Anda di halaman 1dari 6

Pembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Category : Announcement
Adakah anda sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang
anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan perbelanjaan hidup
kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa sedia membantu
dan berupaya untuk memastikan masa depan serta kejayaan anda terjamin.

Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan
daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh
diselesaikan dengan mudah sekali.
Apa yang anda perlu tahu tentang PTPTN? Antaranya adalah :

Pada tahun 2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi
melanjutkan pelajaran mereka ke tahap Menara Gading.

Tahukah anda, jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dengan Ijazah Sarjana Muda
dengan kepujian Kelas Pertama, anda akan dikecualikan untuk membayar balik pinjaman
PTPTN? Ini bererti bahawa segala pembiayaan pendidikan anda adalah PERCUMA!

Apabila anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di
IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan
sebagainya.


Untuk makluman semua, pinjaman PTPTN hanya mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja.

Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah pihak PTPTN hanya mampu kutip 10% sahaja
adalah tidak benar.

Kerajaan Malaysia juga memberi subsidi yuran pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran
yang dibayar hanyalah 9.2% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh
kerajaan!

Pendidikan Percuma yang dikatakan di Finland adalah melalui kadar cukai pendapatan yang
tinggi. Mereka terpaksa membayar cukai sehingga 53%.

Sebenarnya Turki tidak menawarkan pendidikan percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang
ditawarkan secara percuma di Turki hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu,
wargaNuffnang, sila menggunakan peluang yang sedia ada ini untuk memastikan kejayaan anda
terjamin. Sila kunjungi laman web rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/ untuk keterangan
yang lebih lanjut.