Anda di halaman 1dari 15

Laporan Kewangan Program Khidmat Siswa

PDK Lembah Pantai 2012



Pada 24 September yang lalu, satu Program Khidmat Siswa telah
dilaksanakan bertempat di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Lembah Pantai.
Program amal yang dilaksanakan ini bertujuan untuk membantu warga PDK bagi
mengurangkan dan membantu mereka dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di sana.
Program ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 24 hingga 28 September 2012.
Sebuah organisasi telah dibentuk bagi memudahkan urusan dalam menjayakan
program ini di mana jawatankuasa terdiri daripada 6 orang. Pengerusi program
disandang oleh Muhamad Anizan bin Mohd Fauzi, Najwa binti Che Dan sebagai
setiausaha, Fatin Nabilah binti Hisham sebagai bendahari, Siti Musyirah sebagai
AJK aktiviti, Faiqah Huda sebagai AJK tajaan, dan Low Yik Wen sebagai AJK
dokumentasi.
Sebelum pelaksanaan program, segala kos dan belanjawan awal telah
disenaraikan mengikut keperluan yang diperlukan sepanjang 5 hari berprogram di
sana. Selain itu, kos-kos yang tidak terduga juga disenaraikan supaya kos-kos lain
yang dirancang tidak mengalami sebarang masalah akibat kekurangan modal. Kos-
kos yang tidak terduga itu seperti kemalangan ketika melakukan aktiviti semasa
menyiapkan aktiviti.
Sebagai bendahari, saya telah berbincang dengan AJK lain bagi menentukan
jumlah kasar kos perbelanjaan yang diperlukan. Jumlah kasar yang diperuntukan
untuk program ini ialah sebanyak RM 1320. Kos-kos ini merupakan kos untuk
melaksanakan bilik soft toys, hamper dan wang tunai semasa lawatan home based
bernilai RM 50 bagi setiap rumah, majlis penutupan dan sambutan hari jadi,
permainan, bahan bantu belajar, dan lain-lain.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya dapat kami melaksanakan
program khidmat siswa ini dengan lancar. Tanpa usaha dan kesabaran setiap ahli,
program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami telah memperoleh
dana dari beberapa pihak yang sudi untuk menaja program di PDK ini. Tajaan utama
yang kami peroleh ialah dari Dato Murad iaitu sebanyak RM 1000. Terdapat juga
beberapa pihak lain yang sudi untuk menaja dan menyumbangkan wang untuk
program ini. Antaranya ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah bt Anwar,
dari pihak sekolah kami berpraktikum, pensyarah, dan orang-orang persendirian
yang lain.
Dapatan keseluruhan yang kami peroleh sepanjang mengusahakan untuk
tajaan ialah sebanyak RM 1932. Memandangkan kami memperoleh wang melebihi
apa yang dirancang pada permulaanya, kami telah berbincang kembali dalam
merancang dan mengorganisasikan wang tersebut. Berikut merupakan catatan yang
telah kami peroleh serta catatan belanjawan yang telah kami gunakan untuk
kegunaan program khidmat siswa ini.















Belanjawan Keseluruhan Aktiviti Program Khidmat Siswa
PDK Lembah Pantai 2012

Perkara Deposit
(RM)
Kredit
(RM)
Jumlah
(RM)

Sumbangan :
1. Dato Murad
2. Derma
3. Sekolah
4. YB Izzah
5. Persendirian



1000.00
226.00
469.00
100.00
110.00








1932.00

Belanja :
1. Bilik Soft Toys
2. Permainan
3. Bahan Bantu
4. Perasmian
5. Jamuan
6. Home Based
7. Lain-lain





779.30
106.60
195.60
62.40
430.64
200.00
157.46










1932.00
JUMLAH BERSIH 1932.00 1932.00 0

Jumlah Bersih : 0




Laporan AJK Tajaan/ Sumbangan Program Khidmat Siswa
PDK Lembah Pantai

Program Khidmat Siswa telah diadakan pada 24 hingga 28 September 2012
yang lepas. Kumpulan kami telah ditempatkan di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Lembah Pantai. Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang ahli dan setiap ahli
mempunyai tugas dan jawatan masing-masing. Saya telah diamanahkan untuk
memegang jawatang sebagai AJK Tajaan di mana saya bertanggungjawab dalam
mencari tajaan dari pelbagai pihak termasuklah dari badan-badan NGO bagi
melicinkan urusan program khidmat masyarakat di PDK Lembah Pantai.
Pada mulanya, kami telah membuat satu lawatan ke PDK Lembah Pantai
bagi mendapatkan maklumat seberapa banyak yang mungkin supaya rancangan
yang bakal kami laksanakan nanti bersesuaian. Setelah perancangan aktiviti dibuat,
saya sebagai AJK Tajaan memulakan langkah dalam usaha untuk mengumpul dana
bagi menjalankan aktiviti. Tujuan tajaan dipohon adalah untuk mendapatkan dana
bagi menjalankan projek di PDK, sumbangan (home based) dan memudahkan
urusan jual beli barang untuk menjalankan projek yang dirancang.
Sasaran utama permohonan subangan adalah kepada Dato Murad
memandangkan beliau merupakan kenalan rapat kepada ayah ahli program ini.
Memandangkan mereka mempunyai hubungan yang akrab, jadi mudahlah untuk
kami berurusan dalam memohon sumbangan. Setelah mendapatkan maklumat
penuh Dato Murad, saya mula menyiapkan surat tajaan. Ternyata, amat mudah
berurusan dengan beliau kerana saya hanya perlu mengemelkan surat tersebut
kepada beliau dan beberapa hari kemudian beliau member maklum balas dengan
member sumbangan sebanyak RM 1000. Beliau hanya meminta saya untuk
memberikan nombor akaun Maybank dan terus memasukkan wang tersebut.
Selain itu, saya juga ada mengeluarkan surat kepada 3 buah sekolah iaitu
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, dan
Sekolah Kebangsaan Taman Desa. Saya telah meminta ahli Program Khidmat
Siswa yang berpaktikum di sana untuk mendapatkan kebenaran daripada Guru
Besar sekolah untuk membuat kutipan derma untuk program ini. Ketiga-tiga Guru
Besar memberikan kerjasama penuh dengan membenarkan kami membuat kutipan
derma di sekolah. Jumlah kutipan yang diperoleh dari ketiga-tiga sekolah tersebut
ialah sebanyak RM469.
Memandangkan kami ditempatkan di PDK Lembah Pantai yang merupakan
kawasan Parlimen Lembah Pantai, saya mengambil keputusan untuk memohon
dana daripada YB Nurul Izzah Anwar memandangkan beliau memegang kawasan
tersebut. Saya telah pergi ke pejabat beliau sendiri untuk menghantar surat
permohonan dana dan menyerahakan kepada pembantu beliau. Namun, saya
sedikit hampa kerana menurut pembantu beliau, Parlimen Lembah Pantai
sebenarnya tidak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan dan dana yang
mungkin diberi nanti adalah sumbangan secara persendirian oleh YB. Setelah dua
hari, pembantu YB membuat panggilan dan meminta saya untuk datang ke pajabat
untuk mengambil sumbangan pada keesokan harinya. Alhamdulillah, sumbangan
yang diberikan oleh beliau adalah sebanyak RM 100.
Saya juga mengambil inisiatif untuk memohon sumbangan ikhlas daripada
penghuni Kolej Kediaman Adibah Amin. Saya telah menyediakan satu bekas di
mana saya telah memohon sumbangan dari bilik ke bilik. Alhamdulillah, penghuni
kolej sangat bermurah hati dalam menderma dan saya berjaya mengumpulkan
sumbangan penghuni kolej sebanyak RM 226.
Selain itu, saya juga berjaya mendapatkan sumbangan ikhlas secara orang
persendirian iaitu pelajar dan pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Jumlah yang
berjaya dikumpul adalah sebanyak RM 110.
Saya juga ada memohon sumbangan daripada syarikat-syarikat besar namun
semuanya ditolak. Hal ini kerana saya menghadapi masalah pada permulaannya
kerana urusan permohonan kepala surat dari PDK Lembah Pantai menghadapi
sedikit kesulitan dan akhirnya lambat menerimanya. Saya mendapat kepala surat
tersebut seminggu sebelum program bermula dengan memohon kebenaran
daripada Guru Besar untuk ke PDK pada waktu pagi memandangkan PDK tutup
awal kerana mempunyai program luar pada waktu petang.
Namun saya tetap berharap dan dalam masa yang sama berusaha sedaya
yang mungkin dengan menelefon pihak syarikat. Namun, mereka memberitahu
bahawa sekiranya ingin memohon sumbangan sepatutnya kami membuat
permohonan sebulan awal dan pada waktu tersebut kami hanya ada masa
seminggu sahaja sebelum program bermula. Ada syarikat yang terus menolak iaitu
NESTLE dan ada syarikat yang meminta kami untuk menghantar surat permohonan
melalui faks dan emel dan mereka akan berusaha untuk membantu kami. Syarikat-
syarikat tersebut ialah Tenaga Nasional Berhad, Bank Rakyat, Media Prima Berhad,
Sogo, Gardenia Bakeries, dan TESCO.
Memandangkan projek besar kami adalah untuk menyiapkan bilik soft toys,
kami telah memohon tajaan soft toys daripada Pejal Bundles. Namun, kami tidak
berjaya mendapatkannya tetapi kami tetap bersyukur kerana pihak Pejal Bundles
member maklum balas untuk menjual soft toys dengan harga yang murah. Selain
daripada itu, saya juga ada memohon sumbangan soft toys daripada guru-guru di
sekolah saya berpraktikum dan mendapat sedikit subangan daripada mereka.
Setelah dicampur kesemua sumbangan, saya agak terkejut kerana
sumbangan yang diperoleh melebihi perancangan awal belanjawan. Jumlah
keseluruhan yang diperoleh ialah sebanyak RM 1932.00. Walaupun, saya
menghadapi masalah dari awal dengan kesukaran mendapatkan kepala surat, PDK
tutup, dan dalam masa yang sama menjalani praktikum di sekolah, saya tidak
menjadikan itu sebagai alasan untuk saya tidak berusaha bersungguh-sungguh
dalam mendapatkan dana. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
membantu kami terutamanya yang memberikan sumbangan, ahli kumpulan yang
sentiasa membantu, dan pihak PDK sendiri kerana memberikan kerjasama dalam
usaha menjayakan Program Khidmat Siswa PDK Lembah Pantai. Terima Kasih.






LAPORAN AKTIVITI KECERIAAN
Aktiviti keceriaan yang telah kami laksanakan di PDK Lembah Pantai ialah
bergotong-royong mengosongkan bilik stor dan membersihkan bilik tersebut.
Sebelum aktiviti dilaksanakan, kami telah berjumpa dengan penyelaras PDK
tersebut untuk membincangkan aktiviti yang kami ingin laksanakan. Penyelaras PDK
tersebut meminta kami untuk menyediakan sebuah bilik Soft-Toys di PDK tersebut..
untuk melaksanakan projek tersebut, kami telah mendapat tajaan dari segi
kewangan dari Dato Murad, Ahli Parlimen Lembah Pantai, warga SK Bukit Rimau,
warga SK Sijangkang Jaya dan juga warga SK Taman Desa. Selain itu, kami juga
mendapat sumbangan berupa barang iaitu anak patung terpakai dari beberapa
orang individu. Ini telah memudahkan kami untuk melaksanakan aktiviti yang telah
dirancang.

Hari Pertama: Gotong-Royong & Keceriaan Mengecat
Pada hari pertama berada di PDK Lembah Pantai, kami telah menjalankan
aktiviti gotong-royong. Aktivit gotong royong tersebut bermula pada jam 8.30 pagi.
Sebelum kami menjalankan aktiviti tersebut, kami telah berbincang terlebih dahulu
pemilihan warna yang sesuai bagi bilik tersebut,. Ini adalah penting kerana keadaan
bilik tersebut sangat kusam seerta sempit. Kami telah mebuat kata putus hendak
mengecat bilim tersebut dengan warna biru lembut dan biru terang. Pertama sekali,
kami telah mengenalpasti apa yang harus kami lakukan dalam aktiviti gotong-royong
tersebut dan membahagikan tugas. Ada di antara kami yang keluar membeli cat
serta peralatan yang hendak digunakan bagi menjalankan aktiviti keceriaan
mengecat. Manakala ahli kumpulan yang lain mengeluarkan semua perabot yang
terdapat di dalam bilik tersebut. Selesai sahaja mengosongkan bilik tersebut, kami
membersihakan pula bilik tersebut dengan menyapu sert mengemop blik tersebut
yang dipenuhi dengan habuk serta sampah kerana bilik tersebut talah lama tidak
digunakan oleh ahli PDK tersebut.












Selesai sahaja mengosongkan serta membersihkan bilik tersebut, kami pun
memulakan aktiviti mengecat di blik tersebut. Terlebih dahulu kami telah meletakkan
surat khabar di lantai sebagai alas agar cat tidak terkena pada lantai. Setelah segala
persediaan telah dibuat, kami memulakan aktiviti mengecat. Kami mengecat bilik
tersebut dari jam 12 tengah hari sehingga jam 4 petang kerana pusat PDK tersebut
tutup pada jam 4.30 petang. Sebelum pulang, kami membersihkan alatan yang telah
kami gunakan semasa mengecat bilik tersebut.








keadaan bilik sebelum dijadikan
Bilik Soft-Toys
Persediaan untuk mengecat bilik yang telah dikosongkan dan dibersihkan.























Guru pelatih sedang gigih mengecat Bilik Soft-Toys
Hari Kedua: Menghias Dan Menyusun Perabot Di Dalam Blik Soft Toys
Pada hari Selasa, kami teruskan aktiviti keceriaan di bilik yang akan dijadikan
bilik soft-toys dengan memasang perabot yang akan diletakkan di dalam bilik
tersebut. Kami telah membeli sebanyak 6 buah perabot yang pelbagai warna di
Tesco. Setelah sampai di PDK, kami membawa perabot yang belum siap dipasang
ke tingkat atas dima teletaknya bilik yang akan dijadikan sebagai bilik soft-toys. Kami
sama-sama mamasang perabot tersebut.

















Perabot mula disambungkan
oleh guru pelatih.
Setelah selesai memasang perabot-perabot, kami menyusun perabot-perabot
tersebut di dalam bilik tersebut. Penyusunan perabot di setiap ruang perlu diambil
kira bagi memastikan ruang di dalam bilik itu tidak sempit dan juga sesuai dengan
pelajar-pelajar PDK Lembah Pantai. Apabila selesai menyusun perabot, kami
menyusun pula soft-toys ke dalam perabot yang telah dipasang dengan rapi.
Kemudian , kami menghias bilik tersebut dengan lebih cantik lagi dan menarik
dengan meletakkan beberapa bahan bantu mengajar, pondok rupah, permaidani
dan sebagainya.




















Bilik yang telah dihiaskan dengan cantik.



























Laporan Majlis Perasmian Dan Penutupan Program Khidmat Siswa &
Majlis Hari Jadi
28 September merupakan hari terakhir kami berada dan berkhidmat di PDK
Lembah Pantai. Oleh itu, satu majlis perasmian dan penutupan telah diadakan untuk
merasmikan Bilik Soft-toys yang telah kami laksanakan. Kesempatan ini juga, kami
juga mengadakan majlis hari jadi bagi pelajar-pelajar yang berada di PDK Lembah
Pantai yang lahir dari bulan Mei sehingga bulan September. Tujuan majlis ini
dijalankan adalah bagi memberikan kesempatan kepada kami untuk mengeratkan
lagi hubungan warga PDK dengan ibu bapa pelajar PDK Lembah Pantai. Sebelum
melaksanakan program tersebut, kami telah mengedarkan kad jemputan kepada
para jemputan.dan juga memaklumkan kepada ibu bapa penjaga pelajar PDK.
Maklum balas yang kami terima sangat baik pada hari itu kerana ibu bapa membawa
pelbagai jenis juadah makanan serta kek. Namun begitu, kami juga telah menempah
makanan dari pihak luar untuk menjamu para hadirin dan juga para jemputan
menjamu selera selepas majlis perasmian dan penutupan dijalankan. Beberapa hari
sebelum majlis perasmian dan penutupan, kami telah berunding dengan pihak DBKL
bagi menyewa khemah, kipas dan sebagainya bagi mengadakan majlis ini dan
maklum balas dari pihak DBKL amat memberangsangkan kerana memberikan kami
menggunakan khemah, meja, kerusi, kipas dan juga siaraya secara percuma.
Sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan kami.
Majlis pada hari itu dimulakan dari jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah
hari. Kami telah menjemput Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Bahasa
Melayu, Puan Jamilah bt. Ismail untuk merasmikan majlis pada hari itu. Majlis pada
hari itu dikendalikan oleh Fatin Nabilah bt.. Hisham sebagai pengacara majlis. Majlis
dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Program Khidmat siswa dan
diteruskan dengan ucapan daripada Pengurus PDK Lembah Pantai. Kemudian
diteruskan dengan ucapan daripada Puan Jamilah bt. Ismail dan secara tidak
langsung merasmikan bilik soft-toys.
Kami bersyukur kerana sambutan yang kami terima sepanjang majlis
berlangsung amat menggalakkan dan memberangsangkan. Selain itu, kami turut
mendapat bantuan daripada pihak PDK itu sendiri membantu kami mengemas
peralatan selepas majlis berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai