Guru biasa yang berperanan sebagai guru kaunselor mempunyai pelbagai tugas
berbanding dengan guru biasa. Mereka harus mengumpul maklumat pelajar yang
terlibat, mengenal pasti masalah pelajar,membuat rujukan kepada kaunselor dan
mengenalpasti factor-faktor penghalang dalam pelaksanaan peranan kaunselor. Guru
kaunselor haruslah mengenalpasti masalah pelajar dalam pembelajaran dan perlu
mengambil tindakan susulan selepas mengenalpasti masalah. Antara masalah
pembelajaran yang biasa timbul adalah seperti factor peribadi kemungkinan masalah
keluarga menjadi punca utama. Seterusnya, masalah kurang kecerdasan seperti
lambar berfikir,lupa sukar memahami sesuatu dan lain-lainnya. Factor mental seprti
tidak boleh mengenal perkataan, cepat lupa boleh diatasi dengan pelbagai cara yang
berbeza semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor fizikal seperti pekak,
buta, bisu boleh menghalang pelajar dalam pembelajaran. Pelajar seperti ini boleh
ditempatkan di sekolah khas. Faktor psikologi seprti takut,malu,benci boleh diatasi
dengan member kerja kumpulan dalam kelas.
Kemahiran-kemahiran dalam hubungan interpersonal harus diketahui oleh
seseorang yang menjadi kaunselor. Antara factor utama dalam hubungan interpersonal
yang pertama ialah daya penarik dalam hubungan. Kaunselor harus mempunyai sifat-
sifat penting dalam kaunselingnya. Contohnya, seseorang kaunselor harus percaya
kepada setiap individu, Kaunselor mesti mempunyai komitmen kepada nilai-nilai
perseorangan untuk menjadi contoh kepada orang lain,mempunyai kesedaran diri,
bersifat terbuka dengan mendengar masalah pelajar, memahami diri sendiri untuk
membantu orang lain dan harus mempunyai komitmen terhadap professional.
Seterusnya, sebagai seorang kaunselor harus mempunyai sikap mesra dan
menunjukkan minat dan tumpuan terhadap klien. Kaunselor harus menghormati
kliennya dan menerima klien dengan jujur tanpa mengenakan apa-apa syarat.
Seterusnya,perlu member layana selesa, keyakinan dan kebebasan kepada klien bagi
memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik. Kaunselor tidak harus
membuat keputusan dengan segera tanpa mendapat apa-apa bukti.Perlu meneliti
dalam setiap tindakan. Kaunselor juga haruslah jujur dan tidak berpura-pura seperti
mendengar dan membenci klien. Klien hanya akan beritahu semua masalah kepada
kaunselor jika mereka percaya terhadap kaunselor tersebut. Secara rinkasnya,
kaunselor harus mempunyai ilmu pengetahuan berbentuk teori atau praktikum,
mempunyai minat dalam bidang ini,berperibadi baik, mempunyai sifat positif dan
pandangan yang terbuka, sabar , ramah, bertolak ansur dan sebagainya.
Sekarang mari kita lihat jenis-jenis komunikasi berkesan yang perlu diamalkan
oleh seorang kaunselor. Terdapat dua kaedah untuk komunikasi berkesan. Komunikasi
secara lisan ialah proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada
seorang individu Komunikasi ini membantu pelajar mengenal bahawa masalah mereka
sudah difahami oleh kaunselor. Kemahiran bukan lisan ialah penyampaian mesej
melalui gerak isyarat,gerak kepala iaitu tanda mereka setuju dengan cadangan pelajar.
Seterusnya, seorang kaunselor haruslah bertingkah laku memberi perhatian
semasa klien di biliknya. Kedudukan yang selesa juga harus di ambil perhatian semasa
sesi kaunseling. Kemahiran mendengar secara teliti membantu kaunselor memahami
masalah mereka.Klien juga akan mendapat kepercayaan terhadap kaunselor. Semasa
sesi temu bual kaunselor perlu member lebih banyak peluang kepada klien untuk
bercakap. Bertanya dengan nada suara yang rendah dan memberi untuk memberi
pandangan . Kaunselor harus membantu kliennya menggambarkan isi hati. Kaunselor
harus mengikut giliran bertanya soalan atau pandangan. Semasa sesi kaunseling,
harus menggunakan bahasa yang mudah difahami . Kaunselor juga harus memberi
gambaran yang beliau betul-betul empati dengan masalah pelajar. Semasa
merumuskan perasaan, kaunselor perlu mengingati kembali isi-isi penting dalam sesi
kaunseling.
Kesimpulannya,komunikasi berkesan dapat membina hubungan baik, memberi
perhatian kepada komunikasi lisan dan mendengar secara aktif setiap perkataan .
Seterusnya, menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan, memahami
gerak-geri badan dan memberi respon yang sesuai.