Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI MENGAPA SAYA MEMILIH PROFESION PERGURUAN SEBAGAI BIDANG

KERJAYA DAN MENGAPA PENDIDIKAN KHAS????


PUBLISHED OCTOBER 4, 2010 BY CHENORZIE
Salam satu Malaysia buat pembaca sekalian..Kerjaya merupakan titik kehidupan seseorang
bagi menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang tercinta.Bagi setiap individu,bidang
kerjaya adalah berbeza antara satu sama lain.Hal ini kerana minat seseorang adalah
berbeza.Tidak terkecuali dengan saya.Saya menjadikan profesion perguruan sebagai bidang
kerjaya saya kerana sejak dari kecil cita-cita saya ingin menjadi sorang guru,tetapi ketika itu
saya tidak mengkhususkan pengkhususan apa yang saya ingin ambil kerana saya tidak
didedahkan dengan cara yang betul tentang profesion perguruan ini.Apabila guru meminta saya
untuk memberitahu apa yang saya ingin jadi ketika dewasa kelak saya dengan berkeyakinan
akan menjawabCITA-CITA SAYA IALAH INGIN MENJADI SEORANG GURU.Walaupun bagi
sesetengah orang berpendapat profesion ini tidak sepopular kerjaya doktor,peguam dan
sebagainya,tetapi bagi saya kerjaya yang saya pilih ini adalah satu pekerjaan yang sangat
sesuai dengan jiwa saya.Sewaktu saya masih bersekolah ayah saya inginkan saya menjadi
seorang doktor tetapi malangnya saya tidak cukup layak untuk menjadi seorang
doktor.Tambahan pula kerjaya sebagai seorang doktor bagi saya mempunyai tanggungjawab
yang cukup besar walaupun kerjaya sebagai seorang guru juga mempunyai tanggungjawab
yang besar tehadap semua aspek kehidupan.Ini kerana guru menjadi tunggak utama dalam
mendidik anak-anak bangsa.Profesion sebagai guru bagi saya sangat bagus untuk diri saya
kerana menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru pendidikan khas akan mengajar saya untuk
lebih menjadi sorang yang penyabar dan tabah walaupun sekarang saya rasa saya semakin
penyabar orangnya walaupun bukan di tahap yang terbagus lagi.Profesion perguruan ini juga
bagi saya dapat memberi pengalaman kepada saya dan juga memberi saya serba sedikit
pengetahuan tentang sikap-sikap pelajar-pelajar khas.

Saya memilih bidang pendidkan khas disebabkan pelbagai faktor.Pada masa saya ingin
mengisi borang ipta dulu,pada mulanya saya ingin memilih kos pendidikan seperti
matematik,kimia atau biologi.Tetapi apabila saya memikirkan perkara itu sekali lagi dan tidak
berkeyakinan bahawa saya akan memdapat kos tersebut,saya terus membuat keputusan untuk
memilih sahaja kos pendidikan khas.Lagipun kos pendidikan khas ini memang kos yang sangat
menarik bagi saya.Malah ibubapa saya juga gembira saya mendapat kos ini serta dapat
melanjutkan pengajian dalam bidang ini di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.Pendidikan
khas merupakan bidang pembelajaran yang sangat menarik minat.Saya dapat mengenali
dengan lebih dekat pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tidak kira dari segi anggota badan
dan juga masalah pembelajaran.Pada masa yang sama juga,saya terdorong untuk memilih kos
ini kerana saya mempunyai saudara sebelah bapa yang mempunyai mana tergolong dalam
golongan khas.Walaupun sudah menjangkau belasan tahun tetapi dari segi fizikalnya,saudara
saya kelihatan seperti kanak-kanak.Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana melainkan dibantu
oleh ibunya atau orang lain.Daripada saat itu lah timbul satu minat dalam diri saya untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai golongan-golongan khas ini.Di samping itu juga,sewaktu
zaman persekolahan dulu,petang-petang apabila saya ingin melawat makcik saya,saya akan
melalui sebuah sekolah pendidikan khas.Apabila melalui di depan sekolah tersebut,saya dapat
melihat kanak-kanak khas ini bermain dengan gembiranya seolah-olah tiada masalah yang
mencemburui mereka walaupun mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang lain.Itu adalah
serba sedikit tentang faktor-faktor mengapa saya memilih pendidikan khas sebagai bidang
kerjaya saya.

Q ; Mengapa anda memilih profession perguruan?
A ; Seperti yg sedia maklum, kerjaya seorg guru merupakan satu karier yg murni. Satu
profession yg pada luarannya nampak mudah tetapi sebenarnya agak mencabar. Jadi saya
memilih profession perguruan ini kerana saya ingin merasai sendiri cabaran sebagai seorang
guru. Mungkin ada yg b'pendapat kerjaya lain juga mempunyai cabaran tertentu. Tidak
dinafikan. Tetapi cabaran yang dimaksudkn di sini ialah cabaran mendidik dan membentuk
seseorang menjadi seorang insan yg b'guna. Buakn menjadi sampah masyarakat. Selain itu,
saya juga rasa bertanggungjawab untuk membantu anak bangsa sendiri agar berjaya dalam
hidup masing-masing. Walaupun mereka kurang cemerlang dalam bidang pelajaran. Sekurang-
kurangnya mereka mempunyai ilmu di dada. Tidaklah mereka hidup tanpa ilmu di dada. Selain
itu, kerjaya sebagai seorang guru juga dapat mengajar saya erti kesabaran. Sabar dengan
kerenah anak murid dan juga mungkin kerenah para ibu bapa. Akhir sekali, saya memilih
profession perguruan ini adalah kerana profession ini merupakan satu profession yg sangat
hebat kerana dengan profession inilah lahirnya seorang doktor, seorang jurutera dan seorang
perdana menteri. Jadi, sebenanrnya profession perguruan ini bukan calang calang profession
dan tidak boleh dipandang enteng.

Q ; Pengalaman anda dalam bidang keguruan
A ; Antara pengalaman keguruan yg telah saya alami ialah mengajar rakan sendiri ketika di
sekolah menengah. Mengajar dlm beberapa subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan
Matematik Tambahan. Walaupun saya bukan seorang pelajar yg cemerlang, tetapi saya
berasa sangat gembira kerana diberi kepercayaan untuk membantu rakan-rakan seperjuangan.
Selain itu, saya juga mempunyai serba sedikit pengalaman melalui latar belakang keluarga
yang menjadi pendidik iaitu melalui bapa saudara dan ibu saudara saya. Melihat cara mereka
mengajar dan mendidik anak murid masing masing, saya berasa begitu tertarik kerana melalui
cara pengajaran mereka, saya dapat melihat semangat mereka yg b'kobar kobar utk m'bantu
ank bangsa. Melalui pengalaman itu jugalah, saya berasa begitu bertanggungjawab untuk turut
membantu ank bangsa berjaya.



Q ; Sekiranya anda terpilih apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan
A ; Sekiranya saya terpilih dalam bidang perguruan, antara sumbangan yg sy akn sumbangkn
terhadap bidang keguruan ini ialah saya akn b'sungguh sunguuh m'didik dan meningkatkn
prestasi ank murid saya agar menjadi lebih cemerlang. Oleh itu, Malaysia dapat meningkatkan
lagi prestasi dlm bidang pendidikan sekaligus mengangkat martabat profession perguruan yang
selama ini dipandang enteng oleh segelintir masyarakat. Saya juga akan cuba untuk
menjadikan istitusi pendidikan sebagai pemangkin kepada pembinaan bangsa dan negara.
Secara tidak langsung, saya juga dapat menyemai semangat kenegaraan kepada pelajar dan
juga guru guru lain. Selain itu, sbgai seorg guru dlm era globalisasi yg semakin pesat ini,sye
akn membentuk diri sye spy dpt menjadi idola atau contoh teldan yg baik kpd anak murid saye
agar mereka dapat mengikut jejak langkah sye dan tidak tepengaruh dgn budaya2 atau gejala2
yg tidak elok serta tidak melakukan perkara2 yg dikatakna tidak bersahsiah atau tidak
bpelajaran.. Selain itu, saya juga akan sentiasa mencuba untuk mewujudkan sikap berdaya
saing yang sihat antara guru serta sikap bekerjasama yg kukuh agar sentiasa dapat
membuahkan hasil yg terbaik untuk ank murid kami.

Mengapa anda memilih profesion perguruan?
Secara jujur cubalah tanya diri anda sendiri, apa agaknya yang mendorong anda memilih
bidang perguruan? Adakah kerana minat, kerjaya pilihan, terpaksa kerana tiada pilihan kerjaya
lain yang sesuai, atau anda sendiri tidak menjangka akan dipanggil temuduga kerana anda
sendiri tidak yakin boleh lulus ujian kelayakan temuduga (MTEST)? Saya pernah memberikan
respon kepada salah seorang pembaca yang meninggalkan komen di entri bertajuk Isu-Isu
Pendidikan di Malaysia. Jawapan yang saya syorkan berhubung pertanyaan itu ialah Sebab
guru adalah antara kerjaya yang telah saya pilih sejak betahun-tahun dahulu. Jika guru adalah
kerjaya pilihan, bermakna secara tidak langsung anda memiliki minat yang mendalam dalam
kerjaya berkenaan. Adakah itu jawapan yang keterlaluan. Pada saya tidak kerana itu adalah
jawapan ikhlas saya sendiri.

Bagaimana pula jika anda memberikan jawapan yang benar-benar ikhlas sehingga anda
menulis Saya gagal memohon dalam kerjaya yang lain. Disebabkan tiada pilihan maka saya
terpaksa memohon untuk mengikuti KPLI bagi membolehkan saya menjadi guru dan mendapat
pekerjaan. Pada saya ia bukanlah jawapan yang salah. Memang eloklah jika menulis secara
jujur. Tapi dalam kes temuduga seperti ini, kejujuran anda itu bermungkinan besar tidak akan
membantu memberikan keyakinan yang tinggi penemuduga terhadap kesungguhan anda. Jadi,
sebaik-baiknya elakkan daripada memberikan jawapan seperti itu.



Pengalaman anda dalam bidang keguruan
Anda boleh nyatakan Ada ataupun Tiada. Jika ada, elok juga jika dapat nyatakan secara
ringkas pengalaman berkaitan. Sebagai contoh, anda pernah menjadi Guru Sandaran Tidak
Terlatih atau Guru Pengganti di sekolah tertentu. Boleh tuliskan tempoh dan tempat anda
bertugas. Anda juga boleh nyatakan jika anda pernah mendaftar dalam Kumpulan Guru
Simpanan Kebangsaan (KGSK).

Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan?
Terdapat banyak jawapan yang boleh dikemukakan bagi menjawab pertanyaan ini. Berikan
jawapan logik disertai dengan justifikasi yang meyakinkan. Sebagai contoh, saya juga pernah
diajukan secara lisan soalan yang hampir sama seperti ini semasa temuduga kerjaya belasan
tahun lepas. Jawapan yang saya berikan; Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa sumbangan
buat masa ini. Sebabnya bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke
semasa. Namun jika ada sedikit kepercayaan dan saya diberikan peluang, saya akan
menyumbangkan sesuatu yang berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan
mengikut pengetahuan serta kemahiran saya. Alhamdulillah, jawapan saya dapat diterima oleh
penemuduga.

Bagaimanapun ingin saya jelaskan. Jawapan saya itu mungkin hanya sesuai mengikut situasi
saya dan penemuduga pada masa itu. Jadi saranan saya kepada calon-calon yang akan
menduduki KPLI nanti, berilah jawapan dan justifikasi yang dapat menyakinkan
penemuduga/penel pemilih dengan menyatakan kekuatan/kelebihan yang anda miliki. Misalnya
anda sangat mahir dalam dalam bidang kejuruteraan aplikasi. Jadi kemahiran ini akan anda
gunakan menghasilkan aplikasi bahan-bahan pengajaran & pembelajaran serta aplikasi
pengurusan pendidikan yang akan dapat memberi sumbangan ke arah memantapkan proses
pendidikan di Malaysia. Ini adalah antara justifikasi yang dapat digunakan.

Keperluan/persediaan lain sebelum menghadiri temuduga KPLI
Selain daripada jawapan yang perlu ditulis untuk melengkapkan Borang Penyataan Hasrat,
calon juga perlu bersedia dari segi pengetahuan, mental dan fizikal. Ada beberapa
pengetahuan umum dan semasa yang perlu diberi perhatian oleh calon sebelum menghadiri
temuduga. Ambillah sedikit masa untuk membuat sedikit pembacaan. Di blog ini juga terdapat
beberapa artikel yang mungkin dapat membantu calon menambah sedikit pengetahuan
sebelum melangkah ke alam pendidikan atau sebelum menghadiri temuduga yang berkaitan
dengan pengambilan guru, antaranya:
- Senarai Menteri Malaysia
- Struktur Organisai Kementerian Pelajaran
- Isu-Isu Semasa Pendidikan
- Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
- Selain itu, boleh rujuk pada artikel lain dalam kategori Pendidikan

Mungkin ia bukan satu ilmu yang wajib diketahui sebelum anda terlibat dalam profesion
keguruan, tapi usaha untuk mengetahuinya sebelum anda menghadiri temuduga adalah salah
satu bukti yang anda memiliki minat terhadap profesion keguruan.

Persediaan mental juga adalah antara syarat terpenting dalam menghadiri temuduga. Seorang
calon perlu mempunyai keyakinan dan kesungguhan semasa berhadapan dengan penemuduga
juga ketika memberikan jawapan. Berusahalah supaya tidak memberikan jawapan was-was
atau lupa-lupa ingat. Elakkan juga daripada meminta penemuduga mengulang semula soalan
kerana ia menunjukkan anda kurang memberikan perhatian. Melainkan anda benar-benar tidak
mendengar dengan jelas soalan yang dikemukakan oleh penemuduga akibat gangguan bunyi
bising dari luar. Jika tidak tahu jawapan bagi soalan yang diajukan, jangan terus panik. Katakan
secara jujur yang anda benar-benar tidak mengetahuinya dan berikan alasan yang baik. Jangan
sama sekali memberikan jawapan hanya mengikut apa yang anda fikirkan ketika itu.

Dari segi fizikal dan penampilan pula, calon perlulah menampilkan ciri-ciri ketrampilan seorang
guru, perawakan baik dan sentiasa berhati-hati dalam pemilihan kata. Pakai pakaian kemas dan
sesuai. Bacalah panduan-panduan lain yang berkaitan dengan etika berpakaian. Bagi yang
mendapat tawaran opsyen Pendidikan Jasmani/Kesihatan pula, harap bersedia kerana ujian
fizikal/kecergasan di padang bakal menanti anda semasa temuduga.

Jadi, semasa menghadiri temuduga, buatlah bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar
asalkan mencukup syarat atau seperti melepaskan batuk di tangga. Mungkin benar kalau
sudah rezeki atau kebetulan nasib baik, buat ala kadarpun boleh dapat juga. Tapi harus diingat
rezeki itu bukan kerana nasib baik dan ia tidak akan datang bergolek. Perlu ada usaha untuk
mendapatkannya. Semoga berjaya.





Kenapa Memilih Perguruan
Aku datang dari keluarga pendidik. Ibuku kini seorang guru besar di sebuah sekolah orang asli
di Perak. Kakakku seorang guru bahasa Inggeris di sebuah Maktab Rendah Sains Mara di
Melaka dan abangku bertugas sebagai seorang guru sains sukan di sebuah sekolah di Johor
Bharu. Manakala ayahku seorang pesara polis.
Adakah kerana aku dating dari keluarga pendidik maka aku memilih untuk menjadi pendidik?
Atau kerana jaminan kerja, gaji dan cuti? Atau kerana itulah saja yang layak dipohon dengan
keputusan matrikulasiku? Atau, kerana itu adalah bidang kerja yang amat digemari oleh bakal
suami dan ibu mertua? Anda bagaimana?
Semasa aku memilih jalan untuk berada di bidang perguruan tentulah kerana itu sahaja yang
layak dipohon maka aku pun ditawarkan. Dan kenapa aku memohonnya dari awal adalah
kerana jaminan kerja dan dorongan ibu bapaku. Kalau ditanya soal minat aku pada masi itu
tentu sahaja aku akan memilih untuk berkecimpung di bidang hiburan dan dunia glamour!
Tetapi hidup bukanlah untuk hari ini sahaja dan aku perlu lebih rasional. Lagi aku cenderung
kepada computer dan internet tetapi aku terlalu takut untuk teruskan hasrat di bidang itu.
Kemudian, semasa temuduga tawaran biasiswa daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, aku
sekali lagi diajukan dengan soalan; kenapa memilih perguruan? Kali itu aku menjawab kerana
aku datang dari keluarga pendidik jadi ia seolah- olah teah mengalir di dalam darahku. Aku turut
akui tentang jaminan kerja dan turut meluncur keluar dari mulutku; aku mahu mendidik anak
bangsaku kerana ianya adalah satu pekerjaan yang mulia. Aku ingin membantu orang lain.
Sejauh mana kebenaran kata- kata ku saat itu tidaklah kutahu dan matlamat utama hanayalah
untuk mendapatkan biasiswa dari KPM. Persoalannya kenapa aku memohon biasiswa ini?
Sekiranya aku ditawarkan itu bererti aku akan terikat sekurang- kurangnya 5 tahun bekerja
dengan kerajaan. Itu juga bermaksud aku akan jadi seorang guru dan seperti pepatah Inggeris;
There is no turning back.
Suka tidak suka dengan perjanjian itu aku terpaksa terima kerana aku tidak dapat teruskan
kehidupanku di universiti jika hanya mendapat suku pinjaman dari PTPTN. Ini sesungguhnya
memang telah ditakdirkan Allah untukku. Aku memang telah ditakdirkan menjadi guru!
Penemuduga itu bertanya lagi; Sanggupkah anda berkhidmat di pedalaman? Di Sabah dan
Sarawak?
Soalan itu seolah- olah tidak pernah menjadi hal sebelum ini. Ibuku tidak pernah menyebut
tentangnya pun sebelum ini. Aku sendiri juga tidak pernah terfikir. Namun demi mendapatkan
biasiswa itu, lantang mulutku berbicara.
Saya sanggup berkhidmat di mana jua demi memajukan anak bangsa dan mereka yang
memerlukan. Saya menerimanya sebagai cabaran dan sebagai satu pengalaman.
Penemuduga itu menakut- nakutkan aku dengan pelbagai cerita dan aku teguh menyatakan
aku akan dapat atasi semuanya dengan izin-Nya dan mungkin saat itu pintu langit sedang
terbuka. Masih juga jelas di ingatanku sehingga hari ini kata- kata pegawai penemuduga itu,
Ambil saja biasiswa ini, nanti kawinlah dengan anak orang kaya dan bayarlah RM 10 000
kepada KPM!
Masa itu berkerut juga dahiku. Bukan risaukan dugaan jika benar- benar dihantar ke Sabah
Sarawak tetapi adakah anak orang kaya yang mahu kahwin dengan diriku ini? Soalan itu masih
menjadi tanda tanya sehingga hari ini.
Seperti yang lain, aku terus megorak langkah mengikut arus perjalanan hidupku. Semakin lama
aku belajar tentang pendidikan, semakin aku jatuh cinta padanya. Seorang daripada
pensyarahku ada menyatakan bahawa kami memang dilahirkan untuk menjadi seorang
pendidik kerana Allah tidak menurunkan sesuatu ujian itu kepada mereka yang tidak mampu.
Itu bererti kami memang telah dipilih Allah S.W.T untuk menerima ujian ini menjadi guru!
Akhirnya aku temui jawapan kepada persoalan kenapa aku memilih perguruan. Teaching is my
passion! itulah kenapa aku memilih bidang perguruan. Aku suka belajar dan mengajar. Aku
suka bercakap. Aku suka apabila orang mendengar aku bercakap. Adapun aku sebenarnya
pernah berangan- angan untuk menjadi pengacara rancangan kanak- kanak! Jadi pada bakal-
bakal guru di luar sana, fikir- fikirkanlah kenapa anda memilih bidang perguruan kerana untuk
menjadi guru memang mudah tetapi untuk menjadi sebenar- benar pendidik masih satu
perjalanan yang jauh.