Anda di halaman 1dari 7

Temu Ramah Kajian Usahawan

En. Mior :
Boleh Dato ceritakan akta perlembagaan dan aktiviti utama syarikat dato?
Usahawan Sakan :
Dulu saya ada ambil civil. Kerja Pengurus Socso dulu. Kerja di Socso pada masa itu
pendapatan pun sikit. Isteri tidak bekerja jadi isteri saya tubuh syarikat berniaga. Jadi kami
berniaga kecil-kecilan dan mulanya saya main takraw. Pergi padang besar, balik kampung beli
seluar rakan hendak. Saya kata, saya tidak ada duit tunggu hujung bulan saya ambil gaji RM200
pergi balik beli sana. Pergi sana beli balik, balik laku. Laku tapi ada juga duit tidak bayar.
Kawan-kawan hutang barang habis, duit tidak ada. Jadi saya pun jumpa satu kawan mamak,
pinjam duit dia RM300. Saya terus pergi beli. Lepas dari berniaga itu, kalau bagi sendiri dekat
kawan saya suruh kawan tolong jual bagi komisen. Lepas dari itu saya terus masuk kedai. Jual di
kedai-kedai sport, lepas itu saya masuk supermarket. Semua pun part time.
Lepas itu saya ditukar dari Kuala Kangsar ke Teluk Intan. Berulang 2 tahun setengah.
Petang-petang buat kerja part time. Pergi hantar barang niaga merata Tanjung Malim,Sungai
Besar Sabak Bernam, sampai KL, Kenanga. Selepas itu tak larat berulang, tak larat berulang
Kuala Kangsar. Selalu balik Kuala Kangsar rumah sewa di sana tapi di Kuala balik juga sebab
stor disini family sini. Jadi tidak larat berulang 2 tahun setengah 6 bulan. Kali terakhir saya tidur
atas lebuhraya, tidak tahan dah bila bertolak malam tidak kira jam pukul berapa, habis kerja
bertolak pagi, tidur pagi. Pergi kerja daripada Highway Bidor terus pergi kerja. 6 bulan saya tidur
atas lebuhraya. Tidak tahan saya kena buat pilihan sama ada buat kerja full time atau buat bisnes
fulltime. Masa saya hendak berhenti semua orang tidak bagi. Masa itu pn gaji dah okay RM4000
lebih. Pada tahun 1998 saya hendak berhenti kerja. Semua orang tidak bagi termasuklah keluarga
dan kawan-kawan. Kata mereka, sebab isteri tidak bekerja, anak sekolah ada 4 orang. Kalau
gagal anak hendak makan apa. Jadi saya bertekad, tekad atas keyakinan sendiri dan saya rasa
saya boleh. Pengalaman juga sudah ada saya keluar berniaga, duduk di Ekspo 2 tahun bawah
khemah. Sewa khemah berniaga dengan sama-sama orang-orang di Ekspo karnival-karnival.
Selepas itu, saya buka kedai yang pertama di Kuala Kangsar. Sehingga sekarang sudah 93
cawangan dan pekerja ada 1200 lebih orang dan 200 lebih graduan.

En Mior :
Cawangan ke 93 dimana Dato?
Usahawan Sakan:
Cawangan yang terakhir di Jerteh Terengganu. Di Cameron Highlands juga ada. Di seluruh
Malaysia semua negeri ada kecuali Malaysia Timur sahaja tidak ada lagi.
Ehh..tadi soalan aktiviti utama, saya adalah menjual pakaian, kelengkapan harian semua jenis.
Konsep saya jual murah sebab tagline Sakan Ingat Murah Ingat Sakan . Konsep saya jual
murah.

En. Mior :
Sumber Dato dapat dari mana?
Usahawan Sakan :
Dalam negara wajib ada yang luar negara akan dapat murah dan saya sekarang ini beli terus dari
China, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ada yang saya ambil dari tangan orang, barangan
tempatan. Kebanyakannnya kita terus dari kilang. Tagline kita juga Ingat Murah Ingat Sakan
jadi kita dapat barang murah jual dengan harga yang murah. Saingan banyak dalam perniagaan
tidak ada seorang melayu pun. Yang melayu mungkin saya seorang yang lain semua cina.

En. Mior :
Boleh saya dapatkan latar belakang Dato?
Usahawan Sakan :
Saya dilahirkan pada 6/5/1950 di Alor Star, Kedah Kg Sakan. Nama syarikat saya nama
kampung saya. Bila saya hendak daftar syarikat nama apa pun saya tidak tahu. Cari-cari tidak
jumpa jadi letak nama kampung sahaja. Kebetulan nama sakan itu komersil.
Saya sekolah di sekolah melayu Sekolah Kebangsaan Penanga darjah 4 masuk Special
Malay Class tukar pergi ke aliran inggeris Sekolah Rendah Iskandar selepas itu pergi ke Sultan
Idris Collenge. Selepas itu masuk UM gagal tahun yang sama. Selepas itu jadi guru sementara,
kerani, selepas itu dapat kerja di sokso,selepas itu saya buat out campus.

En. Mior :
Bilakah Sakan ditubuhkan?
Usahawan Sakan :
Sakan ditubuhkan tahun 2001

En. Mior :
Apakah menjadi dorongan Dato ialah seperti Dato katakan tadi sebab faktor keperluan harian
dan hidup itulah dorongan Dato ya?
Usahawan Sakan :
Ya, betul.

En. Mior :
Soalan saya seterusnya apakah cabaran mula-mula buka kedai yang Dato hadapi?
Usahawan Sakan :
Cabaran utama ialah persaingan. Kita masuk dalam bidang yang dikuasai bangsa lain dan apabila
kita hendak membesar saingannya sangat kuat tapi saya rasa saya tiada masalah.

En. Mior :
Bagaimana Dato menghadapi cabaran ini.
Usahawan Sakan :
Pertama sekali, diri dan sikap kita. Kita perlu berani. Kita hendak bersaing dengan orang kita
kena berani. Kalau kita hendak lawan bola sepak pun kita kena ada keberanian.
Yang kedua, kita perlu mempunyai sikap-sikap tertentu untuk berjaya. Saya sendiri mengkaji
kenapa bangsa Cina bagus very hardworking, sangat amanah, kita orang melayu islam
sepatutnya kita lebih amanah daripada Orang Cina tetapi yang sebaliknya yang berlaku.
Kebanyakan orang melayu kurang amanah. Saya tidak tahu mengapa, mungkin bukan ugama
tetapi mungkin dari segi tradisi kita ataupun sikap kita. Selepas itu saya kaji orang cina sangat
bekerja keras, amanah, dan berani.
Maka, saya sendiri tahu jika kita hendak kawan orang cina kita mesti ada sikap-sikap
seperti mereka dan kalau boleh kita mesti lebih daripada mereka. Ketiga-tiga sikap ini saya ada
sehinggakan ramai kawan-kawan cina saya bertanya, ehhyou ni melayu ke cina? Saya tanya
kenapa? Kawan saya cakap, you bekerja macam orang cina. Ada juga yang kata ehhyou ni
mamak ke cina, you ni bukan keturunan melayu, you mesti mamak. Saya tanya lagi kenapa.
Kawan saya jawab mamak orang pandai dan berjaya dalam berniaga.
Ramai tidak percaya orang melayu boleh berjaya sampai tahap ini. Saya betul-betul orang
melayu tapi saya telah mengkaji sikap orang cina dan membuat benchmark sekurang-kurangnya
macam orang cina. Saya pesan kepada pekerja saya perkara ini. Kalau tidak kita tidak boleh
bersaing dengan mereka. Saya memang amanah, kerja keras semua orang tahu. Pagi sampai
malam berfikir tentang kerja. masa saya tidur sahaja lupa tentang kerja, saya bangun saya terus
berfikir tentang kerja walaupun tengah malam. Kita kena ada kesungguhan, keberanian,
keyakinan. Untuk mencapai kita hendaklah mengkaji musuh kita. Apa kelebihan nya? Kita ambil
hasil kajian kita tersebut, dari situ kita mula dan kita buat lebih daripada itu.

En. Mior :
Selain cabaran daripada persaingan adakah masalah daripada pekerja yang Dato hadapi.
Usahawan Sakan :
Ada. Kita ambil pekerja melayu. Orang melayu ni dari segi kebolehan, kesungguhan bekerja
sangat kurang tetapi kalau kita ambil pekerja asing sikap mereka sangat bagus dua kali ganda
daripada melayu walaupun dibayar gaji sama. Sebagai contoh produktiviti, katakan sehari perlu
siap empat bakul. Seorang orang melayu boleh buat satu setengah raga, bangsa asing boleh siap
tiga raga tetapi bukanlah semua begitu. Peratusan pekerja bagus sangat sikit kita kena latih
mereka. Kita ubah sikap tetapi tidak semua boleh menerima teguran. Pekerja saya boleh sepakat
kerana boleh bekerja 24 jam. Perkara ini yang boleh membuat berkat dan bersatu hati.
Dulu kita menghadapi hendak mengambil pekerja asing kerajaan tidak bagi. Kerajaan
tidak tahu masalah sebenar yang dihadapi. Bukan saya sengaja hendak ambil pekerja asing,
gudang saya kalau tiada pekerja asing boleh lumpuh. Sekarang saya ada 30 ke 40 orang pekerja
asing, lega hati saya. Melayu ada dalam 10 orang. Kesemua pekerja asing ditempatkan di
bahagian stor.

En. Mior :
Sepanjang Dato menceburi bidang ini, pernah dato hadiri latihan atau kursus untuk perniagaan
ini?
Usahawan Sakan :
Saya ada pergi kursus dan ikut latihan. Kalau ada talk semua saya pergi dan buku-buku mana
orang-orang berjaya semua saya beli dan baca. Ini yang motivasikan kita. Sebenarnya
pengetahuan kita boleh cari tapi kesungguhan hati kita kena tanam dan tingkatkan sentiasa bagi
kita betul-betul minat. Orang susah pun boleh berjaya, boleh kata semua buku saya baca dan
buku yang paling saya minat dan tidak ketinggalan ialah Richard Branson. Setiap keluarannya
saya beli, bukunya sangat bagus. Ini yang motivasikan kita dan saya sendiri pun pergi bagi
ceramah di seluruh Malaysia semua panggil seperti SME Corp, PuNB, dan baru-baru ini pada
26/4 PNB buat satu symposium lebih kurang macam tahunan. Tahun lepas dibuat di Kangar,
Perlis, dia panggil saya Upin Ipin, Dato Yusof Haslam. Tahun ini dia buat bentuk forum di Kota
Bharu April ini. Saya tidak boleh menolak kerana mereka memaksa saya untuk memberi ucapan
kerana tahun lepas talk saya mendapat sambutan hangat sehingga masa tidak mencukupi.


En. Mior :
Saya pun tengok talk Dato banyak menceritakan pengalaman dan bukan sahaja teori semata-
mata.
Usahawan Sakan :
Ya saya cakap bersahaja, orang hendak dengar pengalaman saya daripada kecil hingga naik ke
atas. Macam mana buat dengan tanpa modal yang banyak. Modal RM200 sahaja bleh naik
sampai peringkat ini. Tahun ini forum sudah diberitahu, Dato Nazmi Salleh penasihat Proton,
CEO PUNB Dato Zulkifli Farid, dan saya bertiga untuk forum tersebut.

En. Mior :
Adakah Dato ada pencapaian peribadi dalam perniagaan?
Usahawan Sakan :
Saya jarang masuk pertandingan tetapi ada mendapat anugerah usahawan cemerlang dari
Rafidah Aziz. Kedai harga patut daripada kementerian perdangan setiap tahun saya menang.
Tahun lepas saya mendapat 13 kedai untuk anugerah itu. Pencapaian peribadi mendapat pingat
Dato dan Jaksa Pendamai dari Sultan Kedah.

En. Mior :
Apakah harapan Dato untuk masa hadapan?
Usahawan Sakan :
Dalam bisnes ini Sakan sudah sampai ke peringkat-peringkatnya. Prinsip perniagaan ini tidak
boleh letak sebiji telur dalam satu bakul, telur pecah habis semua. Sekarang ini what happen now
retail sales tengah menjunam semua orang mengaku atau tidakk mengaku retail tengah teruk,
why? Sebab orang tidak ada duit belanja. Getah rendah sawit rendah, naik minimum waste.
Kita dengan peniaga ini pening minimum peratus naik dari 600 ke 900 kos tinggi minyak naik.
Saya belanja minyak sebulan pun banyak, 20 sen naik puluh ribu kita terpaksa belanja. Selepas
itu elektrik RM350 000 sebulan, dia naik 15%. Tuan engineer, tuan tahulah kira banyak mana
tanggung. Sedangkan ekonomi merundum, ekonomi duduk dalam takrif yang sangat rendah.
Saya sudah beniaga dalam berbelas tahun tidak pernah rasa kesusahan ekonomi ini. Saya buat
post mortem, sembang,berbincang. Kita buat pembaharuan masih jatuh.
Last year punya sale jatuh 15% sama dengan RM60.7 juta. Jadi tahun ini kita harap kita
buat pembaharuan hendak capai, bulan Februari keputusan keluar jatuh lagi 10.7%. Ini cabaran
dan saya tidak pernah takut dengan cabaran.

En. Mior :
Jadi sepanjang Dato bisnes buka benda ini dari dulu inilah tahun yang paling jatuh?
Usahawan Sakan :
Tahun lepas ialah tahun yang lebih teruk dan tahun depan akan lebih teruk disebabkan GST. Ini
bukanlah soal politik. Politik letak sebelah. GST wujud, duit kurang orang takut nak berbelanja.
Kita berniaga pakaian, kalau berniaga makanan lain. Kita terpaksa makan.

En.Mior :
Adakah Dato rasa, kemungkinan rakyat akan mencari juga kedai-kedai harga patut untuk
dibelanja?
Usahawan Sakan :
Betul. Kedai sekarang terlalu banyak. Saya ambil contoh masa dahulu saya bukak kedai dan
bersaing dengan orang siam. Saleem duduk sebelah, Lim duduk sebelah, semua sekali 4 orang.
Sekarang dah dekat 20 kedai. Maknanya, dulu satu kek kongsi 4 orang, sekarang kongsi 20
orang. Sedangkan kos naik, pekerja naik, sewa naik, semuanya naik, api pun naik. Tapi kongsi
20 orang.
Ini memang cabaran la. Sekarang saya buat Sakan Travel & Tours yang menguruskan pakej
umrah, saya juga ada tanah nak buat hotel, Construction pun ada, development pun ada. Sakan
masih sakan. Cuma kita perlu mengekalkan dan jaga bagi kukuh bagi elok. Kite perlu
pelbagaikan bisnes. Property pun saya beli dekat 100. Nasib baik beli property kalau susah boleh
labur.

En.Mior :
Jadi harapan Dato ialah mempelbagaikan perniagaan?
Usahawan Sakan :
Harapan saya paling besar ialah kalau saya tidak ada suatu hari nanti, anak-anak saya boleh
membawa Sakan semaju yang ada kalau boleh lebih lagi, macam mana Dato Fairuz bawa Jakel
naik. Macam mana Dato Amir bawa Mydin naik. Begitulah harapan saya. Anak saya semua
graduate semua kerja dengan saya.

En.Mior :
Jadi itulah harapan Dato ya? Terima kasih banyak atas temu ramah ini.
Usahawan Sakan :
Kalau tak cukup apa-apa telefon saya ya. Nombor telefon ada kan?

En.Mior :
Ya saya ada.

SEKIAN.

Anda mungkin juga menyukai