Anda di halaman 1dari 1

BINATANG KESAYANGAN SAYA

Saya mempunyai seekor binatang kesayangan iaitu seekor


kucing. Namanya Si Tompok. Bulunya sangat cantik dan
bertoompok-tompok. Bulunya berwarna hitam dan putih.
Ekornya juga panjang. Si Tompok ialah seekor kucing
jantan.

Kucing saya, Si Tompok sangat baik. Ia tidak pernah
mengganggu kami sekeluarga ketika kami makan ataupun
semasa bekerja. Pada waktu malam, Si Tompok tidur di
tepi katil saya.
Si Tompojk merupakan penjaga rumah yang pandai. Semua
tikus takut semenjak Si Tompok berada di rumah saya.
Semenjak Si Tompok berada di rumah saya, tidak kelihatan
seekor tikus pun di dalam rumah saya.

Kami semua sayang kepada Si Tompok. Kami memberinya
makan ikan dan minum susu pada setiap hari. Semasa saya
pulang dari sekolah, saya akan bermain dengannya. Si
Tompok sangat manja dengan kami sekeluarga. Saya tidak
lagi berasa kesunyian semenjak Si Tompok tinggal bersama
kami.


Choi Wan Yi
Tahun 4A

Anda mungkin juga menyukai