Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA :

PROJEK MELUKIS MURAL


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK BUKIT RIMAU



TARIKH:
18 20 SEPTEMBER 2012

HARI:
SELASA KHAMIS

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU




DISEDIAKAN OLEH:
GURU PELATIH
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU,
KUALA LUMPUR

1. PENDAHULUAN
Institusi pendidikan merupakan tempat yang dapat membantu membangunkan minda
komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kondusif adalah
suatu wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula
dari persekitaran sekolah yang kondusif. Keindahan dan keceriaan sekolah merupakan
faktor yang dapat menarik murid hadir ke sekolah seterusnya berlangsunglah proses
pengajaran dan pembelajaran. Warga sekolah terutamanya guru-guru perlu sedar akan
kepentingan dalam menata hias kawasan sekolah. Menyedari akan hakikat tersebut, guru
pelatih telah mendapat ilham untuk menceriakan satu sudut di kawasan sekolah dengan
melukis mural. Program keceriaan sekolah merupakan sebuah program yang diadakan
bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah.

2. MATLAMAT
Matlamat utama projek ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah.
Kemudahan prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif
menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang cuba ditonjolkan
mestilah up to date dan menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah
dan para murid. Kawasan yang diwujudkan mestilah berperanan dalam menarik perhatian
umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan
kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula
dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih
mesra. Secara tidak langsung melalui lukisan mural, para murid akan dapat meningkatkan
motivasi diri mereka.

3. OBJEKTIF
Menjadi tumpuan umum yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan
juga tetamu yang datang mengunjungi sekolah.
Dijadikan sebagai terapi minda menghilangkan kekusutan kepada warga sekolah
terutamanya pelajar dan guru.
Merupakan hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenang-kenangan apabila
meninggalkan sekolah kelak.

4. PERLAKSANAAN
Tarikh : 18 20 September 2012
Masa : Waktu Persekolahan
Tempat : Bilik Kesihatan


5. KONSEP MURAL
Mural yang bakal dihasilkan bercorakkan animasi Upin Ipin. Lukisan mural yang berwarna-
warni ini akan membangkitkan semangat dalam diri para murid di samping memberi satu
suasana baru yang ceria dan menjadi sumber inspirasi kepada murid.

6. PENUTUP
Semoga perancangan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif
yang digariskan. Semoga usaha murni untuk menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan
motivasi diri para murid di samping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Kerjasama yang
diberikan oleh pihak tuan dalam menjayakan projek ini amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

......................................... ...................................................
(NAJWA BINTI CHE DAN) (PUAN NOOR AINI BINTI OSMAN)
Setiausaha, GPK Hal Ehwal Murid,
Projek Melukis Mural SK Bukit Rimau

Disahkan oleh:

.................................................
(HJ ABD AZIZ BIN HJ SAIDIN)
Guru Besar,
SK Bukit Rimau

Anda mungkin juga menyukai