Jamil bin Abd. Baser jamil@uthm.edu.my Shamimi bt. Bolhassan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Prof. Madya Dr. Yahya bin Buntat yahya-p@utm.edu.my Universiti Teknologi Malaysia
ABSTRAK
Guru seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan, dan pengalaman yang secukupnya dalam bidang yang dikuasai. Guru yang hanya menguasai satu bidang sahaja akan berhadapan dengan cabaran mengajar. Kewujudan pembelajaran secara informal mula diberi perhatian dan digalakkan dalam kalangan guru supaya dapat mempertingkatkan lagi kemahiran dan ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Kajian ini bertujuan mengetahui kaedah pembelajaran informal dalam kalangan guru mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan (TK) di Sekolah Negeri Johor. Fokus adalah kepada kesediaan guru mengajar, cabaran yang dihadapi, kaedah atau cara memperolehi ilmu serta kekangan semasa mendapatkan maklumat. Populasi dan sampel kajian adalah seramai 30 orang guru yang meliputi kesemua sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran TK di Negeri Johor sahaja. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) for Windows manakala penganalisaan adalah menggunakan kaedah peratusan, diukur berdasarkan Skala Likert serta Skala Kekuatan Korelasi. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru mengajar TK adalah rendah. Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh guru adalah dari aspek pengalaman terhadap mata pelajaran TK. Selain itu, wujud hubungan sederhana antara pengalaman dengan kesediaan mengajar, manakala hubungan antara cabaran dihadapi dengan pembelajaran informal adalah kuat. Maka, pembelajaran informal ini telah wujud dan dipraktikkan semasa guru mempelajari TK sebagai cara menangani masalah ini. Kesimpulannya, pembelajaran informal adalah sangat penting bagi meningkatkan kualiti seorang guru dan dalam kajian ini pelbagai cadangan telah diusulkan selari dengan kehendak kementerian untuk memajukan sektor pendidikan.
Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran, Teknologi Kejuruteraan, Pembelajaran Informal
2
1.0 PENDAHULUAN
Teknologi Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran elektif dalam kumpulan Teknik dan Vokasional yang di tawarkan di Sekolah-Sekolah Menengah Akademik Harian, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Mata pelajaran ini ditawarkan bagi pelajar-pelajar yang berada di tingkatan empat dan lima yang berminat dalam aliran teknologi. Mata pelajaran ini secara amnya adalah lanjutan daripada komponen kemahiran manipulatif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar di peringkat sekolah menengah rendah (Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan, 2000).
Jika dilihat daripada Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan (2002), matapelajaran ini menyediakan empat bidang utama iaitu bidang awam, mekanikal, elektrik dan elektronik serta rekabentuk industri. Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan ini mengandungi pelbagai siri penyelidikan terancang dan kerja projek dengan menggunakan alatan serta alat tangan asas dengan menggabungkan pengalaman - pengalaman pelajar untuk merancang, membuat dan mereka bentuk sesuatu rekaan yang akan mempengaruhi kehidupan ( Jabatan Pendidikan Teknikal, KPM, 2000 ).
Robiah Sidin (2000), menjelaskan di mana sebagai guru yang melaksanakan kurikulum ini mestilah bersedia dengan ilmu pengetahuan yang cukup sebelum menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Apabila tahap kesediaan seseorang guru mengajar adalah kurang, ini boleh menimbulkan beberapa masalah yang mengakibatkan objektif pengajaran dan pembelajaran sukar untuk dicapai. Apatah lagi bagi seorang guru baru yang kurang pengalaman (Ee Ah Meng, 2005).
Sebagai satu usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang tidak dipelajari secara formal ialah belajar secara informal. Margeret Dale dan John Bell (1999) mengutarakan bahawa pembelajaran informal adalah berkaitan dengan keupayaan individu terhadap kerjaya, di mana ia dikendalikan bukan secara formal dengan kandungan kurikulum khusus. Pendapat ini disokong oleh Jeff dan Smith (1999) dengan menyatakan bahawa ia merupakan proses berfikir, pembelajaran kendiri atau arahan kendiri bagi mendapatkan pengetahuan yang diperlukan.
1.2 Penyataan Masalah
Guru yang ingin berjaya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik mestilah mampu menguasai isi pelajaran yang ingin disampaikan dan menjaga keperibadian yang unggul sebagai warga pendidik. Persoalan yang timbul di sini, bagaimanakah guru mampu menguasai dan mempelajari ilmu Teknologi Kejuruteraan tersebut sedangkan mereka hanya menjurus pada satu bidang sahaja. Oleh itu, bagi guru yang kurang mahir dalam subjek ini mereka perlu mencari alternatif untuk mempelajari dan memahaminya supaya ilmu yang ada cukup untuk disampaikan kepada pelajar. Penyelidik berpendapat bahawa terdapat masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. Oleh sebab itu, kajian ini akan menjelaskan tahap kesediaan guru untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu, dan pengalaman terhadap 3 mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan sebagai persediaan mengajar kelak di samping menggunakan pembelajaran informal sebagai kaedah pembelajaran.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Meninjau tahap kesediaan guru yang mengajar mata pelajaran TK di Sekolah Negeri Johor dari aspek ilmu dan pengalaman.
1.3.2 Mengenalpasti cabaran yang wujud dalam kalangan guru semasa mengajar mata pelajaran TK di Sekolah Negeri Johor.
1.3.3 Meninjau cara atau kaedah mendapatkan ilmu TK dalam kalangan guru di Sekolah Negeri Johor.
1.3.4 Mengenalpasti kekangan yang dihadapi semasa proses pembelajaran informal dalam kalangan guru mata pelajaran TK di Sekolah Negeri Johor.
1.3.5 Menentukan hubungan yang wujud antara pengalaman dengan kesediaan guru dalam mengajar mata pelajaran TK.
1.3.6 Mengenalpasti hubungan yang wujud antara cabaran yang dihadapi semasa mengajar TK dengan kaedah pembelajaran informal yang digunakan untuk mempelajari ilmu tersebut.
2.0 METODOLOGI
2.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif iaitu melibatkan tinjauan. Kajian tinjauan merujuk kepada proses pengumpulan data di mana sekumpulan individu tertentu perlu menjawab soalan yang disediakan. Tinjauan diskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan dan ciri populasi.
2.2 Populasi Dan Sampel Kajian
Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Akademik Harian ( SMA ) di Negeri Johor yang menawarkan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Ini termasuklah Sekolah Berasrama iaitu Sekolah Menengah Sains ( SMS ) dan Sekolah Menengah Kebagsaan Agama ( SMKA ). 4 Berpandukan kepada maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) seramai 30 orang guru mengajar mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan (TK) di sekolah negeri Johor. Di setiap sekolah hanya seorang guru yang mengajar mata pelajaran elektif ini. Oleh itu, penyelidik akan mengambil 30 sampel kajian dan kesemua sekolah yang menawarkan mata pelajaran tersebut di negeri Johor sebagai sampel.
2.3 Kajian Rintis
Satu kajian rintis dijalankan oleh penyelidik kepada sampel terpilih mengenai kesediaan guru dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan keperibadian sebagai bekalan mengajar kelak.
Penyelidik memilih seramai 5 orang guru sebagai sampel kajian rintis. Jumlah responden yang diperlukan dalam kajian rintis adalah 10% daripada sampel kajian. Bilangan responden ini dianggap mencukupi untuk menganalisis kesahan luaran dan indeks kebolehpercayaan soal selidik (Mohd. Najib, 2003). Sekolah yang terlibat adalah SMK Batu 5, SMK Sungai Layar, SMK Taman Ria Jaya, SMK Ibrahim, dan SMK Bandar Sungai Petani ( kesemua sekolah di Negeri Kedah).
2.4 Analisis Data
Data nominal yang diperolehi adalah secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk taburan kekerapan dan peratusan berjadual. Data-data yang diperolehi dari soal selidik disemak terlebih dahulu untuk memastikan agar segala arahan yang telah diberikan telah diikuti dengan betul. Setelah itu data dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows (Statistical Package For Social Science).
Penyelidik menganalisis data-data yang berkaitan dengan demografi responden dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Skor min pula digunakan untuk menganalisis data daripada item soal selidik yang berbentuk Skala Likert. Skor min yang diperolehi juga digunakan untuk menentukan hubungan antara pembolehubah mengunakan analisis ujian Korelasi.
5 3.0 ANALISIS DATA
3.1 Demografi data
a. Bidang
Peratusan guru yang mengajar dalam bidang Teknologi Kejuruteraan di sekolah Negeri Johor adalah terdiri daripada pelbagai bidang. Bidang Kejuruteraan Mekanikal merupakan bidang yang paling ramai dikuasai oleh guru yang mengajar subjek TK.
b. Pengalaman mengajar
6
Kesimpulannya, jumlah guru pengajar yang sedang mengajar TK di sekolah Negeri Johor adalah kebanyakannya berpengalaman mengajar selama 1 hingga 3 tahun.
3.2 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan Kesediaan Guru Dari Aspek Ilmu dan Pengalaman
Data menunjukkan item 10 (responden membuat ulangkaji dan mencari informasi terkini untuk dikongsi bersama pelajar berkaitan TK), merupakan item yang paling banyak dipersetujui oleh responden, di mana skor min yang diperolehi ialah 4.47. Item yang paling tidak dipersetujui oleh responden adalah item 6 iaitu responden memperolehi pengalaman yang cukup semasa belajar di IPTA, IPTS, atau Maktab Perguruan sebagai bekalan untuk mengajar TK, di mana skor min yang diperolehi ialah 3.37. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kesediaan guru untuk mengajar mata pelajaran TK adalah rendah.
3.3 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan Cabaran Dalam Mengajar Mata Pelajaran TK
Dapatan kajian menunjukkan item 15 (semasa responden mengajar TK, ramai pelajar yang faham apa yang disampaikan) merupakan item yang paling tidak dipersetujui dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran TK di sekolah Negeri Johor, di mana skor min adalah sebanyak 1.83. Item 13 mencatat skor min paling tinggi sebanyak 4.47. Item 13 merujuk kepada mata pelajaran TK memerlukan kefahaman yang kuat dan kukuh. Cabaran guru dalam mengajar mata pelajaran TK amat bergantung kepada pemahaman yang tinggi dalam mata pelajaran TK kerana tanpa penguasaan tersebut proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sukar dan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru.
3.4 Analisis Persoalan Kajian Berdasarkan Cara Mempelajari Topik TK .
Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya guru mempelajari topik TK adalah dengan bertukar-tukar pendapat dengan guru lain mengenai masalah pengajaran mata pelajaran TK. Guru turut menggunakan pembelajaran informal dengan menghabiskan masa di perpustakaan untuk memperolehi maklumat yang lebih terperinci serta mengaplikasikan kemahiran TK dalam kehidupan seharian.
3.5 Hubungan yang wujud antara pengalaman dan kesediaan guru mengajar TK.
Analisis menunjukkan saiz pekali korelasi, r = .565. Ini menunjukkan kekuatan korelasi yang wujud antara pengalaman dengan kesediaan guru mengajar adalah sederhana.
7 3.6 Hubungan yang wujud antara cabaran dalam mengajar TK dengan kaedah pembelajaran informal yang digunakan untuk mempelajari ilmu tersebut.
Keputusan ujian korelasi yang dijalankan bagi data, pengkaji mendapati bahawa saiz pekali r = .765. Ini menunjukkan kekuatan korelasi yang wujud antara cabaran yang dihadapi dalam mengajar TK dengan kaedah pembelajaran informal yang digunakan untuk mempelajari ilmu tersebut adalah kuat.
4.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
4.1 Kesediaan guru mengajar TK
Pengkaji berpendapat bahawa guru yang mengajar mata pelajaran TK sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion perguruan yang diceburinya. Ia bersesuaian dengan apa yang diperkatakan oleh Salleh (1992), seseorang itu memerlukan minat yang mendalam dalam sesuatu pekerjaan yang diceburinya barulah lahir semangat berdedikasi dalam menjalankan tugas, rajin, berdisiplin dan bersedia untuk berkorban kerana murid dan pelajaran.
4.2 Cabaran dalam Mengajar Mata Pelajaran TK
Pendedahan mata pelajaran kepada guru-guru yang baru menjadi pendidik atau pun sudah lama berkecimpung dalam bidang perguruan adalah penting. Ini disokong oleh Ishak Haron, (1994) yang menyatakan bahawa pendedahan kepada mata pelajaran haruslah diberikan bagi memudahkan proses pembelajaran guru. Pengkaji berpendapat guru sukar untuk menyediakan tugasan kerana kurang pengetahuan atau pengalaman mengajar. Oleh itu, sebagai pendidik guru seharusnya sentiasa bersedia dari pelbagai aspek. Ini disokong oleh Anisah, (2005) dalam kajian beliau seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang cukup sebelum mengajar.
4.3 Cara atau Kaedah Mempelajari Topik TK
Pengkaji menyimpulkan bahawa penerapan pembelajaran secara informal dalam kalangan guru yang mengajar TK telah wujud tanpa disedari. Ini disokong oleh kenyataan Mark, (1983) dalam kajian beliau iaitu pembelajaran informal mempuyai ciri- ciri tertentu seperti pembelajaran secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran.
4.4 Kekangan Dalam Mendapatkan Maklumat
Kajian menunjukkan skor min bagi 10 item bagi persoalan 4 ini adalah sederhana. Maka, wujud kekangan dalam mempelajari ilmu TK secara pembelajaran informal tersebut. Pengkaji berpendapat keadaan sekolah yang jauh dari sumber maklumat menyebabkan kemungkinan terdapat sekolah yang kurang mendapat capaian internet. Maka, sukar bagi mereka untuk memperolehi maklumat terkini tentang teknologi yang membangun di luar negara. 8 4.5 Korelasi Yang Wujud Antara Pengalaman Dan Kesediaan Guru Mengajar TK
Pengalaman memainkan peranan dalam kesediaan guru mengajar kerana ilmu TK yang dikuasai oleh guru dalam tempoh masa yang panjang dapat ditingkatkan. Pengalaman individu dalam sesuatu bidang menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik kerana guru bersedia untuk mengajar dan tidak akan menghadapi masalah untuk berhadapan dengan pelajar. Ini dibuktikan oleh Gagne, (1988) dalam kajian beliau yang menggariskan proses pembelajaran bagi Fasa Keempat iaitu Fasa Penyimpanan di mana pengalaman dan pengetahuan akan terbentuk dalam ingatan.
4.6 Korelasi Yang Wujud Antara Cabaran Dalam Mengajar TK Dengan Kaedah Pembelajaran Informal Yang Digunakan Untuk Mempelajari Ilmu Tersebut
Cabaran utama yang diketahui berdasarkan analisis persoalan 1, pengkaji mendapati bahawa guru kurang persediaan mengajar dari segi ilmu. Maka, bidang yang diajar tidak dikuasai kerana bukan pengkhususan mereka. Ini menimbulkan cabaran bagi guru untuk mengajar bukan opsyen. Bersesuaian dengan apa yang diperkatakan oleh Mat Kamil (1995), kekurangan guru terlatih dalam suatu bidang menyebabkan guru-guru terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan pengkhususan.
5.0 KESIMPULAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah meninjau pembelajaran informal dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran TK di sekolah negeri Johor. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan guru mengamalkan pembelajaran secara informal bagi menangani cabaran mengajar terutamanya dari segi pengetahuan. Namun guru menghadapi kekangan dalam mendapatkan maklumat bagi melengkapkan diri dari aspek pengetahuan. Namun secara realitinya guru yang berpengalaman tidak semestinya mempunyai kesediaan mengajar yang baik. Maka, langkah yang bijak perlulah dilaksanakan diperingkat awal lagi agar sesuatu masalah tidak bertambah buruk. Melalui kajian yang telah dijalankan ini, diharapkan pihak - pihak yang berkenaan dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam kalangan guru. Oleh itu, kajian ini dapat mengenalpasti kesediaan guru mengajar TK dan secara tidak langsung mengetahui kaedah pembelajaran yang digunakan untuk melengkapkan diri sebelum mengajar.
9 6.0 CADANGAN
6.1 Pihak Pengurusan
a. Guru-guru perlu diberikan pendedahan yang secukupnya tentang penguasaan ilmu TK oleh pihak sekolah supaya mereka dapat menerimanya sebagai sesuatu yang sangat penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. b. Pihak sekolah perlu menggalakkan penglibatan guru dalam program atau latihan yang disediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran atau Kementerian supaya dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan mempelajari ilmu TK dengan lebih meluas.
6.2 Pihak Guru
a. Guru disarankan membuat persediaan yang rapi bukan sahaja dari segi pelajaran dan alat-alat mengajar tetapi juga dari segi mental, fizikal dan emosi. Persediaan yang awal wajar dilakukan supaya dapat menghasil pengajaran berkesan. b. Guru disarankan menjadikan kajian ini sebagai rujukan yang berguna dalam menempuh profesion perguruan yang mencabar supaya dapat menerapkan pembelajaran informal bagi meningkatkan pembelajaran.
RUJUKAN
Awang, A. ( 1986 ). Teori-Teori Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Dale,M. And Bell, J. (1999). Informal Learning in the Workplace. DfEE Research Report 134, London Department for Education adn Employment. Long, A. (1981). Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Bahasa Dan Pustaka. Sridharan, B. and Kinshuk. (2003). Reusable Active Learning System for Improving the Knowledge Retention and Better Knowledge Management. Dalam. Devedzic, V., Spector, J. M. Sampson, D. G. and Kinshuk. The 3rd IE International Conference on Advanced Learning Technologies Conference Proceedings. Los Alamitos : IEEE Computer Society. 72-75 Mosher, B. (2004). The Power of Informal Learning. Chief Learning Officer Magazine (Article). Cangelosi, James S.(1992). Systematic Teaching Strategy. New York: Longman. Carnevale, A., Gainer, L., & Villet, J. (1990). Training in America: The Organization and Strategic Role of Training. San Francisco: Jossey-Bass Ee, A. M. (2005). Ilmu Pendidikan, Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam :Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Gagne, R. & Driscoll, M. (1988). Essentials of Learning for Instruction (2nd Ed.). Englewood Cliffs,NJ: Prentice-Hall. 10 Haron, I. ( 1994). Aliran Perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Negara Industri dalam Reformasi Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Jeffs, T. And Smith, M. (1990)(eds). Using Informal Education. Buckingham: Open University Press. Joyce, B. dan Weil, M. (1980). Models of Teaching. Second Edition. Englewood New Jersey: Prentice-Hall,Inc. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran KBSM Teknologi Kejuruteraan.Kuala Lumpur.Pusat Pengembangan Kurikulum. Marcia L. Conner (2004). Learn More Now: 10 Simple Steps to Learning Better, Smarter, and Faster. Wiley. Mohamad Amin, M. R. (2000). Tahap Kognitif Berdasarkan Taksonomi Bloom Bagi Pelajar Tahun Satu Politeknik Ungku Omar DalamMata Pelajaran Prinsip Elektrik. Skudai, Universiti Teknologi Malaysia Mohd. Majid Konting (1999). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur Mohd. Najib Abdul Ghafar ( 2003 ). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. ms 45-100. Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2002 ). Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Rensis Likert (Jan 1, 1967). The Human Organization: Its Management and Value. Hardcover. Sidin, R. (2000). Inovasi kaedah pengajaran: Pengalaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding National Conference on Teaching and Learning in Higher Education Oktober 9- 10, Universiti Utara Malaysia