Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka tidur boleh

didefinasikan sebagai keadaan tidak sedar dengan mata terpejam.

Manakala istilah ‘kaki tidur’ pula digunakan oleh orang melayu

sebagai orang yang suka tidur atau mudah tidur. Penulisan ini

berkisarkan tentang cara dalam mengatasi dan menangani masalah

pelajar yang dilabelkan sebagai ‘kaki tidur’ di dalam kelas sewaktu

seisi pembelajaran. Tumpuan penuh daripada pelajar, memberikan

kesan yang mendalam dalam proses penyampaian P & P

(pembelajaran dan Pengajaran). Oleh yang demikian, bagi

memastikan proses P & P dilaksana dengan berkesan, perlu ada

satu mekanisma dalam mengurus tingkah laku pelajar secara

spesifik di dalam kelas terutama pelajar yang dikategorikan sebagai

‘kaki tidur’.

Ciri-ciri Kaki Tidur

Tidak ada satu kajian ataupun kaedah khusus dalam menentukan

ciri-ciri seorang yang dilabelkan sebagai ‘kaki tidur’. Seseorang guru

hanya dapat menggagak ataupun mengetahui ciri-ciri pelajar yang

dilabel sebagai kaki tidur berdasarkan pengalamannya. Pelajar yang

dilabel ini mungkin hanya dapat dikenal pasti selepas simptom

mengantuk ataupun mudah untuk tidur semasa seisi P & P

dijalankan. Walaubagaimanapun tingkah laku pelajar berkenaan

dapat dijangkakan ataupun diramal berdasarkan beberapa

pemerhatian yang telah dibuat, diantaranya :

1
Selalu mengantuk

Tidak dinafikan inilah ciri yang paling jelas dapat dilihat oleh

seorang guru bagi mengenali pelajar yang kaki tidur. Kebiasaanya

berlaku pada awal pagi dan di waktu tengah hari seisi

pembelajaran, manakala bagi tahap kaki tidur yang serius ialah

hampir keseluruhan waktu di siang hari.

Fizikal yang lesu

Kebanyakan pelajar yang ‘kaki tidur’ biasanya berada dalam

keadaan tidak aktif ataupun lesu didalam kelas. Bahagian dibawah

mata pelajar berkenaan mungkin nampak kehitaman, kelopak mata

yang tidak dibuka sepenuhnya semasa mengerdip ataupun warna

kemerahan di bahagian tepi anak mata, disamping selalu menguap

didalam kelas.

Kedudukan di dalam kelas

Tektik yang sering dilakukan oleh pelajar yang kaki tidur ialah

dengan menempatkan diri mereka dibahagian yang terhalang oleh

penglihatan, sukar untuk dicapai, ataupun diruang sudut yang tidak

diberi perhatian oleh guru yang mengajar. Pelajar berkenaan juga

berada berjauhan dengan pelajar yang sering membuat bising

didalam kelas demi mengelakkan diri mereka daripada dikesan oleh

guru.

Masalah Disiplin

2
Biasanya pelajar yang mempunyai beberapa rekod dan masalah

disiplin, sering tidur didalam kelas terutama diwaktu subjek yang

tidak diminati ataupun terhadap guru yang tidak digemari oleh

mereka. Ini mungkin merupakan suatu simbol protes daripada

mereka, hilang perasaan hormat, takut terhadap guru ataupun

dikatakan sudah lali dengan tindakan disiplin yang dikenakan

terhadap mereka sebelumnya. Boleh dikatakan juga pelajar ini

ketinggalan dalam pelajaran mereka.

KESAN YANG DITINGGALKAN

Sebarang tingkahlaku yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam kelas,

mempengaruhi proses P & P yang dijalankan. Tingkahlaku ini

walaupun dianggap biasa dan remeh bagi seseorang tetapi ianya

tetap memberi kesan terhadap guru , rakan sekelas serta

persekitaran pembelajaran. Bagi guru, ianya mungkin

mempengaruhi mood mengajar. Seorang guru mungkin akan berasa

tidak yakin terhadap apa yang diajar seperti timbulnya persoalan

“adakah cara mengajar yang aku gunakan terlalu boring”, ataupun

mungkin menimbulkan perasaan marah dan kurang senang kerana

tidak dihormati. Rakan sekelas pula akan beranggapan bahawa

tingkahlaku tersebut ‘dibenarkan’, disamping merasakan bahawa

guru tersebut kurang mengambil berat terhadap pelajar.

3
Suasana persekitaran pembelajaran pula umumnya akan

kelihatan kurang ceria, tidak aktif serta tidak merangsang minat

pelajar yang lain sekiranya terdapat beberapa orang pelajar yang

tidur di dalam kelas sebelum atau semasa proses P & P

berlangsung. Kelakuan tidur di dalam kelas ini sedikit sebanyak

akan mempengaruhi tabiat kebanyakkan pelajar di dalam kelas

berkenaan. Pelajar yang meniru kelakuan tersebut akhirnya

menjadikannya sebagai satu tabiat yang biasa bagi dirinya.

Keadaan fizikal pelajar pula akan menjadi lemah dan kurang

bersedia untuk menerima P & P.

Para ibu bapa juga akan menghadapi masalah jika

mempunyai anak yang merupakan kaki tidur. Mereka perlu

dikejutkan setiap kali untuk pergi kesekolah di awal pagi. Anak

mereka mungkin akan dikenakan tindakan disipiplin kerana lewat ke

sekolah. Jika beberapa kali perkara berlanjutan, mungkin para ibu

bapa akan dipanggil untuk perbincangan dengan pihak sekolah.

Keadaan ini boleh memberikan persepsi dan tanggapan yang

kurang elok diantara kedua pihak.

PUNCA KEPADA MASALAH MENGANTUK

Bagaimana cara kita mengatasi masalah ini? Punca utama kepada

masalah ini hendaklah di kenal pasti dan diketahui sebelum cara

penyelesaian diperolehi. Diantara punca kepada masalah ini ialah :

Tidak Cukup Tidur

4
Punca utama pelajar mengantuk semasa seisi P & P ialah tidur yang

tidak mencukupi. Beberapa kajian telah dibuat oleh beberapa

intitusi pendidikan di luar negara seperti ‘ Yayasan Tidur

Kebangsaan di Amerika syarikat mendapati, tidur seseorang

bergantung kepada usia dan aktiviti yang dijalankan di sepanjang

hari. Ini bermakna seorang pelajar di peringkat remaja perlu tidur

sekurang-kurang nya 9-10 jam sehari bagi mendapatkan

kecergasan yang optimum disiang hari. Malangnya ramai remaja

tidak cukup tidur kerana berjaga dimalam hari kerana melakukan

aktiviti berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran sehingalah

aktiviti yang tidak bermanfaaat seperti berbual-bual kosong

bersama rakan, menonton tv dan sebagainya.

Tidur yang berlebihan

Tidur berlebihan juga akan menyebabkan simptom mengantuk. Ini

adalah kerana tidur secara berlebihan berkenaan telah menjadi

suatu tabiat dan bukan lagi sebagai suatu keperluan dan istirehat.

Seseorang akan merasa mengantuk disebabkan badan belum

bersedia untuk bangun sepenuhnya kerana telah dilatih untuk tidur

secara berlebihan.

Makan terlalu banyak

Makan yang terlalu banyak juga akan memberikan simptom

mengantuk kerana oksigen yang disedut diagihkan kepada sistem

pencernaan seperti pengoksidaan makanan. Hasilnya, oksigen yang

5
dihantar ke otak akan berkurangan seterusnya menimbulkan

simpton mengantuk.

Keletihan otot-otot badan

Keletihan otot badan berpunca pengumpulan asid laktik didalam

badan akibat daripada aktiviti fizikal yang dilakukan secara

berlebihan. Badan secara semulajadinya akan menormalkan

kembali keadaan ini dengan rehat yang mencukupi. Tidur adalah

salah satu cara badan berehat disamping memperbaiki tisu-tisu

yang telah rosak semasa melakukan aktiviti lasak.

CARA MENGATASI MASALAH INI

Pelbagai cara dapat dilakukan oleh guru dalam mengatasi masalah

pelajar kaki tidur atau selalu mengantuk didalam kelas. Para guru

seharusnya bijak menilai situasi pelajar dalam menyelesaikan

sesuatu masalah. Mungkin setiap masalah seperti ini perlu

diselesaikan dengan cara ataupun kaedah yang berlainan. Sebagai

contoh seorang guru haruslah membuatkan pelajar-pelajarnya

faham bahawa tidur didalam kelas semasa P & P adalah tidak

dibenarkan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai

samaada, dengan membuat peraturan pada awal seisi persekolahan

ataupun dengan cara peneguhan positif dan negatif. Dengan cara

ini, pelajar dapat memahami tidur didalam kelas adalah tidak

dibenarkan dan tidak disukai oleh guru.

6
Guru juga harus memberitahu pelajar tentang cara-cara

mengekalkan kecergasan mental dan fizikal samaada secara teori

atau praktikal. Sebagai contoh seorang guru boleh memberitahu

kepada pelajarnya jumlah tidur yang sepatutnya dilakukan,

mengikut usia tertentu. Secara praktikalnya pula, seorang guru

boleh melakukan aktiviti seperti senaman ringkas didalam kelas

disamping aktiviti yang dapat melancarkan peredaran darah untuk

menghilangkan rasa mengantuk. Pelajar juga mesti didedahkan

dengan informasi maklumat tentang penjagaan badan yang betul

samaada dengan pergerakan tertentu ataupun dengan cara diet

pengambilan makanan yang betul supaya sentiasa bersemangat

dan bermotivasi di dalam kelas.

Pelajar juga seharusnya diberikan dorongan serta motivasi

secara berterusan. Keseronokan dalam proses P & P mempengaruhi

tingkahlaku pelajar dalam memberikan tindak balas (respon) yang

positif. kajian menunjukkan keseronokan memberikan lebih banyak

tenaga kepada badan supaya sentiasa berada dalam keadaan

sedar. Kepekaan guru terhadap aktiviti yang telah dilakukan oleh

pelajar sebelum proses P & P bermula memberikan kelebihan

kepada guru dalam merancang aktiviti yang difikirkan sesuai

dengan mood ataupun keadaan pelajar.

Kesimpulannnya, terdapat pelbagai cara dalam mengatasi

masalah ini mengikut situasi tertentu. Guru seharusnya menangani

masalah ini secara bijak disamping mendapatkan suatu cara yang

7
membolehkan guru saling berkerjasama diantara pelajar, faham

memahami, saling bertolak ansur serta fleksibel dalam P & P.

RUJUKAN

Mohd Hasani Dali (2009). Pengurusan bilik Darjah untuk Guru Novis.

Penerbit Universiti Utara

Malaysia.

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tidur

8
9