Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING

MSSM DAERAH JEMPOL BARAT


TAHUN 2009

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF),
dan Peraturan-peraturan Am MSSM

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan secara berpasukan antara sekolah-sekolah di dalam Daerah Jempol Barat sahaja

2.2 Pertandingan dijalankan secara PESTA.

2.3 Peringkat Umur

a) 12 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan.


b) 15 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan.
c) 18 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan.

Setiap peserta hanya dibenarkan bermain di peringkat umur yang berkaitan sahaja.

2.4 Masa Permainan

a) Pusingan awal secara liga dengan masa permainan 7 minit separuh masa tanpa masa rehat
(7: 1: 7)
b) Pusingan kedua dan penentuan tempat ketiga secara liga kumpulan X dan Y dengan masa
permainan 10 minit tanpa masa rehat (10: 1: 10)
c) Peringkat akhir secara kalah mati dengan masa permainan 10 minit tanpa masa rehat (10:
5: 10)

2.5 Masa Rehat Pasukan

a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap
separuh masa.
b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan
memohon masa rehat dengan cara menyerahkan KAD HIJAU yang disediakan kepada
penjaga masa.
c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti rehat 1 minit :

 Semasa pasukannya menguasai/ mengawal bola – situasi menyerang


 Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri
setelah bola tersasar keluar.
3. PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan hendaklah mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain terdiri daripada 7 orang
dengan 5 orang pemain gantian.
4.
SISTEM PERTANDINGAN
Cara Liga 2 Kumpulan
4.1 Pusingan Pertama
4.1.1
Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
Kumpulan Adan Naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B.

Page 2
4.1.2
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cara undian.
4.2 Pusingan Kedua
4.2.1
Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B
akan melawan Naib Johan Kumpulan A.
4.2.2
Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.2.3
Pemenang akan bertanding untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
4.2.4
Pasukan yang kalan akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
Johan A
Naib Johan B
Johan B
Naib Johan A
5.
CARAMENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
5.1 Secara Liga
Cara memberi mata
Menang
-
2 mata
Seri
-
1 mata
Kalah
-
0 mata
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sana maka pemenang akan
ditentukan sebagaimana berikut :
a.
Pemenang yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
b.
Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
c.
Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
d.
Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
5.2 Secara Kalah Mati
Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan masih seri selepas sepenuh masa, langkah-
lagkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya.
5.2.1
Perlawanan masa tambahan 5 : 1 : 5 akan diadakan setelah berehat 5 minit.
5.2.2
Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar
tempat dan perlawanan diteruskan.
5.2.3
Jika keputusan masih seri, balingan 7 meter akan dijalankan.
5.2.4
Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas
atau keadaan-keadaan lain yang tidak mengizinkan, maka lambungan syiling
sebanyak 3 (tiga) kali hendaklah dijalankan.
5.3 Sistem Balingan 7 meter
5.3.1
Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara
membaling berselang-seli oleh 5 pemain.
5.3.2. Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli
dengan sistem “Sudden Death” sehingga keputusan diperolehi.
5.3.3
Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
5.3.4
Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat
balingan dahulu.
5.3.5
Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan
mengambil balingan 7 meter.
5.3.6
Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan
mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
5.3.7
Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
5.3.8
Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

Page 3
6.
PAKAIAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut :
6.1
Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
6.2
Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau ‘boot’. Kasut berpaku tidak
dibenarkan sama sekali.
6.3
Kasut “boot’ yang mempunyai 6 – 8 ‘stud’ tidak dibenarkan dan tinggi ‘stud’ yang dibenarkan
tidak melebihi 12 mm.
6.4
Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna
bagi setiap kategori. Jersi mestilah bernombor (belakang dan hadapan) antara 1 hingga 20.
Ukuran ketinggian nombor di bahagian belakang mestilah sekurang-kurangnya 20 cm dan 10
cm di bahagian hadapan.
6.5
Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain berwarna terang di bahagian atas lengan
dengan ukuran 4 cm.
6.6
Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum pertandingan, pasukan yang
namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi.
7.
GELANGGANG PERMAINAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF).
Satu kawasan keselamatan hendaklah disediakan di luar kawasan permainan dengan ukuran
sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.
8.
ALATAN (BOLA)
12 tahun lelaki / perempuan
Berat 290 – 330 gm
Lilitan 50-52 cm
Saiz 1
15 tahun lelaki / perempuan
Berat 325 – 375 gm
Lilitan 54-56 cm
Saiz 2
18 tahun perempuan
18 tahun lelaki
Berat 425 – 475 gm
Lilitan 58-60 cm
Saiz 3
9.
KELEWATAN
Hanya 10 minit diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan
diberikan kemenangan dengan 3 jaringan gol.
10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Pasukan / peserta tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan Sekiranya satu
pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua
keputusan pertandingan yang disertainya akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan
menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan berkenaan.
11. SINGKIR (KAD MERAH) DAN PEMBATALAN
Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah dalam satu-satu
perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
Pemain yang menerima kad merah kerana digantung (2 minit) 3 kali berturut-turut, ia hanya tidak
dibenarkan bermain untuk perlawanan itu sahaja dan dibenarkan bermain untuk perlawanan
seterusnya.
Jika seorang pemain atau pegawai pasukan dibatalkan, ia tidak dibenarkan berada di kawasan
kejohanan sepanjang pesta itu.
12. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan Am ( ) MSSMK
13 JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am ( ) MSSMK
14. PERKARA-PERKARAYANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am
( ) MSSK

Page 4
40m
4.0m
9.0m
6.0m
7.0m
4.5m
4.5m
2
0
m
3
.
0
m
Kawasan Pertukaran Pemain
A. Bangku Pegawai / Pemain Gantian
B. Meja Pencatat dan Penjaga Masa
B
A
(
G
a
r
i
s
a
n
G
o
l
)
A
Garisan Balingan
Percuma
Garisan Kawasan
Gol
Garisan Balingan
7 meter
Garisan Had
Penjaga Gol
UKURAN GELANGGANG
Catatan: Ketebalan semua garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua tiang gol 8 cm.
Garisan Kawasan Gol dan garisan Kawasan Balingan Percuma diukur dari bahagian dalam
tiang gol.
9.0m
6.0m
3
.
0
m
15cm
15cm
1m
15cm
15cm

Page 5
28cm
3.0m
2
8
c
m
20cm
2.0m
UKURAN GOL
8cm
8cm
Saiz Tiang / Palang Gol
150cm
100cm
100cm
80cm

Anda mungkin juga menyukai