Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Penduduk Kg Permatang Tok Subuh,

Bukit Mertajam.


Memorandum

Pengusiran Paksa Penduduk Kg Tok Subuh

Penduduk Kg Tok Subuh kini diambang pengusiran paksa oleh pemaju yang telah membeli
tanah kampung mereka dan mengheret mereka ke mahkamah.

Penerokaan tanah kampung ini bermula sejak 80 tahun yang lalu dan sehingga kini lebih kurang
52 rumah telah didirikan di kampung ini. Penduduk telah menjadi tanah hutan ini sebagai tanah
penempatan dan mula membayar cukai taksiran kepada MPSP sejak tahun 1986.

Malangnya, kerajaan negeri terdahulu telah menjual tanah ini kepada pihak ketiga untuk
keuntungan tanpa menyiasat kedudukan penempatan tanah ini. Akhirnya, sebuah syarikat
bernama Distinct Class Sdn Bhd telah membeli tanah ini daripada pemilik sebelumnya dan telah
bertindak untuk menghalau penduduk kampung dengan pampasan yang kecil.

Penduduk telah membantah cadangan pampasan yang ditawarkan di antara RM 15,000 hingga
RM 35,000 di mana pampasan adalah berdasarkan saiz rumah penduduk. Isu di sini ialah
adakah penduduk mampu membeli sebuah rumah dengan pampasan tersebut? Penduduk
disaman di mahkamah kerana tidak menerima tawaran pampasan tersebut dan kini pemaju
mahu mendapatkan kehakiman tanpa perbicaraan agar mereka dapat menghalau penduduk
dengan segera.

Isu ini telah dibawa ke perhatian Ketua Menteri Pulau Pinang oleh ADUN kawasan ini YB Lee
Khai Loon dan pihak kerajaan negeri memberi janji bahawa mereka tidak akan meluluskan
sebarang projek pembangunan di tanah ini tanpa menyelesaikan masalah penduduk terlebih
dahulu.

Tuntutan penduduk Kg Permatang Tok Subuh adalah :

1. Pampasan berbentuk Rumah untuk Rumah iaitu setiap penduduk yang terjejas
diberikan pampasan sebuah rumah baru di kawasan yang tidak jauh daripada tanah ini
sekiranya tanah ini amat diperlukan untuk pembangunan.

2. Gugurkan saman mahkamah terhadap penduduk dengan serta-merta

3. Penduduk tidak akan keluar sehingga mendapat rumah gentian.

Anda mungkin juga menyukai