Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih saudari pengacara majlis

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Yang Dimuliakan Yang Dipertua dan barisan kepimpinan PIBG
Penolong-penolong Kanan,
Guru,
Yang diraikan para penerima hadiah
Ibu bapa
Hadirin dan hadirat

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi ini kita dapat berkumpul bersama-sama
bagi memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai tahap pencapaian yang cemerlang
khusus dalam bidang kurikulum sepanjang tahun ... Sesungguhnya majlis hari ucapan dan
penyampaian hadiah ini merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lama dan memiliki
signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga Sk permaisuri Saya mengambil kesempatan ini
mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya bahawa sokongan seumpama ini akan
meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.

Tuan puan ibu bapa yang saya hormati
Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan
perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan
sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses
pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran
yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal insan minda
kelas pertama. Maka, sk permaisuri tidak boleh terkecuali daripada menyediakan peluang
pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia supaya pada akhirnya pelajar yang menerima
pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara. Sebagai
ketua dini sk , saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa segala
bentuk perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan
yang disebutkan.

Hadirin dan hadirat
Kemunculan sekolah sebagai pesaing dan juga rakan kecemerlangan pendidikan menuntut kita
melipatgandakan usaha untuk terus relevan dan dihormati. Diharapkan kejayaan dari generasi demi
generasi menjadikan sekolah ini terus menjadi pilihan ibu bapa. Saya berharap dan sama-samalah
kita berdoa agar keputusan UPSR pada 14hb ini menjadi kenyataan. Begitu juga dengan norma
perjawatan guru yang mencukupi. Terdapat seramai ___28___ orang guru yang terlatih dalam
pelbagai bidang opsyen. Guru-guru juga diberi pendedahan yang berterusan untuk melaksanakan
perubahan dan pendekatan baru dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk
menggembleng bakat dan potensi pelajar secara optimum. Saya memberi jaminan bahawa guru
sekolah ini sentiasa komited terhadap usaha membantu dan membimbing pelajar ke arah
kesejahteraan hidup masa kini dan masa akan datang. Semua pelajar di sekolah ini berhak
mendapat peluang pembelajaran yang terbaik dan kami akan mencari jalan supaya perkara ini
tercapai sepenuhnya.

Def kehormat, ibu bapa, guru dan pelajar sekalian
Dari segi kemudahan dan prasarana fizikal, sekolah ini telah mencapai tahap yang membanggakan.
Sebagai contoh, bilik darjah yang selesa untuk proses pembelajaran. Pihak sekolah juga ingin
merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PIBG dan ibu
bapa yang hadir kerana banyak membantu sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan pembelajaran
dan segala kegiatan sekolah yang lain. Begitu juga saya menghargai sokongan material dan moral
para ibu bapa, ini selaras dengan kehendak kementerian pendidikan mewujudkan sarana ibu bapa.
Pada hakikatnya apa-apa jua projek naik taraf kemudahan fizikal sekolah akan dipulangkan kepada
para pelajar supaya dapat menikmati peluang pembelajaran yang terbaik. Justeru saya merayu tuan
puan tidak akan berasa jemu untuk menghulurkan sokongan seumpama itu tanpa berbelah bahagi
secara berterusan dan konsisten.

Tuan-tuan dan puan-puan
Sesuai dengan slogan sekolah ini iaitu,bermakna wajarlah warga sekolah
prihatin terhadap pencapaian tertinggi dalam konteks kepesatan perubahan persekitaran
pendidikan. Insan bijak pandai, insan yang gigih dan insan yang berdaya usaha sebagai hasil sistem
pendidikan kita hanya akan bermakna apabila dapat menyumbang terhadap kecemerlangan yang
berterusan. Dengan cara menguar-uarkan slogan ini, pihak sekolah mengharapkan bahawa dalam
jangka masa panjang, murid yang ada di sini akan sentiasa berada di barisan hadapan untuk
membaharui pencapaian kecemerlangan. Untuk tempoh yang terdekat ini, pihak sekolah sentiasa
merangkakan program yang menggambarkan keazaman memindahkan slogan itu dalam bentuk
pelaksanaan program, tingkah laku dan kebiasaan. Saya sentiasa optimis bahawa warga sekolah
dapat berganding bahu dalam memastikan apa-apa jua kemajuan yang dikecapi hendaklah
berteraskan konsep kecemerlangan yang holistik dan seimbang. Kesedaran tentang pencapaian
kecemerlangan hendaknya bersemi dalam sanubari warga sekolah buat selama-lamanya. Doakan
semoga impian besar ini menjadi kenyataan.


Saudari pengacara, tetamu, guru dan murid yang diraikan


Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anak-anak. Teruskan kecemerlangan aanak2. Nilai
kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, anak2 telah diberi pengiktirafan
yang begitu bermakna. Di samping mencongak kejayaan, usah lupakan rakan-rakan yang tidak
menerima hadiah seperti anda. Bantu mereka, beri dorongan dan inspirasi. Kelak awak semua akan
dikenang sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan
agar anak-anak akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga,
sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Kepada ahli jawatankuasa majlis hari anugerah kecemerlangan pada tahun ini ..., terima kasih daun
keladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.

Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi
wabaraktuh.

Anda mungkin juga menyukai