Anda di halaman 1dari 26

WATAK

1) JAMILAH 1) TUK LEMAN


2) NEK JAH 2) DARIUS
3) CINDY 3) DEAN
4) ANGEL 4) ZAKI
5) MAWAR 5) ADAM
6) SITI 6) DOKTOR
7) MAK MIDAH
8) FATIMAH
“ PENCARIAN “

Satu petang, Jamilah duduk dibangku rotan bersulamkan angin yang meniup lembut
membelai setiap helai rambutnya dan dia membiarkan rambut ikal mayangnya disapa
oleh angin. Kenangan semalam kembali mengusik fikirannya ketika usia masih setahun
jagung dan ketika darah masih manis. Tiba-tiba dia tersentak dari lamunan kerana
dikejutkan oleh neneknya.

Nek Jah: Milah, tengah menungkan apa tu duduk termenung sendirian. (sambil berjalan
menuju ke arah Jamilah, cucu kesayangannya)

Jamilah: (Terkejut sambil mengusap dada) Eh, Nek rupanya.. Milah sangka siapa tadi.
Tak ada apa lah nek. Milah Cuma teringatkan saat pertama kali Milah jejakkan
kaki di kampung ni.

Nek Jah: Cu, usah dikesali apa yang sudah tersurat. Semua kejadian pasti ada hikmah
disebaliknya. Cu, rajin-rajinlah sedekahkan doa untuk mummy dan daddy
semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Jamilah: Betul tu nek. Banyak hikmah disebalik yang berlaku ini. Milah tidak akan dapat
mengenali asal usul Milah yang penuh dengan adat Melayu. Bak kata pepatah
Melayu yang Milah ingat.

Sekenyang-kenyangnya banting,
Rumputnya dimamah juga,
Sejauh-jauh melanting,
Jatuhnya ke tanah jua.
Nek Jah : Betul tu Milah...Jauh kita di negeri orang akhirnya kembali ke tempat asal.

Tuk Leman: Jah, minum petang dah siap ke?

Nek Jah: Ye atuknya, Jah datang ni. Baiklah Cu, nek naik atas dulu hendak siapkan
juadah untuk minum petang.

Milah: Iyalah Nek.

Nek Jah meninggalkan Milah kembali keseorangan dan kenangan semalam datang lagi
mengetuk kotak fikirannya dan dia hanyut dalam kenangan semalam.......
Pada pagi yang sunyi...

Fatimah: Jem, Cindy dah datang ni.

Jamilah: Yes, Mummy. Jap lagi Jem turun. (Jamilah tergesa-gesa bersiap hendak keluar
bersama Cindy dan berjumpa teman-temannya yang lain di Mid Valley)

Cindy: (Menjemput dengan tempelan make-up tebal dan berpakaian ala-ala barat) Faster
sikit la, we dah late nie. Kang mengamuk member lain kita lambat sampai.
(Setelah kedua-duanya memasuki kereta, Jamilah bersuara)

Jamilah: Ape ni kecoh-kecoh? Rilek la, macam ayam berak kapur la engkau ni. Tak lari
gunung dikejar beb. (kepalanya terangguk-angguk mendengar lagu ’Girlfriend’ s
nyanyian Avril Lavingne. Gelagat mereka seperti burung belatuk)

Cindy: Aku bukan apa...Cuma takut member-member lain marah kita sebab lambat.
Lagipun, kau tahulah perangai si Darius tu, dia tak boleh kalau kita lewat sikit.

Jamilah: Alah....Darius tak kan marah kalu kita lambat. Lagipun aku kan ada...kau
jangan risaulah Cindy.
Cindy terus memandu sambil menghayati lagu di corong radio. Sejam kemudian mereka
tiba di perkarangan Mid Valley dan dijemput oleh teman-temannya.

Darius: Wei...!Apasal lewat? Korang ni kan kalau tak mentari atas kepala, tak bangun
lagi.

Dean: Iyelah... Anak dara apa suka bangun lewat. Kesannya, kitaorang tertunggu-tunggu
disini macam tunggu buah tak gugur.

Cindy: Bukan aku yang lambat. Minah sekor ni lambat. Aku pergi rumah dia, dia belum
bangun lagi.

Jamilah: Alah.... rileks lah. Kan aku dan Cindy dah sampai. Apa nak di kecohkan lagi.
Jom ar masuk, kita gi lepak kat karoeka ke? Camne? Jom ar....

Angel: Kita gi makan dulu lah. Aku lapar ni..kita pekena KFC ke, McDonald ke.... jom
ar..

Jamilah: Bagus juga tu... Aku pun tak sempat nak sarapan tadi.. Jom ar, aku belanja.

Cindy: Nak sempat macam mana kalau dah bangun lewat..

( Sekumpulan pemuda dan pemudi itu terus melangkah ke dalam Mid Valley sambil
bersorak girang tanpa mempedulikan orang ramai di sekitarnya. Mereka terus menuju ke
restoran makanan segera iaitu KFC dan memesan hidangan masing-masing)

Darius: Lepas ni kita nak pergi mana pula? Karaoke atau tempat game? ( Darius bertanya
kepada Jamilah)

Jamilah: Aku rasa, kita pergi lepak kat pusat game dulu ar. Lagipun da lama aku tak pergi
sana. Ni asyik-asayik lepak kat cyber cafe.....

Dean: Ye.... bagus juga. Ada orang tu makan hati....

Ketika sedang leka berseronok, Jamilah menerima panggilan daripada pihak hospital
yang mengatakan kedua ibu bapanya berada di ICU kerana terlibat dalam satu
kemalangan. Ketika itu, Jamilah seperti bumi terhenti berputar seketika. Lidah kelu dan
darah berhenti mengalir. Di kotak fikirannya hanya terbayangkan mammy dan daddynya
saat itu. Lalu dia bergegas meniggalkan tempat itu lalu menuju ke hospital berkenaan.

Di hospital...

Jamilah: Doktor... Doktor... bagaimana dengan keadaan daddy dan mammy saya.?

Doktor : Sabar dik, kami dah berusaha tapi Allah lebih menyayangi daddy dan mummy
adik.

Jamilah: Ya Allah. (Jamilah terjelepuk di lantai, setengah jam kemudian Jamilah tersedar
duduk mengenang nasib)

yang kupeluk tubuh lelahmu


yang kucium rambut lusuhmu
yang berderai airmataku, dingin subuh
menggigit kulit dan jantungku berdetap
ketika embun turun mencecah bumi
menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kumiliki!

Setelah upacara pengkebumian selesai, tanpa pilihan Jamilah mengikut atuk dan
neneknya balik kampung dan meninggalkan kehidupannya sebelum ini. Saat pertama kali
menjejakkan kaki dikampung. Jamilah terasa canggung dan begitu susah untuk terima
semua ini... Jamilah kebingungan.

Kembali ke Kampung
Bagi seorang sepertiku,
Samalah seperti seekor belut
Yang pulang ke lubuk
Atau pinang pulang ke tampuk
Atau sirih pulang ke gagang
Bak kata pulang ke mulut
Laksana sampan pulang ke pengkalan
Atau juga seperti kapal bertafakur di pelabuhan.

Nek Jah: ( Melihat Jamilah seperti rusa masuk kampung). Milah, nek tahu susah untuk
Milah sesuaikan diri dengan keadaan kampung. Milah jangan risau, lama-lama
biasalah tu bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. (sambil memimpin tangan
Jamilah naik ke dalam rumah.)

Jamilah: (Melihat keadaan sekeliling dengan riak wajah yang penuh tanda tanya). Iyelah
nek, InsyaALLAH Milah akan cuba sesuaikan diri dengan semua ini.

Tuk Leman: Baiklah, Milah masuk bilik dan rehat dulu.

Jamilah: Iyelah tuk.(Jamilah memerhati seluruh sudut bilik itu yang dilengkapi dengan
perabot yang diperbuat daripada kayu dan dihiasi dengan barangan antik. Nyata
berbeza sekali dengan biliknya sebelum ini).
(bermonolog seorang diri) bolehkah aku hidup dalam suasana seperti ini?
Sampai bila aku boleh bertahan? Rumah panas tanpa aircond, line telefon pun
tak dapat apatah lagi internet. Macam mana aku nak berhubung dengan
member-member, kalau mereka tahu keadaan aku sekarang malu tahap kritikal
aku tapi kalau tak tinggal kat sini, mana lagi aku nak merempat hu... akhirnya
Jamilah terlelap kerana keletihan.

Nek Jah: Jamilah...bangunlah, dah nak masuk waktu Maghrib ni, tak baik tidur
senja nie...

Jamilah: (Dengan malas menjawab) Iyelah nek. Huh...seksanya hidup kat kampung kalau
macam ni, time tidur pun ada time tak baik. Dulu mummy dan daddy tak pernah
pun tegur

Nek Jah: Milah pergilah mandi cepat, lepas tu kita solat berjemaah dengan atuk.
Kemumu di dalam semak,
Jatuh melayang selaranya,
Meski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya?

Jamilah: Solat???(bermonolog-aku pernah dengar je perkataan itu tapi tak tahu macam
mana caranya. Menggaru kepala yang tak gatal bagai kera di hutan kelaparan.-
lantas menuju ke bilik air).

Ketika asyik mengingatkan kisah semalam lamunan Jamilah tersentak ketika dia di
kejutkan dengan suara orang yang memberi salam.

Mawar : Assalamualaikum......

Jamilah : (Terkejut).. wa’alaikumussalam....eh! Mawar...ada apa datang sini?

Mawar : Em..termenung jauh nampak...ingat orang istimewa ke?

Jamilah : Mana ada... Milah tiada orang yang hendak dikenang.


Milah cuma terkenangkan kehidupan lalu. Masa di kota. Milah rasa,dulu Milah
teruk sangat. Bercampur dengan budak-budak nakal. Sekarang Milah rasa
tenang bila berada di kampung, terasa aman saja.

Mawar : Usah dikenang benda yang sudah berlalu, bak kata pepatah, buang yang keruh
ambil yang jernih. Dekat kampung ni ramai lagi kawan-kawan yang boleh Milah
bergaul. Cuma, biasalah ada macam-macam ragam. Kat kampung ni kita akan
temui ketenangan. Lagipun Milah boleh belajar adat-adat Melayu. Eh, Jom kita
pergi tepi sungai. Kat sana kita boleh dengar bunyi air menderu.

Jamilah : Boleh juga. Jom ar.....lagipun, kat sana tentu kawan-kawan lain sudah ada.

( Mawar dan Jamilah berjalan berduaan menuju ke sungai. Dalam perjalanan itu, Mawar
bertanya dengan lebih lanjut lagi tentang kehidupan Jamilah semasa berada di kota yang
penuh pancaroba. Mereka tiba-tiba di sapa oleh Zaki dan Adam)

Zaki : Eh...Mawar, Milah..kamu berdua mahu pergi mana?

Jamilah : Kami mahu pergi ke sungai untuk merehatkan fikiran sambil mendengar bunyi
deruan air. Jom lah ikut sama.

Adam : Boleh juga. Kami pun ada masa lapang ni. Lagipun, nanti kita boleh berkongsi
cerita tentang kehidupan di bandar dengan di kampung. Mana lebih seronok.
Betul tak?

Jamilah, Mawar dan Zaki : Menjawab serentak...Iye....(lalu mereka berempat menuju ke


sungai).

Di tepi sungai...
Zaki : Milah...Apa perasaan Milah bila tinggal di kampung ni?.

Jamilah : Entahla...pada mulanya memang susah nak sesuaikan diri. Rasa kekok sangat
dengan kehidupan baru ni. Tapi kadang-kadang aku seronok, kadang-kadang
aku tension sangat. Macam mana la korang boleh tinggal kat kampung yang
tercerut ni? Apa pun tak ada. Nak berseronok pun tak boleh. Bagai katak di
bawah mangkuk la korang ni. Pagi pergi sekolah kemudian tamat waktu
sekolah balik rumah. Hari-hari macam tu. Tak bosan ke?

Mawar : Iskh.. ko ni Milah, kau tu baru sehari dua duduk sini memanglah kekok. Kami
ni memang lahir kat sini jadi tidak jadi masalah buat kami. Lama-lama kau boleh
la sesuaikan diri di sini.

Adam : Betul cakap Mawar tu. Kau janganlah cepat sangat buat penilaian. Kau tidak
kenal lagi apa yang ada di kampung ni. Banyak keistiwaan yang kau tidak boleh
jumpa di kota metropolitan yang kau sanjung sangat tu. Penduduk kampung ni
tidaklah sekuno yang kau sangka walaupun kampung ni terceruk bagai dihujung
dunia. Ramai tau anak jati kampung ni dapat melanjutkan pelajaran ke IPT dan
oversea pun ada.

Jamilah: Ye ke? Aku tak nampak lagi pun keistimewaan kat kampung ni. Tak ubah
macam sarang nyamuk je. Semua keturunan nyamuk aku rasa bertapa kat
kampung ni la kot. Nak tidur pun susah. (Mulutnya muncung sedepa sambil
tangannya menguis-nguis air)

Adam: Dah la tu, suatu hari nanti kami pasti kau akan tertarik dengan suasana kampung
ni. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Mawar: Eh... Milah, marilah mandi sungai. Seronok tau. Air sungai ni terjamin bersih
dan tak ada pencemaran. Tak macam di kota tu susah nak dapat sungai yang
bersih macam ni. (Sambil mengerling ke arah Jamilah)

Zaki: A’ah Milah. Rugi tau tidak merasa air sungai kampung ni. Aku pasti kulit kau tu
tidak pernah sentuh air sungai tulen macam ni.
Jamilah: Tak apa la. Aku dah mandi di rumah tadi lagipun aku takut kut-kut ada buaya
dalam sungai tu. Tak ke naya tu.

Adam, Mawar dan Zaki tergelak mendengar omongan Jamilah. Rasa lucu sangat.

Zaki: Apa lah engkau ni Milah. Lau ada buaya dalam sungai ni tak adalah orang
kampung nak mandi kat sungai ni.

Jamilah: Ya la tu. Korang mandilah cepat kemudian kita balik. Banyak nyamuk la kat
sini, kulit aku serupa katak puru dah ni. (Sambil menampar-nampar nyamuk
yang hinggap di seluruh tubuhnya itu).

Mawar, Zaki dan Adam mandi tanpa menghiraukan omongan Jamilah. Setengah jam
kemudian mereka pulang ke rumah masing-masing.

Nek Jah : Kamu ke mana Milah? Puas nenek cari.

Jamilah: Maaflah nek... Milah keluar dengan Mawar, Adam dan Zaki. Kami pergi ke
sungai sambil mereka bertiga bercerita mengenai suasana kampung ini. Tapi, kat
sungai banyak nyamuk la nek... ( Jamilah mengeluh kepada neneknya).

Nek Jah : Ooo... Nenek ingatkan kamu pergi mana. Rupanya bersembang dengan budak
budak tu. Baguslah kalau macam tu, Milah dah ada kawan. Nanti tak bosanlah
ada kat kampung ni. Lagipun, nanti Milah boleh pergi ke sekolah bersama
mereka. Mereka semua budak baik. Boleh diharap. Betul tak atuknya? Biasalah
tu Milah, kat sungai memang banyak nyamuk sebab da memang tempat
tinggalnya.

Tuk Leman : Betul cakap neneknya tu. Budak Mawar, Zaki dan Adam tu memang baik
dan boleh di harap jika kita perlukan pertolongan. Lagipun diaorang semua
selalu datang ke rumah ni. Boleh Milah belajar daripada mereka bertiga.
Cerita baru telah terkarang,
Kejadian bukan satu,
Dari setiap orang,
Boleh belajar sesuatu.

Jadi, semasa di sungai apa yang kamu bualkan? Boleh atuk dan nenek tahu....

Jamilah : Banyak yang kami bualkan tuk, nek. Mawar beritahu tentang adat perkahwinan,
Zaki dan Adam sibuk bercerita tentang kampung ini yang memang cantik dan
aman. Nek, Mawar cakap kakaknya akan kahwin bulan depan. Dia jemput
Milah untuk buat persiapan sambil menunjukan Milah tentang adat
perkahwinan masyarakat kampung. Bunyinya macam bagus je...Boleh tak
Milah pergi nek, tuk?

Tuk Leman : Boleh... Itu perkara baik. Boleh Milah pelajari tentang adat-adat orang
zaman dahulu. Lagipun, Milah boleh bergaul dan berkenal-kenalan dengan
masyarakat kampung kita ni. Tentu mereka teringin kenal dan berkongsi
cerita dengan Milah. Betul tak neneknya?

Nek Jah : Betul tu atuknya. Baik untuk Milah pelajari semua itu demi kehidupannya di
kampung.

Jamilah : Baiklah tuk, nek...Milah masuk bilik dulu ye. Milah nak mandi, badan ni dah
berbau selepas dari sungai tadi...

Tuk Leman : Aik? Tadi tak mandi ke masa kat sungai?

Jamilah : Tak.... Takut ada buaya.....


Tuk Leman : Iskh budaknya... Ke situ pula dia fikir...

( Milah berlalu meninggalkan atuk dan neneknya bersendirian di anjung rumah itu ).

Nek Jah : Biasalah tu atuknya... Milah tu baru nak biasakan hidup di kampung ni. Dia
mana pernah mandi sungai. Arwah bapa dan ibunya dulu hanya tahu bawa dia
ke apa nama tempat tu, Sunway Lagoon. Sebab tu budak tu ada pemikiran
begitu tentang sungai. Nak air atuknya?

Tuk Leman : Boleh juga, bawa sekali ubi kayu yang direbus tadi.. Bagus juga pekena
petang-petang begini. ( Nek Jah berlalu ke dapur ).

Ketika Jamilah sedang memerhatikan Tuk Leman & Nek Jah tekun mengayam tikar di
halaman rumah bawah pokok sambil sembang-sembang, Mawar datang.

Mawar : Assalamualaikum

Tuk, Nek Jah & Jamilah : Waalalaikumsalam.

Nek Jah : Eh Mawar rupanya. Mak dengan Abah sihat?

Mawar : Alhamdulillah sihat... Nek Jah dan Atuk sihat?

Tuk Leman : Macam ni lah Mawar. Usia dah lanjut jadi macam-macam sakit datang.

Mawar : Iya lah tuk. (sambil membantu Nek Jah mnganyam sisa tikar mengkuang yang
ada didepannya). Mawar datang ni nak jumpa Jamilah, nak minta pertolongan
Jamilah lagipun sekarang cuti sekolah. Mjalis perkahwinana Kak Som ada tiga
minggu lagi dan banyak lagi persiapan yang perlu di selesaikan.

Jamilah: Aku? Apa yang aku boleh buat? Kalau tolong tengok dan makan bolehlah.
(Tuk Leman dan Nek Jah tergelak mendengar cucunya berkata begitu).

Mawar: Kau ni Milah, nanti aku bagi taulah kau apa yang perlu kau buat. Lagipun aku
fikir, inilah masanya kau nak kenal adat budaya perkahwinan kampung ni.

Nek Jah: Betul cakap Mawar tu cu.

Tak lapuk dek masa,


Tak lekang dek hujan,
Tak kuning dek kunyit,
Tak lemak dek santan.

Jamilah: (Mengerutkan dahi) baiklah kalau macam tu. Bila nak start?
Pokok jambu diluar pakar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Mawar: Sekaranglah. Lagipun aku tengok sejak tadi jadi pemerhati setia kat sini. Cubalah
belajar menganyam tikar tu. Ada jugak faedahnya. Menambah kemahiran.

Jamilah: Engkau ni sedap je mulut mengata aku macam tu. Aku dah cuba buatlah la tapi
tak berjaya lagi, aku rehatlah kejap.(mengikut langkah Mawar di belakang)

Mawar: Iyelah tu.

Jamilah: Betullah. Eh, banyak ke persiapan yang kena buat untuk perkahwinan kakak
kau? Kenapa tidak ambil catering saja. Kan senang.
Mawar: Banyaklah, sebab itu aku minta bantuan kau ni. Catering? Itu budaya bandar, tak
sama dengan budaya kat kampung ni. Kau tidak tau, ada banyak faedahnya kalau
kita buat kerja tu bersama dengan ahli keluarga daripada ambil perkhidmatan
catering.

Jamilah: Faedah? Bukankah ia memenatkan?

Mawar: Memang memenatkan tetapi disebalik memenatkan itu, banyak nilai yang kita
dapat pupuk kalau kita melakukan kerja bersama. Seperti gotong-royong,
berkerja sama, tolong-menolong. Semua ini akan mengertkan lagi silaturrahim.
Keluarga dari jauh pun datang memberi bantuan.

Jamilah: (Terangguk-angguk) betul juga tu. Tak terfikir pun aku sebelum ni.

Mawar: Sebab itulah aku nak kau turut sama ketika persiapan majlis ni. Bolehlah kau tau
keunikan adat budaya kampung ni. Kawan-kawan yang lain
pun ada juga.

Jamilah: Iyalah, bolehlah aku jadi anak kampung sejati jugak nanti. (gelak kesukaan)

Tiba di rumah Mawar…

Mawar : Assalamualalikum

Mak Midah: Eh, Mawar. Waalaikumsalam. Milah cucu Tuk Leman ngan Nek Jah pun
ada sekali? Jemputlah naik. Jangan segan Milah, buat macam rumah sendiri.

Mawar: Jomlah Milah, kau jangan nak seganlah kat rumah aku ni. Buat macam biasa
saja.

Jamilah: Iyelah kau...ramai juga orang ye. Semua keluarga kau ke?

Mawar: Kalau kau nak tahu. Macam ni lah suasana majlis di kampung ni. Bukan semua
keluarga aku tapi orang kampung sebelah pun ada datang juga,

Jamilah: Ye ke? Mereka tidak ada kerja ka? Semua datang sini.

Mawar: Ada pulak tak kerja, habis itu nak bagi makan anak bini apa kalau tidak kerja.
Cuma mereka kerja atas tanah sendiri jadi tidak terikat dengan masa macam kat
bandar tu. Sibuk 24jam.

Jamilah : O....Macam tu. Baru aku tahu. Best juga ye orang kahwin ni Mawar. Macam
macam perkara kena buat dan
baru aku tahu apa yang disediakan semasa majlis perkahwinan. Daripada adat
merisik, bertunang hinggalah ke majlis akad nikah semua sudah aku pelajari.

Api unggun di muka rumah,


Bakar kayu daun dan sampah,
Kata arif dan bijaksana,
Orang muda harus belajar.

Mawar : Betul tu Jamilah, kita ni sebagai generasi muda harus belajar tentang semua ni.
Jangan nanti masa kita nak kahwin atau anak-anak kita, semua adat ni dah
hilang. Kita kena pertahankan adat Melayu kita ni. Lagipun, kalau dah bercinta
dan sayang-sayang, semua sanggup buat, sampai ada yang sisihkan keluarga.
Bak kata pantun lama ni..
Buah lemak buah bidara,
Daun selasih kulurut juga,
Buang emak buang saudara,
Hati kasih kuturut juga.

Siti : Betul cakap kau tu Mawar. Orang muda-muda sekarang ni banyak yang lari rumah
sebab cinta. Aku tak mahu lah semua benda tu terjadi pada aku. Aku nak pilihan
aku nanti di restui oleh orang tua aku. Baru berkat hidup berumahtangga.

Mawar : Eh...ke situ pula dia pergi. Awak tu masih bersekolah cik Siti oi... dah berangan
nak kahwin. Tapi kalau nak cari jodoh, biarlah yang boleh pandu kita ke jalan
yang betul dan sebelum kita belajar menyanyangi orang lain, kita perlu sayang
diri kita dulu.
Putih putih warna melati,
Warna kayangan dewa dewi,
Cari cinta yang paling murni,
Mulai dari diri sendiri.

Jamilah : Mawar kau tak jemput ke Adam dan Zaki bantu keluarga kau buat persiapan?

Mawar : Eh... Mesti jemput. Mereka berdua tu orang penting....( Mawar ketawa dan
disampuk oleh Siti)

Siti : Penting....... Untuk buat kerja.( dan mereka bertiga ketawa lagi)

Nek Jah : Wah!.. Rancaknya tiga orang anak dara ni berbual sampai tak nampak nenek
datang.

Jamilah : Eh..nenek. Terkejut kami. Bila nenek sampai? Mana atuk?

Nek Jah : Atuk ada kat luar nun. Apa yang kamu bertiga borakkan ni?

Mawar : Ni nek.... Siti ni, umur masih mentah dah berangan nak kahwin...
Siti : Tak salah kan nek kalau kita berangan je...bukannya betul-betul. Tapi, kalau betul,
bagus juga. ( Serentak dengan itu Siti mengaduh kerana di cubit oleh Mawar ).

Nek Jah : Memang tak salah, tapi jangan terlalu turutkan hati, nanti badan binasa. Macam
cerita Mat Jenin tu, boleh dijadikan iktibar.
Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu,
Jangan diharap guruh dilangit,
Kilat memancar hujan tak lalu

Ikut suka luka


Ikut hati mati
Ikut rasa binasa.

Jamilah : Dengar tu Siti, nasihat nenek aku ni kena dengar. Kalau tidak kena tulah kau
nanti..hehe(sambil ketawa). Gurau je..jangan ambik hati ye.

Nek Jah : Ish..ke situ pulak Milah ni mengarut...dah la tu. Pergi-pergi la tolong buat kerja
tu. Asyik berborak je dari tadi. ( bangun sambil menuju ke dapur )

Mawar: Betul tu kata Nek Jah..apa la korang ni, asyik berborak je. Macam ayam berak
kapur.hehe(sambil ketawa).

Siti : Amboi(senyum).. sedapnya mulut di mengata orang. Dia tu yang macam ayam
berak kapur.

Tiba-tiba Zaki dan Adam datang....

Zaki : Wei... tengah buat apa tu?


Jamilah, Mawar dan Siti terkejut…

Mawar : Apa ni…masuk tak bagi salam. Terkejut kami tau. Mujur tak ada penyakit
jantung, kalau ada tentu dah mati. Tak sempat nak mengucap.

Siti : Betul tu... Korang ni tak adat ke?

Adam dan Zaki : Kami minta maaf.... Assalamualaikum...

Mawar, Siti dan Jamillah : Wa’alaikumussalam....

Siti : Kan elok macam tu. Orang tengok pun sejuk mata memandang.

Adam : Sorilah... Kamu tengah buat ape?

Jamilah : Kami tengah berborak pasal perkahwinan ni lah. Mawar dan Siti tengah
terangkan apa yang berlaku semasa perkahwinan berlaku.

Zaki : O....apasal?Korang dah nak kahwin ke? Jangan mei...umur tak cukup lagi, baru
setahun jagung, dah fikir nak kahwin.

Adam : Betul tu, pelajaran entah ke mana. Berjaya atau tak. Dah fikir nak kahwin.

Siti : Eh...yang korang menyibuk apasal? Bukannya kami nak kahwin dengan kamu.

Jamilah : Dah la tu. Jangan nak bertengkar. Nanti kerja tak siap. Jom la Mawar, Siti, kita
pergi tolong kat dapur tu. Kamu berdua pergi keleuar, tolong apa yang patut di
bawah khemah tu. Zaki, Adam, tolong cakap kat atuk aku, tunggu aku dan
nenek kalau nak balik.( Sambil bangun dan diikuti Mawar dan Siti).

Zaki dan Adam : Baiklah...


Hari perkahwinan.......

Jamilah : Assalamualaikum...

Mawar : Waalaikumussalam...awalnya kau sampai Milah. Dah sarapan belum?.

Jamilah : Sudah..nenek aku yang ajak datang awal. Kau dah mandi belum ni?.

Mawar : Dah la..aku baru lepas mandi ni..mana nenek kau?.


Jamilah : Nenek aku ada dekat bawah khemah tu. Tengah borak dengan mak dan ayah
kau. Ramai jugak orang kampung yang datang awal kan?. Aku ingatkan aku
nenek dan atuk aku yang paling awal tadi. Rupanya ada lagi yang lebih awal
dari kami. Aku tak pernah tengok kenduri semeriah ni. Kalau kat bandar kau
tau, orang datang makan je. Jangan harap nak tolong-tolong macam kat sini.

Mak Midah : Milah, nenek mana? Tak datang sama ke?

Jamilah : Eh, mak cik.. Nenek ada, datang sama. Dia ada kat luar. Mungkin tengah
berborak dengan orang kampung sambil buat kerja kat luar tu. Atuk pun datang
sama.

Mak Midah : Alhamdulillah... Baiklah, mak cik pergi kat luar ye. Mawar, bawalah Milah
tengok bunga melur yang kamu buat semalam. (berlalu pergi)

Mawar : Baik mak. Jom Milah kita pergi ke ruang sana. Bunga melur yang kita buat hari
tu da siap. Mak aku yang sudahkan. Lawa hasil tangan kita. (sambil gelak)

Jamilah : Jom lah, tak sabar aku nak tengok. Eh, pukul berapa majlis akad nikah
berlangsung? Langsung kat rumah ke kat masjid?
Mawar : Dalam pukul 9 pagi. Akak aku minta buat kat rumah, mujur Tok Kadi setuju.
Kalau tak, kena angkut pergi masjid. Mana Siti ni, tak sampai lagi.

Tiba-tiba Siti muncul bersama Zaki dan Adam...

Siti, Adam dan Zaki : Assalamualaikum...

Mawar dan Jamilah : ( terkejut ), Wa’alaikumussalam…

Mawar : Baru sampai korang bertiga. Aku ingatkan tak nak datang dah.

Siti : Sorilah, lambat sikit. Mana boleh kami tak datang, kakak kawan baik kami kahwin,
kami mesti datang memeriahkan majlis. Betul tak Adam, Zaki?

Adam dan Zaki : Betul tu...

Jamilah : Sudahlah, jangan kamu nak bertekak pula pada hari yang baik ni. Kamu berdua
ni tak buat kerja ke? Pergilah tolong orang lelaki kat luar nun. Pergilah buat air
ke, kacau gulai ke..

Mawar : Betul tu. Ni duk kat dalam rumah macam anak dara pula. (ketawa)

Zaki : Kami nak pergilah ni. Tadi Siti suruh hantar dia masuk dulu.

Mawar : Eh...sejak bila kamu berdua jadi bodyguard Siti?

Adam : Sejak dia pakai lawa-lawa macam ni. Runsing juga kami nak lepas jalan sorang
sorang.

Siti : Eh..korang jangan nak mengada-ngada. Aku bukan budak kecil lagi yang perlu di
jaga.
Zaki : Pasal kau bukan budak kecil la kami kena jaga.

(Mereka berlima ketawa)

Jamilah : Sudahlah tu. Kejap lagi pihak lelaki nak sampai. Korang pergilah tolong apa
yang patut. Kami pun nak pergi tengok kakak Mawar ni bersiap. ( mereka
kemudian pergi ke tempat masing-masing)

Tepat jam 9 pagi, rombongan pihak lelaki sampai. Kak Som selamat di akad nikahkan
dan diwalikan oleh ayahnya. Kemudian mereka disandingkan di atas pelamin. Sebelum
pihak lelaki dapat duduk di sebelah pihak perempuan, aku dapat melihat dan mendengar
suasana berbalas pantun antara pihak lelaki dengan pihak perempuan. Suasananya cukup
meriah. Keadaannya seperti :

Pihak Lelaki : Kalau tidak kerana bulan,


Bintang tidak terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Kami tak sampai ke mari.

Pihak Perempuan : Sudah penat kami berbangsi,


Kerabat di bawah batang,
Sudah penat kami menanti,
Inilah baru tuan datang.

Pihak Lelaki : Rumah gendang papan berukir,


Keranji dibelah dua,
Kami datang kata tak mungkir,
Sebab dah janji kita berdua.

Pihak Perempuan : Anak pipit mati tersepit,


Mati disengat kumbang hijau,
Makan sirih piang digigit,
Hendak dibelah tidak berpisau.

Keadaan ini berterusan sehinggalah pihak pengantin lelaki dapat masuk dan duduk
bersanding di sebelah pihak perempuan.

Siti : Apasal ni Milah? Tiba-tiba senyum sorang ni... terbayang kau kat atas sana ke? Hari
tu mengata aku, sekarang dia yang lebih, tersenyum sorang-sorang.

Jamilah : Mana ada.... aku tersenyum sebab suasana tadi. Suasana yang berbalas pantun
dengan pihak lelaki tadi. Seronok aku tengok. Aku tak pernah rasa suasana
macam tu. Best sangat-sangat.

Zaki : Kau tak pernah pergi rumah orang kahwin ke?

Jamilah : Aku pernah pergi. Tapi suasana perkahwinan kat kota tak sama dengan di
kampung. Kat kampung adat masih kuat di pegang. Kat kota, adat entah
melayang ke mana. Keadaannya sungguh berbeza. Aku rasa seronok pula
tinggal di kampung, boleh belajar pelbagai adat. Sekarang aku sudah tahu serba
sedikit tentang adat pusaka Melayu kita.

Adam : Baguslah kalau macam tu. Tak lah nanti kau tercanggung-canggung bila orang
tanya pasal adat Melayu.

Siti : Sudahlah bercakap pasal adat. Cuba korang tengok atas pelamin tu. Sama padan
kan? Bagai pinag di belah dua, sama cantik, sama lawa.

Adam : Ku hulur kasi sayang mengundang,


Kasih ku pesan cinta kupendam,
Cinta setia tak mungkin padam,
Nyala sinarnya malam dan siang.

Mawar : Tanam dihatimu benih cintaku,


Pupuk harumnya di dalam kalbu,
Hidup matiku bertaman di situ,
Tempat bersatu hatimu dan hatiku.

Jamilah : Wah! Pandai juga korang berpantun ye?... boleh ajar aku nanti?

Mawar : Boleh... apa salahnya. Seggengam tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Zaki : Kalau bab pantun Milah, betul lah kalau kau bergurukan dua orang tu.

Jamilah : Baguslah kalau macam tu. Boleh aku belajar pantun lama-lama.

Siti : Eh... Jom lah kita pergi makan. Dari tadi duduk kat sini je. Aku sudah lapar ni.

Mawar : Betul juga kata Siti tu. Korang dari pagi tadi tak makan lagi. Asyik buat kerja je.
Pergilah makan dahulu. Nanti boleh kita ambil gambar ramai-ramia dengan
kakak aku bersama suaminya tu.

Adam : Jom lah pergi makan kat bawah khemah tu. Kita join pak cik-pakcik dengan mak
cik-mak cik kat sana tu. Tentu banyak lagi cerita tentang adat Melayu atau pun
adat perkahwinan yang kau boleh tanya dari diaorang yang lebih berpengalaman
tu.

Jamilah : Bagus juga tu. Memang banyak yang aku nak tanya. Jom pergi.
Mereka berempat menuju ke tempat makan di bawah khemah. Selepas dapat yang di
hajati, Jamilah berasa sangat bertuah kerana dia dapat mempelajari adat perkahwinan di
kampung neneknya.

Dirumah atuk dan neneknya....

Tuk Leman : Macam mana Milah? Dah dapat sesuaikan diri tinggal di kampung?

Jamilah : Sudah tuk. Lagipun, Milah dapat kawan-kawan yang sangat baik dan ambil
berat tentang diri Milah. Meraka sanggup ajar Milah tentang adat Melayu yang
selama ini Milah tak tahu atau tak mahu ambil tahu.

Nek Jah : Baguslah kalau macam tu. Nanti buka sekolah, tak lah Milah sunyi kat sekolah
tu sebab dah ada teman.

Jamilah : Iyelah nek , atuk... Milah seronok tinggal kat kampung. Tak rasa rindu sangat
kat arwah mummy dan daddy. Bila ada kawan-kawan seperti Mawar, Siti, Zaki
dan Adam semuanya boleh di kawal. Mereka memang baik dan kadang-kala
lucu. Mialh suka berkawan dengan mereka.

Tuk Leman : Alhamdulillah... Atuk takut juga pada mulanya. Takut yang kamu tu tak
dapat seszuaikan dengan keadaan kampung dan susana kampung. Tapai
sekarang atuk bersyukur sebab kamu da boleh maju ke depan walaupun
tinggal kat kampung.

Jamilah : Kampung bukanlah seteruk yang Milah gambarkan. Kampung penuh dengan
kedamaian yang susah hendak cari di kota.

Medannya indah bukan kepalang,


Rantaunya luas bagai dibentang,
Tebing sungainya bagai diraut,
Pasirnya serong bentuk taji,
Batunya ada besar dan kecil,
Yang kecil pelontar balam,
Jika untung kena ke balam,
Jika tidak kena ke tanah,
Di sana rumah di situ halaman,
Di sana sini pokok kelapa,
Nyiur gading lambai-melambai,
Menderu selawat ibu ayam,
Helang disambar punai tanah,
Merawan bunyi merpati di punjung,
Memberi salam nuri di pintu,
Berbeka burung di bumbungan,
Bertutu balam tembaga tiga gaya,
Menitir ketitir jantan,
Berkokok Si Tambang Denak,
Alamat ada orang datang......

Nek Jah : Begitulah kita apabila berada di kampung. Kita kena bergaul dan jadi baik.
Nenek dan atuk harap Milah dapat belajar dengan baik di sini dan jadi manusia
yang berguna. Walau tinggal di kampung, pelajaran tidak boleh di abaikan.

Tuk Leman : Betul kata nenek tu Milah. Atuk nak Milah berjaya macam emak Milah
dahulu. Kalau boelh sebelum atauk menutup mata, atuk nak tengok Milah
masuk universiti dan nbantu orang-orang kampung.

Jamilah : InsyALLAH.............Nampaknya pencarian Milah selama ini sudah Milah temui


dan Milah harap Milah akan gunakannya dengan sebaik mungkin.
Milah gembira hidup di kampung bersama atuk dan neneknya serta kawan-kawan
barunya iaitu Mawar, Siti, Zaki dan Adam. Milah juga berazam untuk mengikuti cara
hidup masyarakat kampung dan kalau boleh dia ingin belajar lebih banyak lagi adat
pusaka Melayu dan dia akan berusaha untuk mencari pencarian yang lebi mendalam lagi.