Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PULAU PINANG


BUKIT COOMBEE,
JALAN SULTAN AZLAN SHAH,
11700 GELUGOR, PULAU PINANG.













Nama Pelajar : SALINAWATI BT KAMIS (780323-09-5148)
: SHARIDAH BT SHAHROM (840122-09-5020)
Angka Giliran : 201123760185
: 201123760187
Kumpulan/unit : BMM-B Tahun 3,Sem 2(Kuliah Jan-Mei 2014)
Ambilan Jun 2011
Kod dan Nama Kursus : RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN
PERTANIAN (TEKOLOGI RUMAH TANGGA)
Nama Pensyarah : PN SOO HOO SOON TENG
Tarikh hantar : 24 MAC 2014

Tajuk Tugasan Projek
1. Menjahit Sehelai Sarung Bantal
2. Penyediaan Rekod Kerja
3. Penulisan Refleksi




Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t
kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja
kursus ini dengan sempurna.

Kerja kursus ini dapat kami laksanakan dengan sempurna. Hasil kerja ini
adalah atas bantuan pelbagai pihak. Antara mereka termasuklah orang
perseorangan. Mereka yang dimaksudkan ialah rakan sekelas kami yang membantu
dalam menyiapkan tugasan ini.

Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Pn Soo Hoo Soon Teng, pensyarah pembimbing kami bagi subjek RBT 3120
kerana banyak membimbing dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak
memberi penerangan tentang cara melakukan kerja kursus ini. Walaupun beliau
sibuk, tetapi beliau tetap mempunyai masa untuk bersama kami serta rakan-rakan
dalam memberi penerangan serta mengajar kami tentang cara melaksanakan projek
dalam kerja kursus ini.

Akhir sekali, kami berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan
daripada kerja kursus ini.








Syukur alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkanTugasan Projek bagi subjek RBT 3120 ini.

Setelah selesai menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan
yang saya perolehi. Pengetahuan yang saya perolehi antaranya ialah dapat
mengetahui tentang jenis-jenis jahitan yang selama ini saya tidak mengetahui
akan nama-nama jahitan tersebut.Tanpa melakukan tugasan ini, sudah tentu
saya tidak mengetahui perkara ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui
cara untuk memotong dan menjahit sarung bantal dengan cara yang betul.
Saya juga memperoleh pengalaman membuat crosstitch. Oleh itu, melalui
kerja kursus ini, banyak perkara baru yang saya pelajari.

Di samping itu, saya juga dapat melahirkan idea-idea yang dapat
melatih saya untuk berfikir melalui pengolahan isi penting yang diperolehi.
Oleh itu, selain daripada melahirkan idea-idea yang dapat melatih saya untuk
berfikir, saya juga dapat mengenal pasti isi penting yang perlu diambil. Ianya
amat berguna untuk saya bagi meningkatkan keupayaan saya dalam
pembelajaran serta memotivasikan diri saya.

Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa
masalah antaranya ialah kekurangan bahan tugasan. Antara perkara yang
saya tidak dapat lupakan ialah saya telah menangis di hadapan pensyarah
kerana saya tiak tahu untuk membuat crosstitch. Saya menangis semahu-
mahunya kerana saya beranggapan crosstitch ini terlalu sukar buat saya
memandangkan saya tiada pengalaman atau pengetahuan langsung tentang
cara untuk membuat crosstitch ini. Tambahan pula, saya memang tidak
berminat langsung dengan bidang yang berkaitan dengan jahitan
sehinggakan lencana untuk anak saya pun saya mengupah tukang jahit untuk
menjahitnya. Apabila berhadapan dengan situasi ini maka Pn Soo Hoo Song
Teng iaitu pensyarah saya dan beberapa orang rakan saya telah
menenangkan saya supaya bersabar dan mereka berjanji untuk membantu
saya. Setelah pulang ke rumah saya menghubungi seorang tukang jahit untuk
mengajar saya menjahit crosstitch sehingga akhirnya saya berjaya
menyiapkan crosstitch dalam masa yang agak lama tetapi saya berpuas hati
kerana akhirnya saya berjaya juga dengan hasil usaha saya sendiri untuk
belajar sesuatu yang saya tidak tahu. Inilah pengalaman yang paling tidak
dapat saya lupakan. Selain itu, masa agak suntuk kerana saya perlu
membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain di samping
tugas saya sebagai seorang guru di sekolah. Namun begitu, segala masalah
dapat diatasi sebaik mungkin dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan.
Situasi ini menyebabkan silaturrahim yang dijalinkan menjadi lebih erat.

Bagi menyiapkan tugas ini, saya juga mendapat didikan dan bimbingan
daripada pensyarah yang amat saya hargai iaitu Encik Suhaimi b. Sahat.
Beliau telah memberi penerangan yang berkesan bagi menyiapkan kerja
kursus ini. Saya berasa amat bertuah kerana dapat dibimbing oleh beliau.

Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dari segi
profesional bagi menyiapkan diri sebagai seorang guru pada masa hadapan
dan menambah ilmu pengetahuan. Oleh itu, sebagai seorang guru, sikap
peka terhadap situasi amat penting agar pemikiran tidak sempit dan tidak
ketinggalan.

Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi
pembelajaran pada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya perolehi
daripada kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai