangat dia tidak akan mengulangi
gaya thumbs up sambil menggoyangkan bahu itu. Mungkin sudah menjadi habitnya untuk
membuat gaya sebegitu. Duhai mata, pasrahlah. Baekhyun memang Baekhyun and nothing
gonna change that.

Hyung!

Arasseo, arasseo! Yoobi-ah, pergilah ikut hyung arah Baekhyun.

Aku akur. Aku harap pada hari esok semua masalah ini akan selesai dan aku boleh pulang ke
rumah. Omma, Yoobi rindu!



Cinta Monyet | Angelily95
Bab 2


" Yah! Cukup-cukup la tidur tu " aku terdengar satu suata berserta dengan bantal yang
dibalingkan ke arah muka aku. Kalau orang kurang pendidikan sivik macam ini , mesti dia ni..

" Yah! Kau boleh tak jangan kacau aku Baekhyun? " Aku menggeliat kecil dengan mata yang
masih terpejam.

" Kau ingat kau siapa? Sleeping beauty? Dah bangun! Kau ingat appa aku nak tunggu kau ke?
" Baekhyun menarik selimut yang menutupi tubuh aku.

Aku merengus lalu bangun untuk duduk di birai katil. Tiba-tiba satu beg plastik dicampakkan
ke atas ribaku. Pantas aku berpaling ke arah Baekhyun.

" Apa ni? "

" Bra "

" Yah! " Aku baling beg plastik itu ke atas lantai. Pipiku mula merah kerana malu.

" Itu baju la, budak senget. Takkan kau nak pakai baju semalam tu lagi? Aku tahu kau tidur
keluar air liur basi "

" Mana ada! Aku tidur tak keluar air liur basi pun " aku menafikan.

" Habis tu kat pipi kau tu apa? "


Cinta Monyet | Angelily95
" Mana ada! Kau ni mengarut la! " Tanganku meraba pipiku. Alamak, ada! Kering pula tu!

" Ggaebsong~ " dia memerliku. Aku memuncungkan mulut tanda tidak puas hati. Baekhyun
mengambil beg plastik itu lalu diletakkan di sebelahku.

" Yoobi-ah, pergi la mandi. Aku tunggu kat luar bilik ni. Kejap lagi lepas breakfast appa aku
nak semua berkumpul " suara Baekhyun kedengaran lembut. Riak wajahnya tenang.

" Kau tunggu tau " Aku mengambil beg plastik itu lalu bergerak ke bilik air.

Selepas beberapa minit, aku akhirnya selesai bersiap-siap. Baju yang Baekhyun beri sebentar
tadi terlalu cantik untuk dipakai di dalam rumah. Blaus yang menampakkan bahu bersama
palazo.

" Baekhyun, ni baju siapa? " Tanyaku apabila aku menghampiri Baekhyun.

" Omma. "

" Dashyat betul ahjumma. Setahu aku fashion macam ni tengah hot sekarang ni " aku
membetulkan bahu baju tersebut.

" Kau buta fashion so tak payah nak perasan tahu macam-macam " kata Baekhyun dingin.
Aku menghadiahkan jelingan maut ke arahnya. Kalaulah jelingan boleh membunuh..

Aku dan Baekhyun masuk ke dalam ruang makan. Pelbagai jenis hidangan sampingan ada di
atas meja itu. Aku bersila di tepi Baekhyun. Baekbom dan seorang lelaki yang aku agak ayah
Baekhyun telah pun ada di situ ketika kami masuk sebentar tadi.


Cinta Monyet | Angelily95
Ibu Baekhyun keluar daripada ruang dapur dengan seperiuk stew yang berasap. " Makan la "
kata ibunya.

" Kami makan dulu " kata kami serentak.

" Yoobi-ah, macam mana bilik? Lena tak tidur semalam? " Tanya ibu Baekhyun ketika aku
sedang menyuapkan sekeping kimchi ke dalam mulut. Chopstick aku letakkan di atas meja
sambil sebelah tanganku menutup mulutku yang sedang penuh.

" Lena. Terima kasih sebab benarkan saya bermalam kat sini " kataku apabila makanan di
dalam mulut telah aku telan.

" Ani. Tak payah berterima kasih " kata ibunya sopan.

" Siapa kamu ni sebenarnya? " Ayah Baekhyun mula bersuara. Mukanya agak tegas. Aku
melirik Baekhyun dengan hujung mata. Raut wajahnya tegang.

" Appa, kita kan dah janji nak bincang hal ni lepas makan. Kan omma? " Baekbom
menghantar S.O.S ke arah ibunya dengan bahasa tubuh.

" Iya la yeobo. Sekarang ni kita makan la dulu " ibu Baekhyun mengusap bahu suaminya,
memujuk.

Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aku meneruskan suapanku. Baekhyun
hanya diam membisu.

" Gwaenchana? " Aku berbisik. Dia hanya mengabaikan soalanku. Baekbom dan ibunya
rancak berbual.


Cinta Monyet | Angelily95
" Yah. Gwaenchana? " Bisikku sekali lagi.

" Diam. " Balas Baekhyun, juga dalam nada berbisik.






" Macam mana ni? " Tanyaku bimbang. Baekhyun telah dipanggil masuk ke dalam bilik
ayahnya. Ayahnya telah memberi peringatan kepada Baekbom dan ibu Baekhyun supaya
tidak masuk ke dalam bilik tersebut. Aku mula resah.

" Gwaenchana. Jangan risau sangat. Dia orang berbincang je tu " Baekbom menepuk
bahuku perlahan.

" Kamu cakap sekarang! Kat mana lagi kurangnya didikan yang appa bagi kat kamu?! " Aku
dengar bunyi jerkahan daripada bilik tersebut.


" Maaf! " Aku dengar suara Baekhyun.

" Oppa, kesian Baekhyun " aku menarik lengan baju Baekbom. Baekbom tersenyum tawar,
tidak mampu berbuat apa-apa.


" Kamu nak malukan keturunan Byun? Apa yang kamu dah buat kat dia? " Aku sangat yakin
'dia' yang ayahnya maksudkan adalah aku.

Cinta Monyet | Angelily95

" Ottoke? " Aku menggigit bibir.

" Hyun tak buat apa-apa- "

" JANGAN BOHONG! "

" Hyun tak- "

" Kalau kamu tak buat apa-apa, kenapa dengan bibir kamu tu? Dengan siapa kamu bergaduh?
"

" Appa, Hyun- "

" Cakap cepat! "

" Appa dia tumbuk Hyun " akhirnya Baekhyun mengaku.

" Kenapa ? "

" Sebab Hyun rosakkan anak- " suara Baekhyun mati di situ kerana seterusnya kedengaran
bunyi seperti seseorang ditampar. Aku yakin seseorang itu adalah Baekhyun.

Aku tak mampu lagi berdiam diri. Aku bergegas ke arah pintu bilik tersebut.

" Ahjussi! Tolong dengar dulu. Baekhyun tak salah " aku mengetuk pintu bilik tersebut
sekuat hati.

Cinta Monyet | Angelily95

" Yoobi-ah, dah. Jangan masuk campur. Oppa tak nak nanti Yoobi pulak kena marah
dengan appa " Baekbom menarik lenganku.

" Tapi oppa.. "

" Jangan " Baekbom menggelengkan kepalanya.

" Kahwinkan Hyun dengan dia! " Tiba-tiba suara Baekhyun kedengaran.

" Mwo? " Ayahnya agak terkejut.

" Hyun tak nak mintak apa-apa daripada appa. Hyun cuma nak appa kahwinkan Hyun
dengan dia. Lepas tu, semua hal duit ke apa, Hyun akan cari sendiri "

Aku terpempan dengan kata-kata Baekhyun. Dia serious?

" Kamu sedar tak? Kamu sedar apa harapan keluarga terhadap
kamu? Appa dengan omma nak kamu sambung belajar, dapat kerja yang bagus-bagus.
Tengok macam Bom, dia dah jadi doktor. "

" Hyun janji dengan appa. Walau macam mana pun, Hyun akan tunaikan hajat appa nak
tengok Hyun jadi engineer. Hyun janji "

" Kamu betul- betul nak kahwin dengan dia? "

" Oppa, apa semua ni? " Aku mula keliru.


Cinta Monyet | Angelily95
" Panggil dia masuk "

Tiba-tiba pintu tersebut di buka dari dalam. Aku lihat muka Baekhyun yang merah. Pipi
kirinya kelihatan agak bengkak. " Sini " aku ditarik masuk ke dalam bilik tersebut.


" Baekhyun, apa ni? "


" Yoobi-ah, Hyun nak bertanggungjawab jadi ahjussi tak mampu nak halang " kata bapa
Baekhyun lemah.

" Tapi ahjussi- "

" Kamsahamnida appa " Baekhyun tunduk 90 darjah kepada bapanya.

" Baekhyun. Aku- "

" Petang ni jugak ahjussi akan ke rumah kamu "

" Mwo?! "







Cinta Monyet | Angelily95

Walaupun aku sendiri tak mampu menerima kenyataan, tetapi siapalah aku untuk
menentang kemahuan kedua-dua buah keluarga. Baekhyun pula selalu menyulitkan
keadaan. Aku masih lagi tidak dibenarkan untuk bertemu dengan ibuku. Kali terakhir aku
bertemu ibuku adalah ketika keluarga Byun datang ke rumahku.

" Baekhyun-ah, tolong la angkat kotak ni " arahku. Lori yang membawa barang-barangku
telah sampai.

" Angkat la sendiri. Tak nampak ke aku tengah tengok TV ni? " Jawab Baekhyun acuh tak
acuh. Aku menghentakkan kaki tanda tidak puas hati.

" Ada nampyeon pun tak guna! " Kataku geram. Dalam tiga minggu selepas perkahwinan
kami, dia langsung tidak berhenti menyakitkan hati aku. Dasar monyet!

Lori tadi telah pergi selepas pemandunya meninggalkan barang-barangku di depan rumah
keluarga Byun itu. Aku mengeluh kuat sebelum mengangkat sebuah kotak yang berat.


" Kan bagus kalau oppa ada. Kalau omma ada lagi bagus, boleh dia belasah monyet tu "
gumamku. Oh, ada sesuatu yang penting perlu aku beritahu. Rupa-rupanya abeonimsangat
baik hati. Dia selalu melayanku dengan baik. Satu-satunya makhluk yang menyakitkan hati
aku sehingga sekarang adalah monyet bertopengkan manusia itu. Byun Baekhyun.


" Tak payah nak buat muka buruk sangat la. Sakit mata aku "

" Dah. Tak payah nak tolong-tolong. Pergi tengok TV tu sampai juling bijik mata kau " aku
melangkah ke dalam rumah melepasi Baekhyun yang berdiri di muka pintu.


Cinta Monyet | Angelily95
" Perasan. Aku tak ada cakap pun aku nak tolong kau "

Aku menghiraukan kata-katanya lalu bergerak ke bilik tetamu yang kini sudah menjadi bilik
aku dan Baekhyun. Aku kembali ke luar untuk mengangkat barang yang lain pula.

" Aku cakap tak payah tolong " marahku. Dia hanya membuat muka jijik.

" Siapa nak tolong kau? Aku nak tolong wifeu aku " dia mengangkat kotak yang paling besar.

" Suka hati kau la Wonsungi " kataku selamba.

" Jangan panggil aku Wonsungi! " Larang Baekhyun.

" Wonsungi tak best ke? Kalau dwoaeji? "

" Yah! Kau nak mati ke? " Dia membesarkan matanya. Alahai, langsung tak menakutkan.
Comel ada la.

Bunyi hon tiba-tiba kedengaran.

" Posto! Posto! " Kata posmen it


" Pistol! Pistol! Kau bising aku tembak. " Jawab Baekhyun.

" Apa kau ni? Tak sopan betul " aku menampar bahu Baekhyun perlahan. Baekhyun hanya
tersengih.

Cinta Monyet | Angelily95


Posmen itu beredar selepas menyerahkan sekeping surat kepada Baekhyun.


" Surat siapa tu? " Tanyaku. Baekhyun menunjukkan surat itu kepada aku.

" Kau yang hantar surat ni kan? "

" Apa kau mengarut ni? Tak ingin aku hantar surat kat kau "

" Tipu. Kau yang hantar surat ni. Surat cerai ni kan? "

" Baekhyun! " Aku menampar belakang kepalanya sekuat hati. Rasakan.

" Yah! Sakit! Aku gurau je la. Boleh tak jangan guna kekerasan? Aku ni berjiwa lembut " dia
meletakkan tangannya di dada lalu menarik nafas perlahan.

" Michi " getusku.

" Aku dengar tu " katanya. Aku hanya menjelirkan lidah ke arahnya.

" Baekhyun, surat apa tu? Ada lambang U.. " Tanyaku curiga. Aku mendekatinya sehingga
bahu kami berlaga.

" Kalau iya pun, tak payah la kau nak goda aku tengah-tengahari buta macam ni "


Cinta Monyet | Angelily95
" Ish! Aku tak ingin la! " Aku mencubit perutnya perlahan.

" Ouch. Sakit la! " Dia menepis tangaku.

" Bukak la surat tu " daguku sudah berada di atas bahunya. Ketinggian aku dan Baekhyun
tidaklah jauh berbeza sangat.

Dia membuka sampul surat itu perlahan-lahan.

" Yes!! Dapat! "

" Dapat? "

" Aku dapat tawaran foundation of science dekat Seoul university! "

( A/N: universiti seoul kat sini hanyalah rekaan semata-mata. Korang bayangkan U dalam
cite ni sebagai UITM Puncak alam ok? haha )


" Kau pun mintak kat situ? "

" Pun? "

" Aku mintak kat situ, course yang sama "

" Oh. "


Cinta Monyet | Angelily95
Persoalannya sekarang, kenapa aku belum dapat surat tawaran itu? Hatiku berat
mengatakan aku tidak diterima oleh university tersebut.





" Baekhyun.. "

" Mwo? " Dia sedang menyapukan losyen ke lengannya.

" Sudah-sudah la pakai losyen tu. Aku nak cakap ni " bentakku.

" Cakap je la. Aku dengar pakai telinga "

" Benci betul aku dapat nampyeon macam kau ni " rajukku.

" Aku pun tak berbangga dapat wifeu macam kau. Adil kan? "

" Blah la kau " aku baling bantal ke arahnya lalu bergerak ke pintu. Sakit hati aku bila
bercakap dengan Baekhyun.

" Sikit-sikit merajuk. Sini kau " dia menarik tanganku kembali ke arah katil.

" Ni dah lebih " kataku apabila dia berada di atasku.

" Sekarang aku dengar. Kau nak cakap apa? "

Cinta Monyet | Angelily95

Aku menelan liur. Mak aihh, rapat betul mukanya dengan muka aku. Liang roma dia pun aku
boleh kira satu-satu ni. Kenapa muka aku panas tiba-tiba ni? Tadi tak demam pun.


" Cakap la "

Duhai jantung, tolonglah jangan nak mengepam darah tu laju-laju sangat. Aku akui suara dia
tersangatlah romantik dan Baekhyun yang macam ni aku tak pernah nampak sebelum ni.

" Cakap tu aku boleh cakap tapi anak cicak mana bergerak dalam baju aku ni? " Tanyaku
berlapik. Baekhyun ketawa kecil. Dia tersenyum.

JANGAN COMEL SANGAT BOLEH TAK? Teringin pula aku untuk menjeritkan soalan itu di
depan mukanya. Geram!

" Baekhyun, aku ingat nak balik rumah esok. Manalah tahu kot-kot surat tawaran aku pun
dah sampai "

" Hmm.. "

" Yah! Kau dengar tak- "

Chu!!~

" Yah!!! Siapa kau suruh kau kiss aku? " Aku terkejut cipan. Biar benar? Baekhyun ketawa
lagi.


Cinta Monyet | Angelily95
" Baek- "

Chu!~

" Yahhh!!!! "

" Yah! Hyun-ah, korang boleh diam sikit tak. Hyung kena bangun awal esok. Diam-diam
sudah la " pekik Baekbom dari biliknya.

" Kau sambung esok je la apa yang kau nak cakap tadi. Aku tak dengar pun " aku Baekhyun.

" Ye la, esok. Dah anak cicak ni tolong la keluar daripada baju aku ni. Benci betul cakap
dengan kau ni "

" Tak nak "

" Mwo? Kau dah kenapa? "

Baekhyun tersengih. Aku mengeluh kasar apabila anak cicak tadi tiba-tiba membesar
menjadi bapak dinosaur.

" Baekhyun, pagi esok aku kerat tangan kau "

" Hmm "

" BYUNTAE!!! " Laungku apabila dia membuka bajunya.


Cinta Monyet | Angelily95
Oh, adegan seterusnya tak perlulah aku ceritakan dengan terperinci. Jiwa-jiwa suci perlu
dipelihara. Hehehe~




Cinta Monyet | Angelily95
Bab 3


Tok tok tok!

" Kau nak apa datang sini? " Tanya bapa tiriku kasar. Aku menelan liur ketakutan. Baekhyun
di sebelahku hanya mendiamkan diri. Nasib baiklah aku telah memaksanya berjanji untuk
tidak buat perangai gilanya di depan bapa tiriku.

" Annyeonghaseyo. Ahjussi, omma ada? " Tanyaku sopan.

" Balik. Aku tak nak tengok muka kau kat sini. Omma kau ada tapi aku tak benarkan dia
keluar jumpa kau. Dah, pergi balik "

" Tapi.. Err.. Ahjussi, saya datang ni nak tengok kalau-kalau ada surat sampai untuk saya "

Bapa tiriku kelihatan seperti sedang berfikir.

" Kalau kau nak cari barang-barang kau , kau cari dalam tong sampah depan rumah. Aku dah
tak simpan barang-barang kau dalam rumah ni "

" Ahjussi- "

" Terima kasih orang tua " Baekhyun pantas menutup pintu rumah tersebut bagi pihak bapa
tiriku. Aku menjeling Baekhyun atas perbuatannya.

" Baekhyun! "


Cinta Monyet | Angelily95
" Mwo? "

" Kau dah janji.. Aish shi.. "

" Yah jangan mencarut! "

" Benci la kau ni! " Aku menumbuk dadanya.

" Jom cari surat kau " Baekhyun menarik lenganku untuk mengikutinya ke arah tong sampah.

Aku mengeluh apabila aku lihat selipar bunny yang dihadiahkan oleh Baekhyun ketika aku
berusia 15 tahun turut berada di dalam tong sampah tersebut.


" Baekhyun.. Hadiah kau- " aku sebak. Apalah sangat salah aku sehingga begini cara aku
dilayan. Aku mengambil selipar tersebut.


" Yah! Jangan nak emosi sangat la perempuan. Aku boleh beli 10 pasang lagi selipar macam
ni untuk kau " Baekhyun sedang ligat mencari suratku disebalik sampah-sampah di dalam
tong tersebut.

" Tak nak. Selipar ni lain " aku memeluk selipar tersebut.

" Kau ni dah kenapa? "

" Aku sayang selipar ni. Sebab time tu, kau sorang je yang ingat birthday aku. Kau- "

Cinta Monyet | Angelily95

" Dah stop. Aku tak nak dengar segmen mengimbas kembali kau ni. Senyap atau aku tinggal
kau kat sini " ugut Baekhyun. Telinganya merah.


" Kau nak tinggal aku kat sini? Aku wifeu kau la " aku tunjal kepalanya perlahan.

" Eoh? Wifeu aku? Oh, lupa pulak "

" Kau lupa?! " Aku tarik pipinya sekuat hati.

" Yah! Lepas la! Tangan kau bau sampah! Yah!! " Dia menepis tangan aku.

" Opss.. Mian! " Aku ketawa kekok.

" Yoobi-ah!! Kyaaa~~ "

" Wae wae wae?! " Aku tiba-tiba melompat teruja. Dia menunjukkan sampul surat di
tangannya. Surat?


" Kau dapat jugak! Yehet! "

" Kyaa~ Gomawo " secara tidak sengaja aku mencium pipinya.

" Yah! "


Cinta Monyet | Angelily95
" Mian, aku tak sengaja! " Aku menampar mulutku perlahan. Kenapa kau ni Yoobi?


" Ani. Aku nak cakap kalau nak kiss pun kiss la kat sini " dia memuncungkan mulutnya.
Apakah?

" Nah! " Aku mendekatkan selipar yang aku pegang ke bibirnya. Rasakan!

" Lee Yoobi! Kotor la!! " Marah Baekhyun lalu mengelap bibirnya dengan leher bajunya.

" Eoh? Bukan dah Byun Yoobi ke sekarang? "

" Yalah. Byun Yoobi.. "

Chu!~

" Baekhyun! Kotor! " Bentakku apabila Baekhyun mencium bibirku secara tiba-tiba.

" Tahu pun. Yang kau bagi aku cium selipar kau buat apa. Jom balik. Dah macam pencacai
najis bau kau "

" Baekhyun! "


" Arasseo arasseo. Jangan cubit aku la perempuan! " Baekhyun mengeluarkan jeritan
keperempuanannya. Aku ketawa melihat reaksinya.


Cinta Monyet | Angelily95



" Ini yang appa takutkan sebenarnya " abeonim mengeluh perlahan.

" Tapi appa, mesti ada cara. Hyun tak boleh lepaskan tawaran ni, ni satu-satunya tawaran
yang bagi biasiswa sekali " terang Baekhyun.


" Appa tahu tu tapi Hyun sedar tak U tu tak terima pelajar yang dah kahwin? Hyun tak boleh
sewenang-wenangnya langgar peraturan tu "


" Abeonim, Yoobi minta maaf sebab menyampuk. Yoobi rasa tak ada masalah kalau
Baekhyun tak dedahkan status perkahwinan kami " aku memberi pendapat.

" Hyun setuju dengan apa yang Yoobi cakap " kata Baekhyun. Sejak bila dia setuju dengan
apa yang aku cakap?


" Habis tu, Yoobi boleh ke berpisah dengan Baekhyun untuk dua semester tu? Setahu appa,
pelajar U tu wajib duduk di kolej kediaman "

" Yoobi tak ada masal- "

" Apa maksud appa ni? "


Cinta Monyet | Angelily95
" Dalam keadaan sekarang ni, cuma salah seorang daripada kamu je yang boleh terima
tawaran tu "

" Tak nak. Baekhyun tak nak kalau Yoobi tak ikut "


" Abeonim, boleh tak Yoobi nak cakap dengan Baekhyun secara personal dulu? Esok kita
bincang semula ya abeonim " aku meminta izin. Abeonim mengangguk.

Aku menarik tangan Baekhyun untuk keluar daripada bilik abeonim lalu meluru ke arah bilik
kami.

" Kau duduk sini, dengar aku cakap " aku memaksanya untuk melabuhkan punggung di atas
katil.

" Kau terima je tawaran tu- "

" Tak nak! "

" Yah! Aku tak habis cakap lagi "

" Tak payah cakap dengan aku " rajuknya.

" Baekhyun, kau kan dah janji dengan appa kau hari tu? Kau jangan la nak mengada sangat "
tegurku.

" Biar la aku nak mengada pun. Sibuk! " Dia menampar tanganku yang ketika itu berada di
atas bahunya.

Cinta Monyet | Angelily95

" Aku okay je kalau tak sambung belajar pun. Tak ada orang harap apa-apa daripada aku.
Kau terima la tawaran tu. Kau tak kesian kat appa kau ke? "

" Aku lagi kesian kat diri aku kalau aku ada wifeu bodoh "

" Mwo?! "

" Kau dengar. Aku tak nak wifeu bodoh! "

" Kau ni melampau la! " Marahku. Tubuhku terasa kerdil apabila dia memandang aku
dengan pandangan yang sangat tajam.

" Aku cuma nak kau terima tawaran tu! Kenapa susah sangat kau nak faham?! " Aku
berundur setapak apabila dia berdiri menghadapiku.

" Aku cakap tak nak tak nak la! Aku tetap dengan keputusan aku. Kalau kau tak terima, aku
pun tak nak terima. Sekarang, semua bergantung pada kau. Kau fikirlah "

" Baekhyun! Kau- "

" Diam! " Jerkahnya. Terlompat aku dibuatnya kerana terkejut.

" Selagi kau tak terima, kau jangan cakap dengan aku " katanya lalu melangkah keluar
daripada bilik kami.

Nampaknya, aku takkan bercakap dengan Baekhyun buat selama-lamanya.


Cinta Monyet | Angelily95




" Abeonim, Yoobi mintak maaf. Yoobi terima tawaran tu " aku menunduk tanda hormat. Aku
bertemu dengan abeonim, hanya kami berdua.

" Tak apa la Yoobi. Abeonim faham. Hyun tu bila dia buat keras kepala memang macam tu la
jadinya. Lain betul dengan perangai Bom. Ada bagusnya bila anak-anak lain-lain perangai.
Tak ada la bosan keluarga ni. "

" Yoobi mintak maaf bagi pihak Baekhyun. Yoobi janji Yoobi akan pastikan dia belajar betul-
betul. "

" Abeonim pegang janji Yoobi tu. Yoobi pun belajar betul-betul tau. "

" Neh! Terima kasih abeonim. "






" Yah! Cepat la. " Tegur Baekbom apabila Baekhyun mengambil masa yang terlalu lama
untuk memilih cadar.

" Sabar la hyung " Baekhyun membelek-belek cadar yang ada. Kami sedang membeli-belah
barang keperluan untuk memasuki universiti.

Cinta Monyet | Angelily95

" Teruk betul nampyeon Yoobi ni "

" Bukan nampyeon Yoobi ni " kataku selamba menyebabkan Baekhyun menjeling aku. Aku
peduli apa? Termasuk hari ini, sudah tiga hari aku tidak bertegur sapa dengan Baekhyun.


" Hyun pun tak ingat bila Hyun ada wifeu macam dia ni. Muka hodoh- "

" Kau diam! " Aku baling cadar yang telah aku pilih ke arah mukanya. Aku sakit hati dengan
mulutnya yang hanya tahu untuk mengutuk aku, menyakitkan hati aku. Alahai, kenapa mata
aku berair ni?

" Yoobi okay tak? " Tanya Baekbom prihatin. Aku mengangguk.

" Yoobi pergi ambil angin dulu. Oppa tengok-tengok la dulu ye. Bila dah nak balik call Yoobi
tau " aku melangkah menjauhi mereka tanpa menunggu balasan daripada Baekbom.


Aku berhenti untuk duduk di sebuah bangku yang kosong. Keluhan kecil aku lepaskan.



" Yoobi " satu kucupan singgah di pipiku sebelum sempat aku menoleh. Aku segera
menekup pipiku dengan tapak tangan.


Dasar pencabul bersiri! Aku mengabaikan kewujudan Baekhyun di sebelahku.

Cinta Monyet | Angelily95


" I guess a sorry won't do it " katanya, memerhatikan reaksiku.

" So I am not gonna apologise " tambahnya lagi.

Dia memegang tanganku, erat.


" Say something or else I will kiss you " ugutnya.

Aku hanya berdiam diri tetapi menghantar pandangan yang berbunyi kau-gila-ke-ni-public-
kau-nak-mampus ke arahnya. Dia tersenyum seperti memahami.

" Baekhyun! " Jeritku apabila dia membuktikan kata-katanya.

" Kau dah tak hodoh lepas aku kiss kau. Anggap diri kau katak and aku pulak the prince. Bila
aku kiss kau, kau pun jadi cantik. Yehet~ "


" Aku benci kau " aku cubit perutnya.

" Yahh! Sakit! "

" Hati aku lagi sakit " getusku.

" Malam ni aku tolong urut "

Cinta Monyet | Angelily95

" Mwo? "

" Kau cakap hati kau sakit. Malam ni aku urutkan hati kau "

" Hati mana boleh urut la babo! "

" Siapa cakap tak boleh? Malam ni aku buktikan "

" Perlu ke malam? "

" Perlu la. Nanti orang lain skodeng. Aku je yang boleh tengok " dia tersengih.

" Kau ni byuntae la. " Aku cubit pipinya pula.

" Jangan la main pipi aku. Aku tahu la kau jealous dengan baby fat yang aku ada "


" Babo. Suka hati kau la Byun Tae Hyun! "

" Yahh!! Habis tu hyung jadi Byun Tae Bom la? " Baekhyun ketawa.

" Yahhh!! Kenapa libatkan hyung pulak? Tak senonoh betul budak-budak ni " rungut
Baekbom yang muncul dengan bungkusan plastik di tangannya.

" Yoobi yang mulakan dulu, hyung " adu Baekhyun. Aku menjeling Baekhyun.

Cinta Monyet | Angelily95

" Tadi tak mengaku wifeu, sekarang lovey-dovey bagai pulak " gurau Baekbom. Baekhyun
mencebik comel.

" Kau dah kenapa? " Aku kepit cebikannya dengan jari telunjuk dan jari hantuku.

" Yah! " Dia tepis tanganku.

" Kasar la kau ni Hyun " tegur Baekbom.

" Oppa! "

Kami bertiga terus berpaling.

" Joohee? " Baekbom agak terkejut dengan kehadiran gadis itu di situ.

" Siapa ni? " Bisik aku kepada Baekhyun. Baekhyun hanya menghadiahkan aku pandangan
tajam. Suka sangat jeling aku ni kenapa? Cekik baru tau!


" Bom oppa buat apa kat sini? Hyun oppa? " Tanya Joohee ceria. Wait a min! Dia panggil
Baekhyun.. Oppa?


" Oppa, marah Joohee lagi ke? " Joohee mengambil tempat di sebelah Baekhyun. Dia
memegang lengan Baekhyun menyebabkan mata aku membesar kerana terkejut. Siapa
perempuan ni?


Cinta Monyet | Angelily95
" Oh, ni sepupu oppa yang oppa pernah cerita kat Joo dulu tu ke? " Joohee memerhatikan
aku dengan penuh minat.

" Joo, Oppa rasa Joo perlu tahu yang- " Baekbom tidak sempat menghabiskan kata-katanya
kerana Baekhyun terlebih dahulu menyampuk.

" Dia ni sepupu oppa "

Aku sedikit terasa hati dengan kata-kata Baekhyun. Kenapa dia tidak mahu mengaku
bahawa aku ini isterinya?

" Hyun, kau- "

" Hyung, hyung balik la dulu dengan Yoobi. Nanti Hyun balik sendiri " Baekhyun mencapai
tangan Joohee dan membawa gadis itu pergi dari situ. Hatiku yang sakit aku sembunyi
dalam-dalam.

" Yoobi.. " Baekbom mendekati aku dengan penuh berhati-hati. Aku menghadiahkan
senyuman ke arah abang iparku itu.

" Jom balik oppa " aku melangkah mendahului Baekbom.

" Err.. Neh " Baekbom mengekori langkahku.




Cinta Monyet | Angelily95
Bab 4


" Yoobi-ah " panggil Baekhyun. Aku sedang membancuh kopi di dapur ketika dia memelukku
daripada belakang.

" Yah! Kalau orang nampak macam mana? " Aku cuba mengalihkan tangannya tetapi gagal.
Dia mencium pipiku beberapa kali sebelum meletakkan dagunya di atas bahuku.

" Biar la orang nampak pun. Kau kan wifeu aku "

" Lepas la " aku menolak tubuhnya menjauhiku. Dia boleh tinggal aku dengan Baekbom
macam orang bodoh then balik-balik selamba saja peluk aku. Pergilah peluk si Joohee tu!

Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku..marah?

" Okay, fine! Bom mana? " Dia mencapai mug berisi kopi yang sepatutnya milik aku dengan
selamba. Aku menggigit bibir geram.

" Aku tak tahu. Kau ingat aku jaga dia ke? Bagi balik air aku! " Aku cuba merampas mug itu
daripada tangannya. Dia mencuba merebut kembali mug itu dan bermulalah acara tarik mug
antara kami.

Entah di mana silap aku, air kopi itu tertumpah ke atas tangan aku. Panas!

" Ouch! " Pantas aku melepaskan mug tersebut menyebabkan mug itu terjatuh ke atas lantai
dan jatuh berkecai. Kulit tanganku terasa sangat pedih dan mula memerah tetapi bukanlah
teruk sangat kecederaan yang aku alami. Sebentar lagi mesti baik sendiri.


Cinta Monyet | Angelily95
" Yah, gwaenchana? " Soal Baekhyun bimbang. Dia cuba memegang tangan aku tetapi aku
pantas menolak. Rasa sebak mula menyerang diri aku.

Aku pantas duduk bercangkung untuk mengutip serpihan kaca tersebut padahal aku tidak
ingin Baekhyun nampak yang aku sedang menahan air mataku daripada jatuh.

" Yah, aku tengah cakap dengan kau ni! Jangan kutip guna tangan! " Marah Baekhyun lalu
memaut tangannya supaya aku berhenti daripada mengutip serpihan kaca tersebut.

Aku tidak mempedulikan Baekhyun kerana aku yakin jika aku memandang matanya, aku
akan menangis. Aku tepis tangannya sekuat hati.

" Kau ingat ni drama ke? Dah, pergi main jauh-jauh. Biar aku bersihkan " kataku, suaraku
agak serak.


" Menyampah betul aku. Boleh tak kau jangan nangis? Mug pecah pun kau nak nangis ke? "

" Aku tak nangis pun! Dan aku tak pernah nangis depan kau! " Bentakku geram. Baekhyun
ketawa sinis.

" Are you sure? Siapa yang menangis depan aku bila omma dia tak datang time perjumpaan
ibu bapa kat sekolah? Siapa yang menangis depan aku bila ahjussi dia tak datang ambil lepas
habis kelas malam tu? Siapa? " Baekhyun mula mengungkit kisah lama.

Aku mula menangis. Kata-kata Baekhyun semuanya benar. Aku selalu menangis di depannya.

" Kalau kau menyampah dengan aku sudah la. Tak payah cakap dengan aku. Aku tak nak
duduk sini. Aku tak nak masuk U tu. Aku tak nak kawan dengan kau dah " rajukku.

Cinta Monyet | Angelily95

Aku bangkit lalu melangkah ke bilik kami.

" Yah! Kau jangan nak mengada-ngada. Kalau kau tak nak terima tawaran tu siap kau "
Baekhyun mengikutiku daripada belakang.


" Aku nak mengadu kat omma aku. Kau jahat! "

" Macam la omma kau peduli. Kalau dia peduli, takkan la kau ada kat sini. " Sindir Baekhyun.
Dasar monyet tak guna!

" Iya la. Tak ada orang pun peduli kat aku. Bukan macam kau. Ada Baekbom, ada Joonhee.. "
Suaraku meleret perlahan.

" Aku dah agak. Kau jealous dengan Joonhee kan? " Dia berdiri di depanku. Aku hanya
memandang kakinya. Gila tak jealous?

" Mana ada! " Nafiku. Baekhyun tertawa. Lawak ke?

" Kalau tak kenapa kau buat perangai macam ni? Kau suka aku ek? " Dia merendahkan
badannya untuk melihat mukaku yang sedang menunduk. Kenakalan terserlah pada wajah
Baekhyun.

Suka Baekhyun? No way!

" Ani. Aku tak suka kau! Aku.. Aku cuma.. " Aku agak teragak-agak untuk meneruskan kata-
kataku kerana aku bimbang dia akan ketawa.


Cinta Monyet | Angelily95
" Cuma apa? " Dia merapatkan mukanya ke arah mukaku dengan senyuman nakal yang tidak
lekang daripada bibirnya.

" Cuma... Err.. Aku kan dah layan kau macam nampyeon. Err.. Aku- "

" Macam nampyeon? " Bisik Baekhyun. Pipiku mula merah kerana malu. Kenapa monyet ni
buat-buat tanya pulak ni? Dia nak aku terangkan satu-satu ke?


" Tak nak la cakap dengan kau " aku menolak tubuhnya yang semakin lama semakin dekat.
Baekhyun pantas menarik aku ke dalam pelukannya.

" Aku tak ada hubungan apa pun dengan Joohee tu " dia mengusap kepalaku. Betul ke?
Boleh percaya ke?



" Omo! Apa kamu berdua buat depan pintu ni? " Omonim terkejut apabila melihat kami
berpelukan di situ.

" Free hug, omma. Omma nak jugak? " Baekhyun menawarkan pelukannya
kepada omonim. Omonim pantas menunjal kepala anak bongsunya itu.

" Free hug kepala kamu "

Kepala? Aku ketawa berdekah-dekah. Kelakar betul omonim ni.



Cinta Monyet | Angelily95
" Omma, hyung dah masuk kerja balik ke? " Tanya Baekhyun sambil memaut
bahu omonim. Omonim mengangguk.

" Iya la. Tadi kan dia keluar dengan kamu pun masa lunch hour. Dia dah pergi klinik dia tu "
jawab omonim.

" Tapi Hyun tak lunch lagi " rungut Baekhyun comel. Memang la kau tak lunch lagi! Bila aku
pergi lunch dengan Baekbom, kau sibuk pergi menggatal dengan Joohee. Eh eh,jealous lagi
aku ni.


" Omma masak apa hari ni? Mesti best "

" Hyun tak makan lauk yang omma masak hari ni " jawab omonim.

" Mesti ada timun. Benci la omma ni " Baekhyun mencebik. Tak makan timun rupanya
monyet ni.

" Cuba la makan kamu makan timun. Omma tak pernah dengar orang mati sebab makan
timun "

" Macam mana kalau Hyun jadi orang pertama mati sebab makan timun? Omma nak
tanggung? "

" Apa kau mengarut ni? " Tanyaku, pelik dengan perangai monyetnya itu.

" Kau diam. Jangan menyampuk bila orang tua tengah bercakap " kata Baekhyun. Eh, aku
pulak yang kena. Aku menjelirkan lidah ke arahnya.


Cinta Monyet | Angelily95
Dia pantas menarik kedua-dua belah telingaku.



" Yah! Sakit! "

" Hyun! Apa kamu ni? " Giliran omonim pula yang menarik telinga Baekhyun.

" Ah! Omma! Sakit la! " Baekhyun melepaskan telingaku.

" Tahu pun sakit. Cuba kamu berlembut sikit dengan Yoobi. Kamu ingat omma tak perasan
ke cara kamu layan dia? Kasar sangat " tegur omonim. Omonim, saya voteomonim sebagai
ibu mertua terbaik di Korea Selatan!

" Apa omma ni. Omma dah tak sayang Hyun ke? Hyun tahu la dulu omma nak anak
perempuan. Mentang-mentang la omma dah ada Yoobi. Kacang lupakan kulit " Baekhyun
mula berdrama.


" Tak payah nak berdrama kat sini. Kamu tak sayang wifeu kamu ke Hyun? "
Tanya omonim serious.

" Tak pun " Baekhyun membuat muka buruk. Kau tak sayang aku? Berani kau tak sayang aku!
Berani kau! Eh, aku nak ke kau sayang aku?


" Yalah tu. Tak sayang la tu maknanya kalau nak berkepit 24 jam. Appa suruh tinggal Yoobi
kat sini sementara Hyun pergi belajar pun dah naik angin. Tak sayang la tu kan? "


Cinta Monyet | Angelily95
Gulp!

Siapa yang telan liur kuat sangat ni?



" Hyun tak nak kawan dengan omma! Hyun nak lari dari rumah! " Bentak Baekhyun dengan
muka yang merah. Dia pantas masuk ke dalam bilik kami dan menguncikan dirinya.

Kenapa dia ni?

" Malu la tu " gumam omonim lalu meninggalkan aku terpinga-pinga di situ. Apa ni? Apa
semua ni?







" Yoobi-ah, Semua barang dah ambik? " Tanya Baekbom. Dia pantas menutup bonet
keretanya apabila aku mengangguk. Baekbom yang akan menghantar aku dan Baekhyun ke
universiti. Hari ini merupakan hari pendaftaran.

" Hyun-ah, belajar rajin-rajin tau. Jaga Yoobi tu elok-elok " omonim memeluk Baekhyun erat.
Muka Baekhyun agak merah, mungkin dia sedang sedih kerana perlu berpisah dengan
keluarganya. Aku hanya memerhatikan gelagat keluarga bahagia ini.


Cinta Monyet | Angelily95
" Ingat Hyun. Kamu la harapan terakhir kami. " Kata abeonim apabila Baekhyun berada
dalam dakapannya. Baekhyun hanya mengangguk apabila abeonim menasihatinya.

" Kamu pun belajar elok-elok tau Yoobi " pesan omonim kepadaku. Aku mengangguk lalu
menunduk hormat.

" Yoobi-ah, Hyun-ah, jom gerak sekarang. Nanti terlewat pula " kata Baekbom.


Baekhyun segera melepaskan abeonim dan bergerak ke arah kereta. Aku menunduk ke arah
ibu bapanya sekali lagi sebelum memasuki perut kereta itu.


" Kau okay tak ni? " Tanya Baekbom apabila kereta mula bergerak. Aku duduk
di seat belakang manakala Baekhyun di depan, di sebelah Baekbom.

" Aku okay la hyung " kata Baekhyun.

Kemudian, kami hanya berdiam diri. Hanya kedengaran lagu yang diputarkan oleh DJ Seoul
fm.

Selepas 30 minit perjalanan, aku mula terasa mengantuk. Aku menguap beberapa kali
sebelum tertidur.

Aku terjaga apabila telefonku berdering. Siapa pula yang call aku ni?

" Yeoboseyo? "


Cinta Monyet | Angelily95
" Siapa ni? " Tanyaku. Aku agak curiga kerana aku jarang mendapat panggilan.

" Yoobi-ah, ni omma? "

Omma?

" Omma! " Aku mula terharu kerana mendapat panggilan daripada ommaku.

" Yoobi-ah, kamu belajar betul-betul tau " pesan omma. Aku memegang erat telefonku.

" Yoobi janji! Omma, Yoobi rindu. Yoobi nak jumpa omma. Rindu " kataku.

" Omma pun rindu Yoobi. Nanti kita jumpa " kata omma. Aku mengangguk gembira
walaupun anggukanku tidak mampu dilihat oleh omma.

" Omma janji tau! Yoobi sayang omma "

" Yoobi-ah, bangun "




" Kenapa omma suruh Yoobi bangun? " Aku pelik.




Cinta Monyet | Angelily95
" Yah Byun Yoobi! Bangun! "

Mataku segera terbuka. Omma?

" Mana omma? " Tanyaku apabila wajah Baekhyun menyapa pandanganku. Dia turut berada
di seat belakang.

" Mana ada omma kau kat sini. Kau ni kenapa? Bangunlah, kita ada kat R&R ni. Kau tak lapar
ke? "

" Omma.. " Aku mula sebak. Aku sangat rindukan omma. Sudah lama aku tidak berjumpa
dan mendengar suaranya.

" Jom la " Baekhyun menarik tanganku. Aku menarik tangannya untuk kembali duduk.

" Baekhyun..aku mimpi omma " suaraku mula pecah.

" Kau rindu omma kau ek? "

Aku pantas mengangguk dengan mata berair. Baekhyun mendekatiku lalu memeluk aku
daripada tepi.

" Bila sampai sana nanti kau call la omma kau. Sekarang ni kita turun makan
dulu. Hyung tengah tunggu kita tu " Baekhyun mengusap kepalaku perlahan. Aku terasa
selamat di dalam pelukannya.

Alangkah bagusnya kalau Baekhyun layan aku macam ni tiap-tiap hari.


Cinta Monyet | Angelily95
Tok tok tok!

Baekhyun segera melepaskan aku daripada pelukannya. Aku berpaling untuk melihat
siapakah gerangan yang mengetuk cermin kereta itu.

Mataku membulat. Biar benar!






" Kau nak makan apa? " Baekhyun mencuit bahuku. Aku terkejut daripada lamunanku. Aku
menggelengkan kepalaku. Aku tiada selera makan kerana..

" Oppa, Joo nak makan curry ramyeon. Joo dengar curry ramyeon kat sini best. Oppa nak? "
Tanya Joohee kepada Baekbom.

" Boleh jugak tu. Hyun, kau nak? " Giliran Baekhyun pula untuk ditanya. Baekhyun
mengangguk.

" Okay. Tiga curry ramyeon. Biar Joo pergi order " Joohee dengan sukarelanya bangun ke
kaunter. Kurang sesame seed punya orang, aku kau tak nak tanya ke? Eh, bukan aku tak ada
selera ke?





Cinta Monyet | Angelily95

" Hyun tak cerita pun yang Joohee pun dapat U yang sama " Baekbom mula bersuara.

" Perlu ke Hyun cerita? Lagipun, kami memang isi borang permohonan sama-sama " terang
Baekhyun. Kau cakap kau tak ada hubungan dengan dia! Monyet!

Oh, patutlah Baekhyun beria hendak masuk U ni. Sebab dia dah janji dengan Joohee, bukan
sebab biasiswa yang dia cakap pada abeonim tu. Memang monyet! Kalau nak masuk dengan
Joohee, apahal kau libatkan aku?!

" Oppa, Yoobi nak duduk dalam kereta la. Rasa macam mengantuk lagi la " aku memberi
alasan. Aku tidak mahu duduk semeja dengan Joohee. Bimbang aku bakal menelangkupkan
mangkuk curry ramyeon ke atas kepalanya.



" Yoobi tak nak makan ke? " Tanya Baekbom prihatin. Aku menggeleng. Baekbom
mengeluarkan kunci keretanya lalu diserahkan kepada aku.

Aku melangkah ke kereta lalu menyambung tidurku di dalam kereta itu. Lantak Baekhyun la
dia nak buat apa pun. Aku tak nak tahu!









Cinta Monyet | Angelily95
Setibanya di seoul university, aku agak terpegun dengan struktur bangunannya yang tinggi.
Kawasan persekitarannya bersih dan cantik.

" Yoobi-ah, kaunter pendaftaran perempuan kat sana " Baekbom menunjukkan ke arah satu
blok yang bernama R2. R di sini bermaksud Rafflesia. Rafflesia adalah kolej penempatan
untuk mahasiswi manakala Angsana untuk mahasiswa.

" Yoobi pergi beratur kat sana. Oppa nak hantar barang Hyun kat A2 dulu. " Kata Baekbom.
Kami sekarang berada di padang kawad, yang memisahkan R2 dan A2. Padang kawad ini
agak tinggi dan kami perlu menuruni tangga untuk ke blok masing-masing.

" Yoobi tunggu oppa kat sana " kataku lalu bergerak ke blok R2. Kawasan blok R2 dipenuhi
dengan manusia. Aku lihat ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka. Aku agak
terkilan. Omma..

Tiba-tiba bahuku dicuit daripada belakang.

" Boleh pinjam pen tak? "

Pen? Aku segera memberinya pen yang kebetulan berada di tanganku. Tanpa mengambil
pen itu kembali, aku bergerak menjauhinya untuk masuk dalam barisan. Barisan itu agak
panjang dan merimaskan.


" Terima kasih! " Kataku apabila pegawai yang bertugas di kaunter itu menyerahkan kunci
rumah kepadaku. Aku baca nombor pada tag kunci itu. R2301.

" Apa maksud nombor ni? " Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Bahuku dicuit sekali
lagi daripada belakang.


Cinta Monyet | Angelily95
" Awak.. Pen awak. Terima kasih " katanya lalu memulangkan pen aku. Aku hanya
mengangguk.


Mataku melilau mencari kelibat Baekbom. Keadaan yang sesak menyukarkan misi
pencarianku.

" Yoobi-ah " Baekbom!

" Oppa " aku bergerak menghampirinya. Oh, Baekhyun pun ada.

" Yoobi dah dapat kunci? "

" Dah. Tapi Yoobi tak faham la nombor ni "

" Babo. Mari sini aku tengok " Baekhyun merampas kunci itu daripada tanganku. Ish monyet
ni!

" R2 tu nama blok, 3 maksudnya level 3 and 01 tu nombor rumah. R2301. " Terang Baekhyun
bangga. Eleh, tak payah nak bangga sangat la!


" Jom la kita hantar barang Yoobi " kata Baekbom.


Selepas melalui liku-liku kehidupan, oh tak. Maksud aku, selepas bergelut dengan manusia
yang bersesak-sesak, akhirnya kami sampai juga di rumahku. R2301.


Cinta Monyet | Angelily95
Sebuah rumah mempunyai 4 bilik dan sebuah bilik boleh menempatkan dua orang.
Selesanya! Katil single pulak tu!

Ketika kami bertiga memasuki bilikku, iaitu bilik B, kelihatan seorang perempuan sedang
mengemas barang-barangnya. Roommate aku ke?

" Eoh? Annyeonghaseyo " sapa gadis itu apabila menyedari kewujudan kami di situ. Macam
kenal.

" Annyeonghaseyo. Awak yang pinjam pen saya tadi kan? " Tanyaku. Dia mengangguk.

" Saya turun dulu la. Omma appa saya tunggu kat bawah " kata gadis itu sebelum
meninggalkan kami.

" Comel. " Komen Baekhyun. Comel? Aku ke?

" Siapa? Hyung ke yang comel? " Eh eh, Baekbom pula yang perasan.

Kemudian, aku mula mengemas barang-barangku. Pakaian aku tempatkan di
dalam locker manakala buku-buku aku susun di atas meja study yang telah disediakan.


" Hyung tunggu kat bawah la Hyun. Kamu tunggu Yoobi siap kemas. " Kata Baekbom.
Baekhyun hanya mengangguk sambil menolong aku memasang cadar pada tilamku.


Selepas beberapa minit, akhirnya bilik itu berjaya aku bersihkan. Aku cuma tidak menyentuh
bahagian milik roommateku.


Cinta Monyet | Angelily95



Click!


Belum sempat aku mengkaji bunyi apakah itu, mukaku berlaga dengan dada Baekhyun. Adoi!



Kedua-dua lengannya memeluk bahuku. Ini dah kes buang tabiat!



" Yah, apa kau buat ni? " Bisikku, tidak mahu housemateku terdengar kata-kataku.

" Nanti kita dah susah nak jumpa " bisik Baekhyun dekat di telingaku. Dia melonggarkan
pelukan supaya aku boleh melihat wajahnya. Dia memandang wajahku seolah-olah wajahku
adalah wajah yang paling menarik di atas muka bumi ini.


" Baekhyun.. " Aku cuba memberi amaran apabila wajahnya semakin menghampiri wajahku
tetapi suaraku kedengaran sangat lemah.

Walau apa cara sekalipun aku gunakan untuk memprotes, dia menang.



Cinta Monyet | Angelily95
Kemudian, aku tak sanggup untuk menceritakan apa yang berlaku seterusnya. Jeng jeng jeng.
Lu pikir la sendiri.







Sudah minggu aku tidak bertemu dengan Baekhyun kerana masing-masing sibuk dengan
minggu orientasi. Macam-macam maklumat yang aku peroleh.

Kami semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Satu kumpulan akan
berada di dalam kuliah dan kelas tutorial yang sama.

Satu kuliah pula akan menempatkan tiga kumpulan yang berbeza.


Minggu orientasi sudah berakhir pada petang semalam. Hari ini kami bebas untuk
melakukan apa sahaja kerana pembelajaran akan bermula pada hari esok.

Aku berniat untuk turun ke fakulti, untuk melihat jadual dan kumpulan mana aku
ditempatkan.

Koridor di fakulti agak lengang, mungkin kerana hari ni hari ahad. Ya, aku berseorangan
kerana Baekhyun tidak membalas SMS yang aku hantar.



Cinta Monyet | Angelily95
" Awak.. " Sapa satu suara lelaki. Siapa dia ni? Handsomenya! Handsome gila! Tinggi pulak tu!

" Awak siapa? " Tanyaku. Aku sebenarnya nak tanya ' awak ni model syarikat mana? Nak
autograf '. Oh, lupakan.


" Saya Jongin. Panggil saya Kai la senang " dia tersenyum. Jangan senyum! Jangan!

" Hello~ " dia melambai-lambai tanganya di depan mukaku kerana aku agak terpaku melihat
wajahnya. Terima kasih Tuhan, prince charming aku dah sampai. Sila ambil Baekhyun
sekarang.

Okay, itu kejam.



" Saya Yoobi " aku memperkenalkan diri.

Kai membetulkan rambut yang menutupi matanya. Kenapa? Kenapa kau handsome sangat?!!

" Awak tahu tak kat mana kita boleh tengok jadual? " Soalnya. Aku menggeleng. Sebenarnya,
aku pun masih dalam misi mencari.

" Jom pergi cari sama-sama " pelawanya. Aku mengangguk teruja. Oppa handsome, I
follow~ Ugh, terasa bagai di awangan.




Cinta Monyet | Angelily95




Kemudian, graviti dengan kejamnya menarik aku ke bawah. Kerana apa? Kerana aku
nampak Baekhyun dan Joohee sedang membaca jadual bersama-sama! Dasar monyet busuk
tak mandi pagi!

Dia tinggal aku. Dia tak reply SMS aku. Dia biarkan aku seorang diri. Monyet!!

Who cares? Aku dah ada oppa handsome. Dunia ana yang punya. Yoobi, hentikan atau aku
buang kau daripada cerita ni.

Okay.

Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mengumpul sisa baki kewarasan yang aku ada.



" Yoobi-ah, jadual ada kat sana " Kai menunjukkan ke arah Baekhyun dan Joohee yang
kelihatan gembira. Gembira? Geramnya aku!


Baekhyun berpaling ke arah kami. Mungkin dia terdengar Kai memanggil nama aku.

" Eh, sepupu oppa la " kata Joohee ceria.


Cinta Monyet | Angelily95
" Sepupu? " Tanya Kai, hairan.

" Lelaki ni sepupu saya. Byun Baekhyun. Jom la tengok jadual " gesaku, aku tidak mahu
berlama-lama di depan pasangan merpati dua sejoli itu.

" Oppa, jom pergi makan " pelawa Joohee. Baekhyun tetap tercegat di situ. Aku menjeling
ke arahnya sekilas sebelum melayan Kai yang sedang berbual dengan aku.


" Oppa.. " Rungut Joohee manja. Benci! Pergilah berambus cepat-cepat! Tolong la!

Kau ingat kau seorang je boleh ber'oppa kat sini? Watch me!



Aku mula berpaut pada tangan sasa milik Kai. OMG. OMG.
Kenapa manly sangat oppa handsome aku ni? Geram betul! Rasa nak gigit-gigit!

" Oppa- " aku terhenti kerana sangat ketara yang Kai terkejut dengan perlakuanku. Oh
no! Oppa handsome, jangan black list saya daripada senarai calon wifeu. Andwae!




" Oppa.. Oppa gangnam style " aku membuat tarian kuda di situ, cuba membetulkan
keadaan. Oh, aku rasa aku dah burukkan lagi keadaan kerana aku dengar bunyi hilaian tawa
milik Joohee dan Baekhyun. Aku terhenti lalu menampar dahiku. Malu!


Cinta Monyet | Angelily95
" Jangan ketawakan dia " marah Kai. Oh my oh my! Protective! Dah la handsome! Ish, tak
habis-habis dengan handsome.


" Wae? Aku kena bayar ke kalau nak ketawa? "

Hmm. Baekhyun dah start perangai monyet dia.



" Yoobi-ah, tak payah pedulikan dia berdua ni " bisik Kai. Serious, meremang bulu roma aku.
Aku sebenarnya tak biasa rapat dengan lelaki kecuali.. Monyet tu.


" Nama awak Byun Yoobi ke? " Tanya Kai. Aku mengangguk. Aku sempat menangkap raut
muka sinis Baekhyun yang berbunyi kau-ingat-kau-tu-byun-wifeu-aku. Aku peduli apa?

" Oh, kita satu group. Group F9. " Katanya lagi sambil membaca segala maklumat yang ada
pada papan kenyataan tersebut.

Satu group dengan oppa handsome? Rezeki jatuh dari langit!

" Sadly, sepupu awak pun sama group dengan kita " sindir Kai sebelum menarik aku untuk
pergi daripada situ.

Mwo?!



Cinta Monyet | Angelily95






Cinta Monyet | Angelily95
Bab 5


Hari ini bermula dengan kelas tutorial Kimia.

8.00 am. Bilik TEC 9. Fakulti Farmasi 2 ( FF2).

" FF2 kat mana? Aish shi.. Baekhyun ni tak pernah nak fikir pasal aku. Menyampah betul la "
bebelku sambil ligat mencari bangunan FF2. Ku lihat kiri, ku lihat kanan. Tetap tak jumpa.
Aku pantas mengeluarkan telefonku untuk menghubungi Monyet. 010-1343613


" Maaf! Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan mesej selepas
bunyi kiss. Muah! " Baekhyun di hujung talian tertawa nakal.

" Wonsungi! FF2 kat mana? " Tanyaku geram.


" Mwo?! Kau ingat aku ni GPS ke? Tak boleh cakap elok-elok sikit? "


" Serious la. AKU DAH LEWAT NI! " Jeritku. Hah! Puas hati aku.


" Chill la. Tutor tak masuk pun lagi. Aku ada kat bilik TEC 9 ni, kau cari bangunan FF4 dulu.
Lepas tu baru kau akan nampak bangunan FF2 "


Cinta Monyet | Angelily95
" FF4? Oh, okay. Gomawo "

" Dah la. Membazir bateri aku je cakap dengan kau lama-lama " dia terus mematikan
panggilan. Monyet!!!




Selepas beberapa minit, aku akhirnya menemui bangunan FF4. Rupa-rupanya FF2 terletak di
belakang FF4. Patut la aku cari tadi tak jumpa!


Aku menekan butang lif tetapi akhirnya memilih untuk menaiki tangga. Lif lembab macam
siput dwaeji.

Mana bilik TEC? 9.. 9..

Aha! Finally!

Aku segera membuka pintu bilik TEC 9 dengan penuh semangat waja.

Gulp!

Beberapa pasang mata terhala ke arahku. Jelas bahawa akulah manusia paling lewat ke
kelas pada hari ini. Baekhyun yang duduk di meja paling belakang tersenyum sinis ke arahku.



Cinta Monyet | Angelily95
Mwo?! Rakan sekutu Baekhyun semuanya masuk U ni? Satu group dengan aku?

Chanyeol, Sehun, Chen, dan Kyungsoo! Kenapa mereka bertuah sangat? Dan kenapa aku
bernasib malang? Kenapa aku dipertemukan dengan mereka sekali lagi? Kenapa?!

" Yoobi-ah, kenapa tercengat kat pintu tu? Kat tepi saya ni kosong " Kai melambai-lambai ke
arahku. Oppa handsome! I am coming~

Okay. Gedik.



Aku mengambil tempat di sebelah Kai. Wah, wanginya oppa handsome. Bukan macam
Baekhyun, sepanjang hari bau macam monyet.

" Tutor tak masuk lagi ke? " Tanyaku perlahan. Kai menggeleng sambil menyumbatkan
sebelah earphone ke telinganya. Oppa handsome, tolong la jangan menyerlahkan lagi
kekacakan yang sedia ada. Saya takut teroverdose!


Bahuku dicuit dari arah belakang. Apabila aku berpaling, sengihan lebar Chanyeol kelihatan.

" Yoobi annyeong " Chanyeol melambaikan tangannya, berlagak comel. Kalau Baekhyun
monyet, Chanyeol ni pulak King Kong berkepala Yoda. Dia lebih menjengkelkan daripada
Baekhyun.

" Eh ubi ada kat sini. Ubi annyeong " perlu ke aku perkenalkan gerangan pemilik suara
itu? Okay, fine! Itu Chen.


Cinta Monyet | Angelily95
" Diam la Unta! " Desisku. Kai turut berpaling ke arah para penghuni zoo di belakang kami.

" Yoobi kenal ke dorang ni? " Tanya Kai, sambil memerhatikan mereka dengan penuh curiga.
Aku mengangguk.

" Classmates masa senior year kat high school. Tapi Yoobi tak rapat sangat dengan dorang ni
" jelasku. Perempuan-perempuan yang lain hanya duduk diam, setia menanti kedatangan
tutor.

Bagaikan memahami, pintu bilik TEC9 akhirnya dibuka oleh tutor Chemistry kami.

" Okay guys. Sebab kamu semua tak masuk lecture lagi so you may dismiss " umum tutor itu
selamba lalu meninggalkan kelas. Selamba badak!





" Cis, penat aku bangun awal hari ni. Argh, kedai bubble tea tak buka lagi time ni. Aku nak
blah dulu la " rungut Sehun. Sehun pantas bangun, berura-ura untuk meninggalkan kelas.

" Stop! " Suara seorang gadis kedengaran lantang. Kelihatan seorang gadis turut berdiri,
cuba menghalang Sehun daripada meninggalkan bilik itu.

Chanyeol dan Chen mula bersiul nakal, menyakat Sehun dan gadis tersebut. Gadis itu agak
tersipu-sipu.



Cinta Monyet | Angelily95
" Ani. Jangan la pergi dulu. Kita kan satu group, apa kata kita semua berkenalan dulu? "
Saran gadis itu. Sehun menggigit bibirnya sebelum mengambil keputusan untuk kembali
duduk.

" Wohoo! Ohsen dah ada fan! Dia nak kenal dengan kau tu Ohsen! " Chen menumbuk bahu
Sehun perlahan.

" Apa korang ni? Sedar Chen! Sedar! " Sehun menggocang bahu Chen kuat, menyebabkan
Chen ketawa lepas.

" Diam la! " Jerkah seorang gadis lain. Garangnya!


" Guys, bawak bertenang. Biar saya mula dulu " gadis yang menghalang Sehun tadi
melangkah ke depan kelas. Dia tersenyum manis lalu memperkenalkan dirinya.

" Annyeonghaseyo. Saya Bang Minah. Gembira dapat jumpa awak semua! " Dia
membongkokkan badannya sebagai tanda hormat.

" Nombor telefon! " Pekik Chanyeol dari belakang. Baekhyun dan Chen tertawa nakal. Ish,
dasar penghuni zoo.

Minah hanya ketawa melihat telatah tiga sahabat itu.

" Okay. Sekarang saya akan pilih sorang untuk datang kat depan ni. Awak? " Minah
menunjukkan ke arah Sehun. Ketawa Chanyeol, Baekhyun dan Chen sekali lagi kedengaran.

Minah ni memang ada hati pada Sehun ke?


Cinta Monyet | Angelily95
" Annyeong. Aku Oh Sehun. "

" Ohsen Ohsen!! " Jerit Chen.

" Diam! Kau! " Sehun membuat muka mengugut ke arah Chen.

" Pilih sorang " kata Minah. Kelas agak bising kerana masing-masing mula menyuaikan diri.
Kai di sebelahku hanya diam memerhatikan gelagat orang lain.

" Chenchenchen! " Sehun dengan penuh bergaya mempersilakan Chen ke depan. Mereka ni
kenapa hyperactive sangat?



" Annyeong annyeong. Aku Kim Jongdae. Aku ulangi , Kim Jongdae. Tapi panggil aku Chen
je. Okay next. Awak! " Chen memanggil gadis yang menjerkahnya ke depan. Gadis itu
dengan muka beku melangkah ke depan. Kedua-dua tangannya berada di dalam poket.

" Aku Krystal " kata Krystal lalu melangkah keluar daripada bilik itu. Aku tercengang.

" Aku pulak! Aku! " Baekhyun mengangkat tangan. Dia berlari-lari anak ke depan kelas. Okay.
Mulai detik ni, aku akan cuba lupakan yang dia ini nampyeon aku.

" APA KHABAR SEMUA?? " Baekhyun menggunakan semua ruang yang ada. Satu kelas
ketawa kerana kecomelan Baekhyun.

" Aku Byun Baekhyun. Nak panggil oppa comel pun boleh. Dalam group kita ni ada ahli
keluarga aku. Dia " dia menghampiriku dengan selambanya lalu memegang kedua-dua
bahuku.

Cinta Monyet | Angelily95

" sepupu aku. Nama dia Byun Yoobi. " Tambahnya.

" Aku boleh cakap sendiri! " Aku menepis tangannya yang berada di atas bahuku.

" Eoh? Mian. Aku cuma tak nak bazir masa dorang untuk dengar suara kau " Baekhyun
kembali ke depan kelas.

" Okay, next aku pilih.. Hmm.. Apa kata kau, budak hitam? " Dia memilih Kai. Budak hitam?

Berani kau kutuk oppa handsome aku, monyet!

Aku dapat kesan riak wajah Kai yang berubah.

" Aku Kim Jong- "

" Apa? Kkamjong? " Celah Baekhyun. Melampau!

" Yah Byun Baekhyun! " Aku menampar mejaku lalu berdiri menghadap Baekhyun.

" Ubi marah ubi marah " suara Chen kedengaran perlahan.

" Kau kenapa? " Tanya Baekhyun, berpura-pura tidak bersalah. Aku merengus geram.

" Kau jangan nak kutuk-kutuk Kai! "


Cinta Monyet | Angelily95
" Kai? Siapa Kai? Oh, maksud kau Kkamjong? " Tanya Baekhyun dengan cara menyindir.


" Baekhyun! "

" Chill la Yoobi. Gurau sikit pun tak boleh ke? " Kata Sehun.

" Aku tak gurau pun. Memang kulit dia hitam. " Kata Baekhyun.

" Dia tak hitam! Kulit dia cuma gelap sikit. Sekurang-kurangnya dia handsome. Bukan macam
kau kulit putih lembik! Perut buncit! " Aku melepaskan marahku.

Baekhyun turut bangkit.

" Woah, dia tahu perut Baek buncit " bisik Chanyeol kepada Chen. Tak boleh ke bisik
perlahan sikit? Aku dengar la, Yoda!



" Perut aku buncit sikit je okay! Ani. Bukan buncit, baby fat. Kau tu peha banyak lemak! Nak
aku huraikan satu-satu ke apa yang kau ada? " Kata Baekhyun berani.

" Baekhyun! " Aku mula malu kerana kami secara tidak langsung membocorkan rahsia kami.


" Aku benci kau! " Bentakku.


Cinta Monyet | Angelily95

" Aku pernah cakap aku suka kau ke? " Sinis.


" Yoobi Yoobi dah. Jom keluar " Kai menghentikan perbalahan kami lalu menarik aku keluar
dari bilik tersebut.

" Dashyatnya keluarga Byun " aku sempat mendengar kata-kata Minah.



Selepas beberapa kelas kuliah, akhirnya jadualku pada hari ini berakhir. Aku tidak merasa
penat kerana aku sangat teruja untuk belajar di sini.

" Yoobi! " Namaku dipanggil.

" Nak balik naik tangga ke naik bas? " Tanya Kai apabila dia berdiri di sebelahku.

" Naik tangga la. Awak? "

" Tangga la. Boleh kita berborak "

Aku dan Kai berjalan beriringan ke arah tangga. Tangga untuk ke kolej kediaman agak tinggi
dan memenatkan.

" Awak dengan sepupu awak tu memang selalu bergaduh ke? " Tanya Kai.


Cinta Monyet | Angelily95
" Kami tak pernah berbaik pun "

" Pelik la. Kenapa dia macam suka cari pasal? Saya cakap elok-elok tapi dia perli saya. Dalam
dewan kuliah tadi pun sama "

" Dia memang tak faham bahasa. Awak tak payah layan la dia tu. " Aku mengelap peluh di
atas bibirku dengan hujung lengan baju.


" Jangan risau. Saya memang tak layan sangat perangai dia tu " Kai disebelahku turut
berpeluh. Tangga ni memang mampu membunuh.

" Awak, awak naik la dulu. Saya dah penat, nak berhenti kejap " aku berhenti untuk menarik
nafas.

" Awak okay tak? Tak apa, saya tunggu awak " Kai turut berhenti untuk
menemaniku. Oppa handsome jjang!


" Kkamjong dan ubi. Padanan serasi! " Suara comel Chen kedengaran. Aku melepaskan
keluhan lega kerana Baekhyun tiada bersama mereka. Ya, mereka. Chanyeol dan Chen.

" Yoobi, Baekhyun pesan suruh check phone kau. " Kata Chanyeol sebelum berlalu pergi
bersama Chen.


Aku segera mengeluarkan phone daripada beg galasku.

1 New Message

Cinta Monyet | Angelily95


Byun Yoobi, kau datang rooftop FSK6 sekarang jugak. Siap kau kalau tak datang. Aku tunggu


" Kai-ah, mianhae. Saya tertinggal kalkulator dalam dewan kuliah tadi. Awak balik dulu
ya? Annyeong! " Aku melambaikan tangan ke arah Kai lalu meluru menuruni anak-anak
tangga.

" Yoobi.. "




" Nak cari FSK6 pulak satu kerja. Menyusahkan la monyet ni! " Aku masih lagi terasa asing
dengan tempat ini. Aku akhirnya membuat keputusan untuk bertanya pekerja cafe di Pusat
Satelit B (PSB).

" FSK6? Awak jalan terus kemudian naik tangga. Bangunan tu ada kat atas sebab tu
bangunan tu bangunan paling tinggi. " Terang pekerja tersebut.

" Terima Kasih! " Aku bergegas mencari bangunan Fakulti Sains Kesihatan 6 ( FSK6) itu.

Dengan segala susah payah, akhirnya aku berada di rooftop FSK6. Aku membongkok
memegang lutut kerana keletihan. Mana monyet?

Mataku melilau mencari kelibat Baekhyun. Aku salah tempat ke? Aku menjerit kecewa.
Penat aku mencari tempat ni! Sia-sia!


Cinta Monyet | Angelily95
" Shi- "

" Yah yah yah! " Satu suara mencelah sebelum aku sempat mencarut.

Monyetku!

" Kenapa kau lambat sangat? Lapar aku tunggu kau. Aku turun beli roti kejap " dia
menyuakan plastik kecil berisi dua biji roti bersama dua kotak air soya kepadaku.


" Kau nak apa? " Aku mengambil sebiji roti dan sekotak air lalu menyerahkan kembali plastik
itu kepadanya.


" Sejak bila kau kenal kkamjong? "

" Boleh tak jangan panggil dia macam tu? " Tegurku.

" Suka hati la. Jawab soalan aku "

" Semalam. Aku jumpa dia masa aku tengah cari jadual. Kau la tinggal aku sangat " aku
menggigit roti berperisa strawberi itu.

" Kalau nak aku teman kena buat appointment dulu. I am busy okay " dia menyedut air soya
itu perlahan-lahan.

Kami sebenarnya sedang duduk bersila di situ sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Cinta Monyet | Angelily95

" Sibukla sangat dengan Joohee tu kan? " Aku menghabiskan roti itu.

" Jealous la tu "


" Mian. Aku dah ada oppa handsome. Aku tak perlukan kau. Jangan nak perasan sangat "
aku membela diri sendiri. Dahi Baekhyun sedikit berkerut.

" Oppa handsome? " Tanyanya curiga.

" Err. Tak. " Aku cuba membetulkan kesilapanku. Jangan kantoi!

" Siapa oppa handsome kau? Kkamjong? " Baekhyun ketawa menyindir. Macam bagus je.


" Tak payah nak sibuk "


" I don't care. Aku nak jumpa kau ni sebab aku nak kau datang bilik aku malam ni " Baekhyun
meletakkan air kotak itu di sebelahnya.



" Micheosseo? Housemate kau macam mana? Kalau kantoi mati aku " aku menentang.
Baekhyun memang dah hilang kewarisannya yang nyawa-nyawa ikan itu.


Cinta Monyet | Angelily95
" Pandai-pandai la nak hidup. Pasal housemate kau jangan risau. Housemate aku semua
budak sekolah kita "

Mak aih! Bertuah gila!


" Terima kasih sebab kau ingatkan aku. Kawan-kawan kau tahu ke pasal kita? "

" Pasal kita? "

" Iyalah. Pasal perkahwinan kita. Kau bagi tau dorang ke? " Tanyaku hairan. Mereka
langsung tidak berkata apa-apa ketika Baekhyun memperkenalkan aku sebagai Byun Yoobi
di dalam kelas pagi tadi.

Krek krek krek

Bunyi engsel pintu kedengaran menyebabkan aku dan Baekhyun berpaling ke arah pintu.

" Oh, pasal tu. Aku bagitau budak-budak sekolah kita je sebab aku tau dorang bukan mulut
longkang. Tapi dalam rumah aku ada 3 orang budak Cina tau. So dia tak tahu pasal kau "
sambung Baekhyun.

" Tak nak la aku pergi bilik kau. Kalau kantoi susah la " aku tetap tidak bersetuju. Bagiku
ideanya itu tidak mampu diterima oleh orang-orang di sawah, apatah lagi aku.

" Nak datang ke tak nak? " Dia menarik tangan aku supaya merapatinya. Kotor seluarku
kerana bergeser dengan lantai yang berpasir itu.

" Fine! Fine! "

Cinta Monyet | Angelily95

Dia pantas melepaskan tangan aku.

" Bagus. Pilihan bijak. Kalau kau tetap tolak, aku bertukar jadi Byun Tae Hyun kat sini. Nak? "
Gertaknya.

" Tak nak! "




" Yoobi-ah, awak nak pergi mana? Dah lewat ni " tegur Chorong apabila aku membuka pintu
bilik kami. Aku tercari-cari apa yang perlu aku katakan padanya.

" Saya ada study group. Maybe tidur rumah kawan " itu saja yang mampu aku bagi.


" Eoh? Study group? Awalnya! Awak dah start belajar ke hari ni? " Tanya Chorong pelik. Kau
ni babo la Yoobi! Hari ini kan hari pertama!


" Dah " aku tipu.

" Daebak! Nanti ajar saya tau "

" Neh. "


Cinta Monyet | Angelily95
Bermula la perjalanan aku untuk ke bangunan Angsana, di mana Monyetku berhabitat di
situ.

A2503. Rumah Baekhyun.


Pintu depan rumah itu aku buka dengan berhati-hati. Aku naik menggunakan tangga kerana
tangga jarang digunakan kerana adanya dua buah lif untuk setiap bangunan.


Alamak! Bilik Baekhyun yang mana satu? Bilik A,B,C atau D? Atau dia tinggal dalam bilik air?
Hmm, memang layak pun.

Macam mana ni? Takkan aku nak main redah je? Okay, idea tu sangat bernas buat masa
sekarang.

Aku membuka pintu bilik A perlahan-lahan, cuba mengintai penghuni bilik tersebut.

Harap harap Baekhyun harap harap Baekhyun harap harap Baekhyun!

Amboi, dah macam baca jampi.

Kebetulan, penghuni bilik tersebut sedang duduk di atas katil menghadap pintu. Dia nampak
aku. Aku pantas memasuki bilik tersebut lalu menutup pintu.

" Ubi! Kau buat apa kat sini? "


Cinta Monyet | Angelily95
" Cakap perlahan sikit. Bilik Baekhyun kat mana? " Aku menyoal dalam nada berbisik. Chen
menekup mulutnya seperti tidak percaya.

" Kau berani datang sini untuk cari Baekhyun? " Chen masih lagi tidak percaya.

Aku memejamkan mata lalu menggigit bibir apabila pintu bilik A dibuka dari luar. Aku ketika
itu membelakangkan pintu.

" Kim Jongdae! Berani kau bawa masuk perempuan kat sini?! "

" Sunbae! Jangan salah faham! Aku- "

" Kau diam Chen. Kau bawa perempuan ni berkumpul kat ruang tengah " suara lelaki itu
lembut tetapi tegas. Aku tidak berani untuk berpaling memandang lelaki itu jadi aku hanya
keras membeku. Ini semua salah kau, Monyet!


" Korang, berkumpul kat ruang tengah sekarang jugak! " Lelaki itu memanggil seisi rumah.
Matilah aku kali ni!


Aku dan Chen beransur ke ruang tengah, aku hanya menunduk kerana malu.


" Yah Suho! Kau nak apa? " Muncul seorang lelaki di situ yang tidak menyedari kehadiran
aku untuk tiga saat.

Satu.

Cinta Monyet | Angelily95
Dua.
Tiga.

" Oh My Galaxy! Perempuan mana ni? " Akhirnya lelaki itu sedar akan kewujudan aku.

Aku tetap menunduk, takut akan lelaki yang bernama Suho itu.


" Kris, kau duduk dulu " arah Suho. Kris tidak menurut kata-kata Suho malah dia bergerak ke
arah pintu bilik B lalu mengetuk pintu itu beberapa kali.


" Kyungsoo-ah, keluar pakai seluar " pesan Kris lalu duduk bersama aku dan Chen di atas
lantai.

Aku meneliti lelaki-lelaki di depanku dengan perasan yang berdebar. Suho ni nak report aku
kat pihak kolej ke?


Selepas beberapa minit, 8 orang termasuk aku berkumpul di ruang tengah yang tidak
seberapa luas itu. Mana Baekhyun?

" Baekhyun mana? " Tanya Suho, turut menyedari ketidakwujudan Baekhyun di sini.


" I am home! " Pintu depan terbuka menunjukkan Baekhyun yang tersenyum girang.


Cinta Monyet | Angelily95
Senyumannya menghilang sekelip mata, digantikan oleh mata yang membesar apabila
melihat kami yang berkumpul di ruang tengah seperti sedang bermesyuarat agung peringkat
ketua-ketua kelas.


" Ap-pa semua ni? " Tanya Baekhyun, suaranya menggeletar.

" DIA! Perempuan ni wifeu DIA! " Kata Chen lantang, menyatakan kebenaran. Oh man!

" Mwo?! " Tanya Suho tidak percaya.

" Waffle? Baekhyun, kau beli waffle? Pelisa apa? " Sungguh bendul soalan itu kedengaran.
Aku berani kerat kuku yang dia ni pelajar dari Cina.

Okay, balik kepada emosi semasa.

" Che- Chen! " Baekhyun teragak-agak.

" Mian Baekhyun. Aku sayang kau tapi aku tak nak kena buang dari U ni. Mian! " Chen
merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, meminta maaf.

" BYUN BAEKHYUN! " Panggil Suho tegas.






Cinta Monyet | Angelily95
Bab 6



" Aku tak nak bersubahat dengan korang! Kalau cerita ni sampai kat pihak kolej, satu rumah
ni kena buang tau " Suho menggelengkan kepala, tidak bersetuju dengan permintaan
Baekhyun untuk menyimpan rahsia perkahwinan kami.
Ahli rumah yang lain hanya mendiamkan diri. Terdapat dua pemuda yang tidak lagi aku
kenali di situ. Salah seorang daripadanya adalah pemuda yang aku teka sebagai orang cina
itu.
" Sekarang kau pilih, keluar daripada kolej ni dengan sukarela atau nak tunggu aku report? "
Tanya Suho. Kenapa skema sangat Suho ni?
" Sunbae! Jangan la sampai macam tu. Aku- "
" Dan kau dipersilakan untuk keluar dengan Baekhyun " Suho menunjukkan ke arah pintu,
dengan hormatnya menghalau Chanyeol keluar daripada rumah itu.
" Hey Suho, my baby baby boy! Bertenang , dude. Kita bawa berbincang. Apa kata kita
dengar penjelasan Baekhyun dulu? Sebagai sunbae, kita kena la matured sikit " Kris
menepuk bahu Suho dengan lembut.
Baekhyun mengambil itu sebagai tiket untuk dia mula bercakap.

" Sunbae, aku tak tahu nak cakap apa. Kalau kau nak sangat aku keluar daripada sini, okay
fine! Aku keluar. Bagi aku tempoh seminggu " Baekhyun berdiri lalu melangkah ke arahku
yang sedang duduk di sebelah Chen.
" Apa ni Baek- "
" Ikut aku! " Marah Baekhyun lalu menarik aku ke arah pintu bilik B. Ganas betul!

Cinta Monyet | Angelily95
" Baekhyun, jangan la buat isteli kau macam tu! " Tegur lelaki yang aku rasa berbangsa cina
itu.
" Kau diam !! " Marah Baekhyun kepada lelaki itu. Lelaki itu terkedu lalu memandang ke
arah Suho, seolah-olah meminta Suho membelanya.
" Kau nak marah Tao tu kenapa? Apa salah dia kat kau? " Suho berdiri, marah dengan
tindakan Baekhyun yang memarahi Tao.
Baekhyun melepaskan tangan aku dengan kasar lalu memasuki bilik B kemudian
menghempas pintu itu dengan sangat kuat. Bunyi dentuman pintu itu membuatkan aku
terkejut.
" Suho hyung, jangan malah Baekhyun macam tu " pujuk Tao. Suho menghembuskan nafas
dengan kuat. Dia akhirnya membuat keputusan untuk masuk ke dalam biliknya, iaitu bilik A
untuk meredakan amarahnya. Chen mengekori dari belakang.

" Aku tak berani nak masuk campur " kata Chanyeol lalu turut berlalu ke bilik D. Aku
pandang mereka yang kembali ke bilik masing-masing seorang demi seorang. Aku?
" Kau nak balik rumah kau ke? Nak aku hantar? " Tanya Kyungsoo yang masih ada di ruang
tengah itu. Aku bermain dengan jari-jemariku.
" Aku tak tau.. " Suaraku kedengaran perlahan. Aku menunduk, menahan air mataku
daripada jatuh. Sampai hati Baekhyun buat aku macam ni. Dia langsung tak protect aku. Dia
tinggal aku macam tu je walaupun semua ni berpunca daripada dia.
" Kau okay tak ni, Yoobi? " Tanya Kyungsoo prihatin. Aku menggelengkan kepalaku.
" Geleng tu maksudnya okay ke tak okay? " Tanya Kyungsoo lagi. Aku mengangguk pula,
masih tidak mengangkat mukaku.
" Kyungsoo-ah, aku balik dulu la " aku meluru keluar dengan kepala yang menunduk. Muka
aku sedang basah. Basah dengan air mata.
" Yoobi! Yah! "

Cinta Monyet | Angelily95

Aku berlari-lari anak ke arah tangga. Aku mengelap pipiku dengan tangan kananku.
Baekhyun kejam.
Kenapa dia selalu layan aku macam ni? Apa salah aku kat dia? Dia punca perkahwinan kami.
Dia punca aku ada kat sini. Dan dia punca kami akan dibuang dari universiti ini. Dia patut
salahkan diri-sendiri.
Anak-anak tangga aku turuni dengan perlahan, melayani perasaan sedih, kecewa dan
terkilan yang bertimbun di dadaku. Aku menangis sepenuh hati.
Anak tangga terakhir.
Tubuhku terdorong ke belakang tangga. Aku terhenti menangis akibat terkejut. Kawasan
tersebut agak gelap menyebabkan aku takut. Siapa yang menarik aku ke sini?
Tubuhnya sangat rapat dengan tubuhku. Baunya sangat familiar. Bau monyet.
" Yoobi " suaranya kedengaran. Memang sah. Monyet!
Kemudian, aku terasa nafasnya di leherku dengan kedua-dua belah tangannya berlingkar di
pinggangku. Terasa titikan air di bahuku diiringi dengan bunyi esakan. Wait! Aku dah
berhenti menangis la!
" Yoobi " dia mengemaskan pelukan. Badannya terhenjut-henjut.

" Kenapa kau nangis ni? " Tanyaku, agak tercengang.
Dia tidak menjawab, sebaliknya menarik aku untuk duduk di atas lantai dengan posisi
berpeluk itu.
" Aku tak nak kena buang. Aku tak nak omma appa aku kecewa dengan aku " suara
Baekhyun serak dan kurang jelas.

Cinta Monyet | Angelily95
Hatiku sebak apabila terfikirkan harapan abeonim untuk melihat Baekhyun menjadi seorang
engineer yang berjaya. Akulah yang memusnahkan harapannya itu. Aku turut menangis,
menyembamkan mukaku di sisi kepalanya.
" Aku mintak maaf. Aku dah susahkan kau. Kau patut biarkan je aku kena pukul dengan
ahjussi malam tu. Kau tak patut bawak aku balik rumah kau " aku tersedu.
Baekhyun mengusap kepalaku perlahan. Aku makin mendekat, selesa dengan sentuhannya.
" Aku t-tak nak kau kena pukul. Ahjussi selalu pukul kau sampai lebam. Aku tak sa-sampai
hati " Baekhyun sangat jelas cuba menahan esakanya. Air mataku mengalir makin laju.

" Kau selalu cuba tolong aku. Terima kasih sangat. Kau memang kawan yang baik. Aku
sayang kau, Baekhyun " aku memberi ciuman pantas pada bibirnya.
Dengan keadaan yang samar-samar itu, Baekhyun menekup wajahku dengan kedua-dua
belah tangannya.
" Sama " kata Baekhyun lalu menjadikan bibir aku miliknya.
Sama? Baekhyun pun sayangkan aku?

Aku dan Baekhyun tertidur di belakang tangga pada malam semalam. Ish, jangan salah
faham. Kami hanya tidur innocent saja.
Aku balik ke bilikku pada pukul 6 pagi, untuk mengemas buku dan bersiap sedia untuk ke
kelas. Pada ketika itu, Chorong baru sahaja bangun daripada tidur. Kami hanya tersenyum,
terasa terlalu awal untuk memulakan perbualan.
Sejam berlalu, aku sedang menyisir rambut ketika Chorong menawarkan sekeping roti
kepadaku. 7

" Letak kat meja tu dulu " kataku, kembali menyisir rambutku yang sudah kering itu.

Cinta Monyet | Angelily95
" Teruk kan awak study? Sampai bengkak mata. Mesti kat sekolah awak best student ni? "
Aku tersengih kekok ke arahnya. Best student la sangat.
Satu jam seterusnya sudah berlalu. Aku bergerak ke kelas pada pagi itu.
Setibanya di dewan kuliah itu, aku lihat orang-orang yang berada di dalam dewan itu sedang
berkumpul di kawasan tengah. Seperti ada sesuatu yang berlaku.
" Tipu la kau " kata seorang perempuan. Aku mendekati kelompok itu.
" Kau tak nak percaya sudah. Aku tak tipu pun " eh, itu bukan suara Baekhyun ke?
" Kalau betul, apa yang kau buat untuk bagi dia berhenti menangis? " Tanya lelaki lain pula,
dengan penuh rasa ingin tahu.

Baekhyun ketawa bangga.
" Aku tarik dia lepas tu aku peluk. Aku pun cium dia. Settle. " Riak wajah Baekhyun sangat
bangga. Apa yang dia orang cakapkan ni? Menangis? Cium? Aku ke?
Baekhyun dah gila ke pergi cerita kat semua orang?
" Byun Baekhyun! " Jeritku. Baekhyun memang melampau. Melampau!
" Annyeong sepupu " dia melambaikan tangan ke arahku. Kau memang nak kena!
" Eoh? Kenapa berkumpul ni? " Muncul Minah di situ. Dia mengemaskan pegangan pada
botol airnya lalu memerhatikan semua orang.
Jasamu dikenang, Minah!
Aku mencapai botol air itu lalu sepantas kilat aku membalingkan isi kandungannya ke arah
mukanya. Oh man! Bau kopi.
" Kenapa buat oppa macam tu?! " aku diherdik.


Cinta Monyet | Angelily95
Okay, aku mintak maaf. Aku terlupa nak bagitau Joohee satu dewan kuliah dengan kami. Dia
group F10.
Aku dengar sumpah-seranah datang daripada mulut Baekhyun. Dia pantas berlalu keluar
daripada dewan kuliah, mungkin untuk membersihkan dirinya.
" Yoobi! Kenapa membazir air tu! Nanti saya tertidur dalam kelas! " Suara Minah seperti
orang nak menangis.
" Yoobi! Aku tanya ni! Kenapa kau buat oppa macam tu? " Joohee masih tidak berpuas hati.
Aku malas untuk menjawab.
" Kau melampau betul. Dia tak buat salah apa pun kat kau. Dasar sepupu tak sedar diri! "
Kutuk Joohee.
" Kenapa ni? " Tanya Kai yang baru muncul. Aku menggelengkan kepala.
" Kai, awak tolong tanda kedatangan untuk saya " bisikku pada Kai lalu keluar daripada
dewan kuliah itu.

Aku membuat keputusan untuk ke kafe. Aku stress! Aku nak makan!
Sedang enak aku menikmati nasi goreng kimchi, aku ditegur oleh Chorong yang kebetulan
lalu di situ.
" Makan sorang je? "
Aku mengangguk.
" Awak ada dengar khabar angin tak? " Tanya Chorong, mengambil tempat di depanku.
Khabar angin apa? Pasal perkahwinan aku?
Aku telan liur yang terasa kesat. Okay, aku tipu. Liur yang ku telan terasa pedas sebab
obviously aku tengah makan nasi goreng kimchi.
" Kawan saya cakap, semalam kecoh pasal hantu kat A2. " Kata Chorong, separa berbisik.

Cinta Monyet | Angelily95
" Hantu? " Mataku membulat. Hantu adalah perkara nombor satu yang aku benci. Fine, aku
takut sebenarnya.
" Yup. Dengarnya, tangga kat A2 tu berhantu "

Oh man! Aku baru je guna semalam!
" Ada orang nampak hantu ke kat situ? "
" Tak. Ada orang dengar suara perempuan menangis kat situ tengah-tengah malam. Blok tu
kan blok lelaki, mana ada perempuan. Memang sah la hantu yang menangis " kata Chorong
lagi.
Eh? Perempuan menangis tengah-tengah malam kat tangga A2? Itu aku la!


" Kai "
Kai berpaling apabila namanya dipanggil.
" Yoobi " dia tersenyum apabila ternampak aku. Kami berada di perpustakaan.
" Shhhhhhh " tegur pustakawan di situ. Aku dan Kai pantas mengunci mulut.

Kai menarik tanganku lembut, mengajak aku duduk di dinding berdekatan dengan rak-rak
buku supaya kami boleh berbual.
" Awak ponteng kat mana tadi? "
" Saya pergi kafe. Awak tolong tanda kedatangan saya tak? "
Kai mengangguk.
" Kenapa awak rahsiakan daripada saya? " Riak wajah Kai serious.

Cinta Monyet | Angelily95
Rahsiakan? Rahsiakan apa?
" Maksud awak? "
" Pasal Baekhyun " matanya tak lepas daripada memandangku. Oh, pasal tu!
" Tak. Saya bukan nak rahsiakan. Saya geram sangat dengan dia sebab tu saya simbah air kat
muka dia tu. Maaf kalau awak rasa perangai saya tak senonoh. " Aku mula malu atas
tindakanku itu.
Kai tersenyum tawar lalu menggelengkan kepalanya.
" Awak tau tak khabar angin pasal A2? " Tanya Kai. Aku mengangguk. Tak perlulah
diceritakan berulang kali, kerana akulah hantu yang diperkatakan.

" Awak tahu tak apa Baekhyun cakap masa awak tak ada dalam kelas tadi? "
Aku menggeleng. Dia cakap apa? Dia cakap tu bukan hantu tapi aku? Dia cakap apa?!
" Bila semua orang sibuk bercakap pasal hantu tu, Baekhyun pun datang menyibuk. Dia
cakap memang ada hantu pun, dia ternampak "
Eh?
" Then, sebab hantu tu bising sangat dia pun peluk hantu tu. Lepas dia kiss, hantu tu pun
diam dan tak kacau ketenteraman A2. Sepupu awak tu kelakar la "
Kepala aku tengah loading, so aku memakan masa yang agak lama untuk memahami kata-
kata Kai. So, yang peluk kiss yang Baekhyun cerita tu bukan aku? Baekhyun cakap pasal
hantu? Iyalah, memang hantu yang dimaksudkan tu aku tapi secara directnya dia bukan
cakap pasal aku.
So, atas alasan apa aku menyimbah air ke mukanya?

Bab 7

Cinta Monyet | Angelily95

" Siapa class rep? " Tanya lab instructor yang bernama Miss Moon itu. Aku dan kawan-
kawan sekumpulanku sedang berada di dalam makmal biologi 2.
" Park Chanyeol " kata Minah, menudingkan jarinya ke arah Chanyeol. Chanyeol tersengih
menampakkan barisan giginya yang cantik. Kami sebulat suara memilih Chanyeol sebagai
class representative kerana dia seorang yang peramah dan senang berurusan dengan orang.
" Okay. Kamu semua nampak matured dan pandai. Ada yang dah kahwin ke? " Tanya Miss
Moon sambil tersenyum mesra. Aku menjeling ke arah Baekhyun yang duduk di meja depan
bahagian kanan manakala aku pula di meja paling belakang sebelah kiri. Baekhyun sedang
menongkat dagu sambil menumpukan perhatian. Comel!
" Ada. Saya kahwin dengan Miranda Ker " Sehun ketawa galak, mengundang ketawa rakan-
rakan yang lain. Baekhyun menyentuh hujung hidungnya dengan jari telunjuk.
" Miss, Baekhyun korek hidung! " Adu Chen. Sekali lagi makmal itu dipenuhi dengan gelak
ketawa. Baekhyun menumbuk bahu sahabatnya itu beberapa kali.
" Tak baik kamu kenakan dia. Okay, sekarang semua serius dalam kiraan tiga. Satu dua tiga!
" Kami terus mendiamkan diri. Jari-jemari Baekhyun yang mencubit pinggang Chen
menyebabkan kami yang duduk di belakang terpaksa menahan ketawa.
" Chanyeol- "

" Iya sayang? " Pantas Chanyeol menjawab menyebabkan semua ketawa sekali lagi. Miss
Moon tersenyum atas kenakalan Chanyeol.
" Park Chanyeol, jangan naughty-naughty sangat. Saya nak awak bahagikan kelas ni kepada
8 kumpulan kecil, satu kumpulan empat orang. Do it now " arah Miss Moon. Chanyeol
membuat tabik hormat lalu bergerak ke depan untuk menjalankan tugasnya.
Miss Moon membuka failnya lalu membaca sesuatu. " Aku nak bahagi macam mana ni? "
Tanya Chanyeol. Beberapa orang mula memberikan pelbagai cadangan kepada Chanyeol.

Cinta Monyet | Angelily95
" Okay, okay. Aku akan bahagi secara random so pandai-pandai korang la kalau dapat siapa
pun dalam group korang. " Chanyeol mula meneliti senarai nama pada tangannya.
Baekhyun mula membuat muka buruknya. Kami ditempatkan dalam group yang sama
bersama Kai dan Krystal.
" Waa, group kita paling mengarut dalam kelas ni " Baekhyun membuat muka teruja dengan
cara yang menyakitkan hati orang yang memandang.
" Memang. Sebab ada kau " kata Kai ringkas.

" Terima kasih atas pujian tu " balas Baekhyun. Krystal di sebelah hanya mendiamkan diri.
" Kita akan buat experiment pertama hari ni so kamu semua boleh bahagikan tugas dan
pergi ambil radas dan bahan " arah Miss Moon. Semua orang mula bergerak ke rak radas
kecuali group aku.
" So? Kita tunggu apa? " Tanyaku kerana ketiga-tiga mereka masih tercegat di meja makmal
itu.
" Awak pergi ambil radas, Krystal pulak ambil bahan. Saya akan buat experiment ni
meanwhile this man will catat result " kata Kai, mengetuai kumpulan kami.
" Awak awak, apa kata awak yang catat result? Biar saya pergi ambil radas " kata Baekhyun
kepadaku, meniru cara Kai bercakap sebentar tadi. Aku menjeling ke arahnya kerana dia
tidak pernah ber'awak' dan ber'saya' denganku.
" Suka hati kau la " kataku lalu mengambil tempat di sebelah Kai. Baekhyun bergerak ke arah
rakan-rakan lain yang sedang berkumpul di rak radas. Dia sempat mengusik mereka sebelum
mengambil radas-radas yang diperlukan. Aku memasukkan tanganku ke dalam poket lab
coat yang aku pakai lalu memerhatikan gerak-geri Baekhyun. Dia marah aku lagi tak agaknya?
Sudah dua hari peristiwa Baekhyun dimandikan dengan kopi berlalu dan dua hari jugalah dia
tidak menegur aku. Okay, aku tipu. Dia tegur aku cuma bila dalam kelas, atau lebih tepat
'mengenakan' aku di dalam kelas. Di luar waktu kelas, dia langsung tak ada hubungi aku.

Cinta Monyet | Angelily95
Experiment yang kami jalankan berjalan dengan lancar. Baekhyun tidak lagi main-main
setelah dipukul oleh Krystal kerana dia menembakku dengan air suling.
" Hantar lab report minggu depan. Chanyeol, saya nak awak yang kutip " arah Miss Moon.
Chanyeol mengangguk.
" Bila kita nak discuss? " Tanyaku kepada ahli-ahli kumpulanku.
" Chill la. Lambat lagi kena hantar " kata Baekhyun selamba.
" Jumaat malam la. Dekat Raflesia " kata Kai, membuat keputusan sebagai seorang leader.
Krystal mengangguk lalu beredar daripada meja itu.
" Korang buat la discussion. Aku busy jumaat malam ni " kata Baekhyun lalu turut beredar
seperti Krystal, meninggalkan aku bersama Kai.
" Awak free tak nanti? " Soalan itu ditujukan kepadaku. Aku mengangguk.
" Baekhyun " aku memanggilnya ketika dia sedang meminum air seorang diri di cafe. Blok
PSB itu agak penuh dengan manusia, lebih-lebih lagi ketika waktu makan tengahari sebegini.
Aku mendekati Baekhyun lalu duduk di depannya.

Dia memandang kosong ke arahku lalu meletakkan gelas yang dipegangnya ke atas meja.
" Kau marah aku lagi ke? " Aku beranikan diri untuk bertanya. Dia tersenyum sinis
mendengar soalanku.
" Aku ada cakap aku marah kau ke? " Soalanku dijawabnya dengan soalan. Aku menggigit
bibirku geram.
" Memang la kau tak ada cakap kau marah tapi kau langsung tak cakap dengan aku " aku
memandang ke arah matanya, anak mataku mengikut pergerakan anak matanya.
" Bukan aku tengah cakap dengan kau ke ni? Dalam lab tadi pun aku cakap dengan kau " Dia
mengangkat kening kirinya dengan penuh main-main. Aku mengeluh perlahan. Naik
menyampah dengan perangainnya yang selalu main-main.

Cinta Monyet | Angelily95
" Aku tak marah pun. Sekali-sekala mandi kopi apa salahnya kan? Lebih-lebih lagi bila wifeu
yang tolong mandikan depan orang ramai " kata Baekhyun tenang tetapi ayat yang
disampaikan sangat sarkastik.
" Aku mintak maaf la pasal tu. Aku tak sengaja. " Aku memohon maaf sepenuh hati. Aku
mengaku memang aku yang salah.
" Aku nak pergi dah ni. Minum la air ni " Baekhyun berdiri lalu meletakkan gelas yang berisi
air oren yang tinggal separuh itu di depanku. Dia

membetulkan rambutnya sambil memandang aku yang sedang menyedut air oren itu
menggunakan straw yang dia gunakan tadi. Baekhyun ketawa kecil. Aku mendongak ke
arahnya apabila terdengar bunyi ketawa.
" Kenapa kau ketawa? "
" Indirect kiss " kata Baekhyun perlahan, takut didengari oleh orang lain yang berada di
kawasan cafe itu. Pantas darah menyerbu ke arah mukaku. Malu!
" Malu pulak. Macam la kita tak pernah- "
" Baekhyun! " Aku menjengilkan mata ke arahnya. Dia ketawa lagi.
" Aku pergi dulu " Baekhyun menggalas begnya tetapi belum sempat kakinya melangkah,
aku menghentikannya.
" Nak ikut " kataku perlahan. Baekhyun berpaling ke arahku seperti tidak percaya.
" Nak ikut " kataku sekali lagi.
" Tak payah la. Joohee tengah tunggu aku. Bye " Baekhyun terus pergi meninggalkan aku di
situ.

Kemonyetanmu terserlah, Byun Baekhyun!


Cinta Monyet | Angelily95
Bab 8


Hari ini adalah hari Ahad. Aku tiada rancangan apa-apa jadi aku menghabiskan pagi aku di
dalam bilikku. Chorong tiada untuk menemaniku kerana dia pulang ke rumah. Dia tinggal di
kawasan yang berdekatan dengan universiti ini sahaja. Aku bermain dengan laptopku,
menonton rancangan runningman yang menjadi kegilaan ramai. Watak kegemaran aku
dalam rancangan ini ialah Haha. Bagiku dia seorang yang sangat lucu tetapi pada masa yang
sama comel. Aku sedang ketawa melihat gelagat Haha dan Jaesuk yang bergaduh seperti
budak-budak ketika telefonku berdering. Aku menjawab panggilan itu tanpa memeriksa
siapa pemanggilnya terlebih dahulu.
" Hello " jawabku dengan nada yang malas.
" Yoobi, jom keluar " ajak si pemanggil.

" Ajak Joohee tak boleh ke? "
" Aku nak keluar dengan kau. Aku tengah tunggu kau kat bus stop depan blok kau. Aku bagi
kau 10 minit untuk bersiap. Kalau kau tak turun, aku yang akan naik atas.Annyeong~ "
panggilan terus dimatikan. Monyet!
Aku meluru ke arah lockerku lalu mencapai tuala. Aku hanya sempat untuk mandi kerbau
sahaja. One-piece dress berwarna ungu aku sarungkan sebelum rambut aku ikat tocang.
" Eh, kau turun? Aku baru je call Joohee " kata Baekhyun apabila aku berada di bus stop itu.
" Aku benci kau! " Aku menghentakkan kaki di situ lalu berpusing untuk kembali naik ke bilik.
Dasar monyet tak guna! Aku bersiap cepat-cepat untuk dia lepas tu selamba je dia cakap dia
dah ajak perempuan lain. Kemonyetan apakah ini?
" Yah Byun Yoobi " lengan aku dipegang daripada belakang. Aku tak nak tengok dia! Tak nak!


Cinta Monyet | Angelily95
" Yoobi, aku gurau je la. Aku mana ada call Joohee. Yang kau jealous sangat dengan dia tu
kenapa? " Baekhyun menarik aku untuk duduk di sebelahnya. Aku membuat muka paling
buruk aku pernah ada ke arahnya.
" Kau nak pergi mana? " Tanyaku, aku menarik lenganku daripada pegangannya. Dia
memakai snap back berwarna merah, yang aku hadiahkan kepadanya ketika dia memenangi
suatu pertandingan nyanyian di sekolah dulu.
" Aku nak ajak kau pergi bandar. " jawab Baekhyun. Hanya kami berdua yang berada di bus
stop itu.
" Kau tahu ke bandar kat mana? " Tanyaku. " Kalau aku tak tahu pun tak apa. Bukan aku
yang bawak bas. Tanya je la driver tu nanti "
" Iyalah. Yah Baekhyun, macam mana dengan sunbae? Dia marah kau lagi ke? "
" Tak. Tak payah tanya pasal tu. Aku dah settlekan " Baekhyun kelihatan kurang berminat
dengan topik itu.
" Kau settlekan macam mana? " Aku masih degil untuk bertanya.
" Kau diam atau kita tak payah keluar " kata Baekhyun dingin. Aku mengalah. Monyet kalau
penyakit darah tinggi dia dah datang memang macam ni. Sabar je la.
Selepas beberapa minit, bas yang kami tunggu akhirnya sampai. Bas tersebut agak penuh,
menyebabkan aku dan Baekhyun terpaksa menyelit di celah-celah manusia lain yang sedang
berdiri itu. Bas itu bergerak, menyebabkan lelaki lain di sebelahku melagakan tubuhnya
dengan tubuhku. Hei, kurang asam masin betul!
Baekhyun berdiri agak jauh di belakang, turut tersepit seperti aku. Hidung aku terbau
macam-macam bauan. Bau minyak wangi, bau kari, bau ketiak pun ada. Boleh pengsan aku
dibuatnya. Sepanjang perjalanan itu, bas itu asyik berhenti untuk mengambil penumpang
sedangkan bas itu sudah padat. Kami ibarat sardin yang bersesak di dalam tin sardin Marina.
Mataku terpandang mata Baekhyun. Dia seperti mengisyaratkan aku untuk menghampirinya.
Aku dengan sedaya upaya menghampirinya, aku nyarisi-nyaris terjatuh ketika bas itu sekali
lagi berhenti untuk mengambil penumpang. Aku akhirnya berdiri di sebelah Baekhyun,

Cinta Monyet | Angelily95
bahuku sangat rapat dengan bahunya. Kemudian, entah ulat bulu mana yang bermain di
pehaku dari belakang. Aku sangat menyesal kerana memilih untuk memakai pakaian yang
aku sedang pakai. Aku toleh ke belakang, kelihatan seorang pekerja asing sedang mengambil
kesempatan ke atas aku.
" Baek, orang belakang ni raba aku " aku berbisik perlahan di tepi Baekhyun. Mukaku sangat
merah menahan geram. Baekhyun menoleh ke belakang kemudian aku lihat rahangnya
tegang. Dia sedang marah.
" Sini " dia menarik pinggangku untuk berdiri di depannya. Kedua-dua belah tangannya
berada di atas bahu aku, melindungi aku daripada lelaki tersebut. Aku memusingkan
badanku untuk menghadap Baekhyun.
" Gomawo " kataku, menerima sebuah senyuman daripada Baekhyun. Bas itu sekali lagi
berhenti. Aku merengus geram.

" Tamak betul la driver tua ni " kemudian carutan keluar daripada mulut Baekhyun. Aku
memegang pinggang Baekhyun apabila penumpang yang baru naik menyempitkan ruang
yang sedia sempit.
" Okay tak? " Tanya Baekhyun. Walaupun suhu sangat panas, aku tersenyum. Tersenyum
kerana Baekhyun tersangatlah sweet dan aku bimbang aku akan disahkan menghidap
diabetes.
" Okay. Cuma macam nak jatuh " aku tiada tempat untuk berpaut, hanya pinggang
Baekhyun. Dia pula berpaut pada pemegang yang ada di dalam bas tersebut. Baekhyun
terus memeluk pinggangku dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya masih
berpaut di pemegang itu. Hatiku tiba-tiba berdebar. Baekhyun, janganlah sweet macam ni.


" Yoobi, jom pergi sana " Baekhyun menunjukkan ke arah kedai Etude House sebaik sahaja
kami sampai di pusat membeli-belah itu. Dah buang tabiat ke nampyeon aku ni?

Cinta Monyet | Angelily95
" Nak pakai eyeliner? " Tanya Baekhyun apabila dia memegang sebatang eyeliner yang
dikhaskan sebagai tester. Aku menggeleng.
" Kau ni dah kenapa? "
" Kalau kau tak nak pakai, biar aku pakai " kata Baekhyun lalu melihat ke arah cermin.
Jangan nak buat gila!

" Baek, tak payah la. Malu aku " aku menampar bahunya. Baekhyun memandang ke arahku.
" Malu apa? Malu sebab nanti aku lebih cantik daripada kau? "
" Tak ada maknanya! "
" Ada makna! Tak percaya biar aku pakai dulu " sekali lagi Baekhyun memandang ke arah
cermin. Aku merampas eyeliner itu daripada tangannya.
" Tak payah la Baek. "
" Bagi aku pakaikan kat kau "
" Tak nak! "
" Okay. Aku boleh ambik eyeliner lain "
" Fine! Pakaikan kat aku " aku akhirnya mengalah. Baekhyun tersenyum seperti menang
loteri. Eyeliner di tanganku diambilnya kembali lalu perlahan-lahan dia mengenakan eyeliner
itu di garisan bulu mata atasku. Aku hanya membiarkan. Aku tidak rela berjalan di sebelah
lelaki yang bercelak di depan orang ramai.
" Dah siap " dia menyapu bucu luar mataku dengan ibu jarinya kemudian meletakkan
eyeliner itu ke tempat asal. Aku melihat pantulan imejku di cermin.

Aku tidak pernah bercelak sebelum ini jadi aku kelihatan pelik tetapi comel. Okay, masuk lif
tekan sendiri.

Cinta Monyet | Angelily95
" Nak ambik gambar " Baekhyun mengeluarkan telefonnya lalu terus mengambil gambarku.
" Yah, kira la dulu! "
" Kira? Kau siapa? Artis? " Usik Baekhyun. Aku mencebik. Memang tak sah hidup si monyet
ni kalau tak kenakan aku.
" Baekhyun! " Aku terkejut kerana dia tiba-tiba menciumku. Muka tembok betul!
" Yoobi! " Dia meniru ekspresi mukaku lalu ketawa.
" Tak malu la kau ni " aku menarik dia beredar daripada kawasan Etude House.
" Chill la. Kiss je pun " dia meletakkan lengannya di atas bahuku. Aku menjelingnya
kemudian memandang ke depan.
" Baek, jom makan " ajakku.
" Kau nak makan apa? " 27

" Apa-apa je "
" Makan angin je la kalau macam tu "
" Baek~ " suaraku meleret manja. Ish, dah kenapa dengan aku ni?
" Okay, okay. Pizza nak? "
" Nak! " Tak sampai lima minit, kami sudah berada di dalam kedai Pizza Hut. Kami memesan
pelbagai jenis makanan walaupun hanya kami berdua yang akan makan.
" Baek, kenapa kau baik sangat hari ni? "
" Kenapa? Sebelum ni aku jahat ke? Bukan ke aku memang selalu berhati suci murni macam
hari ni? "
" Jangan nak perasan sangat "

Cinta Monyet | Angelily95
" Perasan tu bagus sebenarnya. Yehehey! " Baekhyun terlebih teruja apabila makanan kami
sampai.
" Bestnya! " Aku sangat sukakan hawaian pizza. Pizza itu aku makan dengan penuh berselera.
28

" Yah dwaeji! Makan elok-elok sikit "
" Kau panggil aku apa? "
" Dwaeji "
" Kau nampyeon dwaeji "
" So kau mengaku la kau dwaeji? "
" Tak! "
" Hahaha. Dwaeji! "
" Kau dwaeji! Jangan curi pizza aku! " Aku menampar tangannya yang cuba mengambil
sepotong hawaian pizza itu.
" Alaaa. Nak sikit "
" Ambik la " aku akhirnya membenarkan.
" Nak kau suap! "
" Pakai kaki boleh? " 29

" Pakai kepala lutut pun boleh "
" Mengada. " Aku menyuakan sepotong pizza ke arah mulutnya, dia membuka mulutnya dan
memakan pizza itu. Aku tersenyum. Dia turut tersenyum. Adakah hari ini hari senyum
sedunia?

Cinta Monyet | Angelily95



" Kita nak buat apa lagi? " Tanyaku apabila kami keluar daripada panggung wayang itu.
" Karaoke jom! "
" Tak nak la " aku menolak. " Nak jugak! "
" Fine. Pergi la sorang. Aku balik dulu "
" Okay, pergi la. Nanti kau kena raba lagi dalam bas macam tadi " Baekhyun melangkah
meninggalkan aku.
" Ala.. Baek " aku mengejarnya dari belakang.

" Tahu pun takut "
" Mana ada " aku memandang ke arah lain.
Baekhyun menempah sebuah bilik VIP di pusat karaoke itu. Pakej untuk VIP disertakan sekali
dengan minuman dan dessert.
" Kau nak nyanyi lagu apa? " Tanyaku, sedang mencari lagu pada touch skrin itu. Baekhyun
memberitahu beberapa buah lagu yang ingin dia nyanyikan. Kebanyakkannya adalah lagu
balada. Apabila muzik bertukar rancak, Baekhyun mula terkinja-kinja seperti monyet mabuk
lalu menarik aku untuk turut menari tarian monyet mabuknya itu.
Kemudian lagu-lagu seterusnya dibiarkan terpasang tanpa ada penyanyi kerana Baekhyun
mempunyai aktiviti lain yang lebih menarik untuk dilakukan bersama aku. Dan aktiviti itu
hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin seperti kami.
Hehe~


Cinta Monyet | Angelily95

Bab 9

Minggu baru bermula pada hari ini. Aku ke kelas dengan wajah yang berseri-seri. Aku tidur
dengan sangat lena pada malam semalam, sempat mimpikan Baekhyun lagi.

Kelas tutorial fizik pada pagi itu berjalan seperti biasa. Aku sangat lemah dalam
matapelajaran fizik jadi sepanjang kelas aku asyik meniru jawapan yang ditulis oleh Kai. Kai
hanya tersenyum melihat gelagat aku.
Kalaulah aku sepandai Baekhyun dalam Fizik mesti seronok. Waktu sekolah dulu, dia selalu
tidur dalam kelas tetapi markah ujian Fiziknya adalah markah yang tertinggi. Bercakap
tentang Baekhyun, mana dia?
" Mana senarai nama? " Tanya tutor Fizik itu. Chanyeol berdiri lalu menyerahkan sekeping
kertas kepada tutor itu. Tutor tersebut meneliti senarai nama itu.
" Siapa yang tak tanda kedatangan lagi ni? Siapa Byun Baekhyun? Dia tak datang ke? Siapa
tahu kenapa dia tak datang? "
" Byun Baekhyun pindah "
What?!

" Oh, Chanyeol lain kali awak potong nama orang yang pindah awal-awal. " Kata tutor lalu
memasukkan kertas itu ke dalam failnya.
" Baik "
" You may dismiss "
Kelas itu pun berakhir. Aku terkaku di tempat dudukku. Baekhyun pindah? Bila?

Cinta Monyet | Angelily95
" Yoobi, bila sepupu awak pindah? " Tanya Kai. Aku menunduk ke bawah, masih tidak dapat
menerima kenyataan itu. Bila dia pindah? Semalam dia ada!
" Yoobi, awak okay tak ni? " Tanya Kai. Aku hanya diam.
" Kkamjong, boleh tak kau keluar kejap? Aku ada something nak cakap dengan Yoobi " suara
Chen kedengaran. Kai akur. Dia mencapai begnya lalu keluar daripada kelas itu.
Setelah semua keluar meninggalkan aku dan Chen, lelaki itu mula bersuara.

" Yoobi, aku nak cakap pasal Baekhyun "
" Cakap la "
" Err, ingat tak masa hari korang kantoi dengan sunbae tu? "
Aku mengangguk.
" Sehari lepas tu, Baekhyun dapat tawaran sambung belajar kat tempat lain.. "
Kenapa dia tak bagitahu aku?

" Dan sebab dia dah janji dengan sunbae yang dia akan keluar daripada kolej ni, dia terus
terima. Tapi kau jangan risau, dia dah mintak sunbae rahsiakan pasal kau. Dia nak kau stay
kat sini "
Dia siapa untuk tentukan hidup aku? Ya, memang dia nampyeon aku tapi susah sangat ke
untuk tanya pendapat aku dulu? Tak boleh ke dia berbincang dengan aku? Kenapa dia nak
ikut kepala dia je?
" Dia tak bagitahu kau sebab tak nak kau buat hal. Dia harap kau ikut je apa yang dia dah
rancang "
Aku diam membisu. Hatiku yang sakit aku pendam, aku tak nak lepaskan geramku pada
orang yang salah.

Cinta Monyet | Angelily95
" Bila dia keluar dari kolej? "

" Pagi tadi. Baekbom datang ambik dia "
See? Even Baekbom sendiri tak cakap apa-apa kat aku. Sekarang aku tahu siapa aku dalam
keluarga dia. Aku cuma menumpang, menumpang sebab kena halau dengan keluarga aku
sendiri. Aku dah tahu daripada awal lagi tapi kenapa hati aku tetap rasa sakit?
" Itu je ke kau nak bagitahu aku? " Tanyaku, berpura-pura tenang. Chen mengangguk.
" Aku balik dulu " aku bangkit dan berlalu pergi.

Malam itu, aku tidak boleh tidur kerana mataku tidak berhenti daripada mengalirkan air
mata. Chorong yang bertanya kerana bimbangkan keadaanku tidak aku hiraukan.
Baekhyun kejam! Kenapa dia langsung tak bagitahu aku? Apa salah aku? Patutlah semalam
dia baik semacam.
" Yoobi-ah, kenapa nangis ni? " Chorong melutut di tepi katilku. Aku menekupkan mukaku
dengan bantal. Aku rasa tak perlulah aku terangkan apa-apa kepada Chorong.
" Yoobi-ah, tidurlah. Esok ada kelas. Tidur ya " Chorong menyentuh tanganku sebelum
bergerak ke katilnya untuk tidur.
Aku mencapai telefonku lalu keluar daripada rumahku. Aku mahu menghubungi Baekhyun.
Mungkin dengan cara itu aku akan lebih tenang.
" Baekhyun.. " Aku memanggil namanya apabila panggilanku dijawab. 38

" Yoobi-ah, kenapa kau tak tidur lagi? "
" Kenapa kau tinggal aku, bodoh? " Aku kembali teresak-esak. Aku tetap tak boleh
menerima yang Baekhyun sudah berpindah.

Cinta Monyet | Angelily95
" Dah lewat ni. Pergi tidur " dia mengelak daripada menjawab soalanku.
" Sampai hati kau tinggal aku sorang-sorang kat sini! "
" Byun Yoobi! Kau pergi tidur sekarang " tegas Baekhyun.
" Patut la kau baik semacam je semalam kan? Kau tak cakap apa-apa langsung kat aku.
Susah sangat ke nak bagitahu? Apa? Dalam mulut kau ada jongkong emas? " Aku separa
menjerit, kewarasan aku masih bersisa.

" Kau dengar sini, Yoobi. Aku ada sebab aku tak bagitahu kau awal-awal. Kalau aku bagitahu
kau, kau mesti nak keluar jugak dari situ kan? Kau tak ingat ke sunbae dah tak nak aku
tinggal kat situ? So aku rasa better aku yang keluar memandangkan aku dapat tawaran lain.
Kau stay je la kat situ. Susah sangat ke? "
" Fine "
" Yah Yoobi! Yoo- " aku terus mematikan panggilan. Kalau tu yang dia nak, aku buat. Aku
akan stay kat sini. Aku mematikan telefonku lalu mengeluarkan sim cardku. Sim card itu aku
patahkan terlebih dulu sebelum aku buang ke arah yang aku sendiri tidak peduli.
Beberapa bulan berlalu. Masa terasa pantas bergerak.
Aku masih di universiti ini, bersahabat dengan Kai. Hubungan kami hanya setakat kawan.
Sepanjang beberapa bulan ini, Chen kerap sekali menyampaikan pesanan Baekhyun untuk
aku. Pesanan seperti ' Jaga diri ' dan 'Belajar elok-elok' adalah pesanan yang kerap sekali
disampaikan oleh Chen.

" Yoobi, Baekhyun nak cakap " Chen menghulurkan telefonnya kepadaku ketika aku sedang
menunggu bas untuk balik ke kolej. Aku tidak lagi menggunakan tangga kerana badanku
cepat letih sejak akhir-akhir ini. Mungkin juga kerana aku mengalami kemurungan sejak
Baekhyun meninggalkan aku. Mungkin.
" Kau nak apa? " Suaraku mendatar.

Cinta Monyet | Angelily95
" Kau sihat? "
" Setakat ni belum nak mati lagi "
Chen agak terkejut mendengar bahasa yang aku gunakan. Aku mengendahkan Chen dan
reaksinya itu.

" Nak jumpa tak? Aku boleh datang U- "
" Terima kasih " aku kembali menyerahkan telefon itu kepada Chen. Aku tiada hati untuk
bertemu dengan Baekhyun. Kalau boleh aku tidak mahu bertemunya lagi.
Chen menekupkan telefon itu ke telinganya. Aku sangat bencikan Baekhyun tetapi telinga
aku tetap mahu mencuri dengar perbualan Chen dengan Baekhyun.
" Aku Chen la "
" Dia tak nak cakap dengan kau dah kot "

" Joohee? Roommate dia siapa? Mana la aku kenal "
" At least suruh la Joohee bagi aku nombor roommate dia tu "
" Okay, kau tanya Joohee dulu. Yah, bukan korang kelas lain-lain ke? "
" Seriously? Waa, bagus la dapat sekelas dengan kawan sendiri. Mesti Joohee suka gila kan?
" Nada Chen seperti menyindir.
" Okay, okay. Mian. "
" Yalah. Annyeong "

Aku yang salah faham atau ada something yang Chen tak bagitahu aku?


Cinta Monyet | Angelily95

Bab 10

" Yoobi-ah "
" Kenapa Minah? " Tanyaku apabila aku dipanggil olehnya. Dia sedang membawa sebuah
kotak yang agak besar di tangannya.
" Awak boleh tolong bagi kotak ni kat Chen tak? Dia tengah tunggu kat bus stop depan FSK
1,5 "
" Okay. Kotak apa ni? " Aku mengambil kotak itu daripada tangannya. Berat!
" Barang-barang Joohee. Joohee tu ex-roommate saya. Terima kasih tau tolong. Saya ada hal
penting ni. Annyeong "
" Annyeong " aku melihat Minah yang menjauh. Kotak itu aku pegang kemas lalu aku
memasuki perut lif untuk turun ke bawah.

Aku sepatutnya pergi ke cafe untuk minum petang bersama Kai. Mungkin Kai boleh tunggu,
bukan lama pun setakat nak hantar kotak ni.
" Chen " kataku dan satu suara serentak. Aku berpaling ke arah suara tersebut. Baekhyun?
Ekspresi muka Chen dan Baekhyun jelas menunjukkan yang mereka tidak menyangka aku
akan berada di situ.
" Yoobi, apa kau buat kat sini? "
" Aku yang patut tanya, kenapa kau ada kat sini? Kotak Joohee ni, kau datang nak ambik
kotak ni kan? " Aku sudah lama dapat rasakan yang ada sesuatu yang tidak kena. Muka
Baekhyun berubah tegang.
" Telefon kau mana? Kau campak kat mana? " Tanya Baekhyun tiba-tiba. Aku mengetap
bibir geram. Aku tanya dia, dia tanya aku balik!

Cinta Monyet | Angelily95

" Kau jangan nak tukar topik. Kenapa kau datang sini, bodoh? " Aku baling kotak itu ke
bawah. Lantaklah kalau ada barang yang pecah sekalipun.
" Yoobi! Pecah barang Joohee nanti " Chen pantas mengutip barang itu kembali. Pecah? Aku
merampas kotak itu dan sekali lagi mencampakkan kotak itu ke atas tanah.
" Yoobi! Kau boleh jangan buat perangai macam budak-budak? "
Sakit. Hati aku sakit. Dia sepatutnya melutut dan minta maaf kerana meninggalkan aku di
sini beberapa bulan yang lepas. Tetapi tidak, dia langsung tidak mempedulikan perasaan aku.
Orang lain yang sedang duduk di kawasan bus stop itu memandang kami dengan penuh
hairan. Aku mengutip kotak itu lalu aku baling ke arah mereka-mereka yang memandang
aku.

" Korang tengok apa? Korang ingat korang bagus sangat ke? " Aku mula terasa hendak
menangis. Dadaku sebak.
" Yah Yoobi, kau dah gila ke? " Baekhyun menarik lenganku supaya menghadapnya. Aku
memandangnya dengan mata yang berkaca. Anak mata Baekhyun membesar apabila
melihat keadaanku.
" Oppa " Baekhyun segera melepaskan lenganku dan menjarakkan dirinya.
Jantungku terasa seperti berhenti berdenyut.
" Kenapa lama sangat? Chen, mana kotak saya? " Muncul Joohee di situ. Kemudian aku
terpandang kad ID yang tergantung pada leher gadis itu. Sebiji sama seperti kad ID
Baekhyun. Okay, aku dah faham.

Baekhyun tipu aku. Dia pindah bukan sebab sunbae halau. Dia pindah sebab nak sama-sama
dengan Joohee, bukan sebab aku. Dulu masa masuk U ni pun, dia paksa aku ikut sebab nak
sekali dengan Joohee. Tapi dia cakap dia tak ada apa-apa dengan Joohee. Dia tipu!

Cinta Monyet | Angelily95
Dia buat aku macam orang bodoh. Dia pentingkan diri sendiri. Dasar jantan tak guna! Aku
benci kau Baekhyun. Aku benci!
" Joohee, sorry " Chen mengutip kotak itu dan membukanya di depan Joohee. Kotak itu
mengandungi bingkai-bingkai gambar yang sudah pecah, jelas sekali gara-gara aku. Hati aku
pedih. Bukan kerana bingkai-bingkai yang pecah itu, tetapi kerana gambar-gambar yang
terdapat dalam kotak tersebut.
" Chen! Macam mana boleh pecah ni? " Kemudian aku tidak mempedulikan apa yang
Joohee dan Chen sedang bualkan kerana aku sedang memandang tepat ke arah muka
Baekhyun. Kenapa Baekhyun? Kenapa?
Aku menggigit bibirku, bimbang tangisanku mengeluarkan bunyi. Ya, aku sedang menangis.
Jutaan syabas dan tahniah perlu aku ucapkan pada Baekhyun kerana berjaya menjadikan
aku pelakon wanita terbaik untuk babak air mata.

Aku mendekatinya dengar bibir yang tersenyum. Aku sendiri tak faham dengan perasaan
aku. Kenapa aku sedih sangat? Aku dan Baekhyun bukannya bercinta.
Mungkin, mungkin sebab aku dah letakkan sepenuh kepercayaan aku pada dia. Mungkin
sebab walaupun kami berkahwin bukan sebab cinta, aku tak pernah mengharapkan
hubungan kami berakhir. Mungkin sebab aku dah terbiasa dengan Baekhyun so aku tak nak
kehilangan dia. Mungkin.
Aku memeluk Baekhyun. Aku dapat rasakannya badannya membeku.
" Yoobi, orang tengok " Baekhyun menolak bahuku perlahan. Aku sekali lagi tersenyum.
Chen dan Joohee masih lagi sibuk dengan barang-barang yang pecah itu.
Aku menanggalkan rantai di leherku perlahan-lahan. Rantai ini adalah pemberian Baekhyun
untuk perkahwinan kami.
" Perempuan! Cepat la pilih " Baekhyun mula bosan kerana aku mengambil masa yang lama
untuk memilih cincin. Aku menggigit kuku, tidak dapat membuat keputusan.


Cinta Monyet | Angelily95
" Baek, aku sebenarnya tak suka pakai cincin "
" Yah! Tiga jam kita tercongok kat sini and sekarang baru kau cakap kau tak suka cincin? "
Marah Baekhyun. Aku mengelipkan mataku ke arahnya. Tahulah aku salah tapi tak payah la
jerit-jerit. Aku malu apabila pekerja di situ memandang ke arah kami.
" Kau ni menyusahkan betul la " marah Baekhyun lagi. Apa main marah-marah orang ni?
" Fine! Kalau macam tu tak payah kahwin! Aku nak balik! " Aku melangkah keluar daripada
kedai barangan kemas itu.
" Yoobi! Yah " Baekhyun mengejarku daripada belakang. Dia berdiri di depan aku,
menyebabkan langkahku terhenti.
" Mian! Kita kahwin, okay? "
" Tak nak! "

" Alaa, kahwin laa " Baekhyun mula menghentakkan kaki di situ seperti kanak-kanak yang
tidak diberikan gula-gula.
" Baekhyun! Orang tengok! "
" Nak kahwin jugak! " Dia masih lagi mengada-mengada di situ.
" Fine! Belikan aku rantai " aku mengalah. Aku tidak sanggup melihat Baekhyun meneruskan
drama sebabaknya.
" Rantai basikal? "
" Rantai basikal kepala kau! " Sempat aku meminjam ayat omonim. Geram betul! Baekhyun
hanya tersengih.



Cinta Monyet | Angelily95
Aku mencapai tangan Baekhyun dan meletakkan rantai itu di atas tapak tangannya. Aku dah
tak nak ada apa-apa hubungan dengan Baekhyun.
Aku give up.
End of Yoobi's POV

" Kai, cuba awak terang balik part ni. Saya tak faham la " pinta Yoobi, mukanya kelihatan
agak pucat. Aku memandangnya dengan penuh hairan. Kalau nak cakap dia tak cukup
makan, makin banyak makan ada la.
Aku menerangkan formula itu sekali lagi. Termasuk yang ini, sudah tiga kali aku
menerangkan perkara yang sama kepadanya. Walaubagaimanapun, aku tetap menerangkan
dengan bersungguh-sungguh, tidak mahu menjadi orang yang kedekut ilmu.

" Yah Yoobi " aku tersenyum apabila dia tertidur di situ. Letih benar agaknya. Aku
menyiapkan assignmentku, membiarkan dia untuk tidur sebentar. Tidak lama kemudian, aku
turut tertidur.
" Adik, bangun. Adik tak boleh tidur kat sini. Kami dah nak tutup library ni "
Aku menggosok mataku lalu menguap perlahan. Sekarang dah pukul berapa? 11 pm? Pantas
aku melihat Yoobi yang masih lagi tidur. Aik?
" Yoobi bangun " aku menggoncang bahunya perlahan-lahan. Tiada respon. Kenapa ni?
" Yoobi, dah lewat ni. Bangun "

" Adik, cepat sikit. Kami dah lewat ni "
" Yoobi, bangun! " Aku mula cuak. Kenapa dengan awak ni Yoobi? Bangunlah!
" Tolong saya! Dia pengsan! "

Cinta Monyet | Angelily95
Risau. Itu yang aku tengah rasa sekarang. Selepas pemeriksaan di unit kesihatan itu, Yoobi
disahkan mengandung. Aku speechless. Aku- Lupakan.
Aku tak sangka.

Aku tak sangka yang Baekhyun sanggup tinggalkan wifeu dia yang yang mengandung kat sini.
Kenapa? Pelik ke?
Ya, aku tahu pasal perkahwinan mereka.
Aku mengekori Yoobi secara senyap-senyap. Dia cakap dia nak ambil kalkulator yang
tertinggal tetapi dia tidak menuju ke arah dewan kuliah. Aneh.
Yoobi melangkah ke arah cafe dan menegur pekerja di situ. Dia kelihatan sedang
menanyakan arah kerana pekerja tersebut sedang menunjukkan jalan dengan bahasa
tubuhnya. 56

Yoobi menuju ke arah satu bangunan, dia langsung tidak menyedari yang aku sedang
mengekorinya.
Beberapa minit kemudian, aku berada di rooftop bersama Yoobi walaupun dia tidak tahu
aku berada di situ. Aku mengintai gadis di sebalik pintu. Dia sedang menjerit kecewa.
Kemudian aku dengar bunyi tapak kaki milik orang lain yang sedang naik. Oh shit! Aku
segera bersembunyi di sebalik pintu tersebut. Baekhyun?
" Shi- "
" Yah yah yah! "
" Kenapa kau lambat sangat? Lapar aku tunggu kau. Aku turun beli roti kejap "
" Kau nak apa? "
" Sejak bila kau kenal kkamjong? " 57

Cinta Monyet | Angelily95

Ish, si budak pendek ni suka betul panggil aku dengan nama macam tu. Aku marah didalam
hati.
" Boleh tak jangan panggil dia macam tu? "
" Suka hati la. Jawab soalan aku "
" Semalam. Aku jumpa dia masa aku tengah cari jadual. Kau la tinggal aku sangat "
" Kalau nak aku teman kena buat appointment dulu. I am busy okay "
Kenapa mereke jumpa kat sini?
" Sibukla sangat dengan Joohee tu kan? "
" Jealous la tu "
" Mian. Aku dah ada oppa handsome. Aku tak perlukan kau. Jangan nak perasan sangat " 58

Oppa handsome? Siapa?
" Oppa handsome? "
" Err. Tak. "
" Siapa oppa handsome kau? Kkamjong? " Baekhyun ketawa menyindir.
Aku ke? Aku tersenyum puas hati.
" Tak payah nak sibuk "
" I don't care. Aku nak jumpa kau ni sebab aku nak kau datang bilik aku malam ni " 59

Mwo?!
" Micheosseo? Housemate kau macam mana? Kalau kantoi mati aku "

Cinta Monyet | Angelily95
Macam ada sesuatu yang tak kena je ni. Kecurigaanku bertambah.
" Pandai-pandai la nak hidup. Pasal housemate kau jangan risau. Housemate aku semua
budak sekolah kita "
" Terima kasih sebab kau ingatkan aku. Kawan-kawan kau tahu ke pasal kita? "
" Pasal kita? "
" Iyalah. Pasal perkahwinan kita. Kau bagi tau dorang ke? "
Crap! Kahwin?

Tiba-tiba pintu itu bergerak kerana angin yang bertiup kencang. Aku menyumpah di dalam
hati. Sebaik sahaja pintu itu tertutup, aku segera pergi dari situ untuk menyelamatkan diri.


" Sekarang macam mana? " Tanyaku. Yoobi membisu sejak tadi.
" Saya dah kena buang "
" Mwo? "
" Doktor tadi dah report kat pihak atasan pasal saya. Pagi esok saya kena pergi pejabat "
kata Yoobi seolah-olah itu hanyalah perkara yang kecil.
" Call parent awak " saranku. Yoobi menggeleng.
" Tak perlu "

" Call Baekhyun "
Yoobi diam.
" Call Baekhyun " kataku sekali lagi.

Cinta Monyet | Angelily95
" Tak payah la "
" Call la. Takkan awak nak pendam masalah awak? Share la dengan family awak "
" Nanti la. Dia tu sepupu- "
" He is your husband. He should know about this, about your pregnancy " aku cuba bertegas.
Aku tahu aku tak layak masuk campur tapi sebagai seorang kawan aku patut tegur bila dia
buat salah.

Yoobi sekali lagi terdiam. Dia agak terkejut tetapi cekap menyembunyikan perasaan terkejut.
" Spill everything " arahnya.
" Tak ada apa pun yang perlu saya cakap. Saya tahu dia nampyeon awak "
" How? "
" Saya terdengar perbualan awak dengan dia. And kali kedua, saya nampak awak dengan
Baekhyun kat pusat karaoke " kataku. Ketika ternampak mereka di pusat karaoke, hampir
terlucut biji mataku kerana nampak mereka ber'kasih-sayang' di situ. Walaupun mereka
menggunakan bilik VIP, aku masih mampu melihat apa yang mereka lakukan di dalam.

" Jangan bagitahu orang lain "
" Jangan risau "
" Jangan bagitahu sesiapa pun. Pasal kena buang. Pasal Baekhyun. Pasal b-baby ni " Yoobi
memegang perutnya. Riak mukanya sangat serious.
" Tapi Yoobi- "
" Jangan "
Aku akur.
End of Kai's POV

Cinta Monyet | Angelily95


Cinta Monyet | Angelily95

Bab 11


" Saya bagi awak tempoh dua hari untuk keluar daripada kolej. Duit biasiswa akan ditarik
balik. "

Kata-kata pegawai itu tadi terngiang-ngiang di telingaku. Dua hari? Ke mana aku nak pergi?
Rumah Baekhyun? Lupakan. Aku secara tak rasminya dah putuskan hubungan aku dengan
Baekhyun so aku secara tak rasminya juga aku dah tak ada apa-apa hubungan dengan
keluarga Byun.
Rumah omma?
Ya, rumah omma. Itu satu-satunya tempat yang boleh aku pergi. Kalau setakat untuk beli
tiket bas untuk pulang ke rumah, aku rasa duit yang aku ada lebih daripada mencukupi.
Itupun duit yang Baekbom bagi sebagai duit belanja ketika dia menghantarku dan Baekhyun
ke sini.
" Yoobi-ah "
Kai datang menghampiriku yang sedang termenung di sebuah bangku kayu di luar bangunan
fakulti. Dia mengambil tempat di sebelahku. Dia diam untuk beberapa ketika sebelum mula
bersuara.
" Macam mana tadi? "

" Macam tu la. Saya kena keluar selewat-lewatnya lusa. "
" Awak memang tak nak bagitau Baekhyun ke? " Tanya Kai, meneliti wajahku. Aku
menggeleng. Baekhyun tak perlu tahu apa-apa. Untuk apa dia tahu sedangkan dia memang

Cinta Monyet | Angelily95
tak ambil berat tentang aku? Walaupun dia tak sayang aku sekalipun, aku ni wifeu dia so dia
bertanggungjawab ke atas aku.
" Kau selalu cuba tolong aku. Terima kasih sangat. Kau memang kawan yang baik. Aku
sayang kau, Baekhyun " aku memberi ciuman pantas pada bibirnya.
Dengan keadaan yang samar-samar itu, Baekhyun menekup wajahku dengan kedua-dua
belah tangannya.
" Sama "
Dia penipu! Aku benci dia sampai bila-bila!
" Awak pasti awak tak nak bagitau dia? Apa sebenarnya masalah awak dengan dia? "
Mungkin Kai pelik dengan hubungan aku dengan Baekhyun. Kami suami isteri tetapi hampir
tiap hari bertekak di dalam kelas. Aku rasa Kai tak perlu tahu apa-apa tentang hubungan
kami. Kami dah tak ada apa-apa so tak perlu aku sebut tentang Baekhyun lagi. Aku pun dah
tak ada hati untuk bercakap tentang dia.
" Tadi budak kelas kita tak tanya pasal saya ke? " Aku cuba menukar topik perbualan.
Lagipun aku memang ingin tahu kalau-kalau mereka ada bertanyakan tentang aku. Kai
perasan yang aku cuba menukar topik tetapi dia hanya turutkan saja.
" Ada. Budak-budak sekolah awak, lebih-lebih lagi Chen. Lepas tu dia terus call someone.
Lecturer pun ada tanya tapi saya jawab tak tahu "
Chen call someone? Tak perlu bagitau, aku dah tahu siapa someone tu. Kenapa Baekhyun
masih nak sibuk hal aku? Boleh tak dia hilang terus daripada hidup aku?
" Kai, awak janji dengan saya tau "

" Apa? Janji pasal semalam tu ke? "
Aku mengangguk. Walaupun aku baru kenal Kai, dia seorang yang boleh dipercayai. Aku
sangat berterima kasih kerana dia tidak menceritakan tentang perkahwinanku kepada orang
lain walaupun dia tahu sejak mula lagi. Aku sangat bersyukur.

Cinta Monyet | Angelily95
" Lagi satu, awak jangan sesekali bagi nombor saya pada budak-budak kelas kita. Tolong
sangat-sangat " aku tidak mahu nombor telefonku sampai ke pengetahuan Baekhyun.
Selepas mematahkan sim cardku, aku terus membeli nombor baru. Dan hanya Kai yang tahu
nomborku.
" Lepas ni awak nak pergi mana? "
" Rumah omma saya "
" Tak apa ke awak balik sorang-sorang? Kalau awak nak saya boleh temankan "
" Tak payah la. Awak kan ada kelas esok "

" Saya boleh ponteng esok "
" Tak payah la Kai. Saya boleh balik sendiri " aku menghadiahkan senyuman kepadanya. Aku
sama sekali tak nak menyusahkan Kai. Aku tak nak mengambil kesempatan di atas kebaikan
dia. Lagipun aku berani untuk balik sendiri.
Aku meminta diri untuk pulang kerana aku perlu mengemas barang-barangku. Aku pasti
akan rindukan tempat ini. Aku akan rindukan Kai.


" Yoobi-ah, awak jangan lupakan saya tau " Chorong sedang memelukku dengan erat. Aku
mengangguk. Aku telah menipu Chorong. Dia menyangka aku akan melanjutkan pelajaran di
tempat lain. Dia tidak tahu yang aku sebenarnya dibuang.
" Awak jaga barang-barang saya tau. Nanti bila ada masa saya datang ambil " kataku selepas
dia merenggangkan pelukan. Aku tidak mampu untuk membawa semua barang-barang
kerana aku akan balik menaiki bas. Bas itu akan bertolak pada pukul 11 pagi.

" Okay. Apa-apa awak call tau "

Cinta Monyet | Angelily95
" Neh "


Selepas beberapa jam, aku akhirnya sampai di terminal bas di Gangwon. Badanku terasa
sangat letih dan mataku masih lagi mengantuk walaupun aku tidur sepanjang perjalanan.
Aku mengemaskan peganganku pada bagasiku sebelum beransur turun daripada bas itu.
Mataku liar memerhati sekeliling. Kali terakhir aku berada di sini adalah ketika omma
membawa aku pergi melancong. Ketika itu omma masih belum berkahwin dengan bapa
tiriku.

Selepas berkahwin dengan bapa tiriku, aku jarang sekali dapat meluangkan masa bersama
omma seperti sebelumnya. Bapa tiriku sangat sayangkan omma dan omma juga sayangkan
lelaki itu. Satu-satunya kekurangan ialah bapa tiriku sangat bencikan aku. Kerana apa?
Kerana aku adalah anak kepada lelaki yang pernah merampas omma daripadanya.
Sejak berkahwin, mereka selalu melancong berdua. Apa-apa sahaja dilakukan berdua. Aku
selalu ditinggalkan di rumah. Namun itu bukan bermakna aku bersendirian.
Setiap kali kereta bapa tiriku tiada di rumah, akan ada makhluk yang melempar batu ke arah
pintu rumahku. Siapa lagi kalau bukan Monyet tu, dia memang tak pernah bagi hidup aku
senang. Aku hairan apabila dia tercongok di depan rumahku sedangkan dia tinggal di
kawasan perumahan lain.
Setiap kali dia datang mengganggu di rumahku, aku akan keluar membawa sebatang
penyapu untuk memukulnya. Pernah sekali tu, dia datang pakai helmet sebab takut aku
ketuk kepala dia. Oh aku ingat, masa tu kami berumur 14 tahun.
" Leeyoo noona! "
" Jungkook! Buat apa kat sini? Tak sekolah ke? "


Cinta Monyet | Angelily95
" Sekolah cuti la noona. Noona pulak buat apa kat sini? "
" Eh, Jungkook dah tukar fashion rambut " aku menukar topik perbualan. Jungkook
tersengih. Dia meniup jambul yang menutupi matanya sebelum kembali memandang ke
arahku.
" Leeyoo noona nak balik ke? Biar saya hantar. Saya bawak kereta tau "
" Eoh? Jungkook ada le- "
" Sssshhhhh!!!!! " Jungkook menekup mulutku sambil memerhati sekeliling untuk
memastikan tiada yang mendengar kata-kataku tadi.
" Jangan la cakap kuat-kuat! Saya memang tak ada lesen lagi " bisik Jungkook dekat di
telingaku. Aku mengangguk, dengan harapan dia akan berhenti menutup mulutku.

" Jom " Jungkook mengheret bagasiku sedangkan aku masih lagi duduk di bangku itu.
" Noona, jom la "
" Arasseo, arasseo " aku menggalas handbagku lalu membuntutinya ke tempat letak kereta.
" Jungkook datang dari mana sebenarnya? "
" Saya saja je jalan-jalan. Masa dekat traffic light tadi, saya ternampak Leeyoo noona dalam
bas so saya follow la bas tu " jawab Jungkook sambil memandu dengan tenang.
" Jungkook ni lawak la "

" Lawak? Noona kan tahu saya suka noona. Nampak tak jodoh kita memang ada? "
Jungkook menekup kedua-dua belah pipinya yang memerah. Hampir tersembul biji mata
aku.
" Kookie, kereta! " Jeritku lalu menumbuk tepi kepalanya. Kereta yang kami naiki bergerak
memasuki lorong orang lain kerana Jungkook melepaskan stereng. Dengan pantas, Jungkook
memutarkan stereng untuk memasuki lorong yang betul.

Cinta Monyet | Angelily95
" Noona! Sakit la! " Jungkook mengusap sisi kepalanya yang menjadi mangsa tumbukanku
tadi. Aku mula rasa kasihan.
" Noona tak sengaja. Mian "
" Tak apa " Jungkook tersengih, menampakkan barisan giginya yang cantik.
" Takut noona tadi tau " aku melepaskan nafas lega. Jungkook ketawa kecil.
" Mian noona. Janji tak buat lagi "

Telefonku berbunyi, menandakan ada mesej masuk. Mesej dari Kai. Aku tersenyum lalu
membalas mesej tersebut.
" Noona, mesej dengan siapa tu? " Ada nada cemburu dalam suaranya. Aku berpaling ke
arahnya. Dia sedang menjuihkan bibir. Comel! Kalau ada getah boleh ikat ni..
" Chingu "
" Betul ke chingu? Yakin tak ada perkataan namja kat depan? "
Perkataan namja kat depan? Namja chingu?
" Betul la. Chingu. CH-I-N-G-U " aku sengaja mengeja perkataan chingu untuknya.
" Ah noona, kenapa semalam saya call tak dapat? "

" Semalam? Noona dah tukar nombor la "
" Oh, yeke. Sampai hati tak bagitau saya "Jungkook berpura-pura mengajuk.
" Kenapa call noona? "
" Sebab saya ri-rindu.. " Pipi Jungkook memerah lalu Jungkook menekup kedua-dua belah
pipinya. Dan sekali lagi dia menerima tumbukan padu dariku.
" Kereta! " Marahku.

Cinta Monyet | Angelily95
" Sakit! Tak langgar pun. Ganas la noona ni. Tolong la bagitau macam mana saya boleh suka
kat noona " Jungkook mula membebel.
" Mian " aku tersengih.

" Yeobo, cukup! Jangan buat dia macam tu. Yeobo! " Jeritan omma kedengaran.
" Biar. Biar dia rasa. Berani dia balik sini. Mana jantan tu? Mana? "
" Yeobo! "
" Jantan tu dah tak nak dia, dia ingat senang-senang dia boleh balik sini? Jangan harap "
Selebihnya, aku tidak lagi mampu mendengar apa-apa. Aku langsung tidak mampu
mengangkat tubuhku untuk melindungi diri aku. Yang aku rasa hanyalah sesuatu seperti
cecair yang mengalir di celah kelangkangku.

Kemudian, duniaku gelap.
End of Yoobi's POV


Cinta Monyet | Angelily95

Bab 12

" Korang nanti rindu la aku "
" Tak ingin aku " kata Chanyeol dalam nada main-main. Aku ketawa. Berani king kong
berkepala Yoda ni tak nak rindu aku! Haha. Best tak nama baru Chanyeol? Yoobi yang bagi
nama tu masa Chanyeol curi coklat yang aku bagi kat Yoobi.

" Tak apa Baek. Chenchen ada untuk rindu kau. Nanti kau rindu la aku jugak " Chen memeluk
bahu aku dari tepi. Manja betul budak ni, kadang-kadang naik menyampah jugak aku. Tapi
kadang-kadang aku tak sampai hati nak marah kat dia sebab dia comel sangat.
" Apa korang main rindu-rindu ni? Macam gegurl je. Geli aku " kata Sehun sambil
menggosok lengannya tanda geli.
Yoobi yang sedang bergelut untuk membuka botol air di sudut dewan itu menarik perhatian
aku. Dia kelihatan sedang merajuk sendiri kerana tidak berjaya membuka botol air itu.
Budak ni kenapa buat comel sorang-sorang kat situ? Meh oppa nak teman. Oppa? Heol~
" Korang, aku nak pergi kat Yoobi jap "
" Baekubi. Aku ship korang sampai bila-bila. " Chen membuat gaya fangirl di situ. Ubi? Aku
tak tahu kenapa Chen suka panggil Yoobi ubi. Suka-suka hati kau je nak panggil sayang aku
macam tu. Sayang? Heol~
" Baek, bukak ni " Yoobi menghulurkan botol air itu kepada aku. Macam tahu-tahu je aku
nak datang kat dia. Aku membuka botol itu dengan mudah. Aku tak ada la kuat mana pun,
lawan gusti lengan dengan Chen pun kalah. Aku pernah menang sekali je, itupun masa
lawan dengan Kyungsoo. 80

" Kenapa kau ni lembik sangat. Kau tak makan nasik ke? "

Cinta Monyet | Angelily95
Yoobi hanya mencebik lalu meneguk air sejuk itu. Dia berseorangan di situ. Kawan
perempuan sekelas dengan kami mengamal assabiah dan Yoobi tidak masuk dalam mana-
mana puak.
" Leeyoo "
Siapa pulak ni? Tak nampak ke oppa dia ada kat sini?
" Leeyoo noona, ingat tak saya? " Tanya lelaki itu. Kau kalau aku tumbuk memang confirm
hilang ingatan.

" Jungkook kan? "
Jungkook? Bagus nama tu, kalau tulis kat batu nisan mesti gempak.
" Nasib baik Leeyoo noona ingat saya lagi. Leeyoo noona, saya sedih la noona dah nak habis
sekolah " Jungkook membuat muka sedih.
Bagus, ratapi la kematian kau awal-awal. Aku tengah asah parang dalam kepala otak aku ni.
" Ala, nanti contact la noona. Jungkook kan ada nombor noona "
" Jinjja noona? Leeyoo noona- "

" Aku hidup lagi kat sini " aku mencelah. Yang panggil sayang aku 'Leeyoo' tu kenapa?
" Hyung, hyung ni namja chingu Leeyoo noona ke? Saya suka Leeyoo noona. Hyung bukan
namja chingu noona, kan? "
" Kau ni cacat ke? " Tanyaku.
" Baekhyun! "
" Namja chingu? Taste aku tinggi, dia tak layak jadi GF aku "
Dia lebih sesuai jadi bini aku.

Cinta Monyet | Angelily95
" Jinjja hyung? Jinjja Byunbaek hyung? "
Memang sah budak ni cacat.

" Jungkook "
" Ye omma! Sekejap. Leeyoo noona nanti kita jumpa lagi. Omma saya dah datang ambik.
Annyeong " dengan selambanya dia mencium pipi Yoobi. Terkejut aku dibuatnya. Yoobi
lagilah terkejut.
Berani kau! Jangan bagi aku jumpa kau lagi lepas ni! Aku sagat mulut kau nanti! Huh, panas
hati aku.
Aku memandang tajam ke arah Yoobi. Perempuan ni kenapa tak jaga harta benda aku betul-
betul? Maksud aku, pipi dia tu kan aku punya. Oh man, creepy gila bila aku fikir macam tu!
" Kenapa kau pandang aku macam tu? "
" Aku tak sangka kau adalah pedo-noona pertama yang aku kenal "

" Mwo?! "
Alahai, jangan la buat terkejut sangat. Aku tarik pipi tu karang.
" Kau dengar "
" Baekubi kubi "
Oh man! Aku menjegilkan mata ke arah Chen, mengisyaratkan dia supaya diam. Chen
menekup mulutnya. Dia memandang aku dengan pandangan yang membawa maksudmian-
aku-ingat-kau-dah-confess .
Aku menggelengkan kepala ke arahnya. Aku memang la nak confess tapi budak cacat Joko
tadi kacau daun. Iya ke nama dia Joko? Entah.

Cinta Monyet | Angelily95
" Reu beu rikeu kiube " Chen mula menutup kesilapannya tadi. Yoobi hanya memandang
pelik ke arah Chen.

" Mana yang lain? " Tanyaku.
" Dah balik. Lewat dah ni kau tak nak balik ke? "
" Betul la. Dah lewat. Nanti ahjussi marah " Yoobi bercakap dengan dirinya sendiri tetapi
sempat didengari oleh aku. Dia meluru keluar daripada dewan itu. Yah, aku belum confess
lagi!
" Yah, kau nak bagi ubi balik sorang-sorang ke? Pergi la teman, boleh kau confess terus "
saran Chen.
" Annyeong " Chen melambai ke arah aku yang sedang mengejar Yoobi daripada belakang.
Laju betul perempuan ni, kalah Usain Bolt.
" Yoobi "

" Kenapa kau ikut aku? Pergi la balik. " Yoobi memperlahankan langkahnya apabila
menyedari ada aku di belakangnya.
" Yoobi, lepas ni kan kita tak jumpa dah "
" So? "
" Aku ada nak bagitahu something "
" Cakap la " Yoobi memandang aku sepenuhnya. Mata dia nampak cantik sangat, hampir
terpukau aku. Mata dia seolah-olah berkata 'tatap mata saya' .

" Kau ingat tak kita dari kecik lagi satu sekolah? " Tapak tangan aku yang berpeluh aku
genggam.

Cinta Monyet | Angelily95
" Ingat "
" Sepanjang tahun-tahun tu- " aku berhenti untuk menarik nafas. Bibirku terasa kering. Rasa
macam nak pinjam lip balm Yoobi pulak. Be a man, Baek!
" -kau dah banyak guna duit aku! Bayar balik! "
Be a man, my ass.
Alah, bodoh! Tiba-tiba aku rasa tak berani nak confess. Bodoh!

" Buruk siku! "
" Huh? " Aku pantas memandang siku-siku aku. Mana ada!
" Itu simpulan bahasa la! " Yoobi menampar bahu aku. Aku tersengih kekok.
Dan malam itu, aku tak sangka yang Yoobi akan jadi milik aku walaupun aku tak
berkesempatan untuk confess padanya.
Aku bangun pada pagi itu dengan senyuman yang lebar. Kenapa? Kerana Yoobi sedang tidur
di dalam rumah aku, walaupun bukan sebilik. Dia sedang tidur di bilik tamu.
Aku bangun untuk mandi dan bersiap-siap. Bersiap-siap jiwa dan ragaku untuk berhadapan
dengan appa sekejap lagi.

Kemudian aku membuka almariku, mengambil satu kotak besar yang berwarna kelabu. Aku
membuka kotak itu lalu tersenyum.
Di dalam kotak itulah aku simpan semua hadiah yang aku belikan untuk Yoobi sempena Hari
Kekasih. Aku tak pernah berani untuk memberikan hadiah-hadiah itu kepadanya. Anak
patung, bunga yang dah layu, baju dan macam-macam lagi aku simpan dalam tu.
Aku ketawa kecil apabila terpandang sebiji gula-gula yang sudah lama expired turut berada
di dalam kotak tersebut. Aku mula suka pada Yoobi ketika berumur 10 tahun dan waktu itu

Cinta Monyet | Angelily95
aku hanya mampu membelikan gula-gula untuknya. Tapi itu pun aku tak berani untuk beri
padanya.
Aku mengeluarkan sepasang pakaian daripada kotak itu. Kalau Yoobi pakai mesti cantik! Aku
beli baju ni sempena Hari Kekasih pada tahun ni.
Aku memasukkan pakaian itu ke dalam beg plastik dan bergerak ke bilik tamu. Tombol pintu
itu aku pulas perlahan. Perempuan ni, berani dia tak kunci pintu. Nasib baik aku tak tahu
dari semalam. Hehe~

Mak aih! Ganas betul perempuan ni tidur. Bantal bersepah atas lantai, selimut entah ke
mana, perut-
Err, nampak perut.
Darah menyerbu ke muka aku. Apa Yoobi ni! Jangan la goda I macam ni. Putihnya...
Baekhyun! Sedar!
Aku menampar mukaku kuat. Ini semua godaan syaitan! Aku mengambil bantal di atas lantai
lalu membalingkan ke arah muka Yoobi. Lari kau syaitan! Jangan ganggu sayang aku!
Eh, apa aku dah buat ni? Aku mendekatinya lalu menarik bajunya supaya menutupi
perutnya yang terdedah itu. Aku menyelimuti tubuhnya untuk melindungi badannnya
daripada pandangan aku yang mula menjadi nakal lalu membaling bantal ke arah mukanya.

" Yah! Cukup-cukup la tidur tu "
" Yah! Kau boleh tak jangan kacau aku Baekhyun? " Yoobi menggeliat kecil dengan mata
yang masih terpejam.
" Kau ingat kau siapa? Sleeping beauty? Dah bangun! Kau ingat appa aku nak tunggu kau ke?
" Aku menarik selimut yang menutupi tubuhnya.
Sleeping beauty? Nak jadi prince! Nak jadi prince!

Cinta Monyet | Angelily95
Sleeping beauty la sangat. Sleeping sexy ada la.

Selepas bergaduh kecil dengan Yoobi, aku beredar ke luar bilik untuk membenarkan dia
bersiap-siap. Kalau ikutkan hati nak saja aku tunggu depan pintu bilik air. Hehe~
Aku baru sahaja berjaya memujuk Yoobi. Dia merajuk. Dia merajuk sebab aku marah dia
pada tiga hari yang lepas. Aku bukan nak marah dia sangat tapi idea dia aku tak boleh terima
langsung. Aku tak nak duduk jauh dengan Yoobi, nanti aku rindu.
" Tadi tak mengaku wifeu, sekarang lovey-dovey bagai pulak " gurau Baekbom. Aku
mencebik. Apa hyung ni? Jangan la cakap macam tu depan Yoobi, malu la aku.

" Yah " aku menepis tangan Yoobi apabila dia mengepit bibirku dengan jari telunjuk dan jari
hantunya. Tak, aku bukan marah sebab dia sentuh aku dan aku bukannya marah. Aku segan
sebab Baekbom tengah tengok.
" Kasar la kau ni Hyun " tegur Baekbom.
" Oppa! "
Kami bertiga terus berpaling.
" Joohee? " Baekbom agak terkejut dengan kehadiran gadis itu di situ.

" Siapa ni? " Bisik Yoobi. Aku mula menggelabah. Apa Joohee buat kat sini? Aku hanya
memandang tajam ke arah Yoobi. Dia tak marah kan?
" Bom oppa buat apa kat sini? Hyun oppa? " Tanya Joohee ceria. Aduh! Kenapa dia panggil
aku oppa? Mati la aku nak pujuk Yoobi lepas ni.
" Oppa, marah Joohee lagi ke? " Joohee mengambil tempat di sebelahku. Dia memegang
lengan aku menyebabkan mata Yoobi membesar. Mati aku.

Cinta Monyet | Angelily95
" Oh, ni sepupu oppa yang oppa pernah cerita kat Joo dulu tu ke? " Joohee memerhatikan
Yoobi dengan penuh minat. Sepupu? Oh please, Yoobi ni sayang aku la.

" Joo, Oppa rasa Joo perlu tahu yang- " aku terpaksa mencelah ayat Baekbom. Buat masa
sekarang, Joohee tidak perlu tahu siapa Yoobi yang sebenarnya.
" Dia ni sepupu oppa "
" Hyun, kau- "
" Hyung, hyung balik la dulu dengan Yoobi. Nanti Hyun balik sendiri " aku mencapai tangan
Joohee dan membawa gadis itu pergi dari situ. Aku tidak selesa apabila berhadapan dengan
Joohee dan Yoobi pada waktu yang sama.

Oppa, Joohee pun dapat tawaran tu perempuan itu kelihatan sangat gembira dan aku
turut gembira untuknya.
Aku kenal Joohee ketika aku pergi ke sekolahnya kerana sekolahnya menjadi tuan rumah
untuk satu pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan. Aku menang tempat pertama dan
aku gembira sangat, gembira sebab Yoobi hadiahkan aku snap back. Masa mula-mula
dapat, masa tidur pun aku pakai. Nampak tak tahap kemarukan aku?
Oppa..
Apa?
Oppa marah Joohee lagi?

Joohee rasa?
Oppa marah. Oppa off phone. Banyak kali Joohee cuba call

Cinta Monyet | Angelily95
Marah? Aku sebenarnya offkan phone aku sebab aku sibuk. Okay la, aku jujur. Aku tak ingat
nak cas sebab lepas kahwin, aku busy dengan Yoobi. Aku kan memang dah lama mengidam
nak gigit pipi Yoobi yang comel tu.
Omo, kenapa fikiran aku melayang-layang ke arah kebyuntaean?
Joohee mintak maaf. Joohee janji Joohee tak buat dah macam tu.

Termasuk yang ni, dah tiga kali Joohee janji. Oppa tak hairan kalau oppa akan nampak
Joohee cuba nak terjun lagi
Ya, anda betul. Dia sudah banyak kali cuba membunuh diri. Aku tak berani nak cakap dia gila,
tak, dia memang tak gila. Dia cuma disahkan menghidap tekanan perasaan yang melampau
kerana dia diabaikan oleh ahli keluarganya. Biasalah orang-orang kaya selalu mengabaikan
keluarga kerana sibuk bekerja.
Aku mengenali Joohee selepas aku cuba menghalangnya daripada terjun di bangunan
sekolahnya. Ketika itu aku sedang mencari tandas, kemudian aku ternampak seseorang di
atas bangunan dengan keadaan kakinnya yang membolehkan dia jatuh pada bila-bila masa.
Of course la aku terkejut, sampai urin aku masuk balik dalam gallbladder . Okay, itu auta.
Joohee tak nak oppa jauhkan diri daripada Joohee. Joohee takut bila oppa tak cakap
dengan Joohee

Jangan la nangis. Oppa tak marah la. Oppa cuma tak suka Joohee buat kerja bodoh macam
tu
Joohee janji Joohee takkan buat kerja bodoh tu lagi. Oppa janji oppa takkan tinggalkan
Joohee ya ? Joohee sangat berharap, aku dapat mebaca melalui raut wajahnya. Aku
mengangguk.
Oppa janji
Janji itu aku buat untuk menyelamatkan nyawa. Nyawa seorang manusia yang kesunyian.

Cinta Monyet | Angelily95


Bab 13

Aku terkaku apabila Yoobi menanggalkan rantai yang dipakainya. Terasa seperti seluruh
anggota badanku tidak mampu berfungsi. Apa maksud semua ni?
Matanya yang berkaca-kaca tidak lepas daripada memandang anak mataku. Aku takut. Aku
rasa tak sedap hati. Apabila Yoobi meletakkan rantai itu di atas tapak tanganku, dadaku
terasa sesak. Aku tidak mampu bernafas dengan betul. Jari-jemariku yang menggeletar
mengenggam rantai itu, mataku merenung matanya dengan harapan dia tidak akan
melakukan perkara yang aku agak dia akan buat.
Tapi, kadangkala harapan tercipta untuk kekal sebagai harapan. Dia pergi. Udara yang aku
sedut terasa seperti dipaksa masuk ke dalam paru-paruku.
Aku memandang belakang badannya yang semakin lama semakin menjauh. Apa aku buat ni?
Bodoh, halang la dia! Aku mula berlari untuk mengejarnya tetapi terhenti apabila namaku
dipanggil.
" Oppa, nak pergi mana? "
Sila benci aku sebab aku tak kejar wifeu aku yang sedang menangis. Sila benci aku sebab aku
sendiri dah mula bencikan diri aku sendiri.
" Err- tak- tu- " aku tergagap-gagap. Kalau boleh aku nak menangis kat situ jugak. Yoobi
sudah sangat jauh di depan. Muka Chen turut menunjukkan yang dia nampak apa yang
berlaku antara aku dan Yoobi. Dia nampak Yoobi memutuskan hubungan kami tadi.

" Oppa okay tak ni? Jom la balik oppa. Bas sampai dalam 30 minit lagi "
Aku mengangguk. Universiti aku agak jauh daripada universiti ini, perjalanan memakan masa
3 jam. Aku terpaksa balik sekarang kalau tak nak terlewat. Yoobi..

Cinta Monyet | Angelily95
" Joohee tunggu kat bus stop, kejap lagi oppa datang " aku mengisyaratkan Chen supaya
mengikuti aku menjauhi Joohee.
" Yah, kenapa kau tak kejar Ubi tadi? " Muka Chen jelas risau. Aku mengeluh.
" Joohee- "
" Joohee. Tak habis-habis dengan Joohee. Sampai bila perempuan tu nak berkepit dengan
kau? " Chen sangat marah. Mungkin dia hilang sabar dengan perangai aku yang selalu
melebihkan Joohee. Dia kena tahu yang aku tak ada pilihan! Aku tak nak Joohee tiba-tiba
melompat kat tengah jalan tu dan tunggu kereta datang langgar dia.
" Aku tak ada pilihan! " Aku membentak. Chen menampar mukaku. Kuat. Pipiku terasa pedih
dan berdenyut.

" Aku pun tak ada pilihan selain tampar kau "
" Chen, Yoobi- " aku kembali bersedih apabila nama Yoobi keluar daripada mulutku. Yoobi,
jangan tinggal aku.
" Sabar Baek. Kau kena cari cara untuk pujuk Ubi " Chen memeluk bahuku. Tangannya
menepuk-nepuk belakangku untuk menenangkanku.
" Chen, aku kena balik. Kau tolong tengok-tengokkan Yoobi " aku sangat mempercayai Chen.
Aku sangat berharap dia dapat membantu aku.
" Jangan risau. Aku kan pernah cakap aku ship Baekubi sampai bila-bila. Aku mesti tolong "


" Lewat kau balik? "
" Dah tau tanya " aku menutup pintu bilik itu dan bergerak ke arah katil. Bilik ini
mengandungi dua buah katil double-decker, 2 buah meja study yang besar dan 4 buah locker.
Ini bermakna ada tiga ekor lagi makhluk lain dalam bilik ni.

Cinta Monyet | Angelily95
Biar aku perkenalkan dorang satu-persatu. Pertama, Minsoo. Dia adalah seorang yang
pemalas dan kuat tidur. Satu-satunya kelebihan dia ialah dia adalah yang paling kuat dalam
bilik ni. Pernah sekali tu bilik ni terkunci dari dalam dan kebetulan cuma dia yang tiada kelas.
Dia dengan selamba badaknya menendang pintu bilik sehingga terbuka. Tombol pintu tu
pun dah jahanam, sekarang ni bilik dah tak boleh kunci. Tapi aku tabik la sebab dia pandai
melukis. Aku pernah suruh dia lukis potrait Yoobi, cantik gila. Yoobi cantik, poster pun cantik.
Hehe~
Kedua, Chanhee. Dia adalah mamat jambu first class kat U ni. Cubalah tanya mana-mana
perempuan dalam U ni, mesti dorang ada nombor Chanhee. Tak kira la walau sunbae
sekalipun, begitulah popularnya Chanhee ni.
Ketiga, dia ni tidur katil bawah manakala aku kat atas. Dengarnya dia pernah tinggal kat
Vancouver sebab appa dia ada bisnes kat situ so sebab tu la nama dia L.Joe. Tapi kita orang
panggil dia Byunghun je. Dia paling okay antara tiga orang tu so aku lebih rapat dengan dia.
Dia ni pun boleh tahan pemalas jugak. Kalau lapar mulut dia tak boleh diam. Aku selalu
paksa dia beli ramyeon segera banyak-banyak.

" Kau pehal nampak moody je? Gaduh dengan Joohee ke? " Tanya Byunghun. Aku hanya
menghiraukan soalannya. Aku letih. Letih minda, jiwa, raga dan sewaktu dengannya. Aku
tiada mood untuk melayan soalannya.
" Yah, dia call aku. Cepat jawab!! " Chanhee memberikannya telefonnya kepada Byunghun.
Byunghun tersentak.
" Yah, kenapa bagi kat aku? Kau jawab la " Byunghun kembali menyerahkan telefon itu
kepada tuannya. Chanhee tidak duduk diam.
" Tak boleh! Dia mesti nak ajak aku keluar. Aku ada date dengan orang lain malam ni.
Kyeong, kau jawab! " Aku pula yang menjadi mangsa. Aku mengerutkan keningku.
" Kalau kau tak nak keluar, kau cakap je la tak nak kat dia " sejujurnya aku malas nak
melayan kerenahnya. Chanhee menggelengkan kepalanya.

Cinta Monyet | Angelily95
" Tak boleh! Nanti dia dah tak nak keluar dengan aku "
Chanhee melekapkan telefon itu di telingaku. Aku mengeluh perlahan. Aku mengambil
telefon itu daripadanya.
" Hello "

" Oppa, malam ni free tak? "
" Ni bukan oppa "
" Habis tu? "
" Appa.. " Aku mula mengarut.
" Appa? Appa Chanhee ke? Abeonim! Saya teringin nak jumpa abeonim. "
" Kamu ni siapa? " Okay, mood main-main aku dah datang.
" Saya calon wifeu Chanhee! "
Amboi, tak malu pulak perempuan ni cakap macam tu.
" Wifeu? Ahjussi nak menantu yang hari-hari pakai hanbok. Rambut panjang lepas tu buat
sanggul tinggi. Kamu macam tu ke? "
Nasib kaulah.

" Iya, abeonim. Begitulah keadaan saya pada setiap hari. Saya tidak pernah memakai
pakaian lain selain hanbok "
Kuat menipu perempuan ni. Dah la cakap skema tiba-tiba.
" Suatu hari nanti kamu datang la rumah. Ahjussi nak tengok muka kamu. Ahjussi nak tidur.
Jumpa lagi " aku berpura-pura menguap lalu mematikan panggilan. Begitulah tugas aku,
menarik perhatian gadis-gadis yang mengajak Chanhee keluar.

Cinta Monyet | Angelily95
Kalau Minsoo yang buat lagi gempak. Suara dia garau gila so dia selalu pura-pura jadi polis.
Aku selalu ketawa bila dia buat macam tu.
" Gomawo Kyeong! " Chanhee mengambil telefonnya kembali. Pening aku layan budak ni.
" Biar betul? Dah nak masuk seminggu ni, takkan dia tak datang kelas lagi? " Aku mula risau.
Sudah hampir seminggu tiada khabar berita mengenai Yoobi kerana menurut Chen, Yoobi
sudah lama tidak ke kelas. Aku mengemaskan peganganku pada telefonku.

" Aku takut la Baek " kata Chen.
" Takut apa? "
" Aku tak tahu aku patut bagitau kau ke tak "
" Bagi tau la! " Aku mula naik angin. Aku tak berniat untuk kurang ajar dengan Chen tapi aku
terlalu risau tentang keadaan Yoobi.
" Hari tu ada khabar angin- "
" Yah! Aku nak tau pasal Yoobi! Aku bukan ajak kau bergosip! "
" Fine! Aku tak nak bagitau apa-apa. Okay, bye "
" Chen! Chen! Sorry "
" Tau pun. Kau dengar la dulu aku cakap "
" Okay "

" Hari tu ada gosip student kena buang "
" So? Apa kaitan dengan aku? "
" And dia buang sebab dia mengandung "
" So? Apa kaitan dengan Yoobi? "

Cinta Monyet | Angelily95
" Kau sedar tak, Baek? "
" Sedar apa? "
" Kat sini, Yoobi satu-satunya perempuan yang dah kahwin "
" So? "
" Bodoh! Dia mengandung anak kau! "
Mwo?!



Sebulan berlalu.
Setelah mendapat berita tentang Yoobi dibuang, aku terus menghubungi Baekbom. Aku
hanya bertanya jikalau Yoobi ada menelefonnya dan menurut Baekbom, Yoobi tidak pernah
menghubunginya. Aku juga sudah meminta tolong jiran Yoobi iaitu Xiumin, untuk mengintai
kalau-kalau Yoobi ada di situ. Malangnya, dia tiada di situ.
Aku buntu. Aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan untuk mencarinya. Dia seolah-
olah hilang. Aku semakin kurang bercakap, masaku lebih banyak dihabiskan dengan berfikir.
Aku bersyukur kerana pelajaranku tidak terganggu oleh masalah itu.
" Kyeong, dah sepuluh kali aku tanya kau "
" Eoh? Apa? " Aku baru tersedar yang Byunghun sedang bercakap denganku. Sumpah aku
tak dengar apa-apa.
" Aku tanya, kau nak stay kat rumah hyung aku tak? Minggu depan kan kita dah start cuti
untuk dua minggu tu "
" Hyung kau bagi ke? Byeong, hyung kau tinggal sorang ke? "
" Hyung aku dah kahwin la. Dah ada anak pun sorang. Mesti la dia bagi "

Cinta Monyet | Angelily95

" Kalau macam tu okay la " aku bersetuju. Kalau aku pulang ke rumah, pasti aku akan
ditanya mengenai Yoobi jadi lebih baik aku tidak pulang.


Cinta Monyet | Angelily95
Bab 14

" Yah Joohee!! " Aku menampar kuat tangannya yang memegang botol racun itu. Dia jatuh
terduduk lalu menangis. Nasib baiklah aku terfikir untuk mencarinya di sini, di belakang blok
yang jarang digunakan ini. Botol racun itu yang terjatuh ke atas lantai berderai kepada
pecahan-pecahan kecil. 112

" Kenapa kau bodoh sangat?! " Aku menjerkahnya. Dia betul-betul menguji kesabaran aku.
Perlu ke dia bunuh diri setiap kali dia ada masalah? Tangisan Johee semakin kuat
kedengaran.
" Aku tengah cakap dengan kau ni bodoh! Kau jangan sampai aku hilang sabar " aku
membaling telefonku ke arahnya. Kalau ikutkan hati aku hempuk je kepala dia ni kat dinding.
Aku susah-susah nak selamatkan nyawa dia, dia senang-senang je nak sia-siakan usaha aku.
Kalau aku biar je dia ni mati, senang hidup aku. Aku takkan ada masalah dengan Yoobi, aku
takkan perlu uruskan hal yang tiada kaitan dengan aku. Tapi aku tak buat macam tu. Sebab
apa? Sebab aku ni manusia. Aku ada hati dan perasaan.
Kepala Johee menunduk memandang lantai dengan badan yang terhenjut-henjut menahan
tangis. Aku merengus geram lalu menarik nafas dalam-dalam. Aku melutut di hadapannya
lalu mengangkat mukanya untuk memandangku. Mukanya basah dengan air mata.
" Joohee,bagitau oppa. Apa lagi masalah Johee ni? " Aku cuba melembutkan suaraku. Aku
arif benar dengan perangainya. Dia takkan bersuara selagi aku tidak berlembut dengannya.
" Appa nak ceraikan omma "

Aku mengutuk appanya di dalam hati. Bila agaknya orang tua tu nak mampus? Anak dia
asyik stress sebab perangai dia.
" Nak cerai tapi belum cerai kan? "

Cinta Monyet | Angelily95
Joohee mengangguk. Aku menolak rambut yang menutupi mukanya.
" Selagi dorang tak cerai, Joohee boleh buat appa Joohee ubah keputusan dia tu " aku cuba
membuat dia berfikiran positif.
" Tapi oppa- "
" Joohee cuba dulu. Masih belum terlambat. Percaya la apa yang oppa cakap ni " aku
meyakinkannya.
" Oppa, gomawo. Oppa selalu ada untuk Joohee. Oppa janji jangan tinggal Joohee. Kalau
oppa tak ada Joohee tak boleh hidup " Joohee menyembamkan mukanya di dadaku. Aku
hanya mengangguk.
" Joohee janji jangan buat kerja bodoh ni lagi "
" Joohee janji "


" Hyung, ni la kawan yang aku cerita tu " Byunghun menunjukkan ke arahku. Aku menunduk
hormat ke arah abang dan kakak iparnya. Bagasi aku masukkan ke dalam bonet kereta.
" Jom la gerak, hyung ada kerja sikit petang karang " kata abang Byunghun.
Kami pun bertolak ke rumahnya yang terletak di kawasan perumahan elit. Orang kaya dia ni.
Rumah besar, kereta besar.
" Noona, Byeong baru perasan. Mana Byungchan? " Tanya Byunghun ketika kami sedang
memasukkan bagasi kami ke dalam bilik yang aku agak sebagai bilik Byunghun. Walaupun
cuti hanya untuk dua minggu, kami membawa barang seperti nak duduk setahun!
" Maid bawa dia keluar kot. Kejap lagi balik la kot. Korang kemas la barang-barang dulu.
Noona dengan hyung kena balik pejabat ni " kata kakak iparnya lalu menutup pintu bilik itu.
" Byungchan tu siapa? " Tanyaku.


Cinta Monyet | Angelily95
" Anak sedara aku "
" Berapa tahun? "
" 2 tahun lebih kot. Eh, kita kemas kejap lagi la. Jom makan dulu " ajak Byunghun. Aku hanya
menurut. Ruang dapurnya juga agak luas. Ni mesti dalam peti sejuk penuh dengan makanan.
Cis, kaya betul.
"Kau pilih la nak lauk apa. Dalam peti tu ada rasanya. Kalau kau nak tahu, kakak ipar aku tak
pandai masak. Semua lauk-lauk tu mesti maid yang buat " kata Byunghun.
" Kalau kau, kau nak ke wifeu tak pandai masak? "
" Kalau cantik apa salahnya " dia ketawa.
" Kau ingat cantik dia tu boleh makan ke? " Sindirku.
" Aku tengok hyung aku okay je. Tak ada kebulur pun walaupun wifeu dia tak pandai masak
"
" Yalah, orang kaya lain " sindirku lagi.

" Yah, kau jangan nak main sindir-sindir. Kalau kau, kau nak wifeu yang macam mana? "
" Kalau aku? Wifeu aku wajib pandai masak. Kalau tak pandai, aku paksa dia belajar. Aku tak
berapa suka makan makanan luar "
" Kalau dia pandai masak tapi muka dia buruk? "
" Wifeu aku cantik la "
" Eoh? "
Ayoyo, tersasul pulak. Aku sebenarnya tak tahu pun Yoobi tu pandai masak ke tak.
Sepanjang kat rumah dulu, omma aku je yang masak so aku tak berkesempatan nak makan
masakan dia. And aku tahu aku berkesempatan atau tidak. Yoobi, mana kau...

Cinta Monyet | Angelily95
Aku rindu sangat kat Yoobi. Nak call, tak tahu nombor. Nak cari, tak tahu kat mana. Aku tak
tahu nak buat apa. Nak tanya kawan-kawan dia, dia manalah berkawan sangat dengan
orang lain. Setahu aku, kawan yang paling rapat dia ada adalah Kkamjong. Aku dah suruh
Chen pergi tanya Kai tapi Kai cakap Yoobi tak ada cakap apa-apa pun kat dia.
" Maksud aku, aku mesti la nak wifeu cantik " dalihku. 117

Kami berdua mula makan sambil terus berborak.
" Bila maid kau nak balik? " Tanyaku, tiba-tiba rasa ingin tahu.
" Entah. Kenapa? Nak ngorat ke? Sorry la, maid aku dah tua " Byunghun ketawa.
" Tak ingin aku. Aku tanya je. Aku teringin nak tengok anak sedara kau "
" Jangan risau. Dia mewarisi kekacakan aku "
" Kecacatan kau? I see "
" Aku cakap kecacakan! "
" Kecacakan? "
" Eh! Kekacakan! "
" Lawak la kau ni " aku menampar bahunya. Dia kalau gabra memang macam tu. Asyik salah
sebut je.

" Saya dah balik "
" Maid aku dah balik " kata Byunghun. Dia meletakkan chopsticknya lalu bergerak ke depan
untuk menyambut maidnya. Inilah orang panggil orang kaya yang berbudi bahasa.Maid balik
pun sanggup pergi sambut. Hormati yang tua, sayangi yang muda.
" Omo! Ajumma, bila ajumma buat plastic surgery? " Suara Byunghun yang jelas terkejut
untuk menarik aku untuk terus ke depan. Kenapa yang dia terkejut sangat tu?

Cinta Monyet | Angelily95
" Saya bukan ajumma la " nafi maid itu.
Gila kau ni Byeong. Maid yang comel tu kau boleh panggil ajumma. Rambut dia panjang.Dia
tak pendek sangat. Suara dia lembut. Aduh, kenapa aku terbayangkan wifeu aku pulak.
Baek, sudah-sudah la. Jangan la asyik nak terbayangkan Yoobi tu. Kau jangan jadi paranoid
sangat. Aku rasa aku dah ada masalah mental. Aku macam nampak Yoobi depan mata aku.
Aku memang selalu macam ni lepas Yoobi serahkan rantai dia. Aku macam nampak dia kat
mana-mana je. Mental aku dah tak betul. Aku kena jumpa doktor sakit jiwa agaknya.
" Byungchan mana? " Tanya Byunghun.

" Byungchan saya dah letak dalam bilik dia. Dia tengah tidur "
" Oh, okay. Kat belakang awak tu kawan saya. Kita orang tengah cuti " Byunghun
menunjukkan jarinya ke arahku.
" Oh, kakak awak ada bagitau yang awak nak balik "
Aduh, suara macam Yoobi. Ish, geram betul aku. Maid itu berpaling untuk memandangku.
" B-baek.. "
Memang sakit mental aku dah tahap kronik sampai khayalan aku boleh bercakap. Ah,
someone call a doctor!
End of Baekhyun's POV



Cinta Monyet | Angelily95
Bab 15

" B-baek.. " Hampir luruh jantungku apabila aku sedar yang Baekhyun berada di depanku.
Kalau ikutkan hati, aku nak sangat peluk dia. Aku rindu dia. Tapi

jangan harap aku akan buat macam tu. Orang lain tak tahu tentang perkahwinan kami.
Layak ke hubungan kami ni dipanggil perkahwinan?
" Awak kenal kawan saya? " Tanya adik kepada majikanku. Aku menggelengkan kepalaku.
" Tak. Beg saya tertinggal kat luar " dalihku. Beg dengan Baek sama ke bunyinya? Gasaklah.
" Nama awak? Lama dah ke awak kerja kat sini? "
" Lee Yoobi. Saya baru je kerja kat sini beberapa bulan "
Baekhyun langsung tak nampak teruja bila nampak aku. Dasar jantan tak guna. Kenapa la
aku boleh terjumpa dia kat sini? Jangan cakap kami ada jodoh, aku tak boleh terima.
Baekhyun hanya mendiamkan diri tetapi anak matanya liar memerhatikanku. Pandangannya
jatuh pada kawasan perutku kemudian dia mengeluh. Apa kes dia ni?
" Baek, jom la sambung makan " ajak Byunghun. Majikannya pernah menceritakan
tentangnya kepadaku.
" Yoobi, tak nak makan sekali ke? " Baekhyun tiba-tiba bersuara. Aku dan dia saling
bertatapan. Hati aku, hati aku sakit bila teringat apa yang dia dah buat. Dia abaikan aku, dia
pergi dengan perempuan lain.

" Byunghun, saya pergi tengok Byungchan dulu " aku meminta diri. Aku tidak mahu
bercakap dengan Baekhyun. Aku sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan dia dan biarlah
hubungan kami selamanya macam ni.

Cinta Monyet | Angelily95
" Okay. Yah Kyeong, jom la " Byunghun menarik bahu Baekhyun untuk mengikutinya ke
dapur. Aku menghiraukan mereka lalu terus naik ke bilik Byungchan.
Byungchan sedang tidur dengan nyenyaknya. Bibir comelnya sedikit terbuka dengan mata
yang tertutup rapat. Aku teringin untuk ada anak yang sihat sebegini. Aku mengeluh
perlahan. Air mata yang bertakung di mataku perlahan-lahan gugur.
Anak aku. Aku berjaya melahirkan dia tetapi dia lahir tidak cukup bulan dan meninggal dunia
selepas beberapa hari. Aku tak tahu nak salahkan siapa. Aku rasa macam nak salahkan
semua orang. Aku nak salahkan omma, aku nak salahkan ahjussi.
Lepas aku kena pukul dengan ahjussi, aku dimasukkan dalam hospital. Aku mengalami
pendarahan. Doctor cakap aku sebaiknya gugurkan kandungan tu sebab walaupun aku
berjaya lahirkan anak tu, peluangnya untuk teruskan hidup sangat tipis. Aku berdegil, aku
tetap nak simpan kandungan aku.
Aku tak sampai hati nak gugurkan darah daging aku sendiri. Kalau Tuhan nak ambil nyawa
dia sekalipun, biarlah lepas aku berusaha untuk selamatkan nyawanya. Lepas anak aku
meninggal, aku pun keluar daripada rumah omma.

Aku sayangkan omma aku tapi aku rasa macam orang bodoh. Bodoh sebab aku sayangkan
dia walhal dia sedikit pun tak peduli pasal aku. Aku tak tahu apa perasaan aku tentang
omma aku. Antara benci dan dendam..entahlah.
Baekhyun pulak. Dia punca semua yang terjadi. Dia yang memulakan perkahwinan ni, dia
yang menyebabkan aku mengandung dan dia meninggalkan aku. Kalau dia ada, aku takkan
terfikir untuk balik ke rumah ahjussi. Kalau aku dibuang kolej kerana mengandung sekalipun,
aku masih bergantung harap padanya kalau dia tak tinggalkan aku. Tapi sekarang kita
tengah cakap pasal Byun Baekhyun. Dia mana la ambil tahu perasaan orang. Dia cuma tahu
pentingkan diri sendiri. Pedulikan aku? Jangan mimpi la.
Waktu makan malam, aku menyediakan hidangan seorang diri di dapur. Mujurlah Byunghun
ada untuk menjaga Byungchan. Sebelum ini, aku selalu tak cukup tangan untuk

Cinta Monyet | Angelily95
mengendalikan dua kerja dalam satu masa. Mereka sedang berada di ruang tamu,
menonton TV barangkali.
Aku menambahkan secubit garam ke dalam sup itu sebelum bergerak ke arah peti sejuk
untuk mengeluarkan hidangan sampingan.
" Yoobi "

Aku menghiraukan suara itu.
" Yoobi, dengar aku nak cakap ni " suaranya diperlahankan, mungkin bimbang akan
didengari oleh Byunghun.
" Yoobi " Baekhyun berdiri di sebelahku. Aku hanya mendiamkan diri sambil mengacau sup
yang menggelegak itu perlahan-lahan.
" Yoobi " aku menjauhinya apabila dia cuba menyentuh bahuku.
" Yoobi! " Jerit Baekhyun di situ. Dah gila ke jantan ni? Aku merengus geram, masih tidak
memandang ke arahnya. Siapa tak kenal Baekhyun? Dia memang suka buat kerja bodoh.
" Seriously Yoobi, kau nak aku guna cara kasar ke? " Ugut Baekhyun. Mungkin dia bengang
kerana aku asyik menghiraukannya. Aku peduli apa? Aku meneruskan tugasku yang belum
selesai. Selepas meletakkan beberapa hidangan sampingan ke dalam piring, aku meletakkan
kembali bekas-bekas itu ke dalam peti sejuk.

Badanku terdorong ke belakang apabila tanganku ditarik. Kebodohan dan Baekhyun
memang tak dapat dipisahkan.
" Kau nak apa? " Desisku perlahan. Lengannya berlingkar di kawasan bahuku, menarik aku
rapat ke arahnya.
" Dengar apa aku nak cakap ni "
Aku diam.

Cinta Monyet | Angelily95
" Kau dengar tak? "
" Aku tahu aku bodoh tapi aku rasa kau lagi bodoh. Aku belum pekak lagi so I guess aku
dengar " bidasku. Baekhyun terdiam seketika. Mungkin aku kedengaran kurang ajar tapi
perlu ke aku beradab dengan Baekhyun? Sangat tidak perlu.
" Kau jangan buat aku macam ni. Ke mana kau hilang? Mana baby kita? " dia meletakkan
tapak tangannya di atas perutku. Aku mula naik angin. Aku menolak tubuhnya lalu
memandang ke arahnya dengan penuh rasa benci. Berani dia tanya mana 'baby kita' ! Dia
tak layak cakap macam tu! Tak layak. 126

" Kau jangan diam je. Cakap la. Kalau kau marah aku, kau pukul aku. Kau jangan jauhkan diri
daripada aku " Baekhyun kembali mencapai tanganku. Aku merentap tanganku kasar lalu
menghadiahkan penampar ke arah mukanya. Nak sangat aku pukul kau kan?
Aku menggunakan kedua-dua belah tanganku untuk menampar, menumbuk dan apa sahaja
yang aku mampu lakukan dengan kedua-dua belah tanganku. Nak sangat kan?
Dia menghalang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan, melindungi kepalanya. Aku
menangis sambil tanganku tidak berhenti daripada memukulnya. Biar dia rasa macam mana
sakitnya hati aku. Kalau aku bunuh dia sekalipun, rasa sakitnya takkan sama dengan sakit
yang aku rasa.
" Bodoh. Aku benci kau. Benci!!! " Aku sudah tidak terfikirkan yang kemungkinan Byunghun
akan dengar. Baekhyun menekup mulutku, menghalang aku daripada terus menjerit.
Dengan kudrat lelakinya, dia berjaya membawa aku keluar daripada rumah itu melalui pintu
belakang. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.
Dia membawa aku agak jauh di taman bunga di belakang rumah itu lalu berhenti di situ. Aku
duduk di situ sambil memeluk lutut. Kenapa aku perlu jumpa dia lagi? Aku tak kuat.

" Yoobi, aku minta maaf " Baekhyun melutut di depanku. Aku terus menangis. Kalau dia fikir
aku boleh maafkan dia dengan perkataan 'maaf' tu, memang dia silap. Tak semudah tu.

Cinta Monyet | Angelily95
" Hello. Byeong, aku ajak maid kau ke kedai jap. Kau tolong tengok kat dapur, dia tak ingat
dia dah tutup api dapur ke belum. Okay, kejap lagi aku balik la " kata Baekhyun. Dia
menghubungi Byunghyun, tekaku.
" Yoobi, aku mintak maaf. Kau jangan diam macam ni. Bagitau la aku. Apa yang dah jadi? "
Aku menggelengkan kepalaku.
" Apa yang dah jadi kat aku, tak ada kaitan dengan kau. Kau jangan kacau aku lagi. Kita dah
tak ada apa-apa "
" Tapi- "
" Tapi apa lagi? Kalau kita tak jumpa kat sini, kau ada ke cari aku? Ada? Kau ada peduli aku ni
hidup ke mati? Ada ke? "
" Aku cari kau! "
" Cari? Kalau maksud kau cari dengan cara suruh kawan-kawan kau yang tolong cari, Wow!
Kau memang sangat bertanggungjawab! Aku kagum "

Baekhyun terdiam.
" Ada bagusnya kita jumpa kat sini. Aku tak nak perkahwinan ni jadi penghalang untuk kau
dan Joohee. Mungkin kita boleh naik mahkamah untuk uruskan hal penceraian "
" Yoobi, aku- "
" Dah la Baekhyun. Aku ni bekerja kat rumah orang. Kalau aku tak kerja, macam mana aku
nak hidup? Aku nak harapkan siapa? Jangan kacau aku lagi. Lagi bagus kalau kita buat tak
kenal je " putusku lalu melangkah kembali ke arah rumah.
Baekhyun kena belajar untuk menerima hakikat. Semua benda tidak akan terjadi mengikut
kehendaknya.



Cinta Monyet | Angelily95
Bab 16


Keesokan harinya.

Baekhyun tidak pernah jemu menganggu hidupku. Dia bangun awal pagi untuk membantu
aku menyediakan sarapan. Dia turut menemani aku ketika aku menjemur pakaian di
belakang rumah. Namun, aku langsung tidak bercakap dengannya.
Ketika aku memasuki bilikku, Baekhyun dengan selambanya masuk tanpa meminta izinku
terlebih dulu. Aku mengeluh perlahan. Dia mengambil tempat di atas katilku dengan mata
yang tidak berhenti daripada memandang ke arahku. Kenapa dengan dia ni? Lantaklah.
Malas nak layan dia.
Aku mencapai tuala lalu berlalu ke dalam bilik air di dalam bilik tersebut. Aku menutup pintu
bilik air itu lalu berpusing membelakangi pintu tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila
Baekhyun berdiri di depanku. Bila dia masuk?
" Keluar " arahku dengan nada tegas.
" Kita cakap dulu baru aku keluar " kata Baekhyun. Aku mengeluh lagi. Tak boleh ke kalau
dia tak kacau aku? Aku mengabaikan kata-katanya lalu berura-ura untuk menanggalkan T-
shirt yang aku pakai, dengan harapan dia akan berasa segan dan keluar daripada bilik air ini.
Aku silap. Sebaliknya, dia dengan berbesar hati menanti aku menanggalkan baju yang aku
pakai. Dasar byuntae! Aku menampar mukanya perlahan. Aku membatalkan hasrat untuk
menanggalkan bajuku. Aku pula yang rasa segan.

Aku berdiri di bawah pancuran paip hujan tanpa menanggalkan pakaian, masih berkeras
untuk tidak bercakap dengannya. Aku membiarkan tubuhku basah. Baekhyun mendekati
aku, membiarkan tubuhnya turut basah seperti aku.

Cinta Monyet | Angelily95
" Yoobi, kau tak rindu aku ke? " Soalan itu membuatkan aku berpaling ke arahnya. Titisan air
yang membasahi wajahnya tidak menghalang aku daripada nampak matanya yang
mempamerkan kekecewaan. Kami saling bertatapan, berkomunikasi melalui eyes contact.
Gila tak rindu? Aku rindu dia sangat tapi rasa benci atas apa yang dia dah buat lebih
menguasai diri aku.
" Aku rindu kau "
Aku menarik nafas dalam-dalam atas pengakuannya. Dia rindu aku? Betul ke?
" Aku rindu kau sangat-sangat " dia memelukku membuatkan aku terkejut. Aku meletakkan
tapak tanganku di atas dadanya, menjarakkan tubuh kami. Aku pun rindu kau tapi hati aku
sakit sangat, Baek. Aku sendiri tak tahu macam mana nak ubati hati aku ni.
" Kau memang tak nak cakap dengan aku ke? "

Kami sekali lagi memandang ke arah satu sama lain. Aku tak tau nak cakap apa. Aku keliru.
Tiba-tiba, tubuhku terdorong ke arah dinding dan sepasang bibir melekap di bibirku. Dan
entah kenapa, aku tidak menghalang perbuatannya. Aku memejamkan mata, membiarkan
diriku dibuai perasaan. Nafas Baekhyun terasa di wajahku apabila dia menjauhi bibirku. Aku
menelan liur. Perasaanku bercampur-aduk.
" Yoobi, aku minta maaf atas apa yang dah jadi " dia mengusap pipiku dengan jari-jemarinya.
Aku hanya diam.
" Aku takut " aku akhirnya bersuara. Aku memeluk tubuhnya yang basah dengan kemas. Dia
membalas pelukanku lalu mengusap belakangku, menenangkan aku.
" Takut apa? "
" Baek, kenapa kau tinggalkan aku? " Aku tidak menjawab soalannya malah aku pula yang
menyoalnya. Dada Baekhyun yang bergerak menenangkan aku.


Cinta Monyet | Angelily95
" Aku tak tinggalkan kau. Aku tak akan tinggalkan kau "
" Habis tu? "
" Aku pergi untuk belajar. Aku tak tinggal kau. Aku tak tahu kenapa kita jadi macam ni "
" Kyeong! Mana kau? " Laung satu suara dari luar. Baekhyun mengeluh. Aku segera menolak
Baekhyun ke arah pintu bilik air dan mencapai tuala untuk mengeringkan rambutnya. Aku
takut Byunghun tahu tentang kami.
" Buka baju kau lepas tu keluar pakai tuala je. Cakap kau berenang kat kolam luar tu "
cadangku. Itu saja idea yang mampu aku fikirkan. Dia terus mengeringkan rambutnya lalu
membuka pakaiannya di situ. Aku berpaling ke arah lain, terasa segan. Apabila dia selesai,
dia pun bergerak ke arah pintu.
" Kau takkan tak hiraukan aku lagi lepas ni kan? "
Belum sempat aku menjawab, dia terlebih dahulu mencium aku, menyebabkan aku
kehilangan kata-kata.

" Kyeong! "
Baekhyun mengabaikan sahabatnya yang terpekik memanggil namanya dan terus
menciumku.
" Kyeong! Joohee call ni! Mana kau ni? "
Pantas, aku menolak tubuhnya agar menjauhi aku. Apa dah jadi kat aku? Kenapa aku biar
dia buat macam ni kat aku? Kenapa aku lemah sangat?
Aku sangka hubungan kami akan menjadi lebih baik tetapi tidak selepas nama Joohee
menjengah pendengaranku. Aku tak tahu kenapa tapi aku benci nama perempuan tu. Atau
senang cakap, aku memang benci segala yang berkaitan dengan perempuan tu.
Aku kembali kepada perangaiku yang sebelumnya. Aku mengabaikan kewujudannya. 135


Cinta Monyet | Angelily95
" Kyeong, kenapa kau tengok maid aku macam tu? " Tanya Byunghun. Baekhyun agak
menggelabah apabila ditegur sebegitu.
" Tak. Aku mana ada tengok dia " nafi Baekhyun. Aku sedang bermain dengan Byungchan
ketika dua jejaka itu menonton televisyen. Byungchan ketawa mengekek apabila aku
mencium pipinya.
" Aku nampak kau tengok dia.. " Aku tidak tahu apa yang dikatakan oleh Byunghun selepas
itu kerana mereka sedang berbisik. Baekhyun tersengih.
" Kau memang kawan terbaik yang aku ada " kata Baekhyun. Byunghun tersenyum bangga.
Macam ada something je ni..



Cinta Monyet | Angelily95
Bab 17

" Kyeong, kau jaga rumah ni tau. Abang dan kakak ipar aku pergi overseas. Lepas 3 hari baru
balik " pesan Byunghun kepada Baekhyun. Baekhyun menggangguk sambil tersenyum girang.
" ..............jangan buat benda tak elok pulak kat dia " Byunghun berbisik sesuatu kepada
Baekhyun dan aku hanya mampu mendengar akhir ayatnya. Apa maksud dia tu?
Byunghun tiba-tiba saja buat keputusan untuk pergi tinggal rumah nenek dia untuk dua hari
bersama Byungchan. Aku sebenarnya terfikir untuk meminta cuti.
" Boleh tak saya mintak cuti? "
" Tak boleh "
" Err..okay "
Nak cuti pun tak boleh! Aku mencebikkan bibirku tanda tidak puas hati.


" Yoobi " Baekhyun memanggil aku ketika aku menyapu lantai.
" Yoobi " dia memanggil aku ketika aku menjemur pakaian.
" Yoobi " dia memanggil aku ketika aku menonton televisyen.
" Yooobiiiiiii! "
" Diammmmmmm!!! " Aku sudah hilang sabar. Yang asyik panggil nama aku tu kenapa?
Kalau aku lempang karang berterabur gigi.
" Terperanjat aku. Yah, cakap la dengan aku. Aku bosan ni " Baekhyun mencebik comel, cuba
meraih simpati. Aku menghiraukannya kerana aku sudah bersiap sedia untuk masuk tidur.

Cinta Monyet | Angelily95
" Alaa " Baekhyun menangkap pinggangku, menghentikan langkahku. Aku berpusing
menghadapnya lalu menghadiahkan jelingan maut. Baekhyun yang tersengih seperti kerang
busuk membuatkan aku naik menyampah.

" Tangan kau memang tak ada insurans kan? "
" Eh, baru tahu ke? " Dia mencium pipi aku lalu tersenyum lebar. Bukan setakat tangan,
mulut pun tak ada insurans. Mulut dia ni kalau aku tenyeh dengan pes cili memang best,
kalah kimchi.
" Lepas la. Aku nak masuk tidur "
" Jom! " Kemudian kaki aku tidak lagi berpijak di atas lantai kerana dia mencempung
tubuhku.
" Baekhyun! "
" Apa? " Dia meletakkan aku di atas katil kemudian berbaring di sebelah aku.
" Boleh tak jangan buat perangai perogol bersiri kat sini? "
" Per- KAU PANGGIL AKU PEROGOL BERSIRI? "
" Ya "

" Memang aku perogol bersiri pun. Yoobi~~ " Baekhyun mengenyitkan mata lalu membuka
butang pada kolar t-shirtnya perlahan-lahan. Apa ni? Apa ni?!!
" Kau gila! " Aku menendang perutnya lalu cuba melarikan diri tetapi dia lebih pantas
menangkap kaki aku dan mengheret tubuh aku supaya berada di bawahnya. Tolong!!
" Yoobi~~ " dia sekali lagi mengenyitkan mata ke arahku. Tolonglah aku. Kenapa perogol ni
macam bapuk semacam je?
" Baekhyun! Jangan la buat gila macam ni "

Cinta Monyet | Angelily95
" Hahaha " Baekhyun tiba-tiba ketawa galak di situ.
" Aku main-main je la. Jom tidur " dia kembali berbaring di sebelahku. Tangan kanannya
menarik aku untuk berada di dalam pelukannya. Kenapa aku suka bila dia peluk aku?
" Yoobi, lama dah kan kita tak macam ni? " Dagu Baekhyun berada di atas kepalaku. Aku
memejamkan mata.
" Sebab kau tinggal aku "
" Mana ada "

" Kenapa dengan Byunghun? "
" Byunghun? Dia cakap aku suka kat kau so dia pun keluar untuk bagi kita ruang. Dia takut
kau malu bila dia ada " Baekhyun ketawa kecil. Seriously?
" Tapi dia ada pesan jangan buat apa-apa kat kau. Well, yang tu dia tak payah risau sebab
tak akan bagi kesan apa-apa pun. "
" Baek.. "
" Hmm? "
" Hyun.. "
" Hah? "
" Kau ni bongok la "
" Hah? "
" Tak ada apa la "

" Yoobi.. "
" Apa? "

Cinta Monyet | Angelily95
" Sayang.. "
Aku terdiam. Dia panggil aku sayang? Sayang? Buang tabiat ke apa?
" Baby.. "
" Darling.. "
" Kau boleh diam tak? Aku nak tidur ni " aku cubit pipinya kuat. Baekhyun memegang
tanganku yang mendera pipinya.
" Sakit la. Aku gigit kang "
" Gigit la~~ "
" Arr.. Arr.. "
Ouch!



" Bibi sayang, nak air "
Dia ni memang la. Aku hempuk dengan pinggan ni baru tahu. Aku menyerahkan segelas air
masak kepadanya dengan muka yang masam mencuka.
" Kenapa masam sangat ni? Salah minum cuka ke? "
" Daripada aku minum cuka baik aku bagi kau minum peluntur "
" Demi kau aku sanggup. Lautan berapi sanggup ku renangi! " Teringin betul aku nak bagi
kaki kat muka dia ni.
" Kau makan diam-diam sebelum aku cekik kau kat sini " ugutku. Dia daripada tadi membuat
bising.
" Bibi sayang, berani you nak cekik I. I cekik you balik "

Cinta Monyet | Angelily95
" Baekhyun, sebelum aku rebus kepala kau baik kau diam "

" Baik Puan! "
Baekhyun akhirnya diam dan menghabiskan makanannya.
" Yoobi "
" Aku suruh diam kan? "
" Alaa, nak cakap sikit je "
" Aku suka makan masakan kau. Sedap " tambahnya. Aku hanya mendengar tanpa memberi
sebarang respons.
" Yoobi "
" Apa lagi? "
" Nak kiss " Baekhyun memuncungkan mulutnya. Aku menggerakkan bola mataku dengan
gaya menyampah. Budak ni dah tak siuman ke?

" Mulut kau bau ikan bilis " kataku kerana dia makan ikan bilis sebentar tadi. Baekhyun
tersengih.
" Bau ikan bilis je pun, bukan bau taik "
" Pengotor "
" Ala~~ kiss la~ kiss la~ "
" Bagi aku tampar kau dua kali baru aku kiss kau " aku memberikan syarat. Aku agak terkejut
apabila Baekhyun memejamkan matanya rapat-rapat dan menanti aku menamparnya.
Seriously?

Cinta Monyet | Angelily95
Aku mendekatinya dan menghayunkan tanganku ke arah mukanya tapi sebelum sempat
tangan aku menyentuh mukanya, aku menarik tanganku dan menghadiahkan ciuman pada
dahinya. Baekhyun membuka matanya kerana terkejut.
" Bibi, you cabul I! " Itu yang keluar dari mulutnya. Er, monyet betul.
" Benci betul! " Aku merengus geram. Monyet ni lelaki paling gedik pernah aku jumpa. Aku
rasa macam nak ikat dia kat pokok yang banyak kerengga. Biar dia tahu rasa.

Baekhyun menarik tangan aku supaya duduk di atas ribanya lalu mencium bahuku. Dia
kemudian memandang wajahku.
" Hari tu kau tampar aku kuat gila. Rosak botox aku " Baekhyun mula mengarut. Botox
apanya? Buntut?
" Tak, aku cakap botox bukan buntut " kata Baekhyun seolah-olah dapat membaca fikiranku.
Ada bela saka ke dia ni?
" Yoobi, kalau aku tanya kau jawab eh? Apa dah jadi sebenarnya? "
Aku mengeluh perlahan lalu menunduk. Aku tak tahu kenapa tetapi aku belum bersedia
untuk bercerita mengenai itu. Baekhyun menanti aku untuk bersuara. Walaupun soalan
Baekhyun berbunyi ringkas, tapi jawapan untuk persoalannya sangat rumit.
" Aku kena buang.. " Tiba-tiba hatiku terbuka untuk memberitahu segala-galanya kepadanya.
Baekhyun memeluk bahuku dan aku tahu dia berbuat sedemikian untuk memberikan aku
kekuatan. Untuk menyedarkan aku yang dia ada untuk aku.
" Aku balik rumah omma. Ahjussi pukul aku. " Aku tak mampu untuk membina ayat yang
panjang-pangjang kerana perasaan sebak mula menyerang aku. Baekhyun mengusap
belakangku dengan penuh kelembutan. Aku menggigit bibirku lalu menyembamkan mukaku
di bahunya.


Cinta Monyet | Angelily95
" Aku masuk hospital. Doktor cakap baby sakit, baby takkan boleh hidup " hati aku sakit bila
mengenangkan semua itu.
" Aku still nak teruskan kandungan tu. Dia baby kita. Baby kita " air mataku mencurah-curah
tanpa henti. Baekhyun mengemaskan pelukannya dan setia mendengar.
" Aku lahirkan dia masa kandungan baru 6 bulan. Baby kita kecik sangat. Dia sakit. Lepas tiga
hari, dia pergi. Dia tinggal aku "
" Yoobi, pandang aku " Baekhyun memegang daguku, memaksa aku memandangnya. Mata
Baekhyun merah.
" Aku mintak maaf. Aku tahu semua salah aku. Aku tak sepatutnya tinggalkan kau tanpa
bagitau kau. Aku bodoh. Aku pentingkan diri sendiri. Aku tak jaga kau, aku tak lindung kau.
Aku nampyeon tak guna, aku tahu. Aku terkilan sangat pasal baby kita. Aku salah, Yoobi. Aku
salah " untuk kali kedua dalam hidup aku, aku nampak Baekhyun menangis. Dia menangis
kerana aku.
" Yoobi, beri aku peluang untuk baiki keadaan. Aku janji aku takkan buat macam ni lagi kat
kau "

Patut ke aku bagi dia peluang?

Cinta Monyet | Angelily95
Epilog

Termasuk hari ni, sudah seminggu Baekhyun berada di sini. Hubungan kami semakin lama
semakin baik. Dia masih seperti biasa, menyakat dan mengusik aku dengan perangai
monyetnya. Byunghun pula menyangka kami sedang bercinta. Dia selalu cuba memberi
ruang untuk Baekhyun berdua-duaan dengan aku.
Pada malam hari, Baekhyun selalu menyelinap masuk ke dalam bilik aku. Siapa tak kenal
dengan Baekhyun kan? Kalau sehari tak jadi byuntae memang tak sah. Aku dah tak larat nak
larang dia. Sejak bila Baekhyun dengar cakap orang kan? Aku harap sangat perkara ni tak
kantoi kat Byunghun.
" Kyeong, apa pendapat kau kalau kita balik U awal sikit? Lagipun kita ada exam lepas habis
cuti ni "
" Alaa, buat apa balik awal-awal " kata Baekhyun sambil memandang aku. Aku
mengembangkan lubang hidung ke arah Baekhyun. Baekhyun ketawa.

" Yah, yang kau ketawa tu kenapa? "
" Lubang hidung Yoobi besar "
Kurang sesame seed punya monyet!!!
" Apa kau ni? " Tanya Byunghun lalu memandang ke arah aku yang sedang menahan malu.
Jaga kau Baekhyun. Kalau kau masuk bilik aku malam ni, aku sodok lubang hidung kau
dengan pengepam jamban. Kau tunggu la.
" Malu dia. Tak baik la kau ni " tegur Byunghun yang baik hati itu. Duhai nampyeon, tolong
la jadi baik macam dia. Contohilah dia demi wifeu mu ini.
" Aku gurau je. Kan Bibi? " Baekhyun mengangkat kening ke arahku dengan penuh main-
main. Aku tak tak tahu macam mana dia boleh dapat idea nak panggil aku Bibi. Memalukan
betul nama tu.

Cinta Monyet | Angelily95
" Bibi? Kau panggil dia Bibi? Comel " komen Byunhun. Pfftt, comel la sangat. Macam nama
anak kambing. Aku sekali lagi mengembangkan hidung ke arah Baekhyun tetapi nasib aku
kurang baik kali ini kerana Byunghun turut memandang ke arah aku. Alamak!

Kedua-dua jejaka itu mentertawakan aku. Kurang MSG punya orang!
" Aku serious ni Kyeong. Kau okay tak? "
" Aku okay je. Kau nak balik bila? "
" Rabu depan. "
" Set. "
Rabu.
Aku agak sedih sebab Baekhyun dah nak pergi. Jujur aku katakan aku belum puas dengan
kerenahnya yang mengada-ngada. Tapi aku kena terima sebab dia perlu balik demi
pengajiannya. Ini untuk masa depan kami bersama. Cehh, ayat tak boleh blah.

" Kau jaga diri. Jangan larikan diri lagi and yang paling penting call aku tiap hari. Faham tak?
"
" Faham. Kau jaga diri jugak, jangan menggatal dengan perempuan lain dan yang paling
penting angkat setiap kali aku call " balasku.
" Baik Puan! I love you Puan! "
" Love you too, monyet "


Beberapa tahun berlalu. Baekhyun akhirnya menjadi seorang engineer seperti yang
diinginkan oleh abeonim. Dia sangat kuat bekerja sehinggakan aku tertanya-tanya sama ada

Cinta Monyet | Angelily95
aku adalah isterinya atau rakan sekerjanya adalah isterinya. Dia telah membelikan sebuah
rumah mewah untuk kami tinggal bersama. Aku sudah lama tidak bekerja di rumah
Byunghun kerana Baekhyun tidak membenarkan aku untuk bekerja.
Kesihatan aku agak terjejas sejak akhir-akhir ini. Baekhyun pula tiada untuk menemani aku.
Aku sering ditinggalkan sendirian di rumah bersama Potato. Potato adalah kucing parsi yang
dibelikan oleh Baekhyun pada hari jadinya yang ke 21.
" Baek, kau balik sekarang atau aku lari daripada rumah " ugutku ketika aku menelefonnya.
Aku sudah tidak mampu bersabar dengan perangainya. Baekhyun kedengaran sedang
berbual dengan rakan setugasnya, Joohee.
Menurut Baekhyun, Johee telah ditempatkan di rumah pemulihan selama dua tahun kerana
mengalami tekanan perasaan dan sudah beransur pulih. Kegilaannya untuk membunuh diri
juga telah tiada. Seseorang telah hadir untuk mengisi ruang kosong dalam hati Joohee.
Orang lain itu tak lain dan tak bukan ialah Byunghun yang baik hati. Dia sudah lama
menyimpan perasaan terhadap terhadap Joohee tetapi tidak berani untuk memulakan apa-
apa pada mulanya kerana menyangka Baekhyun mempunyai hubungan istimewa dengan
Joohee.
" Kenapa pulak? Aku sibuk ni. Malam ni aku balik la " kata Baekhyun.
" Fine. Kalau kau balik malam ni, jangan terkejut kalau aku tak ada ya "
" Yah! Apa kau ni? "

" Bye~ " aku terus mematikan panggilan. Dasar monyet busuk. Monyet ketiak masam!
Aku mengeluh perlahan lalu berbaring di atas sofa. Selepas beberapa minit, aku tertidur
dengan mulut terbuka. Ugh, agak tidak senonoh.



Cinta Monyet | Angelily95
" Bibi sayang~ " bahuku digoncang perlahan-lahan oleh seseorang. Aku pantas menutup
mulutku yang terlopong lalu membuka mata. Monyet?
" Yah, kenapa pucat sangat ni? Demam ke? " Baekhyun menyentuh dahiku dengan belakang
tapak tangannya. Aku menggelengkan kepala.
" Jom la pergi klinik. Mana tau kau kena sawan babi ke.. "
" Yah! "
" Gurau je la "
" Sakit belakang la " aduku. Dahi Baekhyun berkerut.
" Kau tak minum anlene ke? "

" Sejak bila kat rumah kita ada anlene? "
" Oh, tak ada ke? Tak apa, esok jugak aku beli seekor lembu untuk kau. Kau minum la susu
lembu puas-puas lepas ni "
" Gila " getusku perlahan.
" Jom la sayang. Kita pergi klinik hyung. Nasib baik ada hyung yang ada klinik. Dapat
rawatan free "
" Dengan wifeu sendiri pun kedekut. Dasar monyet "
" Monyet-monyet pun kau sayang jugak "
" Tak ada maknanya "
" Baek,kau balik sekarang atau aku lari daripada rumah " Baekhyun membuat suara gedik
sambil meniru ayatku. Aku menjeling ke arahnya.
" Hello, suara aku tak segedik tu " nafiku. Baekhyun tersenyum mengejek.
" Jom la perempuan, kita pergi klinik sekarang "

Cinta Monyet | Angelily95


Beberapa minit berlalu, kami akhirnya berada di klinik milik Baekbom. Baekbom
memerhatikan aku dengan wajah yang serious. Dia baru sahaja selesai memeriksa
keadaanku. Aku dan Baekhyun sabar menanti Baekbom untuk berkata-kata.
" Hyun, ni kes serious ni " dahi Baekbom berkerut. Aku mula menelan liur dengan jantung
yang berdebar-debar. Aku nak mati ke?
" Kenapa hyung? " Baekhyun turut menggelabah.
" Hyung tak tahu nak cakap tapi memang serious ni "
" Hyung, membazir kau belajar tinggi-tinggi kalau kau tak tahu nak cakap. Kau dulu pergi
belajar ke pergi mengorat? " Baekhyun mula bengang.
" Hello, bukan aku yang kahwin sebelum abang aku tau " Baekbom menyindir Baekhyun.
" Seriously Baekbom, nasib baik kau abang aku. Kalau tak dah lama aku bagi kau telan buku
lima aku ni " Baekhyun menunjukkan penumbuknya ke arah Baekbom.
" Oppa, kenapa dengan saya? " Tanyaku. Baekbom mengeluh.

" Yoobi, mesti Baekhyun dah buat jahat kat Yoobi kan? "
" Eoh? Buat jahat? Baekhyun memang jahat daripada dulu "
" Aku dengar tu "
" Hyun, Yoobi mengandung "
" Hyung! Aku memang nak tumbuk kau daripada dulu- kejap. Yoobi andung? Yoobi andung?
"
Err.. Cacat pulak nampyeon aku ni.

Cinta Monyet | Angelily95
" Yoobi andung!! Yay!!! " Baekhyun meluru ke arah Baekbom dan memeluk lelaki itu dengan
erat. Terkejut Baekbom dengan pelukan Baekhyun yang datang tanpa amaran itu.
" Baekhyun, aku yang mengandung. Bukan Baekbom " kataku. Baekhyun berhenti memeluk
Baekbom dan mula memeluk aku pula.

" Ala isteri. Peluk abang sendiri pun nak jealous " kata Baekhyun.
" Monyet "
" Nanti kita dapat baby monyet, aku nak letak nama dia Nyetnyet "
" Baek, kau ingat aku nak beranak anak binatang ke? "
" Okay, okay. Kalau Nyetnyet tak sedap, macam mana kalau kita letak Nyutnyut? "
" Seriously Baek " aku mencubit perutnya dengan sangat kuat. Biar tercabut kulit dia.
Rasakan.
" Hyung!!!! Moyang lebah sengat aku!!! Someone call a doctor!! " jerit Baekhyun.
" Hyung kau doctor la, Monyet! "



Cinta Monyet | Angelily95
Untuk bab tambahan, sila hubungi saya di https://twitter.com/Angelily95
Tajuk: Cinta Monyet
Penulis: Angelily95
Genre: Romantik Komedi & Angst
Watak :
Yoobi ( pelakon) sebagai Lee Yoobi
Baekhyun ( EXO) sebagai Byun Baekhyun
Johee ( HelloVenus) sebagai Joohee
Chen ( EXO) sebagai Chen
Song Joongki ( pelakon) sebagai Byun Baekbom
D.O ( EXO) sebagai Kyungsoo
Chanyeol ( EXO) sebagai Chanyeol
Sehun ( EXO) sebagai Sehun
Kai ( EXO) sebagai Kai
Suho (EXO) sebagai Suho
Kris (EXO) sebagai Kris
Tao (EXO) sebagai Tao
Xiumin (EXO) sebagai Xiumin
Jungkook ( BTS) sebagai Jungkook
L.Joe (TEEN TOP) sebagai Byunghun
Chunji (TEEN TOP) sebagai Chanhee
CAP ( TEEN TOP) sebagai Minsoo