Anda di halaman 1dari 9

Muhammad Najmi Danish bin Baharin

Berbudi Pekerti Disiplin Diri Terbina



Bertutur sopan kita bersama,
Dengan ibu bapa dan juga teman;
Perlakuan mulia dituntut agama,
Bahagia hidup sepanjang zaman.

Dengan guru bersopanlah selalu,
Jangan lakukan perkara keji;
Silalah bertanya jika perlu,
Itulah amalan yang terpuji.

Semua orang tua dan muda,
Pangkat darjat tidak ketinggalan;
Apabila berkata harus waspada,
Bahasa sopan jadikan amalan.

Bukan sebarang pantun seloka,
Pantun nasihat kita teladani;
Berpekerti mulia setiap ketika,
Hidup berdisiplin lagi harmoni.




Muhammad Najmi Danish bin Baharin

Ciri-ciri Budi Pekerti dan Amalan Perbuatan Yang Terpuji
Sahabat yang dirahmati Allah,
Ada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal,
bermaksud, "Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budi pekerti yang mulia
dan amal perbuatan yang baik terpuji."
Para ulama telah menyenaraikan ciri budi pekerti dan amal perbuatan terpuji
Rasulullah s.a.w. itu antaranya :
1. Memberi salam kepada sesama Islam.
2. Pergaulan yang baik dalam hidup bermasyarakat
3. Menghormati orang Iain.
4. Berbudi bahasa dan bersopan santun.
5. Berbuat kebajikan kepada sesama manusia.
6. Selalu memberi sedekah makanan dan minuman
7. Menziarahi orang yang sakit.
8. Menziarah dan mengiring jenazah ke perkuburan
9. Berbuat baik dan kebajikan dengan semua jiran tetangga, tanpa
mengira agama atau bangsa.
10. Menghormati orang yang lebih tua.
11. Mengasihani kanak-kanak.
12. Menerirna jemputan dari sesiapa jua dan mendoakannya.
13. Menahan marah dan memaafkan seseorang yang bersalah dengan hati terbuka atau
berlapang dada.
14. Mendamaikan orang yang bertelingkah.
15. Tabiat bermurah hati - sentiasa memberi.
16. Meninggalkan segala larangan agama.
17. Meninggalkan cacian atau menghina orang.
18. Tidak bercakap atau bersumpah bohong.
19. Tidak bakhil, lokek atau kikir.
20. Tidak boros atau membelanjakan harta yang tidak kena tempatnya.
21. Tidak menghampakan harapan orang yang meminta pertolongan atau bantuan sama
ada dengan akal fikiran atau harta benda.
22. Tidak menipu orang.
23. Tidak mengumpat atau mengata orang di belakang.
Muhammad Najmi Danish bin Baharin

24. Tidak mengadu-domba atau melaga-lagakan seorang ada-dengan yang lain atau
sekumpulan dengan kumpulan yang lain.
25. Tidak memutuskan persaudaraan, persahabatan atau silaturrahim,
sama ada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga atau umat Islam.
26. Tidak berkelakuan jahat dan maksiat.
27. Tidak sombong atau meninggi diri tetapi hendaklah merendah diri.
28. Tidak bermegah-megah atau memuji diri sendiri.
29. Tidak ujub (menghairani) kebaikan diri sendiri.
30. Tidak banyak bercakap, terutama yang sia-sia.
31. Tidak bercakap perkara-perkara yang kotor, lucah dan seumpamanya.
32. Tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, maksiat dan
kemungkaran.
33. Tidak melakukan tabiat menyumpah seranah terhadap orang lain.
34. Tidak melakukan hasad atau dengki khianat.
35. Tidak mengkhianati orang lain.
36. Tidak melanggar peraturan dan undang-undang.
37. Tidak menzalimi atau menganiayai orang lain.
38. Hendaklah menepati janji.
39. Hendaklah menunaikan amanat.
40. Belas kasihan terhadap anak yatim.
41. Berkata-kata dengan lunak, jangan meninggikan suara.
42. Baik dan bertekun dalam kerjaya.
43. Hendaklah sedikitkan angan-angan.
44. Hendaklah mempelajari serta mendalami al-Quran.
45. Hendaklah mencintai hari akhirat.
46. Hendaklah merasa gentar dan takut akan ketibaan hari kiamat.
47. Tidak memarahi atau memaki orang yang bijaksana.
48. Tidak mendustakan orang yang benar.
49. Tidak menuruti kemahuan atau perbuatan orang yang berdosa.
50. Tidak menderhakai pemerintah yang adil.
51. Tidak merosakkan tanah.
52. Hendaklah bertaubat pada setiap dosa yang dilakukan.
53. Hendaklah berusaha meneguhkan keimanan dalam jiwa dengan amalan yang salih.

Demikianlah antara contoh sifat Rasulullah s.a.w. dalam usaha mendidik
umatnya agar mengamalkan budi pekerti yang luhur. Baginda memberi
Muhammad Najmi Danish bin Baharin

ceramah atau nasihat terutama kepada mereka yang meminta nasihat dan
tunjuk ajar. Daripada senarai ciri budi pekerti yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah
s.a.w . seperti di atas, sudah mencukupi untuk menjadi manusia yang baik
akhlaknya sekiranya diamalkan.




Muhammad Najmi Danish bin Baharin

BERADAB
AMALAN
TERPUJI
ketika
berjumpa
kawan
ketika
meminta
laluan
ketika
meminjam
barang
ketika
berjumpa
guru
ketika
berbual
ketika
memasuki
kelas
Muhammad Najmi Danish bin Baharin

HIDUP BERDISIPLIN
1. Disiplin adalah kebolehan mengawal diri sendiri supaya patuh
pada tatatertib atau peraturan .
2. Berdisiplin dapat membentuk keperibadian diri dan sahsiah
yang mulia .
3. Amalan yang baik dan berdisiplin membuatkan diri kita dihargai
oleh ibu bapa , rakan , jiran , masyarakat , dan negara .
4. Kita akan mendapati kehidupan ini lebih bermakna apabila diri
kita dihargai .
5. Apabila kita mengamalkan hidup berdisiplin , kita akan
dipandang mulia , dihormati , dan disayangi .
6. Antara kepentingan mengamalkan disiplin diri termasuklah :
(a) Dapat membentuk sahsiah diri yang baik .
(b) Tingkah laku disenangi orang lain .
(c) Dapat mengeratkan silaturahim .
(d) Diri akan dihormati .
(e) Dapat menjaga maruah diri dan juga maruah keluarga .
(f) Hidup akan lebih teratur .
(g) Sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar .

BERBUDI PEKERTI DISIPLIN DIRI TERBINA
1. Sikap berbudi pekerti bermaksud peka dan menghormati orang
di sekeliling kita .
2. Kita akan disanjung dan disenangi oleh orang lain sekiranya kita
berbudi pekerti mulia .
3. Antara contoh sikap berbudi pekerti ialah :
(a) Menghormati ibu bapa .
(b) Membantu orang yang berada di dalam kesusahan .
(c) Memberi salam ketika berjumpa rakan - rakan .

Muhammad Najmi Danish bin Baharin

BERADAB AMALAN TERPUJI
1. Adab ialah perlakuan dan pertuturan yang berbudi bahasa .
2. Kita harus mengamalkan adab sopan walaupun di mana jua kita
berada .
3. Antara contoh perlakuan beradab ialah :
(a) meminta izin apabila ingin menggunakan barang-barang
rakan .
(b) membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan orang
tua .
(c) bercakap dengan sopan apabila berinteraksi dengan orang
lain .
(d) memberi salam apabila bertemu dengan guru .
(e) bertanya khabar apabila berjumpa dengan rakan .
(f) bertegur sapa dengan jiran - jiran tetangga .




Muhammad Najmi Danish bin Baharin

PATUHI PERATURAN
1. Peraturan adalah sesuatu perkara yang telah ditetapkan dan kita
harus mematuhinya .
2. Melanggar peraturan adalah perlakuan yang tidak
bertanggungjawab .
3. Mematuhi peraturan akan membuatkan diri kita dihormati ,
disiplin diri kita terkawal , dan dapat menwujudkan suasana
lebih harmoni .
4. Antara peraturan yang mesti kita patuhi di sekolah ialah :
(a) Tidak membuat bising di perpustakaan .
(b) Menjaga peralatan sekolah .
(c) Tidak membuang sampah di merata - rata .
(d) Menjaga harta benda sekolah .
(e) Tidak membawa pulang peralatan komputer dari makmal
komputer .
(f) Beratur semasa membeli makanan di kantin .












Muhammad Najmi Danish bin Baharin

BERADAB DI TEMPAT IBADAT
1. Kita wajib mematuhi peraturan di tempat ibadat .
2. Antara peraturan yang wajib dipatuhi ialah :
(a) Berpakaian sopan .
(b) Menjaga kebersihan persekitaran .
(c) Tidak berbuat bising .
(d) Menghormati pengunjung lain .
(e) Menyimpan barangan yang digunakan ke tempat asal
semula .

Anda mungkin juga menyukai