Anda di halaman 1dari 7

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Pegawai sukan itu meminta para peserta berkumpul di tempat permulaan ._____
mengarahkan _____ berbaris dalam dua barisan.
(A) Dia.awak
(B) Beliau..mereka
(C) Dia..kita
(D) Beliau..kami
2. Encik Rosli berjalan _____ di hadapan wad pembedahan itu.
(A) mundar-mundir
(B) tunggang-langgang
(C) lintang-pukang
(D) ulang-alik
3. Tangan kakak berbau__________setelah menyiang daging arnab.
(A) hamis
(B) hanyir
(C) hapak
(D) hancing
3. Dua________kongsi gelap telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam tempoh
sebulan.
(A) pasukan
(B) angkatan
(C) kelompok
(D) gerombolan
4. Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh itu diteruskan_____________hari hujan.
(A) hingga
(B) sekiranya
(C) walaupun
(D) sementara
5. Keputusan perlawanan bola sepak itu seri tanpa sebarang _______ gol.
(A) jaringkan
(B) menjaringkan
(C) penjaring
(D) jaringan
6. Penjaja minuman dikehendaki ___________ daripada menggunakan pewarna yang tidak
dibenarkan.
(A) berhenti
(B) berhentikan
(C) memberhenti
(D) memberhentikan
7. Temasya sukan tahunan itu ________ dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
(A) mengakiri
(B) akhirnya
(C) terakhir
8. Para pelancong luar negeri amat gemar akan kain songket ________ Terengganu.
(A) jahitan
(B) tenunan
(C) sulaman
(D) anyaman
9. Mak Tijah ________ tepung itu bulat-bulat sebelum dimasukkan ke dalam air yang
mendidih.
(A) menguli
(B) menggentel
(C) mencanai
(D) mengisar
10. Pak Abu telah menanam lima __________ pokok nangka di atas _______ tanahnya.
(A) pohon.sekeping
(B) baris.sebidang
(C) ulas.serelung
(D) batang.sekaki
11. Mak Limah mengait ________ kelapa dan memetik ________ buah langsat di kebunnya.
(A) sebuah.setangkai
(B) sebiji.setandan
(C) setandan.segugus
(D) sebutir.selonggok
12. Kamil masih melakukan kesilapan __________ dia telah berusaha bersungguh-sungguh
untuk membaikinya.
(A) meskipun
(B) lagipun
(C) kerana
(D) apabila
13. Ahmad memang cekap menyelesaikan masalah matematik. _____ dia telah dipilih
mewakili sekolah dalam Pertandingan Kuiz Matematik.
(A) Padahal
(B) Oleh kerana itu
(C) Lebih-lebih lagi
(D) Oleh sebab itu
14. Cikgu Khairani memasukkan ________ bunga ros ke dalam ________ pasu tembikar
yang terletak di atas meja itu.
(A) sejambak sebuah
(B) setangkai sebentuk
(C) sebatang sebutir
(D) seberkas sebiji
15. Sesampai sahaja di rumahnya, kami lihat ________ tikar mengkuang yang sangat cantik
terbentang di atas lantai.
(A) sebidang
(B) segulung
(C) sekajang
(D) sekeping
16. Dia amat ____________ melihat penderitaan hidup jirannya.
(A) terasa
(B) terkilan
(C) terpegun
(D) terharu
17. Guru besar _____ tali lehernya dengan kemas sebelum pergi ke sekolah.
(A) menggantung
(B) menyarung
(C) mengikat
(D) memasang
18. Aziz _____ daripada lamunannya apabila disergah oleh rakannya.
(A) tersentak
(B) termangu
(C) terpegun
(D) tercengang
19. Suasana _____ di dalam bilik darjah itu tiba-tiba senyap apabila guru besar lalu.
(A) huru-hara
(B) kacau-bilau
(C) hiruk-pikuk
(D) kucar-kacir
20. Penduduk Taman Kurnia _______ mendengar ceramah agama.
(A) khusyuk
(B) ghairah
(C) asyik
(D) leka
21. Kecemerlangan budak itu dalam peperiksaan telah menjadi ________ orang
kampungnya.
(A) buah mulut
(B) buah hati
(C) buah fikiran
(D) buah tangan
22. Penduduk Kampung Seri Rahmat ________ untuk mengadakan gotong-royong
membersihkan kawasan kampung mereka.
(A) keras hati
(B) jatuh hati
(C) bulat hati
(D) murah hati
23. Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku
pun.
Perkataan seerti bagi unik ialah
(A) istimewa
(B) canggih
(C) ganjil
(D) pelik
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
24. Kami menerima pujian daripada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir,
kata Asmah
(A) Asmah memberitahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru Besar kerana
telah menjuarai pertandingan koir.
(B) Asmah menerangkan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah
menjuarai pertandingan koir.
(C) Asmah mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru Besar kerana
telah menjuarai pertandingan koir.
(D) Asmah menyatakan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah
menjuarai pertandingan koir.
25. Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.
(A) Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu rumahnya.
(B) Tikar mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.
(C) Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.
(D) Tikar mengkuang di ruang tamunya sedang nenek anyam.
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.
26. Sudah berapa lamakah kamu bergiat dalam bidang penulisan puisi?
(A) Sepanjang yang saya ingat, sudah hampir lima tahun.
(B) Sejak dahulu saya berminat dalam penulisan puisi.
(C) Saya akan bergiat dalam bidang penulisan puisi ini selama lima tahun.
(D) Sudah lima tahun keluarga saya mendorong saya bergiat dalam penulisan puisi.
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.
27. Apakah nasihat guru besar kepada murid-murid?
(A) Guru besar memberi nasihat kepada murid-murid di perhimpunan pada setiap hari Isnin.
(B) Guru besar yang menasihati murid-murid pagi itu.
(C) Murid-murid dinasihati guru besar supaya tidak membuang sampah di merata-rata
tempat.
(D) Guru besar dinasihati murid-murid supaya tidak membuang sampah di merata-rata
tempat.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.
28. "Gulai itu sedap dan tidak terlalu pedas," kata Mak Limah kepada Aminah.
(A) Mak Limah memberitahu Aminah bahawa gulai itu sedap dan tidak begitu pedas.
(B) Aminah memberitahu Mak Limah bahawa gulai itu sedap dan tidak begitu pedas.
(C) Mak Limah dan Aminah diberitahu bahawa gulai itu sedap dan tidak begitu pedas.
(D) Mak Limah dan Aminah memberitahu tentang gulai itu sedap dan tidak begitu pedas.
29. "Ibu, ini Zainab, kawan baik saya. Dia cerdik dan aktif dalam sukan," kata Rosmah
kepada ibunya.
(A) Rosmah dan ibunya berkenalan dengan kawan baiknya, Zainab yang cerdik dan aktif
dalam sukan.
(B) Ibunya memperkenalkan Rosmah kepada kawan baiknya, Zainab yang cerdik dan aktif
dalam sukan.
(C) Rosmah memperkenalkan kawan baik ibunya kepada Zainab yang cerdik dan aktif
dalam sukan.
(D) Rosmah memperkenalkan kawan baiknya yang cerdik dan aktif dalam sukan itu kepada
ibunya.
30. Pilih ayat-ayat yang betul.
I Teratak buruk itulah tempat tinggal mereka.
II Calon yang berjaya akan diberitahu melalui surat.
III Abang menceritakan pengalamannya kepada kami.
IV Jalan itu ditutup disebabkan kenaikan air banjir di situ.
I Para pekerja perlu menabung untuk masa depan.
II Dia banyak memperoleh pengalaman daripada lawatan tersebut.
III Kami menceritakan tentang masalah di tempat kami.
IV Pihak bomba bergegas ke tempat kebakaran setelah menerima panggilan kecemasan.
I Kanak-kanak itu menangis teresak-esak kerana ingin mengikut ibunya.
II Para pelajar diminta memberikan pendapat masing-masing.
III Jabar sudah beberapa kali menguap semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
IV Berita yang disiarkan dalam akhbar Ali tidak percaya.

Anda mungkin juga menyukai