Anda di halaman 1dari 7

2.

0 Punca - punca kemerosotan mutu sukan negara


Malaysia mengalami kemerosotan dalam mutu sukan negara. Hal ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi kejatuhan nama Malaysia dalam
arena sukan

2.1 Kurangnya semangat kesukanan dalam diri para atlet.
Para atlet pada masa kini lebih mementingkan ganjaran atau imbuhan semata -
mata dari kerajaan tanpa menanamkan sifat semangat patriotik dalam diri dan berjuang
demi mengharumkan nama negara di persada dunia tanpa memikirkan sebarang
bentuk intensif. Kurangnya mentaliti para atlet adalah kerana mereka tiada semangat
juang yang tinggi dan kelemahan untuk mengekalkan semangat tersebut untuk
mencapai kejayaan serta mementingkan hiburan dan keseronokan berbanding
memikirkan tanggungjawab mereka kepada negara lalu menyebabkan mutu sukan
negara kian merundum. Menurut Tan Sri Dr Khoo Kay Kim,
Pada era 50an hingga 80an, bintang sukan negara mencipta
kejayaan tanpa mengharap sebarang ganjaran, sekadar
berbekalkan semangat untuk mengharumkan nama
Malaysia sebagai pendorong. Ketika itu, tiada insentif tunai
RM1 juta serta pencen bulanan jika meraih emas dari Sukan
Olimpik atau ganjaran tunai daripada Skim Hadiah
Kemenangan Sukan (Shakam) bagi kejohanan tertentu di
peringkat dunia, sebagaimana yang dinikmati oleh atlet
masa kini.

2.2 Tidak berdisiplin semasa menjalani latihan yang diberikan.
Pada pendapat mereka, mereka sudah cukup hebat dan bagus kerana telah
mewakili negara ke peringkat yang tertinggi dan tidak perlu lagi menjalani latihan yang
disediakan oleh jurulatih mereka. Mereka juga tidak menjalani latihan secara berterusan
sehinggalah pertandingan semakin hampir dan ketika itu, barulah mereka melakukan
latihan secara intensif. Sikap negatif seperti ini boleh mendatangkan keburukan yang
lain dan seterusnya menyebabkan imej Malaysia terjejas.

2.3 Penyalahgunaan bahan terlarang atau bahan ergogenik.
Penggunaan bahan terlarang dalam kalangan para atlet juga merupakan punca
kemerosotan mutu sukan negara. Bahan ergogenik ialah bahan bantuan yang
digunakan oleh atlet untuk meningkatkan prestasi semasa latihan dan pertandingan.
Pengambilan bahan ergogenik ini boleh menjejaskan sesuatu pengurusan sukan
kerana atlet akan diharamkan daripada bertanding sekiranya ujian air kencing mereka
didapati positif dadah. Namun begitu, terdapat segelintir atlet yang mengambil bahan
ergogenik sebagai bahan perubatan kerana menghidapi penyakit seperti penyakit
jantung, kencing manis dan sebagainya. Namun, ada atlet yang mengambil ubat-ubatan
tersebut untuk disalahgunakan bagi meningkatkan prestasi mereka semasa bertanding.
Antara ubat yang sering disalahgunakan oleh atlet ialah ubat pembina otot badan atau
istilah saintifiknya ialah Steroid Anabolic. Ubat ini berfungsi untuk membina otot badan
dan meningkatkan kesan agresif semasa pertandingan berlangsung dan biasanya
diambil oleh atlet bina badan dan amgkat berat bagi membina otot badan mereka
dengan lebih kemas dan besar serta, diambil oleh atlet pecut. Namun begitu,
penyalahgunaan ubat ini boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada
penggunanya. Kita sering melihat dan mendengar berita tentang ahli sukan yang
digugurkan daripada sesuatu kejohanan sukan berdasarkan kapada ujian positif
kehadiran ubat ini di dalam air kencing ahli sukan berkenaan.Salah satu kes ahli sukan
yang terlibat dalam penyalahgunaan ubat terlarang ini ialah pelumba pecut jarak dekat
dari negara Kanada iaitu Ben Johnson yang berjaya memenangi pingat emas serta
memecahkan rekod dunia untuk acara 100 meter pada Sukan Olimpik 1998. Namun
begitu,akibat pengesahan ubat Steroid yang terdapat dalam ujian air kencingnya, maka
pingat emas serta rekod dunia yang dimenanginya telah dilucutkan dan tidak diiktiraf.
Walaupun kesan buruk daripada ubat ini dapat dijangka penggunaannya, ahli sukan
masih lagi mengambil risiko menggunakan ubat ini dalam pertandingan sukan kerana
dijanjikan ganjaran wang di samping tumpuan publisiti dan tarikan untuk menjadi
personaliti terkemuka.

2.4 Karenah birokrasi
Karenah birokrasi ini terjadi apabila berlakunya sesuatu perbalahan atau konflik antara
pengurus dengan jurulatih atau atlet menyebabkan pihak yang terlibat tidak
memberikan perhatian yang serius terhadap tugas dan tanggungjawab mereka dan
akhirnya,para atlet yang menjadi mangsa dalam pergolakan tersebut. Selain itu juga,
terlalu banyak campur tangan oleh pihak atasan yang berkepentingan peribadi dan
politik dalam pentadbiran sukan. Akibat daripada percampuran tangan oleh pihak
atasan ini, ia boleh menyebabkan berlakunya rasuah dan sesuatu pengurusan akan
menjadi kucar - kacir kesan daripada stail pengurusan yang saling bertukar ganti.


2.5 Pemilihan kredibiliti pengurus sukan
Pemilihan pemimpin atau pengurus sukan yang tidak mempunyai latar belakang
pendidikan dalam bidang sains sukan dan mempunyai pengalaman sebagai atlet turut
menjejaskan reputasi sukan di negara. Pentadbiran sukan di negara Malaysia telah
diketuai oleh golongan raja dan pemimpin politik walhal, kebanyakan mereka ini tidak
mempunyai pengetahuan tentang bidang sukan yang diterajui dan mereka ini dipilih
adalah berdasarkan pangkat mereka bagi memudahkan mencari penaja. Hal ini boleh
menjejaskan imej negara dan memberi kesan sampingan kepada para atlet dan
jurulatih.

2.6 Kurang menguasai kemahiran dan teknik sukan
Kebanyakkan para atlet kurang menguasai kemahiran dan teknik sesuatu sukan yang
diceburi dengan betul walaupun negara kita mempunyai peralatan sukan yang serba
canggih dan hampir menyamai taraf dengan negara luar. Hal ini kerana, disebabkan
latar belakang atlet yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains sukan.
Tanpa pengetahuan dalam bidang sains sukan ini, para atlet sukar untuk memahami
dan seterusnya mengaplikasikan pelajaran sains sukan ke dalam sukan yang mereka
ceburi. Walaupun jurulatih mereka mempunyai pengetahuan sains sukan dan
berpengalaman dalam sesuatu sukan yang diajar,namun tidak bagi para atletnya yang
kurang berpengetahuan dalam bidang sains sukan



2.7 Faktor kecergasan
Pemain yang dipilih untuk pasukan kebangsaan sebenarnya kelihatan tidak berstamina
atau tidak bertenaga. Jika dilihat dalam perlawanan-perlawanan yang membabitkan
pasukan kebangsaan terutamanya dalam sukan bola sepak, pergerakan pemain
kelihatan tidak bertenaga, tidak kelihatan sasa dan mudah jatuh apabila diasak secara
fizikal oleh pasukan lawan.

2.8 Faktor kemahiran fizikal dan mental
Faktor kemahiran fizikal yang lemah juga antara punca mutu sukan di Malaysia
semakin merosot. Pemain Malaysia terutamanya dalam sukan bola sepak mempunyai
kemahiran yang sangat lemah. Hantaran yang tidak tepat, kawalan bola yang longgar,
cara menampan bola yang lemah dan paling utama ialah tendangan yang sering tidak
menepati sasaran semasa perlawanan telah menjejaskan corak permainan pasukan.
Pemain juga dipilih kerana corak permainan mereka mengikut kehendak jurulatih tetapi
kemahiran asas bagi pemain tersebut tidak sebegitu baik dan hal ini menyebabkan
berlakunya kemahiran kemahiran teknikal dan taktikal yang sangat lemah. Selain itu,
kemahiran berfikir yang cukup lemah juga turut menghantui kredibiliti pasukan
kebangsaan. Pemain Malaysia sangat lemah dalam membuat keputusan untuk
permainan mereka dan akhirnya pemain hilang fokus. Hal ini memberi peluang kepada
pihak lawan untuk memanipulasikan pemain- pemain Malaysia.



2.9 Kegagalan mengawal aspek nutrisi sukan
Kegagalan para atlet dalam mengawal pemakanan mereka juga turut merupakan punca
kemerosotan mutu sukan di Malaysia. Walaupun pemain Malaysia terutamanya skuad
bola sepak negara menjalani latihan yang betul, mereka dilihat tidak mampu beraksi
untuk jangka masa yang panjang. Sebaik sahaja mereka turun untuk beraksi, ada
sahaja pemain yang mengalami kekejangan ketika waktu permainan padahal waktu
permainan tersebut baru mencecah ke angka 75 minit. Menurut juruperunding Pusat
Nutrisi Sukan di Institut Sukan Negara Malaysia iaitu Dr. Zsuzsanna Fajcsak,
atlet Malaysia berdepan dengan lebih banyak dilema
ekoran kepelbagaian pilihan makanan yang ada di negara
ini. Kita sedia maklum bahawa Malaysia terkenal dengan
keunikan pilihan makanan yang pelbagai jenis dan mudah
diperolehi. Kesilapan dalam memilih makanan bukan sahaja
akan menganggu prestasi malah ia bakal memberi kesan
fizikal kepada atlet.

Kita sedia maklum bahawa diet pemakanan bagi atlet dan orang biasa adalah berbeza.
Hal ini kerana, para atlet lebih banyak memerlukan sumber makanan bagi
membekalkan tenaga yang telah digunakan oleh mereka secara maksimum. Sebagai
contoh, atlet bina badan seperti Sazali bin Samad dan Malek Nor mengambil diet
makanan yang mengandungi protein seperti telur dengan kuantiti yang banyak bagi
membina dan mencantikkan otot mereka dengan lebih besar dan kemas. Namun
begitu, atlet juga tidak lari dari sifat tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh
pakar nutrisi mereka. Apabila mereka mendapat peluang untuk bercuti dan pulang ke
kampung halaman masing masing, mereka lupa akan amanah yang dipesan oleh
jurulatih mahupun pakar nutrisi mereka agar tidak mengambil makanan yang boleh
menyebabkan prestasi mereka berada dalam tahap yang tidak konsisten. Hal ini boleh
menyebabkan tahap stamina mereka menurun dan boleh menjejaskan prestasi mereka
semasa bertanding kelak.

Anda mungkin juga menyukai