Anda di halaman 1dari 9

GARIS PANDUAN

PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA


TAHUN 2014



Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 2

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
TAHUN 2014

1. PENDAHULUAN

Pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri
Kewangan I telah membentangkan Bajet tahun 2014. Dalam pembentangan
tersebut, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325juta untuk
pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 1.3 juta pelajar pra-
universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia.

2. OBJEKTIF

Pemberian BB1M adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan
pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk
minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3. KRITERIA KELAYAKAN

Pelajar yang layak menerima BB1M ini mestilah memenuhi kriteria seperti
berikut :

a) Warganegara Malaysia;
b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif dalam tempoh
1 Januari 2014 hingga 31 Julai 2014;

d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3
dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level,
Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah
dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
e) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) atau institusi pengajian yang telah
berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa
masa.





Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 3

4. TEMPOH PELAKSANAAN

BB1M ini sah diguna pakai selama tujuh (7) bulan sahaja iaitu mulai 1 Januari
hingga 31 Julai 2014.

5. KADAR

Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M berjumlah RM250.

6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia
a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan Pemberian
BB1M tahun 2014;
b) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut institusi kepada
Kementerian Kewangan dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad
(PNMB) bagi tujuan cetakan BB1M;
c) Mengemukakan data pelajar yang layak mengikut institusi kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan penyelarasan
dengan BR1M tahun 2014; dan
d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian
BB1M mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

6.2 Institusi Pengajian/Agensi Penyelaras
a) Mengemukakan data pelajar yang layak kepada Urusetia BB1M di
Bahagian Kewangan, KPM;
b) Memaklumkan kepada semua pelajar yang layak mengenai
pelaksanaan pemberian BB1M bermula tahun 2014;
c) Menyelaras pengagihan BB1M untuk semua
sekolah/kolej/kampus/cawangan di negeri masing-masing
(Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyelaras pengagihan BB1M
meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN)
dan Sekolah Swasta/Persendirian);
d) Mengedarkan BB1M kepada pelajar yang layak dalam tempoh empat
belas (14) hari daripada tarikh BB1M diterima;
e) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Akuan
Penerimaan/Penolakan BB1M seperti di Lampiran 1;



Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 4

f) Mengecop BB1M dengan cop rasmi institut pengajian pada ruang yang
telah ditetapkan;
g) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama, nombor kad
pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M sebaik
sahaja menerima BB1M tersebut;
h) Menyimpan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M dan buku
keratan BB1M bagi tujuan penyemakan dan pengauditan; dan
i) Melaporkan Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M seperti
di Lampiran 2 kepada agensi penyelaras selewat-lewatnya pada
1 Ogos 2014 seperti di Jadual 1:
Jadual 1















j) Agensi penyelaras hendaklah mengumpul Ringkasan Akuan
Penerimaan/Pengagihan BB1M di bawah tanggungjawab masing-
masing dan mengemukakannya kepada Urusetia BB1M di Bahagian
Kewangan KPM sebelum 15 Ogos 2014; dan
PERINGKAT
PENGAJIAN/ INSTITUSI
PENGAJIAN
AGENSI
PENYELARAS
Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi (BM)
Tingkatan 6 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Institut Pendidikan Guru
(IPG)
Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM)
Kolej Vokasional
Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV)
Politeknik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA)/
Hospital Pengajar
Pejabat Bendahari/
Pejabat Kewangan IPTA
Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS)
Bahagian Governans IPTS (JPT)
Institusi Pengajian di
bawah Kementerian
lain/Kerajaan Negeri
Pejabat Kewangan Agensi



Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 5

k) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan BB1M mengikut
prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

7. TATACARA PENYALURAN DAN PENEBUSAN BB1M

Tatacara penyaluran dan penebusan BB1M adalah seperti berikut :

7.1 BB1M akan dicetak dan diedarkan oleh PNMB terus kepada institusi
pengajian/agensi penyelaras;
7.2 Institusi pengajian/agensi penyelaras perlu mengagihkan BB1M kepada
pelajar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan;
7.3 Pelajar perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon
dengan jelas pada BB1M semasa menuntut BB1M di institusi pengajian
masing-masing. Pelajar juga perlu menyemak BB1M telah dicop dengan
cop rasmi institut pengajian berkenaan;
7.4 Pelajar perlu menggunakan BB1M di mana-mana kedai buku yang
menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M dan kad
pengenalan;
7.5 BB1M ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik/jurnal/majalah
ilmiah berdasarkan kepada keperluan institusi masing-masing;
7.6 Sekiranya amaun pembelian buku-buku masih berbaki, pelajar
dibenarkan membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran seperti
buku catatan dan alat tulis dengan syarat tidak melebihi 20% dari
nilai BB1M. Baki BB1M yang tidak habis digunakan dianggap luput
dan tidak boleh dituntut;
7.7 Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar
dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada Kerajaan;
7.8 BB1M tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai
atau dijualkan kepada pihak ketiga; dan
7.9 Tempoh sah laku BB1M adalah tujuh (7) bulan sahaja mulai 1 Januari
hingga 31 Julai 2014.

8. PELAJAR BERPINDAH ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN.

8.1 Pihak institusi pengajian hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada
institusi pengajian asal pelajar mengenai status pemberian BB1M bagi
mengelakkan pertindihan agihan; dan



Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 6

8.2 Pelajar yang telah berpindah ke institusi pengajian lain dan belum
menerima BB1M, hendaklah menuntutnya di institusi pengajian tersebut.

9. KEROSAKAN/KEHILANGAN BB1M

9.1 Pelajar hendaklah memastikan BB1M yang diterima daripada institusi
pengajian masing-masing berada dalam keadaan yang elok;
9.2 Kehilangan/kerosakan BB1M atas sebab kecuaian adalah di bawah
tanggungan pelajar; dan
9.3 Sebarang tuntutan penggantian BB1M disebabkan kecurian/kerosakan
akibat bencana alam perlu dikemukakan kepada institusi pengajian/agensi
penyelaras dan disertakan dengan salinan laporan polis.

10. KEKURANGAN/LEBIHAN BB1M

10.1 Sekiranya berlaku kekurangan BB1M, pihak institusi pengajian/agensi
penyelaras hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada
Urusetia BB1M di Bahagian Kewangan, KPM bersama Ringkasan Akuan
Penerimaan/Pengagihan BB1M. Tarikh akhir untuk mengemukakan
tuntutan adalah pada 31 April 2014;
10.2 Sekiranya berlaku lebihan BB1M, institusi pengajian/agensi penyelaras
hendaklah mengembalikannya kepada Urusetia BB1M melalui penyelaras
masing-masing sebelum 31 April 2014.

11. PENYALAHGUNAAN BB1M

11.1 BB1M yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau
dijualkan kepada pihak ketiga;
11.2 Setiap pelajar hanya diperuntukkan lima (5) keping BB1M berjumlah
RM250. Sebarang penebusan melebihi lima (5) keping BB1M boleh
dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar yang menerima lebih
daripada lima (5) keping BB1M perlu memulangkan lebihan tersebut
kepada institusi pengajian/agensi penyelaras;
11.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak pelaksana di institusi
pengajian/agensi penyelaras dan kedai-kedai buku untuk mematuhi
tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian BB1M bagi
mengelakkan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan; dan
Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2014 7

11.4 Mana-mana pihak yang didapati bersubahat dalam penyalahgunaan
BB1M ini boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen
403, Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan
curang.

12. URUSETIA BB1M

12.1 Sebarang urusan surat-menyurat berkenaan BB1M tahun 2014 hendaklah
dialamatkan kepada:
Urusetia BB1M,
Bahagian Kewangan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 12, No. 2 Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.

12.2 Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke bb1m@moe.gov.my atau
menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:
a) Sektor Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Politeknik/Institusi Pengajian
Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri)

i. Encik Affi Syaffizal bin Sharif
No. Telefon : 03-88705331

ii. Puan Ruhaizah binti Mohamad
No. Telefon : 03-88705340

iii. Puan Nurul Hanim binti Abdul Malek
No. Telefon : 03-88704361

b) Sektor Pelajaran (Sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional/Institut
Pendidikan Guru)

i. Cik Nor Azira binti Sabu
No Telefon : 03-8884 7520

ii. Encik Mohd Yusof bin Rosli
No. Telefon : 03-88847616

iii. Puan Hasnah binti Ismail
No. Telefon : 03-88847081


LAMPIRAN 1
SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
(Borang ini dikemaskini dan disimpan oleh institusi pengajian masing-masing)


NAMA INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ......................................................................

KOD INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : .......................................................

ALAMAT : ...........................................................................................................................................................................................

NO. TELEFON : ..... JUMLAH BAUCAR DITERIMA : .........................................

NO FAKS : ............................. JUMLAH BAUCAR DIAGIH : .........................................

JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : .........

BIL NAMA PELAJAR
NO. KAD
PENGENALAN
MENERIMA /
MENOLAK
BB1M
TARIKH
TERIMA
NO SIRI
BAUCAR
TANDATANGAN









Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :


LAMPIRAN 2
RINGKASAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
(Borang ini dikemaskini oleh institusi pengajian dan dihantar kepada agensi penyelaras)


INSTITUSI PENGAJIAN/
AGENSI PENYELARAS
:

ALAMAT

:



NO TELEFON :
NO FAKSIMILI :


BIL
INSTITUSI PENGAJIAN/
AGENSI PENYELARAS
BAUCAR
DITERIMA
BAUCAR
DIAGIH
LEBIHAN /
KURANGAN
(NO SIRI)















JUMLAH KESELURUHAN



Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan Tandatangan
Nama Nama
Jawatan Jawatan
Tarikh Tarikh

Anda mungkin juga menyukai