Anda di halaman 1dari 10

TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MEI 2014


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PPG SEM 4 (AMBILAN FEBRUARI 2013)
PPG SEM 5 (AMBILAN FEBRUARI 2012)
PPG SEM 6 (AMBILAN MAC 2014)
PPG SEM 6 (AMBILAN JUN 2011)


TUJUAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN
Makluman tentang tarikh, masa dan tempat.
Memberi maklumat berhubung dengan peraturan peperiksaan
kepada calon.
Calon memahami dan mengetahui peraturan, arahan dan amaran
peperiksaan.
Calon tidak melanggar arahan dan peraturan semasa menduduki
peperiksaan.
Calon mengetahui kesan penyelewengan atau tidak mematuhi atau
melanggar arahan dan peraturan peperiksaan.
TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

PANDUAN DAN SYARAT PENGANUGERAHAN
SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH
KUAT KUASA JANUARI 2013
Dokumen ini dibaca bersama:
Peraturan-peraturan Pendidikan Guru
Akta 174 Akta Institusi-institusi Pelajaran Tatatertib Pindaan
2012
Dokumen Perjanjian Pendidikan Guru yang berkenaan
Surat Tawaran Mengikuti Program/ kursus

SYARAT-SYARAT AM
Telah menghadiri 100% dalam kuliah, tutorial, kelas, praktikum,
aktiviti kokurikulum dan aktiviti pembelajaran yang lain
berhubung dengan kursus pengajiannya atau apa-apa aktiviti yang
dijadualkan oleh pihak IPG.
Melengkapkan, menyempurnakan dan menyerahkan kerja kursus
yang disyaratkan bagi kursus berkenaan
Tidak dihalang daripada menduduki peperiksaan oleh pihak
berkuasa tatatertib IPG berdasarkan peruntukan Akta 174, Akta
Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 Bahagian
V (Tatacara Tatatertib).
TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

Pelajar yang kehadirannya kurang daripada 100% dalam mana-
mana kursus yang ada komponen peperiksaan sepanjang
semester pengajian tanpa sebab tertentu yang dapat diterima
oleh JKPPIPG tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kecuali
dengan kebenaran bertulis daripada pengarah.
Jika seseorang pelajar itu mempunyai masalah kesihatan dan tidak
memenuhi syarat:
Pelajar hendaklah mengemukakan surat akuan doktor. Surat
akuan doktor swasta terhad 2 hari berturut.
Surat akuan doktor swasta melebihi 8 hari dalam 1 semester,
pelajar tidak layak menduduki peperiksaan akhir dan akan diberi
status ulangan.
Sekiranya pelajar tidak hadir peperiksaan kerana kecemasan,
pelajar atau wakil hendaklah memaklumkan segera kepada
pengarah melalui unit pep dan JHEP. Seterusnya mengemukakan
surat akuan (sijil sakit/kematian/laporan polis) sebagai bukti
kepada UNIT PEP dan JHEP dengan segera.






TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

PERATURAN PEPERIKSAAN
ARAHAN KEPADA CALON
Semua calon yang akan menduduki peperiksaan dikehendaki patuh
kepada arahan berikut:
1. Sila muat turun jadual waktu Peperiksaan Mei 2014 melalui laman
web IPGK DA. Semak dan pastikan jadual waktu peperiksaan serta
lokasi peperiksaan sebelum tarikh peperiksaan bermula. Sila cetak
slip menduduki peperiksaan melalui laman web
http://219.92.7.20/items
2. Membawa bersama Kad Pengenalan dan slip menduduki
peperiksaan, sewaktu menghadiri peperiksaan.
3. Menghadirkan diri di luar Bilik/Dewan Peperiksaan tidak lewat
daripada tiga puluh (30) minit sebelum peperiksaan bermula.
4. Apabila diarahkan masuk ke Bilik/ Dewan Peperiksaan oleh Ketua
Pengawas Peperiksaan, calon dikehendaki masuk dengan tertib
melalui pintu masuk yang ditetapkan.
5. Calon yang lewat hadir kurang daripada tiga puluh (30) minit
daripada waktu peperiksaan dimulakan adalah dibenarkan
mengambil peperiksaan tetapi tiada masa tambahan akan
diberikan.
6. Tidak dibenarkan masuk ke Bilik/Dewan Peperiksaan selepas tiga
puluh (30) minit peperiksaan dimulakan dan seterusnya tidak
boleh menduduki peperiksaan tersebut.

TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

7. Tidak dibenarkan sama sekali membawa apa-apa buku, kertas,
gambar, nota, mesin pengira yang boleh diprogramkan, beg
tangan, telefon bimbit atau sebarang alat kecuali yang
dibenarkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.
8. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan/ minuman,
makan/minum atau merokok semasa berada di Bilik/Dewan
Peperiksaan.
9. Setelah dibenarkan masuk ke dalam Bilik/Dewan Peperiksaan,
calon:
-dikehendaki mengambil tempat duduk yang disediakan untuk
peperiksaan bagi kursus mereka;
- dilarang bercakap-cakap dengan calon-calon lain; dan
- dikehendaki meletakkan Kad Pengenalan dan slip menduduki
peperiksaan di atas sudut sebelah kanan meja sepanjang
peperiksaan berjalan untuk diperiksa oleh Pengawas Peperiksaan.
10. Dalam masa lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan,
calon dibenarkan:
- Menulis angka giliran dan kod kertas. Calon tidak dibenarkan
menulis nama pada kertas jawapan bertulis yang disediakan.
11. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan semasa diedarkan
oleh Pengawas Peperiksaan sehingga diarahkan demikian oleh
Ketua Pengawas Peperiksaan;

12. Selepas dibenarkan membuka kertas soalan oleh Ketua Pengawas
Peperiksaan, calon dikehendaki menyemak dan memastikan
TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

kertas soalan yang diterima daripada Pengawas Peperiksaan
adalah betul serta bilangan muka surat adalah cukup. Sekiranya
calon mendapati dia telah diberikan kertas soalan yang salah atau
tidak lengkap muka surat, hendaklah dengan serta merta
memberitahu Pengawas yang bertugas untuk penggantian;
13. Calon tidak dibenarkan menjawab soalan peperiksaan dalam buku
jawapan sehingga diarahkan oleh Ketua Pengawas berkenaan.
Calon juga tidak dibenarkan terus menjawab soalan selepas waktu
peperiksaan tamat;
14. Calon tidak boleh meninggalkan Bilik/Dewan Peperiksaan dalam
masa tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan bermula dan juga
dalam masa tiga puluh (30) minit sebelum peperiksaan berakhir.
Calon dibenarkan untuk keluar tidak melebihi lima (5) minit;
15. Tidak dibenarkan berhubung dengan mana-mana calon lain
semasa peperiksaan berlangsung dengan apa cara sekalipun;
16. Tidak boleh memberi atau menerima sebarang bantuan daripada
calon atau pihak lain yang berkaitan dengan peperiksaan semasa
peperiksaan;
17. Semasa berada di dalam Bilik/Dewan Peperiksaan calon
hendaklah mematuhi segala arahan Pengawas Peperiksaan dan
Ketua Pengawas Peperiksaan;
18. Calon yang tiba-tiba jatuh sakit atau menghadapi apa-apa masalah
dan tidak berupaya mengambil peperiksaan berkenaan hendaklah
melaporkannya kepada Pengawas;
TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

19. Pada akhir peperiksaan, skrip jawapan dan kertas lain jika
digunakan, diikat dengan sempurna seperti yang diarahkan.
Pastikan skrip jawapan dipungut oleh pengawas peperiksaan.
20. Kertas soalan dan sebarang kertas jawapan sama ada telah atau
belum digunakan, serta dokumen lain yang dibekalkan oleh
Pengawas Peperiksaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari
Bilik/Dewan Peperiksaan;
21. Calon hendaklah terus berada di tempat duduk masing-masing
selepas tamat peperiksaan dan keluar dari Bilik/Dewan
Peperiksaan setelah mendapat arahan berbuat demikian oleh
Ketua Pengawas Peperiksaan;
22. Calon hendaklah keluar dari Bilik / Dewan Peperiksaan dalam
keadaan tertib dan teratur.
Calon ke Tandas
Calon dibenarkan ke tandas dalam suatu masa 4 orang (2
lelaki, 2 perempuan) dengan menggunakan kad keluar ke
tandas yang akan diletakkan di atas meja belakang dewan.
Lebih kurang 5 minit.
Kad Warna Biru calon lelaki
Kad Warna Merah Jambu calon perempuan




TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

PENYELEWENGAN
Calon tidak boleh melakukan mana-mana penyelewengan seperti
berikut :

1. Penyelewengan bermaksud menciplak, meniru, memberi peluang
rakan lain meniru, membawa masuk nota atau catatan ke dalam
dewan/ bilik peperiksaan, dan lain-lain tingkah laku yang boleh
ditafsirkan sebagai penyelewengan.
2. Seseorang murid pendidikan guru yang melakukan
penyelewengan dalam peperiksaan bagi mana-mana kertas
peperiksaan dan JKPPIPG mendapati bersalah, maka keputusan
peperiksaannya akan dibatalkan oleh SENAT.
3. Mengambil, mengubah, menyembunyikan, merosak, atau
memusnahkan sebarang bahan yang ada kaitan dengan
persediaan atau penyempurnaan pengendalian peperiksaan.

HUKUMAN
Calon yang didapati telah melanggar mana-mana daripada
Peraturan Peperiksaan IPG, akan dibicarakan dan jika sabit
kesalahannya, Pelajar boleh dikenakan tindakan :
Amaran; atau
Dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan dan
diberikan Gred F dengan Nilai Mata Gred 0.00

TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME
Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea,
penulisan, data atau ciptaan orang lain.
Perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan
orang lain dan mendakwa idea, penulisan, data atau ciptaan itu
adalah hasil dapatan atau ciptaannya sendiri

KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Warganegara Malaysia
Tiada Kes
Kehadiran 100 %
Lengkap dan Sempurna Kerja Kursus
MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA BANTAHAN
1. Kes Belum Selesai
2. Kes kehadiran sedang dirujuk kepada LPPG
3. Kes yang belum diputuskan oleh pihak berkuasa.
PEPERIKSAAN ULANGAN
Gagal peperiksaan asal ulang kursus berkenaan. Maksima 2 kali
Gred lulus C (50%)
Kenaikan bersyarat bagi pelajar yang gagal peperiksaan bagi
kursus.
TAKLIMAT PEP MEI 2014 PPG

TANGGUH PENGAJIAN
SEKALI SAHAJA SEPANJANG TEMPOH KURSUS

PENGANUGERAHAN
Lulus semua kursus
Lulus praktikum
Lulus GERKO
Tiada kes
PMGT/PMG 2.00 atau lebih.

RAYUAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Peperiksaan akhir 30 hari dari tarikh rasmi keputusan
peperiksaan
Peperiksaan semester 14 hari dari tarikh rasmi keputusan
peperiksaan


SEKIAN, TERIMA KASIH