Anda di halaman 1dari 3

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |110

UNIT 8

JADUAL BERKALA UNSUR

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat,

1.
2.

Mengil ustrasikan susun atur unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
Menyatakan perubahan saiz atom dan ion merentasi kala dan menuruni kumpulan.
3.
4.

Mengaitkan saiz atom dengan tenaga pengionan dan afiniti elektron.
Menjelaskan sifat magnet unsur terhadap ketakseragaman (irregularity) tenaga pengionan pertama
dan afiniti elektron pertama sesetengah elemen antara kala.
5.
6.

Meramalkan jenis sebatian kimia yang dibentuk oleh gabungan unsur-unsur.
Menjelaskan sifat fizik dan kimia bagi logam, bukan logam, metaloid dan gas adi(noble gas).

PETA KONSEP TAJUK

JADUAL BERKALA
UNSUR

Sejarah Jadual Berkala

Jadual Berkala Moden

John Newlands

Sifat merentasi kala

Lothar Meyer

Dmitri Mendeleev

Sifat merentasi kumpulan

H. J. G. Mosley

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |111

Pengenalan

Susunan barangan secara sistematik dalam pasar raya membolehkan pelanggan mencari dan
mendapatkan item-item dengan senang dalam masa yang singkat. Bayangkan keadaan yang akan terjadi
jika barangan terletak secara tidak teratur. Bagaimanakah pula unsure unsur yang wujud di sekeliling kita?
Unsur-unsur ini disusun dengan sistematik dan teratur dalam sebuah jadual yang dinamakanJadual
Berkala Unsur. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyak sifat kimia berubah secara
tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia. Jadual ini
mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan
unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini telah
diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru
mengenai unsur-unsur.

8.1

Sejarah Perkembangan Jadual Berkala

Pada abad ke-18 dan ke-19, ahli sains banyak menemukan unsur. Unsur-unsur ini telah dikelaskan melalui
banyak peringkat yang melibatkan usaha gigih ahli sains. Usaha ini juga telah menghasilkanJadual Berkala
Unsur yang digunakan hari ini.Sekarang kita akan melihat secara ringkas perkembangan bagaimana saintis
terdahulu melahirkan idea-idea mereka untuk menyusun unsur-unsur kimia dalam sifat kimia yang sama
dalam bentuk jadual supaya senang dipelajari dan difahami. Di antara sumbangan penting saintis yang
terlibat dalam pembinaan Jadual Berkala mengikut tahun ialah seperti berikut;

Antoine Lavoisier (1743 1794)


Pada tahun 1789, Antoine Lavoisier merupakan ahli sains pertama yang mengelaskan bahan-
bahan termasuk cahaya dan haba kepada logam dan bukan logam.


Walau bagaimanapun, pengelasannya tidak berjaya kerana cahaya, haba, dan beberapa sebatian
yang lain juga dianggap sebagai unsur.

Johann Dobereiner (1780-1849)


Pada tahun 1829, Dobereiner membahagikan unsur-unsur kepada kumpulan. Setiap kumpulan

mengandungi tiga unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa, yang dikenali sebagai triad
Dobereiner.


Jisim atom bagi unsur di tengah hampir sama dengan purata jisim atom bagi dua unsur yang lain
dalam setiap triad.


Pengelasan ini memberikan kesedaran kepada ahli kimia bahawa sifat kimia berhubung kait
dengan jisim atom bagi setiap unsur.

Jadual 6.1 Unsur Triad yang dicadangkan oleh Dobereiner

Li Ca

S

Cl

Na

Sr

Se

Br

K

Ba

Te

I

Sebagai contoh:



Jisim atom relatif bagi


Jisim atom relatif bagi Natrium ialah 23.


Jisim atom relatif bagi Kalium ialah 39.

J a d u a l B e r k a l a d a n S i f a t A t o m |112



Purata jisim atom relatif bagi Litium dan Kalium ialah 23.

Pengelasan unsur-unsur kepada triad oleh Dobereiner kurang berjaya kerana pengelasan ini hanya terhad
kepada beberapa unsur sahaja

Walau bagaimanapun, hukum triad yang dikemukakan oleh beliau telah mencadangkan satu perhubungan
antara sifat kimia dan jisim atom unsur untuk perkembangan Jadual Berkala pada masa kini.

John Newlands (1837 1898)


Newlands mencadangkan Hukum Oktaf.



Beliau menyusun unsur yang telah wujud mengikut tertib jisim atom yang menaik. Sifat yang
serupa berulang pada setiap unsur kelapan dalam susunannya.



Sumbangan beliau gagal kerana Hukum Oktaf hanya dipatuhi oleh 17 unsur yang pertama.
John Newlands ialah ahli kimia pertama yang menunjukkan kewujudan corak berkala bagi sifat



unsur-unsur.
Susunan beliau tidak berjaya kerana hukum oktaf hanya dipatuhi sebahagian unsur-unsur yang
ditemui ketika itu.

Lothar Meyer (1830 1895)


Pada tahun 1870, Meyer memplot graf isi padu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang



wujud pada ketika itu.Beliau menamakannya Lengkung Meyer.
Beliau menyedari bahawa unsur dengan sifat kimia yang serupa menempati kedudukan yang



setara pada lengkung itu.
Beliau berjaya menunjukkan bahawa sifat unsur dapat membentuk suatu corak berkala terhadap



jisim atomnya.
Berdasarkan kepada lengkung itu, Lothar Meyer mendapati unsur-unsur yang mempunyai sifat
kimia yang serupa menempati kedudukan yang setara dalam Lengkung Meyer. Contohnya ,
Fluorin(F),
bahagian lengkung yang sama.


Berjaya mengesahkan sekali lagi sifat unsur adalah berdasarkan jisim atom unsur.

Dmitri Mendeleev (1839 1907)


Asas kepada bentuk Jadual Berkala Moden sekarang ini.



Mendeleev menyusun unsur mengikut tertib jisim atom yang menaik dan mengelaskannya
mengikut sifat kimia yang serupa.


Beliau meninggalkan tempat kosong dalam jadualnya untuk diisi dengan unsur yang masih belum
dijumpai.



Beliau dapat meramalkan sifat bagi unsur yang belum dijumpai.
Ramalannya begitu tepat sehingga Jadual Berkala mendapat penerimaan ramai.


Antara ramalan beliau ialah:
eka-aluminium (Gallium)
eka-silikon (Germanium)


Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu
blok yang berasingan iaitu ke kumpulan logam peralihan. Contoh unsur-unsur tersebut ialah
Mangan(Mn), Besi(Fe), Kobalt(Co) dan Nikel(Ni)

H.J.G. Mosley (1887 1915)



Moseley membuat kajian spektrum sinar-X bagi unsur.
Mengemukakan konsep Nombor Atom.


Daripada eksperimennya, beliau menyimpulkan bahawa nombor proton seharusnya digunakan
sebagai asas bagi perubahan berkala sifat kimia, dan bukannya jisim atom.

Anda mungkin juga menyukai