Anda di halaman 1dari 1

Peranan Semantik dan Pragmatik

Setelah kita mengetahui dan memahami erti sebanar bidang semantik dan pragmatik,
cuba kita lihat pula bagaimana ilmu semantic dan pragmatik berinteraksi bagi
mendapatkan makna sebenar sesuatu ujaran. Pragmatik ialah kajian tentang interpretasi
ujaran dan bagaimana pengetahuan buka linguistik digunakan dalam kognisi dan
komunikasi. Semantik pula ialah kajian berkenaan dengan makna sesuatu ayat yang
dikhususkan oleh nahu sahaja. Dengan perkataan lain, semantic hanya terhad kepada
bentuk logik sahaja. Makna pada peringkat nahu tidak dapat menentukan syarat benar
bagi sesuatu ujaran. Disinilah munculnya peranan pragmatik bagi mendapatkan makna
sebenar. Pada tahap semantik, kita hanya mendapat bentuk logik bagi sesuatu ujaran,
tetapi untuk mendapatkan makna sebenar, kita memerlukan pragmatik. Sperber dan
Wilson (1985) telah membina gambar rajah yang memperlihatkan interaksi antarea
kedua-dua ilmu dalam memberikan makna sebenar. Ini adalah sebagai cadangan balas
kepada ilmu semantik Montage. Di mana, makna pada peringkat semantic hanya
diperolehi pada tahap bentuk logik sahaja. Pada peringkat ini juga peranan nahu terhenti.
Bagi meneruskan penginterpretasian ujaran, kita memerlukan konteks. Konteks adalah
seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar. Pemilihan
konteks yang bersesuaian dapat dikembangkan apabila maklumat baru ditambah.
Dengan adanya konteks, segala penginterpretasian ujaran dapat dihasilkan sejajar dengan
hajat sebenar si penutur.