Anda di halaman 1dari 22

1

KANDUNGAN

Perkara Muka Surat
1.0 PENGENALAN 4
2.0 SKOP 4
3.0 LATAR BELAKANG 4
4.0 TERMA RUJUKAN 5
5.0 JAWATANKUASA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN
DAN SENARAI SEMAK PETUGAS PEPERIKSAAN
6
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PETUGAS
PEPERIKSAAN
7
7.0
8.0
SENARAI SEMAK PETUGAS-PETUGAS PEPERIKSAAN
PENUTUP
20
115
9.0 GLOSSARI 116
10.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Lampiran 2 Buku Arahan Keselamatan
Lampiran 3 Pekeliling Operasi Persediaan Menghadapi
Situasi Yang Boleh Menjejaskan Perjalanan
Peperiksaan

Lampiran 4 Panduan dan Rujukan: Tugas Membaca Pruf
Mesin dan Pemantauan Kerja Percetakan
Dan Pembekalan Bahan Sulit/Kertas
Peperiksaan

Lampiran 5 Prosedur Keselamatan Percetakan Bahan
Sulit

Lampiran 6 Senarai Semak Lawatan Pemantauan
Percetakan Dan Penyampulan UPSR dan
PMR

Lampiran 7 Prosedur Penghantaran/Penerimaan Bahan
Sulit/Tidak Sulit Kerajaan LP

Lampiran 8 Panduan Pentadbiran Dan Keselamatan
Operasi Buka Kotak (OBK)

2
Lampiran 9 Garis Panduan Operasi Buka Kotak (OBK)
Lampiran 10 Panduan Pengurusan Peperiksaan Awam
Lampiran 11
Lampiran 12
Lampiran 13
Panduan Pengurusan Peperiksaan Bertulis
Prosedur Keselamatan Lembaga Peperiksaan
Prosedur Keselamatan Negeri































3


KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya Lembaga Peperiksaan dapat menyediakan Garis Panduan Prosedur Pengurusan
dan Pengendalian Peperiksaan yang merangkumi Senarai Semak Tindakan dan Proses Kerja
Petugas Peperiksaan. Garis panduan ini akan menjadi landasan kepada semua petugas
peperiksaan dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab mereka semasa mengendalikan
peperiksaan untuk menjamin dan mempertingkatkan mutu pengurusan dan pengendalian
peperiksaan awam.
Lembaga Peperiksaan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengendalikan
peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah,
Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan.
Pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut melibatkan ramai petugas peperiksaan
yang terdiri daripada penjawat awam.
Keutuhan serta kepercayaan umum terhadap peperiksaan yang kita kendalikan banyak
bergantung kepada aspek keselamatan yang bermula dari awal item dibina sehinggalah
ke bilik/dewan peperiksaan. Justeru itu, semua petugas peperiksaan hendaklah memberi
komitmen, tanggungjawab serta semangat kerja yang tinggi bagi memastikan pengurusan dan
pengendalian peperiksaan berjalan dengan baik, lancar, cekap dan selamat selaras dengan
garis panduan yang disediakan.
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa
Penambahbaikan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan yang telah
menghasilkan dokumen ini. Semoga dengan adanya dokumen ini, pengurusan dan
pengendalian peperiksaan awam akan lebih terjamin dan selamat.

(DR. NAIMAH BINTI ISHAK)
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia



4
GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PETUGAS-PETUGAS PEPERIKSAAN


1.0 PENGENALAN
Lembaga Peperiksaan (LP) dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan
mengendalikan peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah,
Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama
Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan. Pengurusan dan pengendalian
peperiksaan tersebut melibatkan ramai petugas peperiksaan dengan berpandu-
kan prosedur pengendalian peperiksaan.

2.0 SKOP
Jawatankuasa Panel Khas Siasatan Aduan Kebocoran Maklumat UPSR 2011
bertarikh 10 Mac 2012 yang dipengerusikan oleh KPPM, memutuskan supaya
LP perlu membuat penambahbaikan prosedur dan peraturan pengurusan dan
pengendalian peperiksaan bagi memantapkan lagi aspek keselamatan
pengurusan dan pengendalian dokumen peperiksaan. Sehubungan dengan itu,
LP telah menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Garis Panduan dan
Senarai Semak Petugas Peperiksaan yang bertanggungjawab merangka Garis
Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan. Jawatankuasa ini telah
mengadakan empat kali mesyuarat yang diadakan pada 29 Mac, 12 April,
19 April dan 25 April 2012.

3.0 LATAR BELAKANG
Jawatankuasa Penambahbaikan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas
Peperiksaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Peperiksaan telah mencadang-
kan penambahbaikan prosedur dan peraturan pengurusan dan pengendalian
peperiksaan merangkumi perkara-perkara berikut:
3.1 tanggungjawab petugas peperiksaan
3.2 integriti petugas peperiksaan
3.3 prosedur pengurusan bilik kebal
3.4 pengedaran bekalan kertas peperiksaan ke bilik kebal dan pusat
peperiksaan

5
4.0 TERMA RUJUKAN
Dalam menyediakan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan,
LP telah merujuk akta & dokumen seperti berikut:-

4.1 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Lampiran 1
4.2 Buku Arahan Keselamatan Lampiran 2
4.3 Pekeliling Operasi Persediaan Menghadapi
Situasi Yang Boleh Menjejaskan Perjalanan
Peperiksaan
Lampiran 3
4.4 Panduan dan Rujukan: Tugas Membaca Pruf
Mesin dan Pemantauan Kerja Percetakan Dan
Pembekalan Bahan Sulit/Kertas Peperiksaan
Lampiran 4
4.5 Prosedur Keselamatan Percetakan Bahan Sulit Lampiran 5
4.6 Senarai Semak Lawatan Pemantauan Percetakan
Dan Penyampulan UPSR dan PMR
Lampiran 6
4.7 Prosedur Penghantaran/Penerimaan Bahan
Sulit/Tidak Sulit Kerajaan LP
Lampiran 7
4.8 Panduan Pentadbiran Dan Keselamatan Operasi
Buka Kotak (OBK)
Lampiran 8
4.9 Garis Panduan Operasi Buka Kotak (OBK) Lampiran 9
4.10 Panduan Pengurusan Peperiksaan Lampiran 10
4.11
4.12

4.13
Panduan Pengurusan Peperiksaan Bertulis
Prosedur Keselamatan Lembaga
Peperiksaan
Prosedur Keselamatan Negeri







Lampiran 11
Lampiran 12

Lampiran 13




6
5.0 JAWATANKUASA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN DAN SENARAI
SEMAK PETUGAS PEPERIKSAAN
































Pengerusi: Pengarah Peperiksaan
Ahli : Timbalan Pengarah Peperiksaan (Operasi)
Timbalan Pengarah Peperiksaan (Produksi)
Timbalan Pengarah Peperiksaan (Pengurusan)

Ketua Sektor Percetakan, Pengedaran dan Keselamatan
Ketua Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan
Ketua Sektor Pembinaan Ujian Akademik
Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah dan
Rendah
Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Atas dan
Luar Negeri
Ketua Sektor Pembinaan Ujian Teknikal dan Vokasional
Ketua Sektor Khidmat Pengurusan
Pegawai Lembaga Peperiksaan
Pegawai Sektor Penilaian Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri
Penyelia Kawasan
Ketua Pengawas
Pengawas



7
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PETUGAS PEPERIKSAAN

Jawatan Peranan/Bidang Tugas
6.1 Pengarah
Pelajaran Negeri

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Mengurus, mengawal dan memantau operasi
penerimaan dan pengedaran kertas peperiksaan
serta pengendalian peperiksaan di peringkat
negeri mengikut prosedur keselamatan.
Mengurus, mengawal dan memantau operasi buka
kotak kertas peperiksaan di peringkat negeri
mengikut prosedur keselamatan.
Bertanggungjawab dan memastikan bilik kebal
siap sedia untuk menerima bahan sulit
peperiksaan.
Melantik secara rasmi Ketua Sektor, Sektor
Penilaian dan Peperiksaan (SPP)/Sektor
Pengurusan Akademik (SPA), Timbalan Pengarah,
Pejabat Pelajaran Wilayah (PPW), Pegawai
Pelajaran Daerah (PPD), Pengetua dan Guru
Besar sebagai Pengurus Peperiksaan
di peringkat masing-masing.
Melantik secara rasmi Penyelia Kawasan yang
berkebolehan dan berwibawa untuk mengendali-
kan bilik kebal.
6.2 Ketua Sektor,
Sektor Penilaian
dan Peperiksaan,
Jabatan Pelajaran
Negeri
Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Membantu Pengarah JPN mengurus, mengawal
dan memantau operasi penerimaan dan
pengedaran kertas peperiksaan serta
pengendalian peperiksaan di peringkat negeri
mengikut prosedur keselamatan.
Membantu Pengarah JPN mengurus, mengawal
dan memantau operasi buka kotak kertas
peperiksaan di peringkat negeri mengikut
prosedur keselamatan.

8
Jawatan Peranan/Bidang Tugas


Mengurus pelantikan personel peperiksaan di
peringkat negeri, daerah dan peringkat sekolah
mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan.
Mengurus pelantikan seorang pemegang kunci
bilik kebal dan seorang pemegang nombor tatakira
bagi setiap bilik kebal. Pemegang kunci hendaklah
terdiri dari pegawai JPN/PPD/Penyelia Kawasan
dari sekolah yang berlainan.
Memastikan bilik kebal memenuhi spesifikasi dan
mendapat kelulusan Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia.
Memastikan bilik kebal dilengkapi dengan pagar
keselamatan, alat mencegah kebakaran, alat
mengawal suhu kelembapan (Dehumidifier),
loceng kecemasan (Emergency Buzzer), alat
pengesan pergerakan (Movement Detector),
lampu keselamatan dan lampu limpah.
Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di
dalam bilik kebal mengikut prosedur keselamatan.
Memastikan bilik kebal dan alat-alat keselamatan
hendaklah diperiksa dan diselenggara selewat-
lewatnya sebulan sebelum peperiksaan. Rekod
penyelenggaraan hendaklah dikemaskini dan
disimpan.
6.3 Ketua Penolong
Pengarah/
Penolong
Pengarah/
Penyelia
di Jabatan
Pelajaran Negeri

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Membantu Ketua Sektor (KS), Sektor Penilaian
dan Peperiksaan atau Ketua Unit, Unit Penilaian
dan Peperiksaan, JPN, mengurus, mengawal dan
memantau operasi penerimaan dan pengedaran
kertas peperiksaan serta pengendalian
peperiksaan di peringkat negeri mengikut prosedur
keselamatan.
Membantu KS mengurus, mengawal dan
memantau operasi buka kotak kertas peperiksaan
di peringkat negeri mengikut prosedur
keselamatan.

9
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
Membantu KS mengurus pelantikan personel
peperiksaan di peringkat negeri, daerah dan
peringkat sekolah mengikut peraturan
keselamatan yang ditetapkan.
Membantu KS mengurus pelantikan seorang
pemegang kunci bilik kebal dan seorang
pemegang nombor tatakira bagi setiap bilik kebal.
Pemegang kunci hendaklah terdiri dari pegawai
JPN/PPD/Penyelia Kawasan dari sekolah yang
berlainan.
Membantu KS memastikan bilik kebal memenuhi
spesifikasi dan mendapat kelulusan Pejabat Ketua
Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
Membantu KS memastikan bilik kebal dilengkapi
dengan pagar keselamatan, alat mencegah
kebakaran, alat mengawal suhu kelembapan
(Dehumidifier), loceng kecemasan (Emergency
Buzzer), alat pengesan pergerakan (Movement
Detector), lampu keselamatan dan lampu limpah.
Membantu KS memastikan setiap aktiviti yang
dijalankan di dalam bilik kebal mengikut prosedur
keselamatan.
Membantu KS memastikan bilik kebal dan alat-alat
keselamatan hendaklah diperiksa dan
diselenggara selewat-lewatnya sebulan sebelum
peperiksaan. Rekod penyelenggaraan hendaklah
dikemaskini dan disimpan.
6.4 Timbalan
Pengarah
Pejabat Pelajaran
Wilayah/ Pegawai
Pelajaran
Daerah/Timbalan
PPD

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Mengurus, mengawal dan memantau operasi
penerimaan dan pengedaran kertas peperiksaan
serta pengendalian peperiksaan di peringkat
wilayah/daerah mengikut prosedur keselamatan.
Mengurus, mengawal dan memantau operasi buka
kotak kertas peperiksaan di peringkat
wilayah/daerah mengikut prosedur keselamatan.
10
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
Melantik pegawai pengiring bahan sulit dalam
operasi pengedaran kertas peperiksaan
di peringkat wilayah/daerah mengikut prosedur
keselamatan.
Memastikan peperiksaan bertulis di peringkat
wilayah/daerah berjalan lancar dan selamat
mengikut prosedur.
6.5 Penolong
Pengarah/
Penyelia
di Pejabat
Pelajaran
Wilayah/
Pejabat pelajaran
Daerah

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Mengiringi bahan sulit dalam operasi pengedaran
kertas peperiksaan di peringkat negeri/daerah
mengikut prosedur keselamatan.
Menerima surat pelantikan petugas peperiksaan
sebagai pemegang kunci bilik kebal dan
pemegang nombor tatakira.
Memastikan semua aktiviti dalam bilik kebal
mengikut prosedur keselamatan.
Melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggaraan
pintu bilik kebal dan alat-alat keselamatan
selewat-lewatnya sebulan sebelum peperiksaan
Mengemaskini dan menyelenggara buku log bilik
kebal.
Membuat pertukaran nombor tatakira bilik kebal
sekurang-kurangnya setahun sekali. Mencari
pengganti apabila seseorang yang telah diketahui
bertukar atau meninggalkan perkhidmatan atau
apabila disyaki nombornya telah dikompromi.
Melaksanakan pemeriksaan bilik kebal agar
dilengkapi dengan pagar keselamatan, alat
mencegah kebakaran, alat mengawal suhu
kelembapan (Dehumidifier), loceng kecemasan
(Emergency Buzzer), alat pengesan pergerakan
(Movement Detector), lampu keselamatan dan
lampu limpah.
Memastikan adanya kawalan keselamatan apabila
kertas peperiksaan berada di dalam bilik kebal

11
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
Mendapatkan kebenaran pihak hospital atau pusat
tahanan atau pusat pemulihan atau penjara
sebelum menjalankan peperiksaan dan memohon
kerjasama untuk menyediakan keperluan supaya
arahan dan peraturan keselamatan peperiksaan
dapat dipatuhi.
6.6 Penyelia Kawasan

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Pegawai yang dilantik secara rasmi untuk
memegang kunci atau nombor tatakira untuk
membuka pintu bilik kebal mengikut prosedur
keselamatan.
Menerima bekalan kertas peperiksaan semasa
OPS QUPI dan disimpan di dalam bilik kebal
mengikut prosedur keselamatan.
Menerima, menyemak dan memastikan bekalan
kertas peperiksaan yang diterima akur dengan
Advice Note dan mencukupi untuk setiap pusat
peperiksaan di bawah jagaannya.
Mengedar kertas peperiksaan dari bilik kebal
utama ke bilik kebal kawasan/bilik penyimpanan
keselamatan mengikut prosedur keselamatan.
Memberi taklimat pengurusan peperiksaan kepada
Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas dan
Pengawas di bawah tanggungjawabnya.
Menyusun sampul kertas peperiksaan mengikut
pusat peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan
serta menyimpannya di bilik kebal di bawah
penyeliaannya atau di balai polis yang telah
ditetapkan.

Sekiranya sampul kertas peperiksaan disimpan di
balai polis, arahan berikut hendaklah dipatuhi:
o memasukkan sampul kertas peperiksaan ke
dalam beg atau karung keselamatan mengikut
sesi peperiksaan dan dijerut dengan pengikat
keselamatan;
o menyimpan beg atau karung keselamatan yang
berisi kertas peperiksaan yang telah dijerut
12
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
dengan pengikat keselamatan ke dalam peti
atau almari besi keselamatan dalam lokap;
o merekod maklumat berkaitan personel yang
terlibat dan penyerahan beg atau karung
keselamatan yang berisi kertas peperiksaan ke
dalam buku log yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan;
o menyimpan kunci peti atau almari besi
keselamatan manakala kunci lokap disimpan
oleh Ketua Polis Balai; dan
o mengeluarkan beg atau karung keselamatan
yang berisi kertas peperiksaan hari berkenaan
untuk dibawa terus ke pusat peperiksaan
secara berdua oleh Ketua Pengawas dan
Pengawas tanpa singgah di mana-mana.

Melawat pusat-pusat peperiksaan di dalam
kawasannya sebelum hari pertama peperiksaan
bagi menentukan pusat peperiksaan itu bersedia
untuk menjalankan peperiksaan.
Menyerahkan kertas peperiksaan kepada Ketua
Pengawas dan seorang Pengawas di pintu bilik
kebal atau pintu lokap balai polis serta
memastikan mereka menandatangani akuan
penerimaan bekalan kertas peperiksaan yang
betul.
Berada di bilik kebal sekurang-kurangnya 30 minit
pertama peperiksaan bermula dan boleh dihubungi
bagi menangani kes-kes luar jangkaan.
Memastikan ada pengganti bagi Ketua Pengawas,
Timbalan Ketua Pengawas, Pengawas atau
Pengemas Bilik yang tidak dapat hadir bertugas
(atas sebab sakit, kecemasan dan sebagainya).
Menyelesaikan masalah yang timbul di pusat
peperiksaan dan segera melaporkannya kepada
Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan.
Menerima bungkusan skrip jawapan peperiksaan
yang tidak dapat diposkan dan skrip yang perlu
dikumpulkan dari Ketua Pengawas untuk disimpan
13
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
di dalam bilik kebal atau balai polis pada hari
yang sama.
Mengumpul Borang Mengesan Pergerakan Calon
(LP/Am 29), Buku Rekod Pengawasan
Peperiksaan, Jadual Kedatangan dan borang lain
yang berkaitan pada akhir peperiksaan dan
diserahkan kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian
dan Peperiksaan selewat-lewatnya satu minggu
selepas tamat peperiksaan.
Menerima Borang Laporan Pengendalian
Peperiksaan (LP/Am 90) daripada Ketua
Pengawas (jika ada kes) dan menyampaikannya
kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Lembaga
Peperiksaan dengan menggunakan faks pada hari
kes itu berlaku.
Membuat laporan bertulis kepada Ketua Sektor/
Unit Penilaian dan Peperiksaan tentang
keseluruhan keadaan dan perjalanan pusat
peperiksaan selepas tamat peperiksaan.
Menerima, menyemak dan mengesahkan borang
tuntutan perjalanan dan elaun pengawasan Ketua
Pengawas, Pengawas dan Pengemas Bilik di
bawah jagaannya dan menyerahkannya kepada
Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan
selewat-lewatnya satu minggu selepas tamat
peperiksaan.
Menerima semua bahan peperiksaan dan alat tulis
yang berlebihan untuk disimpan dalam bilik kebal
atau stor Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan.
6.7 Ketua Pengawas Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan yang
disampaikan oleh Penyelia Kawasan.
Mengadakan perbincangan dengan Pengawas di
bawah jagaannya tentang pembahagian tugas
sepanjang tempoh peperiksaan.
Melawat pusat peperiksaan dan mengadakan
perbincangan dengan Pengetua atau Guru Besar
sekolah yang menjadi pusat peperiksaan
14
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
selewat-lewatnya sehari sebelum peperiksaan
bermula.
Menerima pelan tempat duduk calon dalam dewan
atau bilik peperiksaan yang telah disediakan oleh
pihak sekolah.
Menerima satu salinan senarai guru bertugas yang
telah disediakan oleh pihak sekolah.
Menerima bahan peperiksaan daripada Pengetua
atau Guru Besar dan memastikan bahan dan
keperluan peperiksaan di pusat peperiksaan
mencukupi.
Membantu Penyelia Kawasan menyemak dan
menyusun sampul kertas peperiksaan mengikut
pusat peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan.
Memastikan bekalan kertas peperiksaan
mencukupi untuk kegunaan semua calon di pusat
peperiksaan di bawah jagaannya.
Mengendali kertas peperiksaan yang diterima
daripada Penyelia Kawasan mengikut prosedur
keselamatan.
Mengambil kertas peperiksaan dari bilik kebal atau
balai polis pada tiap-tiap pagi dan/atau tengah hari
pada hari peperiksaan bersama-sama seorang
Pengawas serta menandatangani borang akuan
penerimaan bekalan kertas peperiksaan. Mereka
hendaklah sampai di pusat peperiksaan 30 minit
sebelum peperiksaan bermula.

Memaklumkan Penyelia Kawasan dengan segera
jika ada Pengawas yang tidak dapat hadir
bertugas.
Mengasingkan kertas peperiksaan sesi petang
(jika berkenaan) dan menyimpan dalam almari
besi berkunci atau beg keselamatan atau karung
keselamatan dalam bilik Pengetua atau Guru
Besar.
Mengarahkan Pengawas supaya membuka
sampul kertas peperiksaan di dewan atau bilik
15
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
peperiksaan secara bergilir-gilir dengan disaksikan
oleh calon.
Menjalankan kerja perkeranian di dalam bilik
utama pusat peperiksaan dan tidak boleh sama
sekali menjalankan kerja perkeranian dari sebuah
bilik atau pejabat yang berasingan.
Menyemak dan menanda kehadiran calon di
dalam Jadual Kedatangan bagi tiap-tiap kertas
mata pelajaran yang diambil selepas 30 minit
pertama.
Membuat rondaan dan pemantauan dari bilik ke
bilik semasa peperiksaan sedang berjalan bagi
memastikan Pengawas sentiasa menjalankan
tugas mengikut prosedur.
Memastikan pelawat yang mempunyai kebenaran
sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam dewan
atau bilik peperiksaan dan tidak melebihi 2 orang
serta menandatangani Buku Rekod Pengawasan
Peperiksaan.
Mengendalikan skrip jawapan peperiksaan
mengikut prosedur yang ditetapkan.
Melengkapkan Borang Laporan Pengendalian
Peperiksaan (LP/Am 90) sekiranya ada kes dan
menyampaikannya kepada Penyelia Kawasan
pada hari kes itu berlaku.
Melengkapkan Borang Khas Mengesan
Pergerakan Calon (LP/Am 29), Buku Rekod
Pengawasan Peperiksaan, Jadual Kedatangan
Calon dan borang lain yang berkaitan sepanjang
tempoh peperiksaan dan menyerahkannya kepada
Penyelia Kawasan sebaik sahaja tamat
peperiksaan.
Mengumpul semula semua kertas peperiksaan
tertutup dan menyerahkan kepada Penyelia
Kawasan pada hari yang sama.
Memastikan buku jawapan dan helaian tambahan
yang telah digunakan atau rosak dikutip dan
dimusnahkan selepas tamat peperiksaan.
16
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
Menerima, menyemak dan mengesahkan borang
tuntutan perjalanan dan elaun pengawasan
Pengawas serta Pengemas Bilik dan menyerah-
kan kepada Penyelia Kawasan.
Menyelesaikan masalah yang timbul di pusat
peperiksaan dan segera melaporkannya kepada
Penyelia Kawasan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan
dengan pengurusan peperiksaan.
6.8 Timbalan Ketua
Pengawas
Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan
dengan Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas
berkaitan pengendalian dan keselamatan
peperiksaan.
Menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua
Pengawas pada masa ketiadaannya, di samping
menjalankan tugas pengawasan biasa.
Membantu Ketua Pengawas menjalankan
pentadbiran pusat peperiksaan.
Berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum
peperiksaan bermula pada setiap hari peperiksaan
untuk memberikan taklimat harian kepada
Pengawas.
Memeriksa semua dewan atau bilik peperiksaan
setiap kali sebelum peperiksaan dijalankan untuk
memastikan bahawa keadaannya bersih, kemas
dan mengikut peraturan peperiksaan.
Membungkus skrip jawapan peperiksaan dan
memastikan alamat penerima yang ditulis oleh
Ketua Pengawas adalah betul.
Mengeluarkan bahan peperiksaan sebelum sesi
peperiksaan bermula dan menyimpannya selepas
tamat sesi peperiksaan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Ketua Pengawas berkaitan dengan pengurusan
peperiksaan.
17
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
6.9 Pengawas Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972.
Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan
dengan Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas
berkaitan pengendalian dan keselamatan
peperiksaan.
Berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum
tiap-tiap kertas mata pelajaran dimulakan.
Memaklumkan Ketua Pengawas atau Penyelia
Kawasan dengan segera jika tidak dapat hadir
bertugas.
Mengiringi Ketua Pengawas semasa menerima
kertas peperiksaan daripada Penyelia Kawasan
mengikut prosedur keselamatan.
Mengiringi Ketua Pengawas membawa kertas
peperiksaan dari bilik kebal ke bilik penyimpanan
keselamatan mengikut prosedur keselamatan.
Menjadi saksi kepada Ketua Pengawas semasa
penyimpanan kertas peperiksaan di bilik
penyimpanan keselamatan mengikut prosedur
keselamatan.
Mengiringi Ketua Pengawas secara bergilir-gilir
semasa mengambil kertas peperiksaan dan
mengepos atau menghantar skrip jawapan
peperiksaan.
Memeriksa sampul kertas peperiksaan bagi
memastikan ianya tidak dicerobohi sebelum
menunjukkannya kepada calon.
Mendapatkan pengesahan daripada beberapa
orang calon untuk memastikan sampul kertas
peperiksaan tidak dicerobohi.
Menyemak kertas peperiksaan sebelum diedarkan
kepada calon.
Mengedarkan bahan peperiksaan dan kertas
peperiksaan kepada calon.
Memastikan butiran dokumen pengenalan diri
calon akur dengan butiran yang tercatat pada skrip
18
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
jawapan peperiksaan, label meja dan Jadual
Kedatangan untuk memastikan tidak berlaku
penyamaran. Pemeriksaan dokumen pengenalan
diri calon hendaklah dibuat semasa peperiksaan
bagi setiap kertas mata pelajaran.
Membantu Ketua Pengawas menyemak dan
menanda kehadiran calon.
Mengawasi gerak-geri calon untuk memastikan
tidak berlaku sebarang kes salah laku.
Mengutip semua skrip jawapan peperiksaan dan
menyerahkannya kepada Ketua Pengawas.
Mengutip semula semua kertas peperiksaan
tertutup daripada calon dan menyerahkannya
kepada Ketua Pengawas.
Membantu Timbalan Ketua Pengawas
membungkus skrip jawapan peperiksaan.
Membantu Timbalan Ketua Pengawas
mengeluarkan bahan peperiksaan sebelum sesi
peperiksaan bermula dan menyimpannya selepas
tamat sesi peperiksaan.
Memastikan calon tidak meninggalkan apa-apa
bahan sama ada di atas atau di dalam meja.
Mematuhi arahan berikut:
o dilarang meninggalkan sama sekali dewan atau
bilik peperiksaan tanpa izin Ketua Pengawas;
o dilarang melakukan sesuatu yang boleh
mengalih perhatian dari tugasnya seperti
menggunakan komputer riba, makan, minum,
merokok, berbual-bual dan membaca;
o dilarang membaca kertas peperiksaan;
o dilarang membuat apa sahaja yang boleh
mengganggu konsentrasi calon (seperti
memakai kasut yang berbunyi);
o dilarang memberi tumpuan yang lebih kepada
seseorang calon atau membaca jawapan
calon;
19
Jawatan Peranan/Bidang Tugas
o dilarang membantu calon; dan
o dilarang menggunakan telefon bimbit semasa
berada dalam dewan atau bilik peperiksaan.
Telefon bimbit hendaklah sentiasa dimatikan
sepanjang masa peperiksaan berjalan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Ketua Pengawas atau Timbalan Ketua Pengawas
berkaitan dengan pengurusan peperiksaan.
6.10
Petugas
Pemunggahan
Mengangkut kotak dari kontena untuk dibawa ke
dalam bilik kebal mengikut prosedur keselamatan.
6.11 Polis Di Raja
Malaysia
Menyediakan polis pengiring bagi mengawasi
perjalanan pengedaran kertas peperiksaan
mengikut prosedur keselamatan.
Membuat rondaan di semua bilik kebal dari
semasa ke semasa.


















20
7.0 Penutup

Penambahbaikan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan
yang dibuat ini adalah akur dengan prosedur sedia ada yang bertujuan
menghindarkan daripada berlaku kes salah laku atau penyelewengan
sebagaimana yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Panel Khas Siasatan Aduan
Kebocoran Maklumat UPSR 2011, diharap dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Pada masa yang sama, LP juga mengharapkan ianya dapat
membantu semua petugas peperiksaan untuk melaksanakan tanggungjawab
dengan sempurna dan lebih teratur.


























21
9.0 GLOSSARI
Advice Note Nota pembekalan yang menyatakan kedudukan dan jumlah sampul
kertas peperiksaan bagi setiap mata pelajaran untuk sesuatu pusat
Ahli Panel
Penghasilan Item
Penjawat awam (guru dan pensyarah Institut Pendidikan Guru
Malaysia) yang dilantik untuk menjalankan tugas menghasilkan
item pentaksiran
Arahan
Keselamatan
Merujuk buku arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh Jemaah
Menteri mengenai peraturan-peraturan kawalan keselamatan
perlindungan untuk kedua-dua jabatan di semua kementerian,
jabatan, badan berkanun dan agensi kerajaan di peringkat
persekutuan dan negeri
Arahan Memuat Pesanan dan arahan untuk menyusun kotak-kotak kertas
peperiksaan ke dalam kontena mengikut nombor kedudukan dalam
kontena (Container Position Number) bagi sesuatu laluan yang
bertujuan untuk memastikan kotak yang betul akan dipunggah di
bilik kebal yang ditetapkan
Bahan peperiksaan Bahan yang digunakan oleh calon dan pemeriksa sama ada
sebelum, semasa atau selepas sesuatu peperiksaaan
Bilik Kebal Sebuah bilik/bangunan yang dibina mengikut spesifikasi dan
memenuhi ciri-ciri keselamatan. Bilik/bangunan ini hanya digunakan
untuk menyimpan bahan-bahan sulit dan di bawah bidang kuasa
Pengarah Peperiksaan
Bilik Kerja Sulit Bilik yang digunakan untuk kerja-kerja sulit termasuklah penyalinan,
perincihan dan penyediaan bahan terperingkat
Bilik Mesyuarat
Panel
Premis yang memenuhi spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan yang
digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja penghasilan instrumen
pentaksiran
Calon Seseorang yang mendaftarkan dirinya untuk menduduki sesuatu
peperiksaan
Fail Sulit Fail yang mengandungi manuskrip/dokumen/disket/CD serta bahan
rasmi berkaitan dengan penyediaan manuskrip instrumen
pentaksiran dan bahan-bahan terperingkat SULIT
Indent by loading
atau Indent by
centre
Pesanan bekalan kertas peperiksaan mengikut keperluan calon
bagi sesuatu pusat peperiksaan di mana setiap indent akan
mengandungi senarai mata pelajaran, bilangan calon dan bilangan
kertas peperiksaan yang dibekalkan
Item Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan evidens
yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk
yang hendaklah diketahui tahapnya/kehadirannya pada seseorang
pelajar serta pemberian skornya


22
Kertas peperiksaan Kertas yang mengandungi tugasan ujian bagi setiap mata pelajaran
atau disiplin atau sebahagian daripadanya yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan atau dikelolakannya bagi pihak badan lain
sama ada berbentuk bertulis, amali atau bentuk-bentuk lain yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan bagi maksud untuk
mendapatkan respons daripada calon dalam sesuatu peperiksaan
Manuskrip Instrumen pentaksiran yang telah diluluskan oleh jawatankuasa
penilaian instrumen untuk percetakan
Pegawai Pembina Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk membina instrumen
pentaksiran peringkat awal sehingga ke peringkat akhir
Penggubal Personel yang terlibat dalam penulisan item atau set kertas
peperiksaan bagi mata pelajaran tertentu
Pentaksiran Proses untuk mendapatkan maklumat/evidens dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan
Praujian Proses untuk menguji item-item yang telah disediakan bagi
mendapatkan maklumat tentang tingkahlaku item untuk
mengenalpasti kesesuaiannya
Salah laku Meniru, menipu, menyamar atau menyeludup apa-apa yang tidak
dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan
sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan
Skrip jawapan
calon/peperiksaan
Sesuatu hasil kerja atau respons calon terhadap kertas
peperiksaan yang menjadi asas utama ukuran atau bukti
pencapaian calon

Anda mungkin juga menyukai