Anda di halaman 1dari 2

FUNGSI TANGGA

1. Tangga utama
Tangga utama adalah tangga yang berfungsi untuk memudahkan pergerakan pengguna dari
satu tingkat ke tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Selain itu, tangga utama ini
berfungsi untuk memudahkan pemindahan barang-barang yang besar seperti perabot, peti
besi dan juga almari. Tangga utama harus memenuhi syarat-syarat pembinaan supaya ia tidak
membahayakan pengguna dan juga tidak menyukarkan pergerakan pengguna.
Syarat-syarat pembinaan tangga utama :
a) Tangga perlu berada pada bahagian utama bangunan, mudah dilihat dan dijangkau dari
pintu masuk bangunan.
b) Mempunyai penerangan yang cukup khususnya buatan
c) Memenuhi syarat keselamatan penggunaan, contohnya :
Sudut kecondongan tangga mestilah diantara 28-35
Jumlah anak tangga sampai ke bordes maksimum adalah 12 trap
Ketinggian maksimum trap anak tangga adalah 19 cm
Lebar bordes lebar ruang tangga


2. Tangga Kecemasan
Tangga kecemasan adalah tangga yang digunakan untuk menyelamatkan penghuni sesebuah
bangunan daripada sebarang bahaya seperti kebakaran.
Syarat-syarat pembinaan tangga kecemasan :
a) Lokasinya perlu berdekatan dengan dinding luar bangunan dan mempunyai pintu akses ke
bahagian luar bangunan
b) Dilengkapi dengan pintu rintangan api yang mampu bertahan sekurang-kurangnya selama
3 jam
c) Pada bahagian bordes dilengkapi tingkap kaca yang boleh dibuka dari luar untuk
menyelamatkan penghuni bangunan.
d) Tangga kecemasan haruslah dilengkapi dengan lampu kecemasan yang mana dapat
digunakan walaupun bekalan elektrik terputus.