Anda di halaman 1dari 1

TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

Memperkasa Pendidikan Tertiari



121. Di sudut ini, Kerajaan akan memberi fokus memperkasakan institut pengajian tinggi awam dan
swasta ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja.

Antara program yang akan dilaksanakan termasuk:

Pertama: Meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan
penulisan untuk penerbitan di peringkat antarabangsa. Untuk itu, Kerajaan akan menyediakan 600 juta
ringgit sebagai geran penyelidikan di institut pengajian tinggi awam; dan

Kedua: Kerajaan meneruskan program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca
ijazah, khususnya kepada golongan eksekutif di sektor swasta. Untuk ini, sejumlah 110 juta ringgit
disediakan bagi tujuan tersebut.

122. Penerbitan jurnal ilmiah ke peringkat antarabangsa merupakan aspek terpenting dalam
memartabatkan hasil karya para akademik tempatan. Menyedari akan kepentingan mewujudkan satu
pusat ilmiah bertaraf dunia, Kerajaan akan menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan hasil
penerbitan ilmiah tempatan dan membantu penyelidik menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa
yang terkemuka.

Anda mungkin juga menyukai